Fakta Ringkas KauTahuTak: Edisi 6

Kembali di laman sesawang Kau Tahu Tak setelah cuti...berapa banyak kali cuti da......

Apa Beza Garam Laut dan Garam Bukit?

Perbezaan garam ini adalah dari segi rasa, tekstur dan proses menghasilkannya.

Bunga Raya-Mengapa ia Dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan

Kementerian Pertanian telah memberikan 7 jenis bunga untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan

Buat Kanak-kanak Malaysia yang lahir pada 1980an: TV time!!! BaNaNaNa

Post kali ni, kami di Kau Tahu Tak ingin dedikasikan kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 1980an

Bagaimana Cincau Dibuat??

korang terfikir tak macam mana rupa cincau atau bagaimana la cincau ini dibuat dan diperolehi??

Tuesday 12 February 2013

Fakta Ringkas KauTahuTak: Edisi 6



Fakta Ringkas KauTahuTak: Edisi 6


Kembali di laman sesawang Kau Tahu Tak setelah cuti...berapa banyak kali cuti da......



1. 123,000,000 kereta dipandu setiap hari di Amerika Syarikat! patut la petrol cepat habis...



                                      
                                                               Monumental Axis, Brazil

2. Sebanyak 160 kereta boleh dipandu bersebelahan antara satu dengan lain di Monumental Axis, Brazil merupakan 'urban legend' semata-mata kerana ianya hanya mempunyai 6 lanes setiap jalan menjadikan ia 12 lanes secara total.walaupun demikian ianya tetap masuk Guinness Book of Record sebagai jalan yang mempunyai divider tengah paling lebar di dunia! 12 lanes kompem memang tak akan jam kat sini.





3. 99% berat sistem solar bertumpu di matahari sahaja



                                     




                                                                I'm not impress...........

4. Ramai suka kucing? mestilah, jadi ini fakta ringkas untuk anda..kucing mempunyai 32 otot di bahagian telinga...sahaja...jika dibandingkan dengan manusia yang mempunyai satu!



5. lembu menghasilkan 200 kali ganda kekerapan menghasilkan gas dari purata manusia biasa. mak ai, kesian orang yang menternak lembu.




6. setiap individu yang bekerja kuat akan menghasilkan purata 4 galon peluh dan mereka tidak menyedari kerana akan disejat terlebih dahulu.


7. untuk manusia komposisi air dalam badan adalah 70% (lebih kurang) tetapi bagi jellyfish aka obor-obor komposisi badan nya adalah 95% adalah air..ni baru betul 'aqua'


8. apakah panggilan bagi 1/1000000000000 daripada 1 saat (lebih kurang macam ni la), jawapannya adalah 'jiffy'. ianya diperkenalkan untuk mengukur pergerakan cahaya dalam 1 centimeter (33.3564 pico saat).


9. Tau sedu? manusia yang bernama Charles Osborne bersedu selama 68 tahun dari 1922–1990...ini seriously lama betol sedu die ni.


10. anda semua pernah dengar MODEM kan? ala..yang untuk sambung internet tu...hah, perkataan modem berasal dari gabungan ayat MOdulate dan DEModulate ;)

Monday 11 February 2013

Bagaimana Mutiara Terhasil??






Bagaimana perhiasan yang diminati oleh kaum wanita ini terhasil? Mutiara boleh dikelaskan kepada mutiara air tawar dan air masin. Apa bezanya? Mutiara air tawar mengambil masa 1 hinggan 6 tahun untuk terhasil manakala mutiara air masin mengambil masa 5 tahun sehingga 20 tahun!




Adakah semua mutiara yang dijual sekarang asli atau buatan? Lebih tepat ialah mutiara ini dihasilkan oleh penternak tiram mutiara kerana mutiara asli amat susah dijumpai dan selalunya wujud dalam bentuk yang tidak bulat. Kebanyakkan mutiara dihasilkan oleh tiram air tawar kerana masa penghasilan yang lebih singkat dan pengeksport terbanyak adalah dari negara China.


Bagaimana mutiara terhasil? Ia terhasil apabila bendasing seperti pasir, parasit atau kecederaan berlaku pada tiram. Tiram akan bertindak balas dengan bendasing dan kecederaan ini lalu menyalutinya dengan kalsium karbonat yang disebut aragonite ia akan dicamtumkan dengan conchiolin yang menghasilkan nacre (ibu mutiara). Nacre inilah yang akan menyaluti bendasing yang lama-kelamaan menjadi mutiara. Kualiti mutiara bergantung pada bahan bendasing sama ada cebisan tiram, bebola kaca, bebola plastik dan sebagainya.



Mutiara air masin lebih berkualiti kerana masa yang diambil untuk menghasilkannya menyebabkan mutiara diselaputi nacre yang padat, oleh itu ia tidak akan calar jika diguris berbanding mutiara air tawar. Bagaimana hendak bezakan mutiara asli dan yang diternak? mutiara asli lebih kasar teksturnya serta  boleh dibezakan melalui sinar X-ray.






Mutiara Keshi -Terhasil apabila ibu mutiara dicampur dengan cebisan isi tiram yang mnyebabkan bentuknya tidak bulat. Ia terhasil kerana kesilapan ketika menternak,oleh itu harganya sedikit mahal kerana susah untuk diperolehi. Banyak diternak di China.





Mutiara Tahiti/Mutiara Hitam- Mahal dan jarang didapati kerana perlu diternak dalam tiram air masin. Selain itu, tiram air masin hanya boleh menghasilkan 1 biji mutiara berbanding tiram air twar yang boleh menghasilkan banyak mutiara sekaligus. Diternak di Tahiti serta kepulauan Pasifik



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...