Fakta Ringkas KauTahuTak: Edisi 6

Kembali di laman sesawang Kau Tahu Tak setelah cuti...berapa banyak kali cuti da......

Apa Beza Garam Laut dan Garam Bukit?

Perbezaan garam ini adalah dari segi rasa, tekstur dan proses menghasilkannya.

Bunga Raya-Mengapa ia Dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan

Kementerian Pertanian telah memberikan 7 jenis bunga untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan

Buat Kanak-kanak Malaysia yang lahir pada 1980an: TV time!!! BaNaNaNa

Post kali ni, kami di Kau Tahu Tak ingin dedikasikan kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 1980an

Bagaimana Cincau Dibuat??

korang terfikir tak macam mana rupa cincau atau bagaimana la cincau ini dibuat dan diperolehi??

Showing posts with label Misteri. Show all posts
Showing posts with label Misteri. Show all posts

Monday, 12 November 2012

Misteri Lingsir Wengi dan Cik Ponti



(AMARAN: kepada yang ada lemah jantung, sedang mengandung, mudah hilang semangat, takut gelap, gi toilet time malam berteman atau kanak-kanak yang belum mumayyiz, anda tidak digalakkan untuk meneruskan pembacaan. Kalau nak bace gak, jangan baca sesorang, bace reramai ye….)

Sesungguhnya Syrik dan Khurafat itu dosa, nerakalah jawabnya. Seandainya kejahatan dan kepalsuan itu ada, maka yakin jualah bahawa kebaikan dan kebenaran itu tetap juga ada. Tuhan maha berkuasa, tiada yang setara baginya.

Teringat masa kecil dahulu, masa baharu kenal dunia dan televisyen, di satu sore ade tengok satu filem Indonesia. Filem seram. Kalau tak silap tajuk filem itu Sundel Bolong. Tengok kat rumah kawan. Tengok ramai-ramai seronok. Takla takut sangat. Nak jerit pun ramai-ramai. Ada yang tak berani duduk depan TV, mungkin dekat sangat dengan hantu agaknya. Bila part suspen tutup mata dengan tangan, tapi ada berani sikit-sikit, curik tengok celah jari. Akibatnya, tak berani nak pegi mengaji malam sorang-sorang. Kena pegi ramai-ramai. Jenuh jugakla ayah nak bayar bil lektrik pasal malam tidur tak boleh tutup lampu. Harapnye supaya cepat siang. Esok pegi sekolah, kononnya berani , buat rumusan filem semalam sambil berkongsi kisah hantu dengan kawan-kawan lain. Gelakla, aku sebagai lelaki wajar rasa takut ye,…. Sundel Bolong dan Cik Ponti ni kacau lelaki je.


Cik Ponti, Cik Kunti, Sundel Bolong dan Langsuir

Keempat-empatnya perempuan. Pontianak berasal dari gabungan perkataan perempuan mati anak. Di Indonesia ia lebih dikenali sebagai Kuntilanak. Dia dikatakan berasal dari perempuan yang mati mase mengandung. Selalunya mati dibunuh ataupun mengandung akibat diperkosa kemudian membunuh diri. Pontianak seringkali menjelma sebagai perempuan cantik yang berjalan seorang diri di waktu malam untuk menggoda lelaki. Dia juga sering kelihatan berambut panjang dengan berkain putih. Dikatakan antara tanda-tanda kehadiran Pontianak ni ialah terdengar suara bayi. Jika suara bayi itu terdengar berdekatan maknanya Pontianak itu jauh lagi, tapi bila suara baby tu makin perlahan, maknenye dah dekat la Pontianak tu. Selain itu, bau wangi juga mengiringi kehadiran si Cik Ponti ni dimana bau wangi ini bertukar menjadi busuk apabila mendekati mangsanya.



Mangsa utama Ck Ponti ini semestinya lelaki terutamanya yang memperkosa dan membunuhnya dulu lantaran kewujudannya akibat dendam. Lelaki yang digodanya ini akhirnya akan dihisap darahnya dan dikorek organ dalamannya. Namun modus operandi Cik Ponti ni berbeza sedikit dengan Cik Kunti. Kuntilanak pula mensasarkan mangsanya dikalangan perempuan muda dan dara.  Manakala dikalangan orang Sunda, Kuntilanak ni tak usik orang. Cuma menakut-nakutkan orang sahaja dengan kemunculan mereka. Pontianak ini juga mengesan mangsanya dengan bau pakaian mereka. (Pasal tu la kot mase senja orang tua dulu-dulu dah angkat jemuran. Tak biar sampai ke  malam.)


Selain itu perbezaan Pontianak dan Kuntilanak adalah paku. Mengikut cerita jika Cik Ponti dan Kunti ini dipakukan, diorang akan jadi perempuan yang cantik dan bini yang baik. Kalau Pontianak kene paku kat lubang belakang leher. Manakala Kuntilanak pula dekat ubun-ubun atas kepala. Tapi rasenye, takde sape kot nak cube.

Langsuir pula lain dari cik berdua tersebut. Langsuir dikatakan dari perempuan yang mati lepas bersalin atau mati meroyan. Langsuir juga tak berapa cantik (alololo….). matanya merah, bajunya pula sama ada bewarna hijau atau putih. Kukunya panjang digunakan untuk mengorek perut mangsa. Langsuir juga dikatakan menghisap darah dan mangsanya ialah perempuan mengandung. Langsuir dkatakan akan menyebabkan mangsanya keguguran ataupun mati. Langsuir takde lubang untuk dipaku, so dia tak boleh nak jadi cantik.

Sundel Bolong lagi sedih kisahnya. Sundel bolong bermaksud pelacur yang berlubang. Dia asalnya seorang pelacur. Ada yang mengatakan dia ni mati ketika mengandung dan melahirkan anak di dalam kubur. Ada juga yang cerita dia ni mati masa bersalin dan anaknya keluar kat belakang. Pasal tu ada lubang kat belakang. Lubangnya besar (teringat part dalam Filem Sundal Bolong mase hantu tu makan sate..) dan tak berbaloi korang paku. Dia tak akan jadi cantik. Dia Cuma ingin membalas dendam. Jika lelaki yang diperdaya enggan menuruti kehendaknya, organ genital lelaki tersebut akan dirobek.

Bunga Harum Sundal Malam


Haa… ni la bunga fevert cik Pontianak kita, bunga Harum Sundal Malam. Di Indonesia bunga ini dikenali sebagai bunga Sedap Malam dan dijandikan bunga rasmi provinsi Jawa timur. Manakala di Iran pula dikenali sebagai Gole Maryam (Bunga Maryam) di India pula dikenali sebagai RajniGandha (wangian malam). Dari segi saintifik, ia dipanggil Polianthes tuberosa, omputih panggil Tube Roses. Bunga ini berasal dari Amerika tengah dan Mexico. Keistimewaan bunga ini ialah walaupun kecil ia akan mengeluarkan bau wangi yang kuat pada waktu malam sahaja. Seperti bunga melur, bunga ini juga berbeza dari bunga wangi yang lain iaitu bau wanginya tak hilang dengan cepat walaupun telah dipetik dari tangkainya.


Bunga harum Sundal Malam digunakan secara meluas sebagai pati minyak wangi. Patinya dijual agak mahal iaitu kira-kira USD100 untuk 5mL kerana dakwaan wangian bunga ini mampu memberikan kuasa psikik dan diguna secara meluas dalam terapi emosi dan perasaan untuk menenangkan hati. (kene terbau mase tengah malam…) bunga ini juga femes digunakan untuk tujuan mistik dan ilmu hitam. Selain dari bunga ni, ada jugak yang kaitkan Pontianak dengan Bunga Melur, Seroja, Kenanga, Kemboja dan lain-lain. Jangan risau, nak tanam, tanam je bunga ni. Bunga ni tak bersalah pun.

Lingser Wangi dan Si Cindai


Lingsir wengi
Sepi durong bisa nendro
Kagodo mring wewayang kan ngreridu ati
Kawitane mung sembrono njur kulino
Ra ngiro yen bakal nuwuhke tresno
Nanging duh tibane
Aku dhewe kang nemahi
Nandang bronto kadung loro
Sambat sambat sapa
Rino wengi sing tak puji ojo lali
Janjine muga bisa tak ugemi

Lingsir wengi sliramu tumeking sirno (Menjelang malam, dirimu(bayangmu) mulai sirna...)
Ojo Tangi nggonmu guling (Jangan terbangun dari tidurmu...)
awas jo ngetoro (Awas, jangan terlihat (memperlihatkan diri)..).
aku lagi bang wingo wingo(Aku sedang gelisah,)
jin setan kang tak utusi (Jin setan ku perintahkan)
dadyo sebarang (Jadilah apapun juga,)
Wojo lelayu sebet... (Namun jangan membawa maut...)


Lagu Lingsir Wengi ni sebenarnya lagu Jawa. Lagu yang menjadi soundtrack filem Kuntilanak ini menjadi popular kononnya bila dengar dan nyanyi lagu ni Cik Kunti datang. Betul ke?

Ada yang mendakwa sebenarnya lagu Lingsir Wengi ni berasal dari Kidung (Syair Jawa) Rumekso Ing Wengi yang dicipta oleh Sunan Kalijaga. Kidung ini dialunkan seperti wirid dan zikir selepas solat pada waktu malam di kalangan masyarakat Jawa waktu dulu.  Kidung ini dikenali kerana berisi mantera tolak bala,  seperti malapetaka waktu malam, penyakit, menang dalam perang dan jodoh cepat.

Selain itu lagu Lingsir Wengi ini juga dikatkan berasal dari Syair Durma (lagu) yang terdapat dalam Macapat (kumpulan syair tradisional Jawa). Macapat ni terdiri dari pelbagai jenis bersesuaian dengan tema syair seperti Puchung (tekateki), Asmaradana (cinta) dan Mas Kumambang (rindu kampong halaman). Lingsir Wengi dalam kategori Durma yang bertemakan pertembungan / semangat kejam.

Manakala Cindai pula sebenarnya sejenis kain sutera bercorak bunga. Namun bagi masyarakat Minangkabau, apabila dibubuh Si dihadapan Cindai ia membawa maksud Pontianak.

Kesan


Cerita pasal Pontianak ni memang popular dikalangan masayarakat nusantara. Cerita pasal Pontianak ni diperturunkan dari mulut ke mulut, buat peringatan si tua kepada anak-anak muda. Jangan keluar waktu senja,,, malah betapa popularnya Cik Ponti sorang ni sampai diabadikan di dalam beberapa buah filem terkenal di Malaysia dan Indonesia. Antaranya ialah Anak Pontianak (1958), Sumpah Pontianak, Pontianak Harum Sundal Malam I&II (2004,2005), Trilogi Kuntilanak (2006,2007,2008) dan Sundel Bolong (1981). Malah kisah Pontianak juga ada terakam didalam Hikayat Abdullah. Antara pelakon Pontianak yang terkenal ialah Maria Menado dan Maya Karin.


Selain itu di Indonesia juga terdapat nama tempat dipanggil Kota Pontianak. Dikawasan ini dahulunya pernah berdiri Kesultanan Pontianak. Menurut sejarah, Syarif Abdurrahman al-Kadrie diganggu Pontianak ketika membuka kawasan Pontianak. Kini, Pontianak merupakan salah satu kota utama di Kalimantan Barat.

Pemandangan Kota Pontianak. Kelihatan Masjid Jame’ Sultan Abdurrahman Pontianak di tebing Sungai Kapuas

Pengajaran

Bila cerita pasal Cik Ponti ni rata-rata kita mesti terbayangkan kisah-kisah seram. Buat meremang si bulu roma di kala senja. Habis kuat pun pengarah filem jadikan filem komedi. Tak ramai yang mahu berfikir jauh tentang pengajaran yang boleh kita ambil dari si Cik Ponti ni

Segelintarnya, menolak terus dari mempercayai Pontianak, katanya ini kepercayaan syirik dan khurafat. Pontianak, hanyalah jin yang mahu takut-takutkan manusia. Yang menjadikan kepercayaan kepada Pontianak terpesong dari aqidah adalah meyakini Pontianak boleh membawa mudharat, boleh mencabut nyawa, manakala dengan melakukan ritual tertentu boleh berlindung daripadanya seperti membawa benda tajam macam kaca dan paku. Inilah salah. Hanya Allah sahaja yang boleh datangkan mudharat dan manfaat.



Ada yang kata lagenda si Pontianak ni sebenarnya kisah dihikayat untuk menakutkan teruna-teruna dari kacau anak dara orang. Lebih-lebih lagi waktu malam. Tak elok. Kang terkacau cik Ponti nanti lari tak cukup tanah. Si dara pula, dah tau malam jangan la jalan sorang-sorang takut bahaya. Gadis-gadis juga tak elok pakai wangian berlebihan, takut menarik perhatian si lelaki bukan muhrim. Ada juga kata (Paul therox, 1977), cerita Pontianak ni direka para isteri nak elak laki diorang pegi menggatal dengan gadis lain yang jumpa kat jalan waktu malam.


Pontianak juga mengingatkan si lelaki jangan menganiaya golongan wanita. Si perempuan pula kena pandai jaga maruah diri. Mungkin sebab tu dulu-dulu kes perkosa anak dara orang, perlacuran, bunuh diri, sumbang mahram dan buang bayi ni kurang. Tak macam zaman sekarang. Kononnya orang sekarang moden duduk bandar besar, Pontianak tak wujud. yang percaya hantu ni orang kampung je. Ramai yang lupa, syaithan bertopeng manusia ada dimana-mana pada bila-bila masa.

Maya Karin memang lawa jadi Pontianak, dan bagi aku filem Pontianak Harum Sundal Malam ni antara filem melayu yang bagus kualitinya. Tertarik juga dengan dendangan Gurindam Dua Belas karangan Raja Haji.



Apabila banyak berlebih-lebihan suka
itulah tanda hampir duka
Ingatkan dirinya mati
itulah asal berbuat bakti
Akhirat itu terlalu nyata
kepada hati yang tidak buta
Gurindam 12 kini mohon berhenti

Kehadiran Pontianak mungkin sebagai ujian kepada keimanan manusia. Atau mungkin juga sebagai lambang keruntuhan moral manusia. Walau apa sekalipun kewujudannya merupakan satu misteri.










Saturday, 26 May 2012

Misteri Valley of Death



Pertama sekali, di mana lembah kematian ini? Tempat ini berada di Siberia atau lebih tepat lagi di Yakutia. Walaupun nampak macam biasa je, tempat ini mengalami pelbagai objek-objek aneh yang dijumpai oleh pengembara, pengembala serta penyelidik.

Valley of Death ini tidak berpenghuni dan tiada haiwan berani masuk ke situ. Menurut penduduk peribumi di situ, kawasan tersebut telah disumpah serta sangat tidak sesuai untuk diduduki kerana tanahnya yang berpaya. Setiap kumpulan pengkaji yang datang ketempat ini akan jatuh sakit tanpa diketahui sebabnya dan hanya pulih apabila keluar dari tempat ini. Uji kaji yang dijalankan tidak menunjukkan sebarang kesan radiasi nuklear yang mungkin menjadi penyebab penyakit misteri itu.

Ada teori mengatakan ia akibat meteor yang sering terhempas di kawasan Valley of Death serta yang paling popular kesan meteor yang jatuh di Tunguska (1908) iaitu kawasan berhampiran Valley of Death yang memusnahkan seluruh kawasan hutan.








Kesan hentaman meteor yang sehingga kini tiada tumbuhan


Antaranya keanehan tempat ini ialah dakwaan seorang Geologist pada 1936 yang menjumpai struktur besi besar separuh bulat berwarna merah yang ditemui di situ. Beliau melaporkan penemuan pelik ini ke bandar Yakutsk, tetapi tiada siapa yang memberi perhatian.


Struktur pelik yang dijumpai ahli geologist



Mikhail Korecky mendakwa pernah pergi ketempat itu sebanyak 3 kali, iaitu pada 1933, 1937 dan 1947. Dia menjumpai 7 struktur besi separuh bulat dengan tumbuhan pelik disekitar struktur besi ini.

Pemburu bernama Evenki juga menemui struktur besi ini  pada 1971 dan menjumpai bangkai makhluk berwarna hitam kurus dengan 1 mata, dia sedia menunjukkan tempat makhluk itu ditemui namun penduduk sekitar tidak mempercayainya.

Ivan Mackerle juga baru-baru ini menjalankan kajian  di Valley of Death dengan bantuan penunjuk jalan sebelum ditinggalkan kerana takut melihat keadaan muka bumi yang berbeza. Semasa mencari, mereka tiba di satu kawasan yang menyebabkan kompas mereka hilang arah. Ivan menjumpai struktur besi seperti yang dikatakan tetapi mendapati ia makin tenggelam ke dalam tanah. Ketika pasukannya cuba menggali, hanya Ivan yang mula berasa pening, pengsan, sesak nafas serta hilang keseimbangan badan. Kerana keadaan Ivan tetap sama setiap hari, mereka akhirnya pulang. 


Taksiran Ivan mengenai besi separuh bulat mungkin bagunan yang tertanam



P.S: Kalau nak tahu lebih lanjut boleh cari di Youtube untuk video penjelajahan ke Death Valley

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...