Fakta Ringkas KauTahuTak: Edisi 6

Kembali di laman sesawang Kau Tahu Tak setelah cuti...berapa banyak kali cuti da......

Apa Beza Garam Laut dan Garam Bukit?

Perbezaan garam ini adalah dari segi rasa, tekstur dan proses menghasilkannya.

Bunga Raya-Mengapa ia Dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan

Kementerian Pertanian telah memberikan 7 jenis bunga untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan

Buat Kanak-kanak Malaysia yang lahir pada 1980an: TV time!!! BaNaNaNa

Post kali ni, kami di Kau Tahu Tak ingin dedikasikan kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 1980an

Bagaimana Cincau Dibuat??

korang terfikir tak macam mana rupa cincau atau bagaimana la cincau ini dibuat dan diperolehi??

Showing posts with label Facts. Show all posts
Showing posts with label Facts. Show all posts

Tuesday, 9 August 2016

KEBANGKITAN PIKACHU MEMERANJATKAN ORANG RAMAI!!



POKEMON GO, SATU PERMAINAN GILAAN RAMAI DAN DI MUAT TURUN SEBANYAK 100 JUTA KALI DI GOOGLE PLAY DAN JUGA APP STORE!

Ia bukan luar biasa untuk penduduk di Lower Garden District New Orleans menemui arca-arca yang merata-rata di kawasan mereka. Apa yang luar biasa adalah patung Pikachu bersaiz 5 kaki 1 inci dibina sekelip mata! (ok, dalam tempoh semalaman).





" Pokemon Go, " merupakan permainan (app) yang memerlukan pemain untuk keluar dari rumah bagi menangkap watak-watak maya dalam siri kartun POKEMON, siapa yang merekacipta monumen tersebut masih sebagai satu misteri. Apa yang pasti artis misteri itu menggunakan tagged #pokemonument pada bahagian bawah patung tersebut.

patung itu terletak di sebuah fountain yang tidak digunakan. Ianya berongga, dan diperbuat daripada gentian kaca.

menurut sumber berita terbaru, monumen ini telah divandalimakan oleh seorang wanita menggunakan kayu baseball. why people, why???






Sumber: Pokemon Statue Rises in New Orleans | NBC 5 Dallas -Fort Worth 

Lelaki terbang ke China untuk mencari kekasih, menunggu di lapangan terbang selama 10 hari ; berakhir di hospital!




BEIJING – Benar seperti yang dikata, cinta itu buta - dan seorang lelaki yang pergi mencari cinta melalui dalam talian mengambil terlalu serius bagi perkara ini.


Alexander Pieter Cirk dijangka tiba ke rumah di Belanda Selasa selepas dilaporkan menghabiskan 10 hari di sebuah lapangan terbang China dalam usaha gagal bertemu seorang wanita yang Cirk jatuh hati melalui aplikasi dating.

Oleh kerana kecewa dengan masa dan jarak memisahkan pasangan itu, lelaki berusia 41 tahun itu membuat keputusan untuk menunjukkan kasih sayang dengan memohon visa dan terbang di sekitar 5,000 batu untuk melawat perempuan berkenaan.

Sebelum beliau berlepas 17 Julai Cirk dilaporkan menghantar gambar butiran penerbangannya kepada wanita berusia 26 tahun itu.

Tetapi beribu-ribu batu dan jam kemudian, ketika ia mendarat di bandar China Changsha, tidak ada tanda cinta onlinenya akan datang menemui Cirk.

Yakin bahawa dia akhirnya akan datang untuk dia, Cirk memutuskan untuk tinggal di terminal dan sabar menunggu untuk cinta hatinya.

Gambar dia berehat dan berlegar di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Changsha Huanghua tidak lama mula beredar di media sosial China. laporan berita tempatan diikuti.

Selepas 10 hari, pihak berkuasa dilaporkan mengambil Cirk kelihatan tidak bermaya ke hospital tempatan untuk rawatan.



Jurucakap Kementerian Belanda Luar Negeri memberitahu NBC News Selasa lepas bahawa Cirk telah dimasukkan ke hospital daripada " Jumaat 17:30 sehingga Isnin petang."

Jurucakap itu menambah: "Kami menghubungi beliau [ Cirk ] dan doktor apabila dia berada di hospital dan sudah tentu kami telah bertanya jika dia memerlukan bantuan kita, tetapi dia menolak tawaran itu ."

pegawai China dan Belanda enggan membincangkan apa rawatan yang diterima Cirk.

CCTV, penyiar negara China melaporkan bahawa saluran TV tempatan itu akhirnya Berjaya mengesan wanita tersebut. Beliau melahirkan rasa terkejut bahawa teman lelaki dalam talian beliau telah menunggu untuk dia muncul. Dia mengakui bahawa dia berfikir bahawa Cirk bergurau tentang perjalanan tersebut.

Zhang juga mendakwa bahawa dia telah dijadualkan untuk menjalani pembedahan plastik dan oleh itu tidak mampu untuk membalas mesej yang Cirk apabila dia tiba di China.

Wanita itu dilaporkan berkata beliau berharap untuk mengekalkan hubungan jarak jauh beliau dengan Cirk.

Monday, 28 April 2014

Dalam Kenangan Nokia: Pencetus Revolusi





Nokia Dalam Kenangan 1
Special tuk isu pembelian Microsoft tuk Nokia.
sejak pembelian oleh Microsoft, Nokia telah bertukar kepada Microsoft Mobile.terlalu banyak sentimental value rupenye Nokia kepada kite hehe. kisah ni adalah ketika di zaman kemuncak Nokia era2 phone sabun, butterfly la dalam tahun 2001, sebenarnya nokia telah dan ready dah pun tuk mengeluarkan the godfather of tablet, yang diberi nama M510 Web Tablet!. ye betol ahead of its time kate orang. lagi awal dari iPad atau tepat nye 9 tahun mendahului.  cerita seperti yang diceritakan oleh Esko Yliruusi, sebahagian dari team produce tablet ni memberitahu Nokia tak percaya yang consumer dah ready tuk menerima tablet as a new device. menurutnye lagi Nokia dah produced around 1000 devices tuk di pasarkan tapi akhir nya terkubur setelah lembaga pengarah Nokia memutuskan terlalu kehadapan.
nokia-m510-web-tablet

nokia-m510-web-tablet-5



nokia-m510-web-tablet-4
jika diperhatikan tablet ni berfungsi dengan os sendiri yang kemudian nya kite kenali sebagai Symbian; ada apps tuk email, kalendar, noticeboard and even an Opera web browser; skrin die 10-inch 800 x 600 LCD touchscreen with stylus input support, built-in WiFi, 4-hour battery life, stereo speakers and even USB (and ps/2!) ports. 
Of course, tablet ni hanye  32Mb SDRAM and storan, berat dalam lingkungan 1.8kg sangat la tak sesuai tuk penggunaan sekarang; if compare dengan tablet sekarang. tapi ingat ketika era 2001, ia merupakan pendahulu dari ape yang wujud tyme tu.
nokia-m510-web-tablet-3
sayang, 'impian' tinggal impian. ape yang tinggal adalah 4 tahun lepas tu bile  Nokia 770,  4-inch “tablet” running on Nokia’s Maemo platform yang kemudian menjadi MeeGo operating system yang tak berape nak best tu. dari 1000 devices tu, 130 di beri kepada team yang cipta bende alah ni sebagai kenangan. selebih nya di musnahkan dan hanye sebahagian team sahaja diserap ke nokia mobile. 

tamat :)

Sunday, 23 February 2014

Safran Si Emas Hidup



Pernah dengar safran/zafran atau saffron? Mungkin kita ada mendengar jika menonton iklan makanan-makanan berkhasiat yang menjual makanan dari tanah arab atau korang pernah terlihat di rancangan memasak yang akan tabur sedikit safran di atas hidangan. Kenapa penulis panggil ia emas? sebab ia boleh ditanam dan yang penting sangat mahal harganya yang boleh mencecah RM 2000 sekilo atau lebih! Sekaligus menjadi rempah termahal di dunia.





Inilah pokok yang menghasilkan safran dengan nama saintifiknya Crocus sativus. Safran diambil dari stigma bunga yang akan dikeringkan sebelum dijual. Dianggarkan sebanyak 150 000 bunga diperlukan untuk mendapat sekilo safran kering. Kebanyakkan bunga ini ditanam di Iran, Greece dan wilayah Kashmir yang memerlukan suhu yang kering dan panas dengan pancaran matahari yang banyak untuk hidup subur. Pokok ini tidak dijumpai hidup liar, jadi ia mungkin  dibiak baka oleh manusia sehingga berbeza dari pokok asal. Pokok ini hanya membiak melalui vegetatif dengan menghasilkan bebawang. Beberapa varieti diperkenalkan untuk memberi perbezaan dari segi aroma, warna dan rasa. seperti Spanish Superior dan Creme dari Sepanyol, Aquila dari Itali dan Mongra atau Lacha dari wilayah Kashmir yang paling mahal akibat susah didapati kerana konflik peperangan, kemarau serta larangan eksport oleh kerajaan India.



Aktivti mengutip bunga safran di Kashmir



Bebawang pokok safran


Perkataan saffron berasal dari bahasa Arab iaitu zafaran. Ia telah digunakan dari dahula kala lagi, ketika zaman gangsa dan tamadun Assyrian. Tamadun Parsi juga telah menanamnya dari dulu lagi sebagai bahan untuk dijahit bersama kain, pewangi dan pewarna. Alexander the Great juga menggunakan safran dalam masakan dan mandian untuk menghilangkan penat dari kempen peperangan beliau di Asia, dan di ikuti oleh askar-askar beliau dan membawa balik budaya ini ke Greece.





Safran sampai ke Asia sekitar 2500-500 tahun yang lalu. Para sami pada zaman itu menggunakan safran untuk mewarnakan pakaian namun pada masa kini telah menggunakan Gamboge sebagai pengganti kerana lebih murah. Safran mempunyai pelbagai khasiat antaranya untuk mengubat asma, batuk, masalah tidur, mencegah kanser, athritis, masalah penglihatan, menghilangkan kesan PMS dan juga untuk menigkatkan seks.









Saturday, 15 February 2014

Mengapa Super Glue Lebih Kuat Berbanding Gam Biasa??



Bila ada pasu pecah akibat kita bermain bola dalam rumah ketika kecil, kita akan tampal senyap-senyap guna super glue, atau tapak kasut tertanggal kita tampal guna gam sebab tak sempat nak hantar ke tukang kasut. Memang banyak kegunaan gam kuat ini, tapi apa yang menyebabkan ia berbeza dengan gam yang biasa kita gunakan untuk pelajaran seni?



Secara senangnya gam kuat atau super glue menggunakan ikatan kimia antara molekul berbanding gam biasa yang menggunakan ikatan yang lebih lemah. Setiap gam mempunyai 2 ciri tahap kelekatan iaitu ia perlu melekat pada benda asing dan ia perlu melekat pada sesama sendiri.


Gam biasa menggunakan ikatan van der Waals, iaitu hanya ikatan yang lemah. Dalam kes ini, air berfungsi untuk mengekalkan kelekatan antara molekul ketika didalam bekas gam, apabila gam digunakan, permukaan yang bersentuhan dengan udara akan menyebabkan air menyejat, molekul yang tinggal akan melekat sesama sendiri dan juga sebarang permukaan.


Super glue pula menggunakan ikatan kimia dengan bahannya ialah cyanoacrylate, bahan kimia yang akan menjadi polimer apabila terdedah kepada air. Atom hidrogen dan oksigen dalam air menyebabkan tindak balas kimia dalam gam yang menjadikannya plastik yang keras.


Sedikit kelembapan dalam udara akan menyebabkan gam mengeras pada kadar yang sangat cepat akibat tindakan kimia, inilah yang sebab mengapa super glue lebih cepat mengeras dan lebih kuat daya lekatan berbanding gam biasa.



Sekian saja fakta ringkas edisi sains :-)



Saturday, 28 December 2013

Siput Babi




Siput ini memang senang kita jumpa di halaman rumah atau di kebun. Jom kita belajar sikit info mengenai haiwan yang selalu kita jumpa dan mungkin main semasa kanak-kanak. Nama saintifik siput babi ialah Achatina fulica.


Siput ini antara siput darat yang terbesar yang boleh mencapai sepanjang 20cm dengan diameter 12 cm. Ia ialah haiwan yang berasal dari timur benua Afrika seperti Tanzania dan Kenya. Ia haiwan herbivor namun boleh juga memakan tulang dari bangkai, pasir malahan sesama sendiri.


Siput ini tidak mempunyai banyak pemangsa kecuali umang-umang, itik dan juga babi hutan (mungkin sebab itu dipanggil siput babi?). Ia mampu menghasilkan 200 biji telur dan membiak 5-6 kali setahun. Siput ini bersifat hermaphrodite, iaitu mempunyai organ pembiakan jantan dan betina . Ia boleh hidup sehingga 5-6 tahun malahan ada yang hidup sehingga 10 tahun. Ia boleh berhibernasi sehingga 3 tahun di persekitaran panas dengan menyalut badannya menggunakan mukus.





Mukus siput babi boleh membawa jangkitan dari tikus yang menyebabkan manusia menghidap eosinophilic miningitis yang selalunya terjadi apabila manusia memakan siput ini akibat cara memasak yang tidak sempurna. Di afrika, siput ini menjadi sajian rakyat di sana. Selalunya siput ini dikawal dengan menggunakan racun metaldehyde namun ia memberi kesan kepada tanah dan haiwan lain. Sebagai alternatif Iron phosphate boleh digunakan untuk membunuhnya, ataupun kita taburkan saja garam!


Jadi kita boleh makan tak? Mengikut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, ia hanya harus diternak untuk dieksport sebagai bahan makanan. Memandangkan kita banyak mengikut ajaran Imam Shafie, siput babi dianggap khabisah kerana apabila mati ia tergolong sebagai bangkai. Untuk penerangan lanjut boleh pergi ke laman web e-fatwa.









Saturday, 26 October 2013

Apa Beza Seladang Dengan Banteng?










Kalau korang lihat gambar di atas pun dah boleh teka, ini memang seladang. Nama saintifik seladang ialah bos gaurus. Boleh mencapai ketinggian 2 meter dengan berat 900 kg. Boleh hidup sehingga 25 tahun jika tak kena tembak. Anak seladang berwarna emas coklat dan akan beransur menjadi warna hitam apabila dewasa, ia mengambil masa 3 tahun untuk matang dan hanya melahirkan seekor anak selepas bunting untuk tempoh 9 bulan. Ia selalunya hidup dalam kumpulan yang kecil antara 4- 8 ekor.


Seladang semakin berkurangan dengan jumlah 500 pada tahun 1994, menurut kajian terbaru, seladang tidak dijumpai di Taman Negara, Hutan Simpan Jerangau (pemburuan haram), Taman Hidupan Liar Krau juga mengalami nasib yang sama walaupun wujud Santuari Jenderak yang terletak berhampiran dengan Taman Krau. Sebelum ini, gajah dan badak juga tidak lagi dijumpai di Taman Hidupan Liar Krau. Ada sejumlah 75 ekor seladang di Santuari Jenderak, namun belum ada program pelepasan semula ke dalam hutan setakat ini.















Ini pula ialah Banteng, agak-agak Banting, Selangor dapat nama dari haiwan ini tak? Banteng nampak seperti lembu namun ciri yang senang untuk dibezakan ialah bahagian kaki bawah bewarna putih. Nama saintifiknya bos javanicus. Warna banteng betina selalunya coklat manakala jantan berwarna coklat gelap atau hitam. Ia hidup dalam kumpulan yang agak besar, dalam lingkungan 30 ekor. Ia makan rumput serta berkeliaran di tempat yang mempunyai sumber air yang banyak, serta boleh dijumpai di hutan sekunder atau kawasan lama pembalakan.


Tapi malangnya, haiwan ini yang hanya diketahui hidup di negeri bahagian utara Malaysia, sudah lama tidak dijumpai seawal tahun 1950 lagi. Tak guna ada hutan kalau tiada haiwan dalam hutan. Ia masih boleh dijumpai di Sabah seperti  Taman Hidupan Liar Tabin, Taman Hidupan Liar Kulamba, Lembah Danum, Hutan Simpan Ulu Kalumpang Hutan Simpan Ulu Segama-Malua, Santuari Hidupan Liar Kinabatangan dan Hutan Simpan Deramakot. Namun, ia mengahadapi masalah akibat pembiakan dengan lembu liar yang menyebabkan penyebaran penyakit dan kehilangan genetik asal.




Saturday, 5 October 2013

Edisi Fakta MASA

Edisi Fakta KauTahuTak? berkisarkan MASA

Masa sangat penting pada ketika ini kerana ia merujuk kepada ketepatan dan pengiraan dalam sehari mahupun setahun. Ia memudahkan manusia kini untuk membuat sesuatu kerja, berjanji dengan seseorang dan menentukan ketepatan sesuatu itu berlaku contohnya seperti catatan sejarah. Sini kami ingin berkongsi sedikit sebanyak berkisarkan masa yang kita tau dan dipakai sekarang ini:


Hari:

Hari merujuk kepada pusingan bumi berputar pada paksinya (menurut teori omputih la) tapi yang menariknya nama nama yang dipakai untuk mewakili hari ini kebanyakannye berkisar kepada dongeng Scandinavian:

Monday – merupakan panggilan kepada moon’s day

Tuesday – aka tiu’s day merupakan tuhan Rom bagi peperangan tetapi di ambil pinjam oleh mitos                  Scandinavian pahlawan Tiu@Tiw

Wednesday – Woden’s day bersamaan dengan tuhan Mercury dalam dongengan Rom, tuhan Woden

Thursday – ramai yang sekarang ini tau akan Thursday adalah pinjaman dari nama adiwira Marvel @ god     dalam Scandinavian: Thor si tuhan kilat bersama tukulnya


Adiwira Thor

Friday – Freyja’s day merupakan tuhan cinta dalam dongeng Scandinavian


Dewi Cinta katanya Freyja


Saturday – dinamakan sempena Saturn tuhan pertanian dalam dongeng Rom

Sunday – paling senang kerana name itu la yang dengan terang nye dah menceritakan segalanya, sempena matahari aka Sun




Bulan dalam setahun:

Kebanyakan datang dari pinjaman latin

January – januarius merupakan bulan yang didedikasi kepada tuhan pintu, Janus yang mempunyai dua muka; satu pandang ke arah tahun baru satu memandang ke arah tahun sebelumnya


Dewa Janus

February – Februa merupakan festival penyucian zaman Rom yang berlaku dalam bulan ini

March- sempena tuhan peperangan Rom iaitu Mars

April – dari Aperire, bermaksud ‘buka’ dimana tumbuhan ‘membuka’ atau bercambah ketika ini

May – kemungkinan datang dari Maia, Dewi pertumbuhan dan peningkatan.


Dewi Maia

June – berasal dari dewi Juno, yang menjadi kauselor penjaga dari Rom  

July – diberi nama sempena Julius Caesar oleh Mark Antony (bukan penyanyi latin ye) pada 44SM. Sebelum ini diberi nama bulan Quintilis bermaksud lima kerana dalam kelendar Rom ia merupakan bulan kelima

August – diberi nama sempena Maharaja Augustus pada 8SM.

Maharaja Augustus

September – datang dari ‘Septem’ yang bermaksud tujuh kerana bulan ketujuh dalam kalendar Rom

October – sama seperti bulan September, diberi nama dari ‘octo’ kerana bulan ke lapan dalam kalendar Rom

November – datang dari ‘Novem’ yang bermaksud Sembilan

December – merupakan bulan ke sepuluh ‘decem’ dalam kalendar Rom.


Kalendar

Terdapat banyak kalendar di muka bumi ini. Secara rasmi nya penduduk dunia memakai kalendar Gregorian. Ia diperkenalkan oleh Pope Gregory XIII pada 1582 yang sebelum ini memakai kalendar Julian yang berasaskan pusingan bumi dengan matahari atau dipanggil tahun solar. Setiap 4 tahun akan ada tahun lompat (97 tahun lompat dalam setiap 400 tahun). Great Britain mengguna pakai kalendar Gregorian ini pada 3 September 1752 kalendar Julian bersamaan 14 September 1752 kalendar Gregorian yang baru menyebabkan dalam sejarah British tiada apa yang berlaku diantara 3 september hingga 13 september 1752 (hari kosong). Bende ini membuatkan penduduk Britain mase tu bengang kerana merasakan umur mereka pendek 11 hari. Menurut teori kalendar ini, ia menghampiri tahun astronomi (365.24219 hari) yang bermakna hanya akan lari satu hari untuk setiap 3300 tahun!

Pope Gregory XIII

Terdapat juga kalendar lain seperti kalendar Mayan, kalendar cina, kalendar Hebrew, kalendar Islam dan kalendar India.

 Tahun-tahun yang berlakunya kalendar:

3761SM – kalendar Yahudi dimulakan

2637SM – kalendar asal Cina dimulakan

45SM – kalendar Julian digunakan oleh Rom

1M – kalendar Kristian dimulakan

79M – kalendar Hindu bermula

597M – Britain memakai kalendar Julian

622M – Kalendar Islam bermula

1582 – Kalendar Gregorian diperkenalkan di Negara Katolik




Akan datang, Kalendar Islam, Yahudi, Mayan, Cina dan India pulak J

Saturday, 28 September 2013

Kacang yang Unik



Sedang seronok menolak troli di bahagian sayur dan buah-buahan di pasaraya, tiba-tiba terlihat benda pelik ini. Penulis tak pernah lihat, bila disentuh, terasa seperti plastik. Nama tertera Water Caltrop. Nama saintifiknya yang terdiri dari 3 spesis ialah Trapa natans, Trapa bicornis dan Trapa rossica. Ia juga dikenali sebagai water chestnut, buffalo nut, bat nut, devil pod, singhara dan pani-fol.



Okey, mungkin bagi yang berbangsa Cina dan India dapat teka dengan senang, tapi bagi yang lain, ia juga disebut Kacang Tanduk. Ia sering digunakan sebagai hidangan ketika sambutan Perayaan Kuih Bulan sebagai lambang kekayaan. Kacang ini telah digunakan oleh penganut buddha dan hindu sebagai makanan untuk upacara sembahyang dari Dinasti Zhou lagi. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau dengan cara merebusnya, selain itu ia juga dikisar dan dijadikan tepung.


Merebus Kacang Tanduk


Pelengkap hidangan ketika Perayaan Kuih Bulan


Isinya yang seakan chestnut yang dijual di Jusco


Kacang ini berasal dari pokok akuatik seperti pokok teratai dan selalunya tumbuh liar di tasik, paya dan sawah padi. Pokok ini banyak ditanam secara ladang di Taiwan, China dan India. Ia juga ditanam secara bergilir dengan padi di Vietnam. Di China dan Taiwan, ia semakin berkurangan kerana diganti dengan tanaman bunga teratai. Pokok ini hanya mengambil masa 8 bulan untuk untuk dituai selepas ditanam, selepas menghasilkan ubi, tangkai akan mati, tangkai yang mati akan dikaut oleh petani untuk digunakan sebagai baja bagi tanaman lain.


Pekerja sedang menuai pokok kacang tanduk














Ubi pada bawah pokok yang kita panggil kacang tanduk


Walaupun terkenal dikalangan masyarakat Asia, kacang ini dulunya boleh didapati dengan senang di Eropah dan dijadikan pengganti makanan ruji sehingga awal 1800. Akibat perubahan cuaca dan penebusan tasik dan paya untuk pembagunan menyebabkan pokok ini hampir pupus di Eropah. Manakala di Amerika Syarikat dan Australia, ia dianggap sebagai tumbuhan perosak kerana cepat tumbuh yang mengakibatkan air tasik tersekat,mengatasi tumbuhan asal serta buahnya yang sangat senang tersebar ke tempat lain menyebabkan ia sukar dimusnahkan.









Saturday, 22 June 2013

Kenapa Lampu Isyarat Berwarna Merah,Kuning & Hijau?



Selama ini ketika kita berhenti di lampu isyarat, pernahkah anda terfikir kenapa warna lampu isyarat di seluruh negara ialah merah, kuning dan hijau?



Pada permulaannya, lampu isyarat digunakan untuk keretapi dengan warna merah sebagai berhenti, hijau sebagai berhati-hati dan putih ialah bergerak. Namun, ia memberikan masalah apabila bekas warna lampu isyarat tertanggal yang menyebabkan pemandu keretapi mengangap isyarat sebagai putih iaitu bergerak. Keadaan di waktu malam juga berbahaya kerana ada yang tersilap melihat bulan penuh sebagai lampu putih dan sukar dilihat pada siang hari.



Lampu Isyarat Pertama Di Dunia




Akhirnya lampu isyarat di jalan raya diperkenalkan dengan warna merah dan hijau sahaja di London  pada 1868 dengan menggunakan lampu gas. Ia diperkenalkan oleh J.P. Knight dan dibina oleh syarikat jurutera keretapi Saxby & Farmer. Namun, lampu ini mudah meletup dan mengakibatkan polis yang mengawal lampu isyarat cedera. Oleh itu, lampu isyarat tidak digunakan sehinggalah lampu isyarat beroperasi menggunakan mentol elektrik.


Antara Lampu Isyarat Terawal Di Amerika Syarikat



Lampu isyarat elektrik dibina pada 1912 oleh Lester Wire, seorang anggota polis di Amerika Syarikat dengan menggunakan warna merah dan hijau. Akhirnya warna kuning ditambah bagi memberi maksud berhati-hati serta mengatasi masalah lampu putih yang mudah mengelirukan pemandu. Pada 1923, Garrett Morgan mempatenkan versi lampu isyaratnya yang akhirnya dibeli oleh syarikat General Electric dengan harga USD 40 000.



Pada masa ini, lampu isyarat telah dipertingkatkan dengan menggunakan lampu LED yang lebih jelas dilihat dan lebih tahan berbanding lampu mentol dengan skrin berwarna yang akan luntur warnanya. Lampu isyarat berwarna merah juga ditambah sedikit warna oren dan hijau ditambah sedikit warna biru bagi membantu pemandu yang buta warna.




Friday, 26 April 2013

Lawa Tapi Beracun



Kali ini kami mahu kongsikan pokok-pokok bunga yang makin popular di Malaysia tetapi beracun. Gambar di atas ialah pokok bunga Tiga Bulan atau nama Inggerisnya Hydrangea. Sebab namanya bunga tiga bulan? bunganya lambat layu dan kembang dalam tempoh yang lama. pH tanah memainkan peranan dalam menentukan warna bunga antaranya pink, unggu atau biru.




Pokok yang sesuai hidup di iklim sejuk serta memerlukan air yang banyak ini beracun pada semua bahagian pokok, lebih-lebih lagi bunganya. Jika anda memakan bahagian pokok ini, lebih-lebih lagi bunganya, anda akan mendapat kesan seperti keracunan sianida. (racun tentera nazi guna untuk bunuh diri bila ditangkap). Bunga ini mengandungi Hyragin, iaitu racun yang menyebabkan sesak nafas, pening, pengsan, kadar nadi bergerak pantas dan menyebabkan tekanan darah menurun. Yang paling teruk, akan menyebabkan kematian.








Pokok bunga Poinsettia ini selalu dijual di pasar raya kerana warna bunga yang terang serta kelihatan seperti pokok plastik. Ia selalu dijual dalam pasu sebagai hiasan untuk perayaan atau pokok hiasan untuk majlis-majlis. Getah yang terdapat pada pokok ini mempunyai racun apabila dimakan. Jika dimakan, akan menyebabkan muntah dan cirit-birit.













Poko ini sering kelihatan di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highland. Pokok Angel Trumpet atau dipanggil Bunga Loceng ini mengandungi Tropane Alkaloids. Bahan ini boleh menyebabkan halusinasi, meningkatkan kadar degupan jantung, serta mnyebabkan jantung terhenti atau jangkitan paru-paru pada penghidap asma. Ia juga dibuat sebagai teh bagi memberikan kesan halusinasi kepada peminumnya.







Sunday, 7 April 2013

Pencuri Sirap?



Sirap yang dicuri bukanlah air sirap yang kita selalu pesan di kedai makan tetapi Sirap Maple yang selalu digunakan untuk makan penkek atau waffle di kedai. 






Ini contoh cara sirap maple diambil dari pokok, unik kan? Kalau di negara kita, mungkin boleh disamakan dengan cara mengambil gula kabung? Sirap ini akan terhasil apabila cecair dari pokok di panaskan dengan dapur kayu.


Dengan harga mencecah 50 Dollar untuk satu gallon (lebih kurang 3.7 liter), banyak pokok maple di hutan-hutan US dan Kanada menjadi mangsa pencuri sirap maple, sehingga pokok yang tumbuh di kawasan kubur pun dicuri.


Pokok itu dalam hutan, kenapa dikata mencuri pula? Sebabnya mereka akan tebuk lubang dalam-dalam bagi mengeluarkan sirap maple itu dengan cepat dan banyak, pokok tersebut tidak dapat lagi digunakan kayunya untuk membuat bahan-bahan bermutu seperti kayu perabut, kabinet, kayu-kayan tetapi hanya boleh digunakan untuk dijadikan bahan untuk loji biomass. Pokok itu juga lebih terdedah kepada jangkitan penyakit dan mati.



Pokok Maple






P/s: Kalau di negara kita, yang selalu dicuri ialah pokok getah dan kayu gaharu, nampak setiap negara ada masalah masing-masing yek





Saturday, 23 March 2013

Bagaimana Span Dibuat??



Bagaimana span yang selalunya kita guna dirumah untuk gosok badan, basuh pinggan, cuci kereta dan sebagainya? Mari kami kongsikan sedikit info.


Sebelum zaman Rom lagi span telah digunakan oleh manusia untuk membersihkan diri ketika membuang air serta mandi yang lokasinya bermula di Greece. Setiap askar Rom juga akan mempunyai span masing-masing untuk kegunaan membersihkan diri. Ketika itu span dibuat dengan menangkap span laut yang mudah ditemui di sekitar laut Mediterranean. 


Span laut mempunyai rangka yang dibuat dari spongin dan hidup dengan menyedut tumbuhan mikroskopik dari laut. Span laut mengambil masa yang lama untuk membesar serta boleh hidup untuk jangka masa yang sangat lama sehingga ratusan tahun. Jom lihat beberapa span laut :



Spongebob juga sejenis span laut!














Pada 1942, span sintetik berjaya dihasilkan oleh 3 jurutera di syarikat Dupont yang juga terkenal kerana berjaya mencipta nylon. Setelah menyimpan rahsia paten membuat span sintetik selama 10 tahun, paten ini dijual kepada syarikat General Mills pada 1952. Bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan span sintetik ini ialah cellulose yang diambil dari kulit pokok. Sodium sulphate akan dicampur bagi memberi tekstur span yang berlubang-lubang dan serat akan ditambah untuk menguatkan struktur span. Bahan kimia akan digunakan untuk melembutkan span serta peluntur digunakan untuk memberikan warna cerah dan membersihkan span.






Span laut yang telah siap diproses





Seperti yang anda lihat di atas, span laut sedikit lain teksturnya. Bagi mendapatkan span laut, penyelam akan mengutip span laut di sekitar batu serta terumbu karang. Span yang dikutip akan ditutup dengan kain basah ketika di atas bot. Haiwan tersebut akan mati dan kulit luarnya akan tertanggal, penyelam akan membasuh span dan menjemur ia sehingga kering. Span tersebut akan dibasuh beberapa kali lagi sebelum dijual oleh pembeli.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...