Sunday, 9 December 2012

Buat Kanak-kanak Malaysia yang lahir pada 1980an: TV time!!! BaNaNaNa

  "Abang dah gila, Ecah. Abang dah gila!!!!!"

(Post kali ni, kami di Kau Tahu Tak ingin dedikasikan kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 1980an, walau dimana pun  korang berada.)

Masa tu tak de Naruto dan One Piece. Upin dan Upin pun belum lahir lagi. Encik Boss pula belum plan nak hapuskan Boboiboy. Post kali ini kami akan paparkan beberapa rancangan TV dan siri animasi kanak-kanak Malaysia yang diingati dan digemari kanak-kanak mase tu. Moga sedikit-sebanyak boleh la buat  memori dan kenang-kenangan masa kecik dulu kan…….

 Di Mana Joe Jambul


Ni antara program TV yang amat popular waktu tu, sampai menang anugerah. Di Mana Joe Jambul ni menguji tahap pengetahuan am dan kemahiran geografi peserta yang terdiri dari budak sekolah. Watak-watak geng joe jambul jugak best. Ketuanya Joe jambul ada jambul rambut yang panjang dibantu oleh 5 orang gengnya (lupa la nama diorang). Ada saintis, pakar bom, pakar computer dan lain-lain. Selain itu program ini juga mengangkat popularity pengacaranya iaitu Norzizi Zulkifli.



Segmen yang paling best sudah tentunya segmen yang terakhir, dimana peserta perlu hafal kedudukan negara-negara di dunia sebelum meletakkan tiang lampu di atas peta yang disediakan dalam tempoh masa yang diberi. Kalau betul tiang lampu tu menyala la..ingat tak mencabar ke weyh…masa umur kau 8 tahun ko tau ke Bolivia dan Sweden letak kat mane weyh ???


Kerana ke’femes’an program ni la, RTM ambil keputusan nak ‘revive’ program ni balik. Sekarang dengan wajah baru Di Mana Joe Jambul kini bersiaran di TV 1.


A.L.O.N.G… ALONG!

A.L.O.N.G ni merupakan rancangan TV kanak-kanak yang berunsurkan hiburan sambil belajar. Along merupakan watak utama ni ialah maskot kucing yang besar. Adik-adik dia juga join sekali seperti Angah dan Acik, si kucing betina bewarna putih. Selain itu ada gak segmen laporan berita dimana juruhebahnya ialah budak-budak. 


Dan of course yang yang paling glamour , Siti Sifir, yang baca sifir sambil menyanyi tu..... jangan kome memain dengan siti sifir ni, penangannya sampai sekarang orang tecari-cari gambar Siti Sifir bila dah besar. Walau ape pun, jasa Siti Sifir amat besar. Ramai budak dalam kelas hafal sifir sambil menyanyi macam cik siti sorang ni.

Kampung Boy

Kambung Boy merupakan karya Lat. Pada asalnya Kampung Boy lebih kepada novel autobigrafi grafik namun kerana sambutan yang amat menggalakkan ia diangkat menjadi siri animasi yang juga tidak kurang juga popularnya. Menceritakan kisah seorang budak kampong Mat dalam menjalan kehidupan yang amat menggembirakan dan mencabar bersama keluarga dan rakan-rakannya serta masyarakat kampong yang berbilang kaum. Kampung Boy kini telah dialih bahasa kepada bahasa Inggeris, Jepun dan juga Arab.

Keluang Man


Bebudak zaman sekarang ni tak tau la kenal Keluang Man ni ke tak. Yang diorang kenal Batman, Superman, Spiderman, Thor, Fantastic Four, X-Men, Ironman dan memacam lagi hero omputih yang ntah pandai cakap melayu ke idak. Untuk pengetahuan korang, Keluang Man ni lagi senior dari Cicak Man KRU.

Untuk pengetahuan korang gak, siri animasi keluang Man ni merupakan animasi yang pertama di Malaysia yang cuba menggabungkan animasi 2D berlatarbelakangkan 3D. animasi ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Namun ia terpaksa diberhentikan selepas 3 tahun bersama kanak-kanak Malaysia apabila krisis kegawatan ekonomi 97-98 melanda.


Keluang Man tak macam Batman. Batman ni kan anak orang kaya. Keluang Man plak orang gila. Duduk kat Hospital Tampoi. Walaupun dikatakan gila, tapi dia dan membernye lagi sorang, TiungMan tetap berusaha mengalahkan kejahatan di Malaysia. Idop Keluang Man!!!

Anak-anak Sidek


Anak-anak Sidek merupakan siri animasi kartun semi-biografi anak-anak haji Sidek yang akhirnya menjadi lagenda pemain badminton Malaysia yang tersohor di pentas dunia. Siapa yang tak kenal dengan 5 beradik, Misbun, Razif, Jailani, Rahman dan Rashid Sidek?



Dari siri kartun tersebut baru kita tahu betapa berdisplin dan tegasnya Haji Sidek mendidik dan melatih anaknya bermain badminton. Hasil usaha keras Haji Sideklah, akhirnya anak-anak beliau Berjaya membawa Piala Thomas Ke Malaysia edisi 1992 bersama rakan sepasukan yang lain. Keluarga Haji Sidek masih lagi aktif dalam Badminton dengan menjadi jurulatih. Malah salah seorang cucunya iaitu anak Misbun Sidek, Misbun Ramdan kini merupakan salah seorang pelapis pemain badminton kebangsaan. Siri animasi Anak-anak Sidek juga diterbitkan dalam bentuk komik.

Usop Sontorian    




Usop dan gengnye ni duduk kat Parit Sonto Johor. Dia merupakan anak bongsu dari 3 beradik. Dia juga ada ayam jantan bernama Selebet, alah yang kokoknye sampai nak kene testing suara dulu….Haha, kawan-kawannya nama Dol, Abu, Singh, Ah Kim dan Vellu.

Selebet, ayam Usop yang terlepas dari pusat kajian dan melarikan diri ke Parit Sonto

Usop Sontorian merupakan siri animasi Malaysia yang pertama. Mula ditayangkan pada 1994, siri ini mendapat sambutan yang luar bias bukan sahaja di Malaysia, malah di Festival Animasi Asia Hiroshima,Jepun pada Jun 1996. Siri ini mempunyai 49 episod dan melibatkan 94 karyawan animasi anak tempatan. Thumbs Up! Untuk Ujang, En Kamn Ismail dan Kharisma Production kerana melahirkan siri animasi beridentitikan keunikan Malaysia.

Selain dari senarai diatas , ada juga beberapa animasi dan rancangan TV lain yang popular seperti Kartun Yokies (ala yg kapal angkasa, rumah dan bentuk rupa semuanya dari bentuk telur tu…) Kartun FrooTees Lah!!! (muka diorang semua dari buah-buahan, kartun ni tahun mula kat RTM tahun 1998),dan juga  Kartun Sang Wira , kucing dari Planet Jingga. 


Tapi semua ni takleh lawan siri kartun yang diterbitkan oleh Filem Negara Malaysia dan ditayangkan di TV Pendidikan RTM (kalau x silap laa…). Antaranya Kisah Sang kancil dengan haiwan di rimba. Masa tu kalau x silap teknologi pengkomputer animasi di Malaysia belum membangun lagi, bayangkanla untuk 1 saat, 25 lukisan kena lukis. Old in style but gold indeed.



Harapannya supaya kartun-kartun dan watak dari siri animasi dan program TV seperti ini wajar diarkibkan dan diadakan muzium khas untuk mereka untuk menjadi tatapan dan ajaran generasi muda dan akan datang serta menjadi kenangan dan memori buat generasi terdahulu. Macam Muzium Ghibli di Jepun. Dengan tema "Let's become lost children together", muzium ini berperanan sebagai pameran hasil karya anime terkemuka dari Studio Ghibli.

Disebabkan benda-benda lama ni susah dah nak carik, so kat ruangan ni kami nak bagi kredit kat beberapa blog dan laman web yang menjadi sumber rujukan kami. Antaranya;

Wikipedia & YouTube
ameirhamzahhashim.blogspot.com
ucudot.blogspot.com
topotato.com
akumahuprivasi.blogspot.com
kotakkertas88.blogspot.com

p/s: kalau korang nak tambah senarai list ni, ataupun teringat nama watak-watak siri animasi dan program TV di atas, silalah kongsi dengan kitorang di Kau Tahu Tak…. Mane la tau kot-kot ade member yang sebaya dok tercari-cari kartun-kartun dulu. 



53 comments:

saya cri senarai kartun yang dialih bahasa di tv 1,2 dan 3. sbb ader satu kartun sye x ingat nme lgsg dah sye perlukan org yg tau kartun2 yg wujud between 1997 sampai paling kurang 2010 ar.
-alyaa akira

sesiapa yg ade cite sang wira emel kt sy..fulltank6@yahoo.com.my..faveret tuu

Mungkin dapat dikongsi bersama kami apabila senarai kartun yang dialih bahasa dan cerita-cerita kartun di blog ini nanti

Dulu x silap tahun 1995-96 ade cerita ABC stand for ana bidi ciko. Dh tnye rmai mmber sume x ingt.agak2 korg ingt? Lg 1 alam ria yg ade 2-3 pngacara knk2 n ade yg pkai kostum ulat bulu besar.hrp2 ade yg msih ingt

Kelab kanak2 angkasapuri.. What up doc.. Apa lg ea.. Kelab disney malaysia..

Kartun Tomato Man

Tomato tomato tomato mato!!

bila pertama kalinya kartun2 import ditayangkan di malaysia?
mulanya tahun berapa?

-Azumi Hirogashi_91-

Ingat lagi tak cerita Timang-Timang Tinggi yang ada 5 pengacara kanak-kanak ?

sapa2 ada crita yokies tu...nak tgk sgt...rindu nak tgk balik

cik adeq ila: ingat ingat!! haha

tomato man pun! suka sgt.. tomato tomato tomato wakakaka

Korg ingt x pintar pintas.. game show kanak2 kat tv2.. yg lawan antara sekolah2.. ada segmen kuiz n fizikal berhalangan.. bersama coach rosman!!!!...hehehe..
rindunya zaman budak2..

kenapalah diorang tak tunjuk cerita tu.sekali sekala tunjuk la

Igt sgt pintar pintas tu sbb naik roller blade pilih alphabet hihi.... bile mlm mesti tgk rancangan mcm pertandingan antara keluarga dari Singerrrrr....menawan keluarga bahagiaaaaaaaa

Ada sape2 ingat x kartun sebuah keluarga dimana ayah nya seorang pembaiki tren ktm, selalu hantar anak nye ke sekolah naik kereta katak.. Tolong bagi tau tajuk, tlng sgt2

aku tercari apa tajuk rancangan bahasa English dulu main tym waktu pagi.. yang ada detektif mat saleh pakai baju putih,sluar pendek dngan kanta pbesar..spatah aram pun x faham apa dia ckp..tp lucu sangat tenguk dia.. haha..

mr gadget rasanya tu..ispektor gadje...cuba google rasanya ada ktyoutube

Hi.

Funny you mentioned this programme, I was one of the contestants representing St L. John's. Were you one of them? I have been trying to get a copy of the video but can't get it anywhere. If you have any info on it let me know?

Yesss..saya pun cari cerita ABC tu..Ana Bidi dan Ciko..saya suka cerita tu..

Bukan mr gadget...klu x silap mat saleh tu nama dy george..yg slalu pakai topi merah senget tu..perangai lebih krg mr. Bean..hahaha

sape tau cite name watak sibotek dgn kucingnye??

sape tau cite name watak sibotek dgn kucingnye??

This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by the author.

Thunder..thunder..thundercat!!
Gaban Perkasa Hitam
Haha

This comment has been removed by the author.

Sapa tau nama kartun yg ada lebah sgn beruang ungu(?). Dulu kecik kecik slalu tgk kat tv2

haha.wey aku dr tahun 2008 nk cari balik cter ni smpai la masa ni xjmpa2.komen ko je ni yg jmpa.tp tu pun dah happy gila sbb ada yg igt lagi

Masih mencari ape tajuk cite omputih ni. Aku igt aku sorang je cari cite ni. Aku rase die bukan pakai baju putih. Die pakai baju coklat dgn seluar pendek coklat macam safari lebih kurang. Pakai topi. Siasat menatang ape x tau la kecik2 dulu x paham ape. Lawak tengok die je.

Sama la..cari kt utube n google crite abc ni dah tak ada

Sama la..cari kt utube n google crite abc ni dah tak ada

This comment has been removed by a blog administrator.

Wei serius haaa aku pun ingat mat saleh ni..dia dok jalan2 tu dia dok buat apa haaa aku lupa

I was the host,along with Rosman
My name is Anizah
May be we can set up a gathering session for all participants, crews & hosts for the old time's sake
Contact me

Betul. Dh lama cari cerita ni.. Ana bidi ciko.. Dh search youtube dgn gogle tp tiada.. Ada sesiapa ada lg video tu minta upload..

Yup... Aku pon tgh cari... Seingat aku dia pernah duk kalut2 kt public phone kuning dlu2

Nak tanya, pada awal tahun 2000 ada ditayangkan animasi di TV1 dan TV2 mengenai seorang remaja yang boleh bertukar kepada satria kristal (?) tapi saya tak ingat nama tajuk kwrtun tersebut. Adakah admin juga ada pernah menontonnya pada waktu tersebut?

Ada yang ingat tak cerita budak bila dia dia pengsan dia jadi raksasa biru

Masih mencari siapa siti sifir

Ada sesiapa tahu rancangan berbentuk kuiz berkatan haiwan masa thn 90an?

Saya mencari rancangan kartun popular 90an What's Up Doc Tv2 pengacaranya Kak Tuty. Sesiapa ada info? Terima kasih.

Hai kak niza..sy pernah masuk rakaman pintar pintas tuu🤭

cik adeq ila saya ingat tak silap say ABC Ana Bidi & Ciko tahun 1994 saya masa tu darjah 4 ,,,best sgt citer boneka unsur pendidikan tu tak pernah miss episode..ye habis tahun 1995 citer tu pastu dimana joe jambul menyusul.

aku tercari apa tajuk rancangan bahasa English dulu main tym waktu pagi.. yang ada detektif mat saleh pakai baju putih,sluar pendek dngan kanta pbesar..spatah aram pun x faham apa dia ckp..tp lucu sangat tenguk dia.. haha.. ...................Ya saya ingat pelakon tu nama dia George , tak ingat tajuk Mr.George kot, citer dia menyiasat kes ada dlm slot TV Pendidikan ..mmg suka tgk dulu lucu & tak pernah miss (sungguh informatif)....mula2 dia pakai kot putih yg detektif mcm Mr.Gadget pakai pastu dia pakai traveler uniform ngan seluar pendek kaler brown ...tapi lagi suka yg mula2 tu.

Saya ada masuk 1 rancangan kuiz di rtm tv masa kanak-kanak dulu,xsilap rancangan nya nama kanak-kanak kilat...tak jupe kt mana² dah pasal rancangan ni...

Saya pun pernah wakil sekolah utk Pintar Pintas, year 1999!

Ye Sy ingt ABC tu, pastu alam ria cuti sekolah

Kuiz haiwan tu xingt tajuk, pgecaranya nama Taufik, spe jwb btul dpt patung haiwan

Lama cari cerita ni...apa ya...puas cari xjumpa2....tgk sebelum g sekolah petang..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...