Sunday, 23 February 2014

Safran Si Emas Hidup



Pernah dengar safran/zafran atau saffron? Mungkin kita ada mendengar jika menonton iklan makanan-makanan berkhasiat yang menjual makanan dari tanah arab atau korang pernah terlihat di rancangan memasak yang akan tabur sedikit safran di atas hidangan. Kenapa penulis panggil ia emas? sebab ia boleh ditanam dan yang penting sangat mahal harganya yang boleh mencecah RM 2000 sekilo atau lebih! Sekaligus menjadi rempah termahal di dunia.





Inilah pokok yang menghasilkan safran dengan nama saintifiknya Crocus sativus. Safran diambil dari stigma bunga yang akan dikeringkan sebelum dijual. Dianggarkan sebanyak 150 000 bunga diperlukan untuk mendapat sekilo safran kering. Kebanyakkan bunga ini ditanam di Iran, Greece dan wilayah Kashmir yang memerlukan suhu yang kering dan panas dengan pancaran matahari yang banyak untuk hidup subur. Pokok ini tidak dijumpai hidup liar, jadi ia mungkin  dibiak baka oleh manusia sehingga berbeza dari pokok asal. Pokok ini hanya membiak melalui vegetatif dengan menghasilkan bebawang. Beberapa varieti diperkenalkan untuk memberi perbezaan dari segi aroma, warna dan rasa. seperti Spanish Superior dan Creme dari Sepanyol, Aquila dari Itali dan Mongra atau Lacha dari wilayah Kashmir yang paling mahal akibat susah didapati kerana konflik peperangan, kemarau serta larangan eksport oleh kerajaan India.



Aktivti mengutip bunga safran di Kashmir



Bebawang pokok safran


Perkataan saffron berasal dari bahasa Arab iaitu zafaran. Ia telah digunakan dari dahula kala lagi, ketika zaman gangsa dan tamadun Assyrian. Tamadun Parsi juga telah menanamnya dari dulu lagi sebagai bahan untuk dijahit bersama kain, pewangi dan pewarna. Alexander the Great juga menggunakan safran dalam masakan dan mandian untuk menghilangkan penat dari kempen peperangan beliau di Asia, dan di ikuti oleh askar-askar beliau dan membawa balik budaya ini ke Greece.





Safran sampai ke Asia sekitar 2500-500 tahun yang lalu. Para sami pada zaman itu menggunakan safran untuk mewarnakan pakaian namun pada masa kini telah menggunakan Gamboge sebagai pengganti kerana lebih murah. Safran mempunyai pelbagai khasiat antaranya untuk mengubat asma, batuk, masalah tidur, mencegah kanser, athritis, masalah penglihatan, menghilangkan kesan PMS dan juga untuk menigkatkan seks.









5 comments:

This comment has been removed by a blog administrator.

Info yang berguna..terima kasih :)

Dari mana boleh dapat benih ????

Sya ada benih zafaran.. bleh hubungi sya 0195424468

Sya ada benih zafaran.. bleh hubungi sya 0195424468

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...