Fakta Ringkas KauTahuTak: Edisi 6

Kembali di laman sesawang Kau Tahu Tak setelah cuti...berapa banyak kali cuti da......

Apa Beza Garam Laut dan Garam Bukit?

Perbezaan garam ini adalah dari segi rasa, tekstur dan proses menghasilkannya.

Bunga Raya-Mengapa ia Dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan

Kementerian Pertanian telah memberikan 7 jenis bunga untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan

Buat Kanak-kanak Malaysia yang lahir pada 1980an: TV time!!! BaNaNaNa

Post kali ni, kami di Kau Tahu Tak ingin dedikasikan kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 1980an

Bagaimana Cincau Dibuat??

korang terfikir tak macam mana rupa cincau atau bagaimana la cincau ini dibuat dan diperolehi??

Sunday 23 February 2014

Safran Si Emas Hidup



Pernah dengar safran/zafran atau saffron? Mungkin kita ada mendengar jika menonton iklan makanan-makanan berkhasiat yang menjual makanan dari tanah arab atau korang pernah terlihat di rancangan memasak yang akan tabur sedikit safran di atas hidangan. Kenapa penulis panggil ia emas? sebab ia boleh ditanam dan yang penting sangat mahal harganya yang boleh mencecah RM 2000 sekilo atau lebih! Sekaligus menjadi rempah termahal di dunia.





Inilah pokok yang menghasilkan safran dengan nama saintifiknya Crocus sativus. Safran diambil dari stigma bunga yang akan dikeringkan sebelum dijual. Dianggarkan sebanyak 150 000 bunga diperlukan untuk mendapat sekilo safran kering. Kebanyakkan bunga ini ditanam di Iran, Greece dan wilayah Kashmir yang memerlukan suhu yang kering dan panas dengan pancaran matahari yang banyak untuk hidup subur. Pokok ini tidak dijumpai hidup liar, jadi ia mungkin  dibiak baka oleh manusia sehingga berbeza dari pokok asal. Pokok ini hanya membiak melalui vegetatif dengan menghasilkan bebawang. Beberapa varieti diperkenalkan untuk memberi perbezaan dari segi aroma, warna dan rasa. seperti Spanish Superior dan Creme dari Sepanyol, Aquila dari Itali dan Mongra atau Lacha dari wilayah Kashmir yang paling mahal akibat susah didapati kerana konflik peperangan, kemarau serta larangan eksport oleh kerajaan India.



Aktivti mengutip bunga safran di Kashmir



Bebawang pokok safran


Perkataan saffron berasal dari bahasa Arab iaitu zafaran. Ia telah digunakan dari dahula kala lagi, ketika zaman gangsa dan tamadun Assyrian. Tamadun Parsi juga telah menanamnya dari dulu lagi sebagai bahan untuk dijahit bersama kain, pewangi dan pewarna. Alexander the Great juga menggunakan safran dalam masakan dan mandian untuk menghilangkan penat dari kempen peperangan beliau di Asia, dan di ikuti oleh askar-askar beliau dan membawa balik budaya ini ke Greece.





Safran sampai ke Asia sekitar 2500-500 tahun yang lalu. Para sami pada zaman itu menggunakan safran untuk mewarnakan pakaian namun pada masa kini telah menggunakan Gamboge sebagai pengganti kerana lebih murah. Safran mempunyai pelbagai khasiat antaranya untuk mengubat asma, batuk, masalah tidur, mencegah kanser, athritis, masalah penglihatan, menghilangkan kesan PMS dan juga untuk menigkatkan seks.









Saturday 15 February 2014

Mengapa Super Glue Lebih Kuat Berbanding Gam Biasa??



Bila ada pasu pecah akibat kita bermain bola dalam rumah ketika kecil, kita akan tampal senyap-senyap guna super glue, atau tapak kasut tertanggal kita tampal guna gam sebab tak sempat nak hantar ke tukang kasut. Memang banyak kegunaan gam kuat ini, tapi apa yang menyebabkan ia berbeza dengan gam yang biasa kita gunakan untuk pelajaran seni?



Secara senangnya gam kuat atau super glue menggunakan ikatan kimia antara molekul berbanding gam biasa yang menggunakan ikatan yang lebih lemah. Setiap gam mempunyai 2 ciri tahap kelekatan iaitu ia perlu melekat pada benda asing dan ia perlu melekat pada sesama sendiri.


Gam biasa menggunakan ikatan van der Waals, iaitu hanya ikatan yang lemah. Dalam kes ini, air berfungsi untuk mengekalkan kelekatan antara molekul ketika didalam bekas gam, apabila gam digunakan, permukaan yang bersentuhan dengan udara akan menyebabkan air menyejat, molekul yang tinggal akan melekat sesama sendiri dan juga sebarang permukaan.


Super glue pula menggunakan ikatan kimia dengan bahannya ialah cyanoacrylate, bahan kimia yang akan menjadi polimer apabila terdedah kepada air. Atom hidrogen dan oksigen dalam air menyebabkan tindak balas kimia dalam gam yang menjadikannya plastik yang keras.


Sedikit kelembapan dalam udara akan menyebabkan gam mengeras pada kadar yang sangat cepat akibat tindakan kimia, inilah yang sebab mengapa super glue lebih cepat mengeras dan lebih kuat daya lekatan berbanding gam biasa.



Sekian saja fakta ringkas edisi sains :-)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...