Tuesday 10 April 2012

64 tahun tragedi Deir Yassin

Kedudukan Deir Yassin dan Jerusalem



“Kealpaan adalah jalan menuju pengusiran, sementara kewaspadaan adalah kunci pembebasan”- Yad Vashem, memorial Israel terhadap kekejaman Holocaust Nazi ke atas orang Yahudi semasa perang dunia kedua di kem-kem Auswitch, Bergen-Belsen dan Dachau.

1400 meter ke utara dari memorial perang tersebut dulu terletaknya sebuah perkampungan rakyat Palestin yang dikenali sebagai Deir Yassin. Setelah 64 tahun berlalu, perkampungan tersebut telah lenyap bersama ingatan kita pada para syuhada. Kini kawasan tersebut merupakan sebahagian daripada Hospital Sakit Mental milik Israel.

Semuanya bermula apabila PBB telah meluluskan Resolusi 181 yang telah membelah Palestin kepada 3 bahagian , 2/3 milik pendatang haram Yahudi dan 1/3 milik penduduk asal Palestin pada 29 November 1947. Pembahagian ini ditentang oleh Arab Palestin, dah la tak dapat persetujuan penduduk tempatan, pembahagian yang dibuat tak adil plak. So berlakulah peperangan diantara Arab Palestin dan pendatang Yahudi yang ketika itu dibantu oleh Mandat British di Jerusalem.

Bagi melindungi kepentingan dan keselamatan mereka, pendatang yahudi neh menubuhkan beberapa pasukan para-military. Yang utama ialah Haganah, dan pasukan bawah tanah yang brutal iaitu Irgun dan Stern. Ketiga-tiga pasukan inilah kemudian hari selepas kemerdekaan Israel membentuk IDF iaitu angkatan tentera Israel sekarang ini.

Pasukan Haganah


Untuk memastikan penguasaan mutlak Yahudi ke atas Palestin, Haganah, Irgun dan Stern telah melancarkan beberapa operasi serangan yang mengancam keselamatan orang awam Palestin. Dan salah satunya ialah Tragedi Pembunuhan beramai-ramai Deir Yassin.

Deir Yassin merupakan perkampungan penduduk awam palestin yang dikelilingi oleh 6 koloni penempatan haram yahudi, menyebabkan Deir yassin terdedah dengan serangan dan ancaman pengganas yahudi. Bagi melindungi orang kampung penduduk Deir Yassin tubuhkan pasukan peronda yang hanya berbekalkan senapang lama dan bekalan peluru yang sikit. So untuk selamat, penduduk Deir Yassin dan koloni Yahudi mengadakan perjanjian untuk tidak saling menyerang (non-aggression pact).

Namun sebulan selepas itu ketiga-tiga kumpulan pengganas Yahudi telah melancarkan ‘Operation Unity’ yang bertujuan untuk membunuh seramai mungkin penduduk Palestin dan menghalau selebihnya dari kampong halaman mereka.

4.30 pagi hari Jumaat 9 April 1948, penduduk deir yassin yang sedang tidur dikejutkan dengan arahan untuk mengosongkan rumah dan keluar dari kampong melalui corong-corong pembesar suara. Penduduk yang kebingungan keluar menyiasat perkara tersebut, dan bermulalah operasi pembunuhan beramai-ramai penduduk Deir Yassin.

Mangsa pembunuhan


Kumpulan pengganas zionis Haganah membariskan 33 orang yang menghadiri majlis perkahwinan di sepanjang tembok bangunan. Kesemua mereka termasuk pasangan pengantin kemudiannya ditembak tanpa belas kasihan.

Sebanyak 144 rumah diperkampungan Deir Yassin dibakar manakala 15 buah rumah telah diletupkan, mereka yang keluar menyelamatkan diri pula ditembak bertalu-talu oleh dibunuh oleh kumpulan pengganas Yahudi Zionis dari kumpulan Stern, Irgun dan Haganah. 

Mengikut testimony mangsa yang terselamat (hanya kira-kira 40 orang sahaja yang terselamat) antara kekejaman yang dilakukan oleh pengganas yahudi tersebut ialah mereka datang dari rumah ke rumah untuk merogol wanita, menyembelih kanak-kanak dan membunuh sesiapa di dalam rumah dengan menggunakan machine gun dan pisau. Seluruh ahli keluarga disuruh berbaris didinding sebelum ditembak bertubi-tubi. 25 orang wanita yang hamil telah dibelah perut mereka hidup-hidup. 52 kanak-kanak diseksa, dibunuh dan dipenggal kepala mereka di hadapan ibu mereka. 60 0rang wanita dibunuh, anggota badan mereka dikerat-kerat. Wanita dan remaja perempuan yang masih hidup kemudian dikumpulkan, dibogel dan diarak diatas kenderaan mengelilingi perkampungan Yahudi sebelum dibunuh. 

Duit dan harta benda seperti gelang dan cincin dirampas. Ada yang terpaksa dikerat telinga semata-mata mahukan anting-anting. Malah ada juga wanita tua yang dicabul. Setelah puas, rumah mereka dimusnahkan. Jumlah yang terkorban dianggarkan seramai 254 orang.

Mayat mangsa tragedi Deir Yassin

Kemusnahan dan kekejaman yang berlaku di Deir Yassin merupakan operasi yang terancang dan tersusun. Kumpulan pengganas Haganah telah mengebom desa Deir Yassin menggunakan mortar manakala kumpulan Irgun dan kumpulan Stern menyerang dari jarak dekat. David Ben-Gurion (PM Israel pertama) telah menentukan polisi kumpulan Haganah; manakala Menachem Begin (PM Israel ke-6), telah mengetuai Irgun dan Titzhak Shamir (PM Israel ke-7), adalah bekas ketua pengganas kumpulan Stern.

Kumpulan-kumpulan pengganas ini juga menikmati bantuan kewangan dan senjata. Menjelang November 1947 apabila pelan pemisahan (partition plan) dilaksanakan oleh PBB melalui resolusi 181, pengganas-pengganas yahudi sudah memiliki 16,000 senjata api ringan, 1000 mesin gun dan 750 mortar.

Peristiwa di Deir yassin memberikan kemenangan moral dikalangan pengganas yahudi. Peristiwa ini merupakan permulaan kepada penghapusan penduduk 400 perkampungan, bandar Arab dan pengusiran 700,000 penduduk Palestin sebagai ruang pendatang Yahudi di seluruh dunia. Pengganas yahudi pergi dari satu kampong ke satu kampong sambil berteriak mengarahkan orang palestin mengosongkan rumah atau “menghadapi nasib seperti di Deir Yassin”. Pada 14 Mei 1948 Ben-Gurion mengisytiharkan kemerdekaan Israel.

Manakala selepas peristiwa itu di Deir Yassin, menjelang September, pendatang Yahudi dari Poland, Romania, dan Slovakia ditempatkan di situ, walaupun menerima bantahan daripada Martin Buber, Cecil Roth dan ketua Yahudi lain yang mahu kawasan pembunuhan beramai-ramai itu dikekalkan tandus.

Anwar Sadat dan Menachem Begin


Ironinya, Menachem Begin yang didalam memoirnya ‘the Revolt’ mengatakan “Tragedi ini tidak hanya dibenarkan, malahan tidak akan wujud Negara Israel ini tanpa ‘kemenangan’ di Deir Yassin”., telah dianugerahkan  hadiah nobel untuk keamanan bersama Anwar Sadat (Presiden Mesir ketika itu) hasil rundingan damai antara Mesir dan Israel di Perjanjian Camp David 1978…..


Balian: What is Jerusalem worth?
Salehuddin: Nothing
……….
Salehuddin: Everything
(Kingdom of Heaven)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...