Monday, 11 February 2013

Bagaimana Mutiara Terhasil??






Bagaimana perhiasan yang diminati oleh kaum wanita ini terhasil? Mutiara boleh dikelaskan kepada mutiara air tawar dan air masin. Apa bezanya? Mutiara air tawar mengambil masa 1 hinggan 6 tahun untuk terhasil manakala mutiara air masin mengambil masa 5 tahun sehingga 20 tahun!




Adakah semua mutiara yang dijual sekarang asli atau buatan? Lebih tepat ialah mutiara ini dihasilkan oleh penternak tiram mutiara kerana mutiara asli amat susah dijumpai dan selalunya wujud dalam bentuk yang tidak bulat. Kebanyakkan mutiara dihasilkan oleh tiram air tawar kerana masa penghasilan yang lebih singkat dan pengeksport terbanyak adalah dari negara China.


Bagaimana mutiara terhasil? Ia terhasil apabila bendasing seperti pasir, parasit atau kecederaan berlaku pada tiram. Tiram akan bertindak balas dengan bendasing dan kecederaan ini lalu menyalutinya dengan kalsium karbonat yang disebut aragonite ia akan dicamtumkan dengan conchiolin yang menghasilkan nacre (ibu mutiara). Nacre inilah yang akan menyaluti bendasing yang lama-kelamaan menjadi mutiara. Kualiti mutiara bergantung pada bahan bendasing sama ada cebisan tiram, bebola kaca, bebola plastik dan sebagainya.



Mutiara air masin lebih berkualiti kerana masa yang diambil untuk menghasilkannya menyebabkan mutiara diselaputi nacre yang padat, oleh itu ia tidak akan calar jika diguris berbanding mutiara air tawar. Bagaimana hendak bezakan mutiara asli dan yang diternak? mutiara asli lebih kasar teksturnya serta  boleh dibezakan melalui sinar X-ray.






Mutiara Keshi -Terhasil apabila ibu mutiara dicampur dengan cebisan isi tiram yang mnyebabkan bentuknya tidak bulat. Ia terhasil kerana kesilapan ketika menternak,oleh itu harganya sedikit mahal kerana susah untuk diperolehi. Banyak diternak di China.





Mutiara Tahiti/Mutiara Hitam- Mahal dan jarang didapati kerana perlu diternak dalam tiram air masin. Selain itu, tiram air masin hanya boleh menghasilkan 1 biji mutiara berbanding tiram air twar yang boleh menghasilkan banyak mutiara sekaligus. Diternak di Tahiti serta kepulauan Pasifik



1 comments:

This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...