Fakta Ringkas KauTahuTak: Edisi 6

Kembali di laman sesawang Kau Tahu Tak setelah cuti...berapa banyak kali cuti da......

Apa Beza Garam Laut dan Garam Bukit?

Perbezaan garam ini adalah dari segi rasa, tekstur dan proses menghasilkannya.

Bunga Raya-Mengapa ia Dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan

Kementerian Pertanian telah memberikan 7 jenis bunga untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan

Buat Kanak-kanak Malaysia yang lahir pada 1980an: TV time!!! BaNaNaNa

Post kali ni, kami di Kau Tahu Tak ingin dedikasikan kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 1980an

Bagaimana Cincau Dibuat??

korang terfikir tak macam mana rupa cincau atau bagaimana la cincau ini dibuat dan diperolehi??

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Sunday, 14 October 2012

Nak Tidur Lena?



Bagi korang yang selalu susah nak tidur ataupun sudah sampai ke tahap imsomnia boleh amalkan makanan-makanan ini bagi membantu korang tidur lena:







Sila makan buah ceri untuk senang tidur malam-malam kerana buah ini mengandungi melatonin, iaitu bahan kimia yang membantu jam biologi badan kita untuk tidur. Melalui kajian penyelidik, buah ceri boleh menambahkan durasi tidur serta memberikan tidur yang berkualiti.






Walaupun ramai tidak suka minum susu kerana nanti akan ke tandas, susu memang membantu anda tidur kerana ia mempunyai asid amino tryptophan iaitu bahan awal untuk menghasilkan serotonin di otak. Mungkin boleh mempengaruhi otak untuk tidur awal??






Beras Jasmine berada di kedudukan teratas bagi indeks glycemic, iaitu perut akan menghadamnya secara perlahan dan membebaskan glucose secara perlahan-lahan. Kajian pada 2007 mengatakan jika kita makan nasi ini 4 jam sebelum tidur, masa yang diambil untuk tidur dapat dikurangkan separuh berbanding makanan lain.







Makan bijiran sebaiknya dari gandum untuk memudahkan anda tidur. Selain itu anda boleh memakan barli, buckwheat dan quinoa.









Pisang boleh membantu anda tidur kerana ia penuh dengan magnesium dan potassium yang berfungsi untuk merehatkan otot badan.









Makan ayam belanda kerana ia mengandungi tryptophan sama seperti susu. Rakyat Malaysia jarang atau tak pernah langsung makan ayam ni








Boleh cuba makan keledek( keledek bakar di Jusco!) kerana ia mempunyai banyak potassium. Selain itu, ubi kentang, kacang lima serta betik juga boleh diambil.







Dalam beberapa kajian, teh valerian mampu mempercepatkan rasa tidur serta membaiki kualiti tidur.







Saturday, 29 September 2012

Bagaimana Memutihkan Gigi?



Gigi kita memang tidak boleh putih dalam sekelip mata, tetapi ada beberapa tips untuk membuatkan gigi korang putih berseri sampai silau dipandang.









  • Yang paling mudah ialah guna pemutih gigi yang dijual di pasaran tanpa memberi kesan negatif kepada gigi, cuma harga mungkin mahal sedikit







  • Kalau rajin berus gigi dan floss konfem gigi putih! Sebab kalau tidak digosok selalu plak akan menyebabkan gigi anda kuning.







  • Kalau korang minum minuman berasid seperti jus buah-buahan, pastikan selepas 30 minit baru korang gosok gigi. Jika terus menggosok gigi selepas minum jus, kesan berusan akan menolak asid lebih jauh ke dalam gigi. Ini menyebabkan enamel yang melindungi gigi terhakis dan gigi menjadi kekuningan.








  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang keras seperti epal juga boleh membantu gigi menjadi putih. Bagaimana? Permukaan buah yang kasar ini akan membuang lapisan plak di gigi dan hasilnya gigi anda sentiasa putih.







  • Sila gunakan straw/penyedut minuman okeh supaya warna dari minuman air gas, jus atau apa saja dari melekat di gigi. Jangan lupa berkumur dengan air paip apabila sudah makan dan minum!















Tuesday, 20 March 2012

Bagi Yang Selalu Selsema!


Bagi yang mempunyai hidung sensitif seperti aku akan selalu bersin yang mengakibatkan selsema atau yang badannya tak dapat nak sesuaikan diri dengan cuaca yang kejap hujan kejap panas. Antara makanan yang sesuai untuk anda bagi membuatkan selsema cepat sembuh atau reda ialah:





Ubi Keledek

Mungkin agak pelik kenapa perlu makan ubi keledek, tapi ia memang elok untuk menghilangkan selsema. Ia membekalkan vitamin C dan A selain potassium serta kalsium.









Kacang Brazil
Kekacang! ia boleh meningkatkan sistem imun badan, tapi paling sesuai ialah kacang brazil yang mempunyai kandungan antioxidant yang tinggi atau almonds yang mempunyai vitamin E yang tinggi






Bawang Putih
Bagi yang mampu nak makan bawang putih mentah-mentah, boleh beli garlic kapsul yang dijual di farmasi, murah je sekarang ni.






Cili Benggala?
Cili benggala ini mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi daripada oren, selain itu ia membekalkan anda dengan air untuk menggantikan badan yang terhidrat tuh







Cendawan
Jangan makan cendawan yang boleh buat korang high pulak! cendawan mempunyai beta-glucan yang penting untuk sistem imun badan anda.







Dark Chocolate

Paling best, dark chocolate. Makanan yang mengandungi koko ini dapat membantu sel T anda untuk melawan  virus yang menyebabkan selsema dalam badan anda.







Madu
Jangan dilupakan madu lebah memang baik untuk kesihatan. Madu lebah yang mampu menyekat pertumbuhan bakteria boleh dibancuh dalam air panas. Jangan lupa guna sudu plastik, Dr. Fadzilah Kamsah kate sudu besi menyebabkan khasiat madu hilang.






Jangan dilupa minum banyak air untuk ganti air yang hilang dari badan






Tuesday, 20 December 2011

Garam Bukan Sekadar Penambah Rasa



Garam bukan hanya boleh digunakan dalam masakan malah boleh digunakan untuk:








Bile blackout, mesti korang pasang lilin kan? cecair lilin tu akan tumpah atau korang bubuh dalam bekas supaye tak tumpah.Tapi korang tahu tak sume ni boleh dielakkan dengan rendam siap-siap lilin korang dalam larutan garam selame 2-3 jam, dijamin tak akan menitik dah air lilin tu!




Bagaimane nak tahu telur ayam masih elok?Letak 2 sudu garam dalam cawan dan letak telur, kalau ai timbul masih boleh gune dan sebaliknye lah




Kadanag-kadang, time rajin nak menyapu,bulu penyapu pulak dh tak lurus.Korang celup je dlm air garam, lepas ni penyapu akan tahan lame dan keras



Kalau kene sengat lebah,boleh sapu dengan garam dan sedikit air untuk hilangkan sakit,lepas tu pergi la kalau makin teruk pergi je hospital amek injection!




Bagi peminum susu, kalau nak bia susu tahan lebih lame boleh masukkan secubit garam dan kocak. dapat la tahan lame sket





Tak lengkap ade susu tanpe kopi, kadang-kadang org yg slalu minum kopi dpt beze sedap ke tak kopi tu, kalau pahit sgt, cube letakkan sedikit garam, kopi akan jadi kurang pahit dan rase pun ade improve sket





Friday, 2 December 2011

Kegunaan Lain Kopi



Selain minum, biji kopi boleh juga digunakan sebagai :









Medium untuk tanam cendawan!sape yang nak jadi pengusaha cendawan boleh la try,dikatekan sesuai untuk pelbagai jenis cendawan termasuk cendawan tiram










Boleh digunakan sebagai penghalau kucing di laman rumah, jadi tak de la jumpe 'harta karun' kucing nanti. Sila taburkan sedikit serbuk kopi pada tanah.








Sesiapa ada masalah rumah banyak semut cuba taburkan serbuk kopi pada semut dan biar mereka bawa balik ke sarang, problem solve!










Serbuk kopi juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau busuk dari peti sejuk, kalau nak letak arang boleh jugak










Untuk kurangkan selulit pun boleh! Kalau tak percaye boleh cube campurkan minyak kelapa dengan serbuk kopi yang dipanaskan sedikit dan sapu pada kaki ye





Tuesday, 18 October 2011

Selain Minum Teh Boleh Gune Untuk..?




Antara kegunaan lain teh, boleh cube sendiri nak tahu betul ke tak




1. Bersihkan karpet rumah korang dengan taburkan daun teh hijau yg dah gune untuk 10 minit, bile dah kering  vakum je sume




2. Kilatkan lantai kayu rumah dengan peram dulu teh sebelum lap atas lantai sebab teh ade kandungan tannin yang buat kayu berkilat & kaler hitam. Perabot yg dibuat dari kayu pun boleh jugak





3. Untuk bersihkan cermin & tingkap dari kesan degil, toilet pun di leh bersihkan, tak payah bli harpic dah lepas ni. Nak lagi best campo je spray air dengan teh, sambil-sambil lap boleh minum :D





4. Boleh hilangkan kesan lebam bawah mate dengan letak uncang teh suam





5. Kurangkan jerawat menggunekan teh hijau pasal teh hijau ade sifat antiseptic







6. Kurangkan effect sunburn kat badan, sile gune teh chamomile sejuk okeh, klau dh start mengelupas tuh abaikan jela yea,dah terlambat






7. Agak-agak korang nak buat beef steak boleh cube peram dengan black tea dulu, sure lembut daging lembu tu, takde la penat sangat nanti nak masak






  • Banyak lagi kegunaan teh ni,lepas ni xpayah beli pape dah,sume bende boleh gune teh je,haha

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...