Fakta Ringkas KauTahuTak: Edisi 6

Kembali di laman sesawang Kau Tahu Tak setelah cuti...berapa banyak kali cuti da......

Apa Beza Garam Laut dan Garam Bukit?

Perbezaan garam ini adalah dari segi rasa, tekstur dan proses menghasilkannya.

Bunga Raya-Mengapa ia Dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan

Kementerian Pertanian telah memberikan 7 jenis bunga untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan

Buat Kanak-kanak Malaysia yang lahir pada 1980an: TV time!!! BaNaNaNa

Post kali ni, kami di Kau Tahu Tak ingin dedikasikan kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 1980an

Bagaimana Cincau Dibuat??

korang terfikir tak macam mana rupa cincau atau bagaimana la cincau ini dibuat dan diperolehi??

Showing posts with label Funny. Show all posts
Showing posts with label Funny. Show all posts

Tuesday, 9 August 2016

Lelaki terbang ke China untuk mencari kekasih, menunggu di lapangan terbang selama 10 hari ; berakhir di hospital!




BEIJING – Benar seperti yang dikata, cinta itu buta - dan seorang lelaki yang pergi mencari cinta melalui dalam talian mengambil terlalu serius bagi perkara ini.


Alexander Pieter Cirk dijangka tiba ke rumah di Belanda Selasa selepas dilaporkan menghabiskan 10 hari di sebuah lapangan terbang China dalam usaha gagal bertemu seorang wanita yang Cirk jatuh hati melalui aplikasi dating.

Oleh kerana kecewa dengan masa dan jarak memisahkan pasangan itu, lelaki berusia 41 tahun itu membuat keputusan untuk menunjukkan kasih sayang dengan memohon visa dan terbang di sekitar 5,000 batu untuk melawat perempuan berkenaan.

Sebelum beliau berlepas 17 Julai Cirk dilaporkan menghantar gambar butiran penerbangannya kepada wanita berusia 26 tahun itu.

Tetapi beribu-ribu batu dan jam kemudian, ketika ia mendarat di bandar China Changsha, tidak ada tanda cinta onlinenya akan datang menemui Cirk.

Yakin bahawa dia akhirnya akan datang untuk dia, Cirk memutuskan untuk tinggal di terminal dan sabar menunggu untuk cinta hatinya.

Gambar dia berehat dan berlegar di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Changsha Huanghua tidak lama mula beredar di media sosial China. laporan berita tempatan diikuti.

Selepas 10 hari, pihak berkuasa dilaporkan mengambil Cirk kelihatan tidak bermaya ke hospital tempatan untuk rawatan.



Jurucakap Kementerian Belanda Luar Negeri memberitahu NBC News Selasa lepas bahawa Cirk telah dimasukkan ke hospital daripada " Jumaat 17:30 sehingga Isnin petang."

Jurucakap itu menambah: "Kami menghubungi beliau [ Cirk ] dan doktor apabila dia berada di hospital dan sudah tentu kami telah bertanya jika dia memerlukan bantuan kita, tetapi dia menolak tawaran itu ."

pegawai China dan Belanda enggan membincangkan apa rawatan yang diterima Cirk.

CCTV, penyiar negara China melaporkan bahawa saluran TV tempatan itu akhirnya Berjaya mengesan wanita tersebut. Beliau melahirkan rasa terkejut bahawa teman lelaki dalam talian beliau telah menunggu untuk dia muncul. Dia mengakui bahawa dia berfikir bahawa Cirk bergurau tentang perjalanan tersebut.

Zhang juga mendakwa bahawa dia telah dijadualkan untuk menjalani pembedahan plastik dan oleh itu tidak mampu untuk membalas mesej yang Cirk apabila dia tiba di China.

Wanita itu dilaporkan berkata beliau berharap untuk mengekalkan hubungan jarak jauh beliau dengan Cirk.

Saturday, 5 October 2013

Parody Dongengan Disney

Parody mengenai Dongengan Disney 


After Ever After

Cik Pocahontas yang ayu gitu 








Cara penyampaian yang unik. Walau sangat jarang layan lelaki berwajah seakan gay di youtube ni, tapi yang ni memang special sikit. Ia berdasarkan 4 watak Disney yang feymes seperti Bella, Pocahontas and lelaki ni cuba menceritakan apa yang berlaku selepas cerita filem tiap watak tu. enjoy la yek  !







Spoiler Alert! lelaki ni menyanyi tapi boleh tahan sore nye, hehe

Tuesday, 12 February 2013

Fakta Ringkas KauTahuTak: Edisi 6



Fakta Ringkas KauTahuTak: Edisi 6


Kembali di laman sesawang Kau Tahu Tak setelah cuti...berapa banyak kali cuti da......



1. 123,000,000 kereta dipandu setiap hari di Amerika Syarikat! patut la petrol cepat habis...



                                      
                                                               Monumental Axis, Brazil

2. Sebanyak 160 kereta boleh dipandu bersebelahan antara satu dengan lain di Monumental Axis, Brazil merupakan 'urban legend' semata-mata kerana ianya hanya mempunyai 6 lanes setiap jalan menjadikan ia 12 lanes secara total.walaupun demikian ianya tetap masuk Guinness Book of Record sebagai jalan yang mempunyai divider tengah paling lebar di dunia! 12 lanes kompem memang tak akan jam kat sini.





3. 99% berat sistem solar bertumpu di matahari sahaja



                                     




                                                                I'm not impress...........

4. Ramai suka kucing? mestilah, jadi ini fakta ringkas untuk anda..kucing mempunyai 32 otot di bahagian telinga...sahaja...jika dibandingkan dengan manusia yang mempunyai satu!



5. lembu menghasilkan 200 kali ganda kekerapan menghasilkan gas dari purata manusia biasa. mak ai, kesian orang yang menternak lembu.




6. setiap individu yang bekerja kuat akan menghasilkan purata 4 galon peluh dan mereka tidak menyedari kerana akan disejat terlebih dahulu.


7. untuk manusia komposisi air dalam badan adalah 70% (lebih kurang) tetapi bagi jellyfish aka obor-obor komposisi badan nya adalah 95% adalah air..ni baru betul 'aqua'


8. apakah panggilan bagi 1/1000000000000 daripada 1 saat (lebih kurang macam ni la), jawapannya adalah 'jiffy'. ianya diperkenalkan untuk mengukur pergerakan cahaya dalam 1 centimeter (33.3564 pico saat).


9. Tau sedu? manusia yang bernama Charles Osborne bersedu selama 68 tahun dari 1922–1990...ini seriously lama betol sedu die ni.


10. anda semua pernah dengar MODEM kan? ala..yang untuk sambung internet tu...hah, perkataan modem berasal dari gabungan ayat MOdulate dan DEModulate ;)

Tuesday, 31 January 2012

Fakta Ringkas Kau Tahu Tak? edisi 5

Hai, fakta ringkas kembali dengan lebih bertenaga selepas berehat panjang!

1. kite semua tau Hollywood kan?ala tempat banyak pelakon tu..hehe..tau tak kat USA je ade 10 name pekan atau bandar menggunakan nama Hollywood!


2. mengikut kajian, pesakit lelaki akan mempunyai kebarangkalian jatuh katil 2 kali ganda dari pesakit wanita dari katil hospital..hati-hati la ye kaum lelaki


3. berapakah umur paling panjang seekor babi penah direkod kan? jawapannye adalah 68 tahun!..dah macam manusia kan?


4. air kelapa muda boleh dijadikan penganti untuk plasma darah manusia..haha..jadi sesiape yang rase darah pekat minum la banyak air kelapa muda


5. dalam filem selalu tengok orang cakap arak vodka..yang sebenarnye membawa maksud "little water"

Thursday, 15 December 2011

Fakta Ringkas Kau Tahu Tak? edisi 4

Fakta ringkas, pantas, tepat lagi cepat muncul lagi. semoga terhibur!


1. Pernah pegang mutiara?keras kan? tapi tau tak yang cuka boleh cair kan mutiara? sekarang anda tahu


2. If pegi Amerika pasti dan wajib kite tau ape tu Wal-Mart, sebuah pusat membeli belah ala Tesco di Malaysia. Wal-Mart ni kaya tau. menurut statistik nye Wal-Mart akan memperoleh 3 juta USD hasil jualan setiap 7 minit!


3. Panda merupakan seekor beruang ketika dilahirkan adalah lebih kecil dari tikus!


4. Gosip, ramai yang suke bergosip tapi tahu tak anda di Columbia individu boley di saman sehingga
90 000 USD hanye atas kesalahan bergosip! Sentap mak!


5. blink eyes aka kenyip mata aka kelip mata adalah perkara lumrah manusia..perempuan kelip mata adalah 2 kali ganda lagi banyak dari lelaki..jadi lelaki jangan la perasan sangat jika ada perempuan 'blink' kat anda hehe

Tuesday, 6 December 2011

Fakta Ringkas Kau Tahu Tak? edisi 3

Fakta mee segera Kau Tahu Tak kini kembali lagi dengan lebih ceria:

1. lebih kurang 30 000 orang cedera di seluruh dunia akibat oleh alatan senaman!


2. penah dengar lagu 'fireflies' tak? hanye fireflies jantan jek yang boleh terbang..abis betina wat pe? hehe

3. ramai yang takut kene patukan dengan ular berbisa...tapi jangan bimbang jika anda terkena patukan ular berbisa dan anda gagal mendapat rawatan segera anda masih ada 50% peluang untuk hidup.tahniah!

4. fakta arak..penah dengar Heineken beer tak? bir ni secara praktikalnye dicipta untuk menghasilkan secara tepat buih selama 5 minit. teringin nak tengok kan hehe

5. dalam banyak-banyak bakteria yang wujud kat dunia ni (berpopulasi 5 nonilion/ 5 darab 10 kuasa 30!) hanye 1% menyebabkan penyakit kepada manusia....if kire2 stil banyak jugak!
salmonella sp.

Wednesday, 30 November 2011

Fakta Ringkas Kau Tahu Tak? edisi 2

Jom usha edisi ke 2 fakta ringkas ala mee segera ni:

1. pernah dengar Lactose intolerant? penyakit di mane pesakit tak dapat produce lactase untuk cerna lactose terutama susu. jadi untuk pesakit ni yang gemar minum susu, silalah makan coklat sekali ketika minum susu kerana coklat dapat membantu mencernakan lactose dalam susu

2. madu, dah kita dengar banyak kegunaan nye tapi tau tak ia digunakan sebagai bahan antibeku? paling menarik ia juge digunakan di tengah-tangah bola golf...wat??!! sape penah try potong bola golf?

3. Stannous fluoride merupakan bahan digunakan untuk melawan pembentukan kaviti (cam iklan colgate pulak) dibuat dari tin kitar semula (agak-agak selepas bace ni, ade orang nak gosok gigi lagi tak?)

4. pada 1 Desember 1929 bersamaan tarikh ari ni, tercipta la permainan yang bila kita menang kita jerit 'Bingo!'. dicipta oleh Edwin S Lowe

5.  Pelukis lagenda, Vincent Van Gogh hanya menjual satu lukisan nya sepanjang hayat beliau tetapi selepas mati lukisan beliau menjadi salah satu lukisan paling mahal terjual di dunia dimane hampir 670 milion dolar dengan hanya dari 7 lukisan beliau!

Fakta Ringkas Kau Tahu Tak? edisi 1

1. Coca Cola merupakan minuman ringan pertama di minum di angkasa lepas

2. jika kita menguyah 'Chewing Gum' ketika memotong bawang, kita tak akan keluarkan air mata!

3.  Sebanyak 96 bilion paun aka 43.5448 bilion kilogram makanan di Amerika Syarikat dibazirkan setiap tahun. banyak giler orang Amerika membazir kan??

4. pernah pikir fungsi air liur selain mempunyai enzim pencernaan makanan?? kita tak akan dapat merasa makanan jika dan hanya jika makanan tersebut tak bercampur dengan air liur kita. true story!

5. Sex, perkara taboo di kebanyakkan negara Asia termasuk Malaysia merupakan Antihistamine semula jadi. ia dapat membantu kita melawan penyakit seperti Asthma dan demam alergi. Cool

Monday, 24 October 2011

Superhero FB Status Update






Pokemon FB Status Update




Wednesday, 5 October 2011

Nama Produk Makanan Yang Kurang Bijak






































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...