Sunday 20 January 2013

Apa Beza Garam Laut & Garam Bukit?



Kebanyakkan kita di Malaysia menggunakan garam yang berasal dari laut. Garam bukit selalunya dijual sebagai garam alternatif serta sebagai sumber rawatan atau dijadikan lampu garam (dikatakan mampu mengeluarkan ion & cas yang baik untuk badan). Apa beza antara garam laut dan garam bukit ye?





Garam laut dan garam bukit mempunyai asas kandungan khasiat yang sama walaupun sering kali diceritakan bahawa garam bukit lebih baik untuk badan.  Perbezaan garam ini adalah dari segi rasa, tekstur dan proses menghasilkannya.


Garam laut dihasilkan dengan menyejatkan air laut dan kandungan mineralnya bergantung kepada air laut itu sendiri yang bermakna ia mengandungi sodium cloride serta unsur-unsur mineral tambahan. Warna serta tahap kemasinan garam juga bergantung kepada air laut.


Garam bukit pula dihasilkan dengan melombong di bukit yang mempunyai sumber garam. Garam ini akan diproses menggunakan bahan kimia agar didalam garam itu sendiri hanya mempunyai sodium cloride serta bahan kimia tambahan yang menyebabkan tekstur lebih halus. Ia juga ditambah iodin bagi memberi keperluan iodin dalam badan manusia. Rasanya juga lebih masin serta membuatkan pemakan berasa kenyang atau kembung.


Sekarang sudah tahu, jadi garam mana yang lebih elok? Garam laut lebih bagus kerana mempunyai pelbagai mineral yang diperlukan oleh badan. Garam bukit mempunyai kandungan sodium yang tinggi, jika tidak dikawal penggunaannya akan menyebabkan penyakit darah tinggi serta penyakit berkait dengan jantung.









18 comments:

This comment has been removed by a blog administrator.

ooo tq atas info yg sgt bguna ni.kami nk btukar ke garam laut.tp bila nk beli td tgk ada garam bukit pulak.xtau nk amik yg mana satu sbb xtau mna yg lbih elok utk ksihatan.dh bca ni tau dah la

macam x betul je kenyataan ni...
GARAM KRISTAL GUNUNG HIMALAYA adalah garam bukit yang berasal dari kawasan gunung Himalaya dan berada dalam bentuk asalnya. Ia adalah garam organik yang paling berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geomatrik kristaline yang amat sempurna. Ia mengandungi semua unsur yang terdapat dalam tubuh manusia. Garam Gunung Himalaya berbeza daripada garam halus biasa yang diproses yang mana kandungan sodiumnya adalah sodium pasif yang menyebabkan tekanan darah naik. Garam memudharatkan apabila proses “pembersihan” turut menyahkan unsur potassium, kalsium, magnesium dan besi yang perlu bekerjasama dengan sodium. Garam merupakan satu rahmat daripada Allah SWT yang boleh dinikmati dan tidak semestinya ditakuti kemudharatannya. Garam bukit menambah kualiti segala sesuatu yang dicampur dengannya.Ia berfungsi sebagai pemangkin dalam tindakbalas kimia oleh itu sangat perlu dalam penghadaman dan pencernaan makanan, mengurangkan masalah angin dan gastrik. Ia sangat cekap melancarkan pengaliran darah, merangsang kelenjar untuk merembes hormon, asid amino, mineral dan vitamin oleh organ tubuh. Ia kaya dengan iodin dan mampu mengimbangi kalsium dalam tubuh iaitu mineral yang penting untuk mencegah osteoporosis.

Garam laut merupakan garam makan yang telah disaring dan hampir asli (95% ataupun lebih). Pada kebiasaannya, ia mengandungi bahan yang mengelakkannya dari bergumpal.

Garam laut biasa mengandungi kandungan natrium yang amat tinggi sehingga 40%. Pengambilan natrium yang tinggi akan menyebabkan penyakit tekanan darah tinggi. Oleh itu mengurangkan pengambilan garam laut biasa dalam diet harian adalah disarankan.

Tubuh manusia mengenalpasti garam laut biasa sebagai racun dan bukan bahan semulajadi, dan cuba menyingkirkannya scepat mungkin untuk melindungi dirinya. Ini menyebabkan bebanan mendadak pada tubuh untuk menyingkirkan garam laut terutama pada organ ginjal.

Apabila tubuh cuba menyingkirkan garam laut yang berlebihan, air adalah diperlukan untuk mengelilingi natrium klorida dan memecahkan molekul natrium klorida kepada ion natrium dan ion klorida. Penggunaan air yang tinggi akan menyebabkan sel badan mengalami penghidratan dan ini menjejaskan fungsi optimal badan.

Kesan penggunaan garam laut akan membentuk keasidan edema yang tinggi atau kelebihan cecair dalam tisu badan dan adalah punca penyebab terjadinya selulit. Untuk setiap 0.035 auns natrium klorida, badan akan menggunakan 23 kali ganda jumlah sel airnya untuk meneutralkan keasidan garam itu.

Hati-hati menulis info.
Garam bukit lebih baik drpd garam laut

Hati-hati menulis info.
Garam bukit lebih baik drpd garam laut

This comment has been removed by the author.

Semua mineral(garam) adalah penting utk tubuh manusia. Mineral unsur utama pembentukan sel. Sel pula membentuk tisu yang membina organ.
Mineral daripada mana2pun adalah baik dan anugerah dari Allah. Jangan menidakkan kebaikkan antara kedua2nya jika anda menjual salah satu darinya.
Apa yang penting, tiada unsur kimia dlm proses mineral tersebut dihasilkan.
Sebenarnya mineral laut dalam adalah yang terbaik kerana laut dalam teramat sejuk sehingga tiada unsur2 bakteria serta kandungan mineralnya adalah yang terbaik kerana segala bentuk mineral, termasuk dr bukit mengalir turun kelaut di bawa hujan.

Kejadian Allah adalah sebaik2nya anugerah!

Tolong buang tolong delete info ini.. Study betul2....kemaruk nak berblog info salah..

Jadi kesudahan nya Garam bukit lebih baik dari garam laut atau sebalik nya? Saya confius. Tap buat masa sekarang saya menggunakan garam Himalaya. Terima kasih.

Ya garam bukit lebih baik berbanding garam laut.Pernah bc garam laut skrg ni tidak digalakkan penggunaannya terutama dr France krn laut di sana telah mengalami pencemaran yg teruk. Wallahualam.

Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..πŸ˜‰

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okayπŸ‘‡πŸ»
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


πŸ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🀲🏼


Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring

senang jer guna lh garam cara sunah nabi letak lh garam ketika mkanan sudah sejuk beb

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...