Edisi Fakta KauTahuTak? berkisarkan MASA
Masa sangat penting pada ketika ini kerana ia merujuk kepada
ketepatan dan pengiraan dalam sehari mahupun setahun. Ia memudahkan manusia
kini untuk membuat sesuatu kerja, berjanji dengan seseorang dan menentukan
ketepatan sesuatu itu berlaku contohnya seperti catatan sejarah. Sini kami
ingin berkongsi sedikit sebanyak berkisarkan masa yang kita tau dan dipakai
sekarang ini:
Hari:
Hari merujuk kepada pusingan bumi berputar pada paksinya (menurut teori omputih la) tapi yang menariknya nama nama yang dipakai untuk
mewakili hari ini kebanyakannye berkisar kepada dongeng Scandinavian:
Monday – merupakan panggilan kepada moon’s day
Tuesday – aka tiu’s day merupakan tuhan Rom bagi peperangan
tetapi di ambil pinjam oleh mitos Scandinavian pahlawan Tiu@Tiw
Wednesday – Woden’s day bersamaan dengan tuhan Mercury dalam
dongengan Rom, tuhan Woden
Thursday – ramai yang sekarang ini tau akan Thursday adalah
pinjaman dari nama adiwira Marvel @ god dalam Scandinavian: Thor si tuhan kilat
bersama tukulnya
Adiwira Thor
Friday – Freyja’s day merupakan tuhan cinta dalam dongeng
Scandinavian
Dewi Cinta katanya Freyja
Saturday – dinamakan sempena Saturn tuhan pertanian dalam
dongeng Rom
Sunday – paling senang kerana name itu la yang dengan terang
nye dah menceritakan segalanya, sempena matahari aka Sun
Bulan dalam setahun:
Kebanyakan datang dari pinjaman latin
January – januarius merupakan bulan yang didedikasi kepada
tuhan pintu, Janus yang mempunyai dua muka; satu pandang ke arah tahun baru
satu memandang ke arah tahun sebelumnya
Dewa Janus
February – Februa merupakan festival penyucian zaman Rom
yang berlaku dalam bulan ini
March- sempena tuhan peperangan Rom iaitu Mars
April – dari Aperire, bermaksud ‘buka’ dimana tumbuhan ‘membuka’
atau bercambah ketika ini
May – kemungkinan datang dari Maia, Dewi pertumbuhan dan
peningkatan.
Dewi Maia
June – berasal dari dewi Juno, yang menjadi kauselor penjaga
dari Rom
July – diberi nama sempena Julius Caesar oleh Mark Antony
(bukan penyanyi latin ye) pada 44SM. Sebelum ini diberi nama bulan Quintilis
bermaksud lima kerana dalam kelendar Rom ia merupakan bulan kelima
August – diberi nama sempena Maharaja Augustus pada 8SM.
Maharaja Augustus
September – datang dari ‘Septem’ yang bermaksud tujuh kerana
bulan ketujuh dalam kalendar Rom
October – sama seperti bulan September, diberi nama dari ‘octo’
kerana bulan ke lapan dalam kalendar Rom
November – datang dari ‘Novem’ yang bermaksud Sembilan
December – merupakan bulan ke sepuluh ‘decem’ dalam kalendar
Rom.
Kalendar
Terdapat banyak kalendar di muka bumi ini. Secara rasmi nya
penduduk dunia memakai kalendar Gregorian. Ia diperkenalkan oleh Pope Gregory
XIII pada 1582 yang sebelum ini memakai kalendar Julian yang berasaskan
pusingan bumi dengan matahari atau dipanggil tahun solar. Setiap 4 tahun akan
ada tahun lompat (97 tahun lompat dalam setiap 400 tahun). Great Britain
mengguna pakai kalendar Gregorian ini pada 3 September 1752 kalendar Julian
bersamaan 14 September 1752 kalendar Gregorian yang baru menyebabkan dalam
sejarah British tiada apa yang berlaku diantara 3 september hingga 13 september
1752 (hari kosong). Bende ini membuatkan penduduk Britain mase tu bengang
kerana merasakan umur mereka pendek 11 hari. Menurut teori kalendar ini, ia
menghampiri tahun astronomi (365.24219 hari) yang bermakna hanya akan lari satu
hari untuk setiap 3300 tahun!
Pope Gregory XIII
Terdapat juga kalendar lain seperti kalendar Mayan, kalendar
cina, kalendar Hebrew, kalendar Islam dan kalendar India.
Tahun-tahun yang
berlakunya kalendar:
3761SM – kalendar Yahudi dimulakan
2637SM – kalendar asal Cina dimulakan
45SM – kalendar Julian digunakan oleh Rom
1M – kalendar Kristian dimulakan
79M – kalendar Hindu bermula
597M – Britain memakai kalendar Julian
622M – Kalendar Islam bermula
1582 – Kalendar Gregorian diperkenalkan di Negara Katolik
Akan datang, Kalendar Islam, Yahudi, Mayan, Cina dan India
pulak J
1 comments:
Appreciate this blog ppost
Post a Comment