Saturday, 26 October 2013

Apa Beza Seladang Dengan Banteng?










Kalau korang lihat gambar di atas pun dah boleh teka, ini memang seladang. Nama saintifik seladang ialah bos gaurus. Boleh mencapai ketinggian 2 meter dengan berat 900 kg. Boleh hidup sehingga 25 tahun jika tak kena tembak. Anak seladang berwarna emas coklat dan akan beransur menjadi warna hitam apabila dewasa, ia mengambil masa 3 tahun untuk matang dan hanya melahirkan seekor anak selepas bunting untuk tempoh 9 bulan. Ia selalunya hidup dalam kumpulan yang kecil antara 4- 8 ekor.


Seladang semakin berkurangan dengan jumlah 500 pada tahun 1994, menurut kajian terbaru, seladang tidak dijumpai di Taman Negara, Hutan Simpan Jerangau (pemburuan haram), Taman Hidupan Liar Krau juga mengalami nasib yang sama walaupun wujud Santuari Jenderak yang terletak berhampiran dengan Taman Krau. Sebelum ini, gajah dan badak juga tidak lagi dijumpai di Taman Hidupan Liar Krau. Ada sejumlah 75 ekor seladang di Santuari Jenderak, namun belum ada program pelepasan semula ke dalam hutan setakat ini.















Ini pula ialah Banteng, agak-agak Banting, Selangor dapat nama dari haiwan ini tak? Banteng nampak seperti lembu namun ciri yang senang untuk dibezakan ialah bahagian kaki bawah bewarna putih. Nama saintifiknya bos javanicus. Warna banteng betina selalunya coklat manakala jantan berwarna coklat gelap atau hitam. Ia hidup dalam kumpulan yang agak besar, dalam lingkungan 30 ekor. Ia makan rumput serta berkeliaran di tempat yang mempunyai sumber air yang banyak, serta boleh dijumpai di hutan sekunder atau kawasan lama pembalakan.


Tapi malangnya, haiwan ini yang hanya diketahui hidup di negeri bahagian utara Malaysia, sudah lama tidak dijumpai seawal tahun 1950 lagi. Tak guna ada hutan kalau tiada haiwan dalam hutan. Ia masih boleh dijumpai di Sabah seperti  Taman Hidupan Liar Tabin, Taman Hidupan Liar Kulamba, Lembah Danum, Hutan Simpan Ulu Kalumpang Hutan Simpan Ulu Segama-Malua, Santuari Hidupan Liar Kinabatangan dan Hutan Simpan Deramakot. Namun, ia mengahadapi masalah akibat pembiakan dengan lembu liar yang menyebabkan penyebaran penyakit dan kehilangan genetik asal.




1 comments:

This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...