Monday, 16 April 2012

Kad Pokemon Termahal



Zaman main kad pokemon popular sekitar 1999, masa tu, semua budak bawa kad masing-masing lawan di sekolah. Kalau korang ada lagi simpan kad pokemon, mungkin kena cari balik sebab ia menjadi rebutan peminat kad pokemon lebih-lebih lagi kalau kad pokemon edisi pertama.


Ada banyak sebab kad pokemon menjadi mahal,antaranya sebab jarang jumpa, tersilap cetak, keluaran edisi pertama atau legendary pokemon.


Pikachu Illustrator


Ini kad pokemon paling mahal, sebab hanya diberi kepada pemenang  pertandingan melukis sendiri kad pokemon di Jepun serta tidak di cetak untuk versi bahasa Inggeris. Hanya 4 kad ini ada di dunia, jadi ia boleh mencecah 20K USD!


Charizard, First Edition


Yang ini mungkin korang ada, kad charizard versi holografik yang dicetak pada 1999. Kad ini boleh mencapai harga sehingga 2500 USD. Pastikan kad tak ada koyak  atau rosak sebab nilai jatuh nanti. (pesal la aku tak ade kad yang nih)


Kalau korang nak cari lagi kad-kad pokemon yang berharga, mana la tahu ada dalam laci rumah ke, boleh ke laman web http://www.pojo.com


2 comments:

hello bro =)
aku ade bnyak kad2 waktu zaman sekolah dulu.agak2 la skang ni kat malaysia laku lg x kalau jual??

lg kalau ade sesiapa yang masih berminat main kad2 pokemon ni blehla contact aku

ade pape prtanyaan email aku kat amicastello77@gmail.com

Kena tengok juga kad ape,keadaan kad tu,dengan tahap rare kad.Setakat ni,kad pokemon je yang senang dapat sambutan. Boleh cuba jual di lelong.com atau ebay kalau nak cari pembeli luar negara.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...