Saturday, 12 January 2013

Apa Perbezaan Bukit & Gunung?




Bagi korang yang gemar mendaki gunung atau bukit, pernahkan korang tahu apa yang membezakan gunung dan bukit??



Yang paling utama untuk membezakan gunung dan bukit ialah ketinggian. Bagi Malaysia, gunung selalunya melebihi 1500 kaki (457.2m) atau 1000 kaki ke atas. Tiada peraturan jelas untuk menetapkan ketinggian. Bagi United Kingdom, ketinggian bagi gunung ialah 600 meter ke atas dengan puncak melebihi 300 meter. Ia juga boleh diukur melalui kesukaran mendaki, keadaannya yang berbatu atau tanah, mempunyai puncak yang jelas dan tahap kecuraman. Mungkin Jabatan Geologi boleh bagi penerangan?


Namun, ada sesetengah tempat yang yang memanggil gunung sebagai bukit contohnya Cavanal Hill (609 meter) di Oklahama, Amerika Syarikat manakala di Scotland semua gunung akan dipanggil bukit. Malah wujud cerita berkisarkan penduduk setempat yang marah apabila gunung ditempat mereka ditukar status bukit kerana hanya kurang ketinggian yang ditetapkan yang menyebabkan penduduk menimbun batu di puncak untuk menjadikannya gunung. Tajuk cerita itu ialah The Englishman Who Went Up a Hill But Came Down a Mountain (1995, fictional).







8 comments:

rasanya maksud gunung & bukit di Malaysia adalah subjektif..Contoh di Pulau Pinang Bukit Bendera ktinggian 830m,dan Bukit Mertajam 560m..Namun kedua2 dipanggil bukit dan tiada lgsung gunung di Pulau Pinang. Di Baling,Gunung Baling setinggi 430m namun dipanggil sbgai gunung..

Memang subjektif,ada sesetengah dibuat berdasarkan ketinggian, ada berdasarkan gelaran dari zaman dahulu

bukit Larut, taiping setinggi 1036Meter dri paras laut..meruoakan gunung dipanggil bukit.

Ooo.. Ingatkan 1000 meter keatas..

Yg membezakan gunung dan bukit adalah struktur puncaknya... Jika puncaknya berbatu di kategorikan gunung.. jika puncaknya tanah dikategorikan bukit..

😂😂😂

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...