(AMARAN: kepada yang
ada lemah jantung, sedang mengandung, mudah hilang semangat, takut gelap, gi
toilet time malam berteman atau kanak-kanak yang belum mumayyiz, anda tidak
digalakkan untuk meneruskan pembacaan. Kalau nak bace gak, jangan baca
sesorang, bace reramai ye….)
Sesungguhnya Syrik
dan Khurafat itu dosa, nerakalah
jawabnya. Seandainya kejahatan dan kepalsuan itu ada, maka yakin jualah bahawa
kebaikan dan kebenaran itu tetap juga ada. Tuhan maha berkuasa, tiada yang
setara baginya.
Teringat masa kecil dahulu, masa baharu kenal dunia dan
televisyen, di satu sore ade tengok satu filem Indonesia. Filem seram. Kalau tak
silap tajuk filem itu Sundel Bolong. Tengok kat rumah kawan. Tengok ramai-ramai
seronok. Takla takut sangat. Nak jerit pun ramai-ramai. Ada yang tak berani
duduk depan TV, mungkin dekat sangat dengan hantu agaknya. Bila part suspen
tutup mata dengan tangan, tapi ada berani sikit-sikit, curik tengok celah jari.
Akibatnya, tak berani nak pegi mengaji malam sorang-sorang. Kena pegi
ramai-ramai. Jenuh jugakla ayah nak bayar bil lektrik pasal malam tidur tak
boleh tutup lampu. Harapnye supaya cepat siang. Esok pegi sekolah, kononnya
berani , buat rumusan filem semalam sambil berkongsi kisah hantu dengan
kawan-kawan lain. Gelakla, aku sebagai lelaki wajar rasa takut ye,…. Sundel
Bolong dan Cik Ponti ni kacau lelaki je.
Cik Ponti, Cik Kunti,
Sundel Bolong dan Langsuir
Keempat-empatnya perempuan. Pontianak berasal dari gabungan perkataan perempuan mati anak. Di Indonesia ia lebih dikenali sebagai Kuntilanak. Dia dikatakan berasal dari
perempuan yang mati mase mengandung. Selalunya mati dibunuh ataupun mengandung
akibat diperkosa kemudian membunuh diri. Pontianak seringkali menjelma sebagai
perempuan cantik yang berjalan seorang diri di waktu malam untuk menggoda
lelaki. Dia juga sering kelihatan berambut panjang dengan berkain putih. Dikatakan
antara tanda-tanda kehadiran Pontianak ni ialah terdengar suara bayi. Jika suara
bayi itu terdengar berdekatan maknanya Pontianak itu jauh lagi, tapi bila suara
baby tu makin perlahan, maknenye dah dekat la Pontianak tu. Selain itu, bau
wangi juga mengiringi kehadiran si Cik Ponti ni dimana bau wangi ini bertukar
menjadi busuk apabila mendekati mangsanya.
Mangsa utama Ck Ponti ini semestinya lelaki terutamanya yang
memperkosa dan membunuhnya dulu lantaran kewujudannya akibat dendam. Lelaki yang
digodanya ini akhirnya akan dihisap darahnya dan dikorek organ dalamannya. Namun
modus operandi Cik Ponti ni berbeza sedikit dengan Cik Kunti. Kuntilanak pula
mensasarkan mangsanya dikalangan perempuan muda dan dara. Manakala dikalangan orang Sunda, Kuntilanak
ni tak usik orang. Cuma menakut-nakutkan orang sahaja dengan kemunculan mereka.
Pontianak ini juga mengesan mangsanya dengan bau pakaian mereka. (Pasal tu la kot
mase senja orang tua dulu-dulu dah angkat jemuran. Tak biar sampai ke malam.)
Selain itu perbezaan Pontianak dan Kuntilanak adalah paku. Mengikut
cerita jika Cik Ponti dan Kunti ini dipakukan, diorang akan jadi perempuan yang
cantik dan bini yang baik. Kalau Pontianak
kene paku kat lubang belakang leher. Manakala Kuntilanak pula dekat ubun-ubun
atas kepala. Tapi rasenye, takde sape kot nak cube.
Langsuir pula lain dari cik berdua tersebut. Langsuir
dikatakan dari perempuan yang mati lepas bersalin atau mati meroyan. Langsuir juga
tak berapa cantik (alololo….). matanya merah, bajunya pula sama ada bewarna
hijau atau putih. Kukunya panjang digunakan untuk mengorek perut mangsa. Langsuir
juga dikatakan menghisap darah dan mangsanya ialah perempuan mengandung. Langsuir
dkatakan akan menyebabkan mangsanya keguguran ataupun mati. Langsuir takde
lubang untuk dipaku, so dia tak boleh nak jadi cantik.
Sundel Bolong lagi sedih kisahnya. Sundel bolong bermaksud
pelacur yang berlubang. Dia asalnya seorang pelacur. Ada yang mengatakan dia ni
mati ketika mengandung dan melahirkan anak di dalam kubur. Ada juga yang cerita
dia ni mati masa bersalin dan anaknya keluar kat belakang. Pasal tu ada lubang
kat belakang. Lubangnya besar (teringat part dalam Filem Sundal Bolong mase
hantu tu makan sate..) dan tak berbaloi korang paku. Dia tak akan jadi cantik. Dia
Cuma ingin membalas dendam. Jika lelaki yang diperdaya enggan menuruti
kehendaknya, organ genital lelaki tersebut akan dirobek.
Bunga Harum Sundal
Malam
Haa… ni la bunga fevert cik Pontianak kita, bunga Harum
Sundal Malam. Di Indonesia bunga ini dikenali sebagai bunga Sedap Malam dan dijandikan bunga rasmi provinsi Jawa timur. Manakala di Iran pula dikenali sebagai Gole Maryam (Bunga Maryam) di India pula dikenali sebagai RajniGandha (wangian malam). Dari segi
saintifik, ia dipanggil Polianthes tuberosa, omputih panggil
Tube Roses. Bunga ini berasal dari Amerika tengah dan Mexico. Keistimewaan bunga ini ialah walaupun kecil ia akan
mengeluarkan bau wangi yang kuat pada waktu malam sahaja. Seperti bunga melur,
bunga ini juga berbeza dari bunga wangi yang lain iaitu bau wanginya tak hilang
dengan cepat walaupun telah dipetik dari tangkainya.
Bunga harum Sundal Malam digunakan secara meluas sebagai pati
minyak wangi. Patinya dijual agak mahal iaitu kira-kira USD100 untuk 5mL kerana
dakwaan wangian bunga ini mampu memberikan kuasa psikik dan diguna secara
meluas dalam terapi emosi dan perasaan untuk menenangkan hati. (kene terbau
mase tengah malam…) bunga ini juga femes digunakan untuk tujuan mistik dan ilmu
hitam. Selain dari bunga ni, ada jugak yang kaitkan Pontianak dengan Bunga Melur, Seroja, Kenanga, Kemboja
dan lain-lain. Jangan risau, nak tanam, tanam je bunga ni. Bunga ni tak
bersalah pun.
Lingser Wangi dan Si
Cindai
Lingsir wengi
Sepi durong bisa nendro
Kagodo mring wewayang kan ngreridu ati
Kawitane mung sembrono njur kulino
Ra ngiro yen bakal nuwuhke tresno
Nanging duh tibane
Aku dhewe kang nemahi
Nandang bronto kadung loro
Sambat sambat sapa
Rino wengi sing tak puji ojo lali
Janjine muga bisa tak ugemi
Lingsir wengi sliramu tumeking sirno (Menjelang malam, dirimu(bayangmu) mulai sirna...)
Ojo Tangi nggonmu guling (Jangan terbangun dari tidurmu...)
awas jo ngetoro (Awas, jangan terlihat (memperlihatkan diri)..).
aku lagi bang wingo wingo(Aku sedang gelisah,)
jin setan kang tak utusi (Jin setan ku perintahkan)
dadyo sebarang (Jadilah apapun juga,)
Wojo lelayu sebet... (Namun jangan membawa maut...)
Sepi durong bisa nendro
Kagodo mring wewayang kan ngreridu ati
Kawitane mung sembrono njur kulino
Ra ngiro yen bakal nuwuhke tresno
Nanging duh tibane
Aku dhewe kang nemahi
Nandang bronto kadung loro
Sambat sambat sapa
Rino wengi sing tak puji ojo lali
Janjine muga bisa tak ugemi
Lingsir wengi sliramu tumeking sirno (Menjelang malam, dirimu(bayangmu) mulai sirna...)
Ojo Tangi nggonmu guling (Jangan terbangun dari tidurmu...)
awas jo ngetoro (Awas, jangan terlihat (memperlihatkan diri)..).
aku lagi bang wingo wingo(Aku sedang gelisah,)
jin setan kang tak utusi (Jin setan ku perintahkan)
dadyo sebarang (Jadilah apapun juga,)
Wojo lelayu sebet... (Namun jangan membawa maut...)
Lagu Lingsir Wengi ni sebenarnya lagu Jawa. Lagu yang menjadi soundtrack
filem Kuntilanak ini menjadi popular kononnya bila dengar dan nyanyi lagu ni
Cik Kunti datang. Betul ke?
Ada yang mendakwa sebenarnya lagu
Lingsir Wengi ni berasal dari Kidung
(Syair Jawa) Rumekso Ing Wengi yang
dicipta oleh Sunan Kalijaga. Kidung
ini dialunkan seperti wirid dan zikir selepas solat pada waktu malam di
kalangan masyarakat Jawa waktu dulu. Kidung
ini dikenali kerana berisi mantera tolak bala, seperti malapetaka waktu malam, penyakit,
menang dalam perang dan jodoh cepat.
Selain itu lagu Lingsir Wengi ini
juga dikatkan berasal dari Syair Durma
(lagu) yang terdapat dalam Macapat (kumpulan
syair tradisional Jawa). Macapat ni terdiri dari pelbagai jenis bersesuaian
dengan tema syair seperti Puchung
(tekateki), Asmaradana (cinta) dan Mas Kumambang (rindu kampong halaman).
Lingsir Wengi dalam kategori Durma yang bertemakan pertembungan / semangat
kejam.
Manakala Cindai pula sebenarnya sejenis kain sutera bercorak bunga. Namun bagi
masyarakat Minangkabau, apabila
dibubuh Si dihadapan Cindai ia membawa maksud Pontianak.
Kesan
Cerita pasal Pontianak ni memang popular dikalangan
masayarakat nusantara. Cerita pasal Pontianak ni diperturunkan dari mulut ke
mulut, buat peringatan si tua kepada anak-anak muda. Jangan keluar waktu senja,,, malah
betapa popularnya Cik Ponti sorang ni sampai diabadikan di dalam beberapa buah
filem terkenal di Malaysia dan Indonesia. Antaranya ialah Anak Pontianak (1958), Sumpah
Pontianak, Pontianak Harum Sundal Malam I&II (2004,2005), Trilogi
Kuntilanak (2006,2007,2008) dan Sundel Bolong (1981). Malah kisah
Pontianak juga ada terakam didalam Hikayat Abdullah. Antara pelakon Pontianak
yang terkenal ialah Maria Menado dan
Maya Karin.
Selain itu di Indonesia juga terdapat nama tempat dipanggil Kota Pontianak. Dikawasan ini dahulunya
pernah berdiri Kesultanan Pontianak.
Menurut sejarah, Syarif Abdurrahman
al-Kadrie diganggu Pontianak ketika membuka kawasan Pontianak. Kini,
Pontianak merupakan salah satu kota utama di Kalimantan Barat.
Pemandangan Kota Pontianak. Kelihatan Masjid Jame’ Sultan Abdurrahman Pontianak di tebing Sungai Kapuas
Pengajaran
Bila cerita pasal Cik Ponti ni rata-rata kita mesti
terbayangkan kisah-kisah seram. Buat meremang si bulu roma di kala senja. Habis
kuat pun pengarah filem jadikan filem komedi. Tak ramai yang mahu berfikir jauh
tentang pengajaran yang boleh kita ambil dari si Cik Ponti ni
Segelintarnya, menolak terus dari mempercayai Pontianak,
katanya ini kepercayaan syirik dan khurafat. Pontianak, hanyalah jin yang mahu
takut-takutkan manusia. Yang menjadikan kepercayaan kepada Pontianak terpesong
dari aqidah adalah meyakini Pontianak boleh membawa mudharat, boleh mencabut
nyawa, manakala dengan melakukan ritual tertentu boleh berlindung daripadanya
seperti membawa benda tajam macam kaca dan paku. Inilah salah. Hanya Allah
sahaja yang boleh datangkan mudharat dan manfaat.
Ada yang kata lagenda si Pontianak ni sebenarnya kisah
dihikayat untuk menakutkan teruna-teruna dari kacau anak dara orang. Lebih-lebih
lagi waktu malam. Tak elok. Kang terkacau cik Ponti nanti lari tak cukup tanah.
Si dara pula, dah tau malam jangan la jalan sorang-sorang takut bahaya. Gadis-gadis
juga tak elok pakai wangian berlebihan, takut menarik perhatian si lelaki bukan
muhrim. Ada juga kata (Paul therox, 1977), cerita Pontianak ni direka para
isteri nak elak laki diorang pegi menggatal dengan gadis lain yang jumpa kat
jalan waktu malam.
Pontianak juga mengingatkan si lelaki jangan menganiaya
golongan wanita. Si perempuan pula kena pandai jaga maruah diri. Mungkin sebab
tu dulu-dulu kes perkosa anak dara orang, perlacuran, bunuh diri, sumbang
mahram dan buang bayi ni kurang. Tak macam zaman sekarang. Kononnya orang sekarang
moden duduk bandar besar, Pontianak tak wujud. yang percaya hantu ni orang kampung je. Ramai yang lupa, syaithan bertopeng manusia ada
dimana-mana pada bila-bila masa.
Maya Karin memang lawa jadi Pontianak, dan bagi
aku filem Pontianak Harum Sundal Malam ni antara filem melayu yang bagus
kualitinya. Tertarik juga dengan dendangan Gurindam
Dua Belas karangan Raja Haji.
Apabila
banyak berlebih-lebihan suka
itulah tanda
hampir duka
Ingatkan
dirinya mati
itulah asal
berbuat bakti
Akhirat itu
terlalu nyata
kepada hati
yang tidak buta
Gurindam 12 kini mohon berhenti
Kehadiran Pontianak mungkin sebagai ujian kepada keimanan
manusia. Atau mungkin juga sebagai lambang keruntuhan moral manusia. Walau apa
sekalipun kewujudannya merupakan satu misteri.
4 comments:
Nice story .
nice story about this so called ghost
Post a Comment