Fakta Ringkas KauTahuTak: Edisi 6

Kembali di laman sesawang Kau Tahu Tak setelah cuti...berapa banyak kali cuti da......

Apa Beza Garam Laut dan Garam Bukit?

Perbezaan garam ini adalah dari segi rasa, tekstur dan proses menghasilkannya.

Bunga Raya-Mengapa ia Dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan

Kementerian Pertanian telah memberikan 7 jenis bunga untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan

Buat Kanak-kanak Malaysia yang lahir pada 1980an: TV time!!! BaNaNaNa

Post kali ni, kami di Kau Tahu Tak ingin dedikasikan kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 1980an

Bagaimana Cincau Dibuat??

korang terfikir tak macam mana rupa cincau atau bagaimana la cincau ini dibuat dan diperolehi??

Showing posts with label Barang Baik Punye. Show all posts
Showing posts with label Barang Baik Punye. Show all posts

Sunday, 9 December 2012

Buat Kanak-kanak Malaysia yang lahir pada 1980an: TV time!!! BaNaNaNa

  "Abang dah gila, Ecah. Abang dah gila!!!!!"

(Post kali ni, kami di Kau Tahu Tak ingin dedikasikan kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 1980an, walau dimana pun  korang berada.)

Masa tu tak de Naruto dan One Piece. Upin dan Upin pun belum lahir lagi. Encik Boss pula belum plan nak hapuskan Boboiboy. Post kali ini kami akan paparkan beberapa rancangan TV dan siri animasi kanak-kanak Malaysia yang diingati dan digemari kanak-kanak mase tu. Moga sedikit-sebanyak boleh la buat  memori dan kenang-kenangan masa kecik dulu kan…….

 Di Mana Joe Jambul


Ni antara program TV yang amat popular waktu tu, sampai menang anugerah. Di Mana Joe Jambul ni menguji tahap pengetahuan am dan kemahiran geografi peserta yang terdiri dari budak sekolah. Watak-watak geng joe jambul jugak best. Ketuanya Joe jambul ada jambul rambut yang panjang dibantu oleh 5 orang gengnya (lupa la nama diorang). Ada saintis, pakar bom, pakar computer dan lain-lain. Selain itu program ini juga mengangkat popularity pengacaranya iaitu Norzizi Zulkifli.



Segmen yang paling best sudah tentunya segmen yang terakhir, dimana peserta perlu hafal kedudukan negara-negara di dunia sebelum meletakkan tiang lampu di atas peta yang disediakan dalam tempoh masa yang diberi. Kalau betul tiang lampu tu menyala la..ingat tak mencabar ke weyh…masa umur kau 8 tahun ko tau ke Bolivia dan Sweden letak kat mane weyh ???


Kerana ke’femes’an program ni la, RTM ambil keputusan nak ‘revive’ program ni balik. Sekarang dengan wajah baru Di Mana Joe Jambul kini bersiaran di TV 1.


A.L.O.N.G… ALONG!

A.L.O.N.G ni merupakan rancangan TV kanak-kanak yang berunsurkan hiburan sambil belajar. Along merupakan watak utama ni ialah maskot kucing yang besar. Adik-adik dia juga join sekali seperti Angah dan Acik, si kucing betina bewarna putih. Selain itu ada gak segmen laporan berita dimana juruhebahnya ialah budak-budak. 


Dan of course yang yang paling glamour , Siti Sifir, yang baca sifir sambil menyanyi tu..... jangan kome memain dengan siti sifir ni, penangannya sampai sekarang orang tecari-cari gambar Siti Sifir bila dah besar. Walau ape pun, jasa Siti Sifir amat besar. Ramai budak dalam kelas hafal sifir sambil menyanyi macam cik siti sorang ni.

Kampung Boy

Kambung Boy merupakan karya Lat. Pada asalnya Kampung Boy lebih kepada novel autobigrafi grafik namun kerana sambutan yang amat menggalakkan ia diangkat menjadi siri animasi yang juga tidak kurang juga popularnya. Menceritakan kisah seorang budak kampong Mat dalam menjalan kehidupan yang amat menggembirakan dan mencabar bersama keluarga dan rakan-rakannya serta masyarakat kampong yang berbilang kaum. Kampung Boy kini telah dialih bahasa kepada bahasa Inggeris, Jepun dan juga Arab.

Keluang Man


Bebudak zaman sekarang ni tak tau la kenal Keluang Man ni ke tak. Yang diorang kenal Batman, Superman, Spiderman, Thor, Fantastic Four, X-Men, Ironman dan memacam lagi hero omputih yang ntah pandai cakap melayu ke idak. Untuk pengetahuan korang, Keluang Man ni lagi senior dari Cicak Man KRU.

Untuk pengetahuan korang gak, siri animasi keluang Man ni merupakan animasi yang pertama di Malaysia yang cuba menggabungkan animasi 2D berlatarbelakangkan 3D. animasi ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Namun ia terpaksa diberhentikan selepas 3 tahun bersama kanak-kanak Malaysia apabila krisis kegawatan ekonomi 97-98 melanda.


Keluang Man tak macam Batman. Batman ni kan anak orang kaya. Keluang Man plak orang gila. Duduk kat Hospital Tampoi. Walaupun dikatakan gila, tapi dia dan membernye lagi sorang, TiungMan tetap berusaha mengalahkan kejahatan di Malaysia. Idop Keluang Man!!!

Anak-anak Sidek


Anak-anak Sidek merupakan siri animasi kartun semi-biografi anak-anak haji Sidek yang akhirnya menjadi lagenda pemain badminton Malaysia yang tersohor di pentas dunia. Siapa yang tak kenal dengan 5 beradik, Misbun, Razif, Jailani, Rahman dan Rashid Sidek?



Dari siri kartun tersebut baru kita tahu betapa berdisplin dan tegasnya Haji Sidek mendidik dan melatih anaknya bermain badminton. Hasil usaha keras Haji Sideklah, akhirnya anak-anak beliau Berjaya membawa Piala Thomas Ke Malaysia edisi 1992 bersama rakan sepasukan yang lain. Keluarga Haji Sidek masih lagi aktif dalam Badminton dengan menjadi jurulatih. Malah salah seorang cucunya iaitu anak Misbun Sidek, Misbun Ramdan kini merupakan salah seorang pelapis pemain badminton kebangsaan. Siri animasi Anak-anak Sidek juga diterbitkan dalam bentuk komik.

Usop Sontorian    




Usop dan gengnye ni duduk kat Parit Sonto Johor. Dia merupakan anak bongsu dari 3 beradik. Dia juga ada ayam jantan bernama Selebet, alah yang kokoknye sampai nak kene testing suara dulu….Haha, kawan-kawannya nama Dol, Abu, Singh, Ah Kim dan Vellu.

Selebet, ayam Usop yang terlepas dari pusat kajian dan melarikan diri ke Parit Sonto

Usop Sontorian merupakan siri animasi Malaysia yang pertama. Mula ditayangkan pada 1994, siri ini mendapat sambutan yang luar bias bukan sahaja di Malaysia, malah di Festival Animasi Asia Hiroshima,Jepun pada Jun 1996. Siri ini mempunyai 49 episod dan melibatkan 94 karyawan animasi anak tempatan. Thumbs Up! Untuk Ujang, En Kamn Ismail dan Kharisma Production kerana melahirkan siri animasi beridentitikan keunikan Malaysia.

Selain dari senarai diatas , ada juga beberapa animasi dan rancangan TV lain yang popular seperti Kartun Yokies (ala yg kapal angkasa, rumah dan bentuk rupa semuanya dari bentuk telur tu…) Kartun FrooTees Lah!!! (muka diorang semua dari buah-buahan, kartun ni tahun mula kat RTM tahun 1998),dan juga  Kartun Sang Wira , kucing dari Planet Jingga. 


Tapi semua ni takleh lawan siri kartun yang diterbitkan oleh Filem Negara Malaysia dan ditayangkan di TV Pendidikan RTM (kalau x silap laa…). Antaranya Kisah Sang kancil dengan haiwan di rimba. Masa tu kalau x silap teknologi pengkomputer animasi di Malaysia belum membangun lagi, bayangkanla untuk 1 saat, 25 lukisan kena lukis. Old in style but gold indeed.



Harapannya supaya kartun-kartun dan watak dari siri animasi dan program TV seperti ini wajar diarkibkan dan diadakan muzium khas untuk mereka untuk menjadi tatapan dan ajaran generasi muda dan akan datang serta menjadi kenangan dan memori buat generasi terdahulu. Macam Muzium Ghibli di Jepun. Dengan tema "Let's become lost children together", muzium ini berperanan sebagai pameran hasil karya anime terkemuka dari Studio Ghibli.

Disebabkan benda-benda lama ni susah dah nak carik, so kat ruangan ni kami nak bagi kredit kat beberapa blog dan laman web yang menjadi sumber rujukan kami. Antaranya;

Wikipedia & YouTube
ameirhamzahhashim.blogspot.com
ucudot.blogspot.com
topotato.com
akumahuprivasi.blogspot.com
kotakkertas88.blogspot.com

p/s: kalau korang nak tambah senarai list ni, ataupun teringat nama watak-watak siri animasi dan program TV di atas, silalah kongsi dengan kitorang di Kau Tahu Tak…. Mane la tau kot-kot ade member yang sebaya dok tercari-cari kartun-kartun dulu. 



Saturday, 20 October 2012

Kotak Susu Unik & Kreatif!

Susu Batman Perisa Strawberry

Berbanding Malaysia yang kotak susunya makin kecil makin mahal serta mesti dihiasi oleh gambar budak-budak minum susu di negara luar, imaginasi dan kreativiti memenuhi rekaan kotak susu mereka, jom lihat!











Kotak susu dari Jepun ini akan berbunyi suruh kita tutup pintu peti sejuk jika dibuka terlalu lama bagi menjimatkan elektrik tapi cuma ada dalam bahasa Jepun sahaja, kreatif kan ??







Kotak susu  yang mempunyai komik, bosan-bosan boleh baca kejap, juga dari Jepun.





Kotak susu yang memberikan petunjuk tarikh tamat tempoh dengan kotak bertukar warna dari warna putih ke oren.





Mengurangkan masalah tong sampah cepat penuh apabila selalu minum susu.




Susu dari Jepun versi mudah nak dibawa??



Nampak Seperti Susu High Class kan??








Lepas Minum Boleh simpan Buat Koleksi













Susu Warna Biru Anyone?


































Wednesday, 16 May 2012

Perisa Chewing Gum Aneh & Pelik



Kalau bagi korang yang chewing di atas pun dah cukup pelik, banyak lagi chewing pelik yang ada didunia, pelik betul selera dorang ni.


Chewing Gum Perisa Meatball






Perisa Hairball???





Perisa arak






Selepas makan akan keluarkan aroma melalui kulit kita







Chewing Gum Perisa Pencuci Mulut





Siapa yang malas gosok gigi boleh cuba yang ini







Sesuai utk ketagih kopi atau nak stay up






Hot dogs Anyone?




Perisa yg akan memberi bau kelakian pada anda!







Saturday, 21 April 2012

Buku Teks Zaman Dulu



Unik dan mungkin tak pernah dilihat oleh generasi sekarang, ini antara buku-buke teks yang digunakan di Malaysia suatu ketika dulu. Ringkas, Nipis dan Seronok dibaca, macam buku cerita.































Mungkin sesiapa yang ada koleksi buku macam ini di rumah boleh la kongsi gambar??







Monday, 16 April 2012

Kad Pokemon Termahal



Zaman main kad pokemon popular sekitar 1999, masa tu, semua budak bawa kad masing-masing lawan di sekolah. Kalau korang ada lagi simpan kad pokemon, mungkin kena cari balik sebab ia menjadi rebutan peminat kad pokemon lebih-lebih lagi kalau kad pokemon edisi pertama.


Ada banyak sebab kad pokemon menjadi mahal,antaranya sebab jarang jumpa, tersilap cetak, keluaran edisi pertama atau legendary pokemon.


Pikachu Illustrator


Ini kad pokemon paling mahal, sebab hanya diberi kepada pemenang  pertandingan melukis sendiri kad pokemon di Jepun serta tidak di cetak untuk versi bahasa Inggeris. Hanya 4 kad ini ada di dunia, jadi ia boleh mencecah 20K USD!


Charizard, First Edition


Yang ini mungkin korang ada, kad charizard versi holografik yang dicetak pada 1999. Kad ini boleh mencapai harga sehingga 2500 USD. Pastikan kad tak ada koyak  atau rosak sebab nilai jatuh nanti. (pesal la aku tak ade kad yang nih)


Kalau korang nak cari lagi kad-kad pokemon yang berharga, mana la tahu ada dalam laci rumah ke, boleh ke laman web http://www.pojo.com


Wednesday, 15 February 2012

Seni Bonsai Yang Awesome!



Aku rase ini pokok bonsai yang paling hebat dan payah nak buat. Kalau dapat buat mesti puas hati dan bangga bile tetamu datang rumah :D


Bonsai ini di reka oleh Takanori Aiba dari Jepun. Dia dapat idea nak buat bonsai yang kreatif ini lepas gabungkan pengalaman dia dalam bidang pokok bonsai serta ilustrator. Takanori ni dulu lepasan pelajar dari Universiti Tokyo Zokei. Lepas jadi kerja sambilan sebagai ilustrator, die tubuhkan syarikat Graphic and Design Inc.

Antara masa yang diambil untuk bentuk pokok bonsai ni serta tambah detail seperti rumah, tangga dan lain-lain antara 6 bulan sampai la 1 setengah tahun!Kalau berminat nak lihat lebih dekat korang terpakse ke Jepun tengok galeri dia. Jom tengok antara masterpiece seni bonsai dia:



























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...