Saturday, 28 September 2013

Kacang yang Unik



Sedang seronok menolak troli di bahagian sayur dan buah-buahan di pasaraya, tiba-tiba terlihat benda pelik ini. Penulis tak pernah lihat, bila disentuh, terasa seperti plastik. Nama tertera Water Caltrop. Nama saintifiknya yang terdiri dari 3 spesis ialah Trapa natans, Trapa bicornis dan Trapa rossica. Ia juga dikenali sebagai water chestnut, buffalo nut, bat nut, devil pod, singhara dan pani-fol.



Okey, mungkin bagi yang berbangsa Cina dan India dapat teka dengan senang, tapi bagi yang lain, ia juga disebut Kacang Tanduk. Ia sering digunakan sebagai hidangan ketika sambutan Perayaan Kuih Bulan sebagai lambang kekayaan. Kacang ini telah digunakan oleh penganut buddha dan hindu sebagai makanan untuk upacara sembahyang dari Dinasti Zhou lagi. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau dengan cara merebusnya, selain itu ia juga dikisar dan dijadikan tepung.


Merebus Kacang Tanduk


Pelengkap hidangan ketika Perayaan Kuih Bulan


Isinya yang seakan chestnut yang dijual di Jusco


Kacang ini berasal dari pokok akuatik seperti pokok teratai dan selalunya tumbuh liar di tasik, paya dan sawah padi. Pokok ini banyak ditanam secara ladang di Taiwan, China dan India. Ia juga ditanam secara bergilir dengan padi di Vietnam. Di China dan Taiwan, ia semakin berkurangan kerana diganti dengan tanaman bunga teratai. Pokok ini hanya mengambil masa 8 bulan untuk untuk dituai selepas ditanam, selepas menghasilkan ubi, tangkai akan mati, tangkai yang mati akan dikaut oleh petani untuk digunakan sebagai baja bagi tanaman lain.


Pekerja sedang menuai pokok kacang tanduk














Ubi pada bawah pokok yang kita panggil kacang tanduk


Walaupun terkenal dikalangan masyarakat Asia, kacang ini dulunya boleh didapati dengan senang di Eropah dan dijadikan pengganti makanan ruji sehingga awal 1800. Akibat perubahan cuaca dan penebusan tasik dan paya untuk pembagunan menyebabkan pokok ini hampir pupus di Eropah. Manakala di Amerika Syarikat dan Australia, ia dianggap sebagai tumbuhan perosak kerana cepat tumbuh yang mengakibatkan air tasik tersekat,mengatasi tumbuhan asal serta buahnya yang sangat senang tersebar ke tempat lain menyebabkan ia sukar dimusnahkan.









4 comments:

This comment has been removed by a blog administrator.

dekat hulu terengganu pun banyak kacang tanduk... tapi budak zaman sekarang tak tahu benda ni..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...