Fakta Ringkas KauTahuTak: Edisi 6

Kembali di laman sesawang Kau Tahu Tak setelah cuti...berapa banyak kali cuti da......

Apa Beza Garam Laut dan Garam Bukit?

Perbezaan garam ini adalah dari segi rasa, tekstur dan proses menghasilkannya.

Bunga Raya-Mengapa ia Dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan

Kementerian Pertanian telah memberikan 7 jenis bunga untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan

Buat Kanak-kanak Malaysia yang lahir pada 1980an: TV time!!! BaNaNaNa

Post kali ni, kami di Kau Tahu Tak ingin dedikasikan kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 1980an

Bagaimana Cincau Dibuat??

korang terfikir tak macam mana rupa cincau atau bagaimana la cincau ini dibuat dan diperolehi??

Monday 27 August 2012

Wallpaper Alam Semulajadi




Wallpaper yang sesuai bagi pencinta alam atau sekadar mahu mencari ketenangan. Resolusi tinggi







































Pelbagai Jenis Oren



Di Malaysia lazimnya limau yang kita kenal ialah limau nipis, limau purut, limau bali, limau kasturi. Tapi, kali ini nak tunjukkan limau-limau luar negara yang mungkin kita jarang atau tak pernah tahu sebelum ini.


Untuk pengetahuan korang, limau berasal dari Asia Tenggara atau lebih tepat lagi China. Antara limau yang ada ialah :



Blood Oranges
Ini mesti ramai tak pernah lihat, inilah limau darah atau nama inggerisnya Blood Oranges yang banyak ditanam di Sepanyol dan mudah dikenali kerana isinya yang berwarna merah. Warna merah oren ini disebabkan oleh kandungan Anthocyanins iaitu sejenis Antioxidant. Ia dikatakan menghasilkan jus oren paling sedap di dunia. Buah ini dijumpai di kepulauan Sicily pada kurun ke-15.








Navel Oranges

Isi buah yag lebih kecil berada di bawah seperti 2 biji buah digabungkan
Ini pula Navel Oranges yang mudah dikenali dengan bonjolan di hujung buah seakan-akan oren mini apabila dikupas. Ia mungkin berasal dari Portugis dan terjadi akibat mutasi genetik yang menyebabkan ia tidak mempunyai biji. Oleh itu, sejak dijumpai pada 1818, pokok ini dibiakkan melalui keratan batang atau tut.






Valencia Oranges


Valencia Oranges antara jenis oren yang mudah didapati di pasar raya negara kita. Ia dihasilkan oleh William Wolfskill dari Amerika Syarikat. Buah ini diambil sempena nama bandar Valencia, Sepanyol dan dikatakan berasal dari India yang terkenal dengan buah oren yang manis. Buah oren ini selalu digunakan untuk menghasilkan jus oren kerana rasanya yang manis, mempunyai banyak jus dan warna orennya yang pekat.





Grapefruit

Grapefruit dikenali kerana rasanya yang pahit. Saiznya seperti limau bali. Ketika dijumpai ia dinamakan Forbidden Fruit dan dikatakan berasal dari Barbados. Ia mempunyai pelbagai warna isi antaranya oren, merah, merah jambu dan kuning.


kuning/hijau?




Tuesday 14 August 2012

Si Kitul Moden yang Merdeka


Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Penubuhan Malaysia

Tangkas menjulang si pedang Jenawi
Buat bermain di kala ribut
Apalah malang nasibmu pertiwi
Bendera jatuh tiada bersambut

Tangkas menjulang si pedang Jenawi
Jadi pencantas di laman pagar
Apalah malang nasibmu pertiwi
Lagu didendang tiada mendengar

(AMARAN: Tulisan seterusnya mungkin terlalu ekstrem bagi sesetengah orang. Tulisan ini  hanyalah lahir dari pendapat si penulis yang tak seberapa ini. Tidak ada unsur propaganda dan kepentingan politikal jauh sekali untuk menimbulkan sikap benci dan curiga. Sebarang kesulitan amat dikesali.Sekiranya berasa kurang selesa anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan pembacaan .Niat penulis hanyalah untuk mengajak para pembaca sama-sama berfikir)

PENDAHULUAN

Amat melucukan bila sesetengah orang yang buta sejarah tetiba muncul dengan penuh keperwiraan seolah-olah mengetahui segala-galanya, tahu siapa yang betul siapa yang salah, siapa wira kecundang tidak didendang dan siapa pengkhianat bedebah dihanyut serakah. Kitul…kitul walaupun sudah 500 tahun, kau masih tak berubah. Sedare, jangan cubat membuat telahan, Kitul itu adalah kamu sendiri.

Isu pertama: Bendera ‘National flag copied from America’?

Merah warna darah
Putih darah mahsuri
Merah makna gagah
Putih tanda suci

Biru warna padu
Kuning untuk raja
Biru rakyat bersatu
Raja di atas takhta

Bulan bintang ciptaan tuhan
juga dengan bumi
Islam agama persekutuan
Malaysia ibu pertiwi

Haaa, ni ada 3 rangkap pantun yang aku hadiahkan khas untuk kome bagi sesiapa yang tak tahu sangat nak bezakan bendera Malaysia, mungkin fizikal nampak sama, tetapi pengertian yang dibawa disebaliknya itu yang perlu dihayati. Bak kata pepatah melayu, rambut sama hitam hati lain-lain. 


Bendera Malaysia tak dinafikan secara fizikalnya ada sedikit penyerupaan dengan bendera Amerika, tetapi bukan bendera Amerika sahaja, tetapi juga bendera Liberia! Kenapa tak kata Malaysia ciplak bendera Liberia? Owh, pasal Liberia pada asalnya adalah sebuah negara yang ditubuhkan oleh kaum rasis putih Amerika untuk keturunan hamba abdi Afrika. Hak mereka yang berusaha dengan keringat dan darah untuk membangunkan Dunia baru oleh orang kulit putih Eropah untuk menjadi rakyat Amerika dinafikan.


Tapi bendera Amerika datang dari mana? Dari bendera Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI), syarikat milik Inggeris yang bertanggungjawab dalam memperluaskan koloni dan empayar inggeris di luar Eropah. Mereka juga bertanggungjawab merompak hasil bumi tanah yang dijajah dan dinaungi serta menangguk di air keroh pada isu penduduk pribumi demi kepentingan mereka. 13 jalur di bendera Amerika melambangkan 13 buah koloni Inggeris pertama yang membentuk Amerika Syarikat.

Bendera Malaysia telah direka oleh seorang arkitek melayu dari negeri Johor yang bernama Mohamed Hamzah yang menyertai pertandingan mereka bendera Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Bilangan jalur dan bucu bintang kemudiannya ditambah apabila Sabah, Sarawak dan Singapura menyertai Tanah Melayu membentuk Malaysia. Kedudukan Singapura kemudiannya digantikan oleh Wilayah Persekutuan.




Bendera-bendera diatas merupakan antara rekaan yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949. Pada 15 November 1949, sebanyak 373 rekabentuk bendera telah diajukan kepada Majlis Perundangan Persekutuan dan hanya 3 sahaja yang melepasi pemilihan ke peringkat akhir. Rekaan pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima manakala rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga pula menampilkan 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna putih di bahagian tepi kirinya.



Majlis Perundangan Persekutuan seterusnya menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut yang  telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail ketika itu. Keputusan akhir yang disiarkan pada 29 November 1949 menunjukkan majoriti orang telah memilih rekabentuk ketiga yang telah dicipta oleh seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya Johor iaitu En. Mohamed bin Hamzah.

Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan telah dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah ketika itu yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kepada warna kuning bagi mewakili warna Diraja. 



Manakala dua bendera diatas terhasil dari adaptasi Sang Saka merah putih, iaitu Sang Saka Malaya dan Bendera Rakyat 1947 yang digunapakai oleh Pusat tenaga Rakyat (PUTERA), AMCJA, MPAJA dan beberapa lagi pertubuhan politik yang dikibarkan pada 10 Disember 1947. 12 bintang merujuk kepada 9 negeri melayu dan 3 negeri selat, manakala warna kuning melambangkan kedaulatan rakyat. PUTERA, seperti juga PERIKATAN merupakan gabungan pertubuhan yang menentang penjajahan British di Tanah melayu serta turut sama memperjuangkan kemerdekaan. 


Cuba kita tengok negara jiran kita sekejap. Warna merah dan putih tidak asing lagi bagi pribumi Nusantara. Di atas adalah bendera Sang saka Merah putih Indonesia dan juga bendera Singapura. Seakan-akan sama Cuma bendera singapura ada bulan dan 5 bintang yang disusun membentuk bintang yang besar. But hey…. Walaupun sama bendera mereka mempunyai sejarah masing-masing. Bendera Indonesia di ambil dari panji Kerajaan Majapahit. Ada juga yang mengaitkan bendera Indonesia terhasil dari bendera Belanda yang dibuang birunya dalam insiden Hotel Yamato 1945.

Manakala bendera Singapura pula direka oleh sekumpulan orang yang diketuai oleh Toh Chin Chye. Pada asalnya bendera tersebut berwarna merah, tetapi diubah kerana merah melambangkan Komunisme ketika itu. Penduduk Cina di Singapura mahukan 5 butir bintang seperti bendera negara China, manakala penduduk Melayu Islam Singapura mahukan bulan sabit. Kedua-dua lambang itu digabungkan ke dalam bendera. Kesimpulannya, walaupun ada persamaan, namun disebalik bendera tersebut tersembunyi kisah sejarah perjuangan dan pembentukan negara masing-masing.


Di Malaysia, ada 3 bendera dibakar,iaitu bendera Zionis Israel, bendera Amerika Syarikat dan bendera negaranya sendiri iaitu Jalur gemilang.



Oleh yang demikian, dakwaan bendera Malaysia meniru bendera Amerika Syarikat adalah tuduhan dangkal. So, Malaysia tiru bendera SHTI pula ka? Ini pun salah, SHTI tiada apa yang Malaysia ada, iaitu kedaulatan raja-raja Melayu berlambangkan warna kuning dan bulan sebagai lambang Islam agama persekutuan. Sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya berbangga dengan perbezaan itu. Yang menyebabkan kita ‘bakal’ sama dengan Amerika Syarikat ialah pemusnahan institusi beraja di Malaysia dan kejatuhan martabat Islam sebagai agama rasmi, kerana ketiadaan kedua-dua perkara tersebut menyebabkan lambang bulan dan warna kuning tersebut sudah tidak signifikan lagi. Namun, apa yang lebih penting lagi, pi la dok tukaq bendera tang mana pun, kalau permikiran masih lagi terjajah dan macam penjajah pun tidak berguna juga.


Isu kedua: Lagu kebangsaan ‘National anthem copied from Indonesia’?




Kalau tak hormat dan tak berdiri tegak mase nyanyi lagu kebangsaan Jepun, mesti kene pelangkung dengan senapang bermuncung bayonet,tak pun kene pancung dengan pedang samurai. Malah Tun Mahathir sendiri pernah melihat kepala seorang pakcik ni kene sepak pasal tak hormat lagu kebangsaan dan bendera Siam ketika zaman mudanya di Kedah, yang ketika itu dibawah kawalan Siam hasil perundingan dengan Jepun(Doktor Umum m/s; 86-87). Dan bila kita dah ada lagu kebangsaan sendiri, dah la tak hormat dan bersemangat, jauh lagi nak menghayati, malah mempermainkan pula liriknya. Jauh daripada itu, tanpa usul periksa (dah tau usulkan kenyataan periksa la balik kesahihannya, ni tau usul je, periksanya tak…) tuduh Negaraku di ciplak dari lagu Indonesia. Presiden Indonesia pertama, Sukarno telah mempermainkan lagu Negaraku dalam majlis meraikan wartawan pada Persidangan Wartawan Afro-Asia di Jakarta 24 April 1963 apabila menyanyikan lagu Negaraku sebagai lagu Terang Bulan Indonesia (Hari itu sudah berlalu, m/s; 31). Walaupun hati Tunku pedih dengan sikap Sukarno, namun beliau tidak sanggup untuk memijak jata negara Indonesia iaitu Pancasila. Air mata Tunku bergenang apabila didukung pemuda dari pelbagai kaum untuk memaksa beliau memijak Pancasila (Hari itu sudah berlalu, m/s; 37). Peristiwa ini berlaku pada 17 September 1963 di Kuala Lumpur. Ketika itu Malaysia sedang menghadapi Konfrantasi dari Indonesia. Walhal sebenarnya Budayawan Indonesia sendiri iaitu Encik Remy Sylado yang mengatakan bahawa Malaysia tak mencuri pun lagu Negaraku dari Indonesia kerana lagu itu berasal dari Perancis. 





Ceritenye begini, ketika Sultan Abdullah, sultan Perak dibuang oleh British ke Pulau Sychelles, baginda telah mendengar lagu yang dikenali sebagai “la Rosalie” iaitu lagu hasil karya composer Perancis, Pierre Jean de Beranger . Selesai dari pembuangan, baginda mengambil lagu tersebut dan mengubah liriknya menjadi lagu negeri Perak iaitu “Allah lanjutkan usia sultan”.  Kemudian, disaat menjelang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, maka beberapa lagu telah digubah untuk menjadi lagu kebangsaan. Antaranya “Putera-puteri” dan “Benderaku” karya J Boyles dan A Soliano, tetapi Tunku tak berapa setuju. Maka Jemaah menteri bermesyuarat dengan meneliti beberapa lagu-lagu negeri dan yang mendapat perhatian Tunku ialah lagu negeri Perak. Maka lagu negeri perak diambil sebagai lagu kebangsaan. Pada tahun 2003, ada usul untuk menukarkan lirik “Negaraku” kepada “Malaysiaku”, tetapi usul tersebut dibatalkan kerana mendapat bantahan.


Maka masa pun berlalu, Konfrantasi dengan Indonesia pun tamat, walaupun diperingkat atasan wujud sikap hormat-menghormati, namun dikalangan rakyat biasa. masih ramai di Indonesia menuduh rakyat Malaysia sebagai maling kerana menuduh Malaysia mencuri lagu keroncong Jawanya , Terang Boelan. Di Malaysia pula lagi dasyat, ada stesyen radio kene saman kerana mengatakan negaraku berasal dari kepulauan Hawaii. Ada juga kes si penghibur terpaksa tengok lirik ketika nyanyi lagu negaraku pasal lupa lirik. Lagi hebat, penggubahan lagu rap Negarakuku dan penciptanya kini bergiat aktif dalam lapangan seni. Dan seperti biasa, tohmahan, cacian dan tuduhan terhadap Negaraku ini dipandang bukan perkara utama kerana yang lebih penting bagaimana nak menang kerusi pilihanraya. Sejarahwannya pula duduk diam membatu macam tugu. Nasib baiklah Encik Remy Sylado sekurang-kurangnya menjawab kontroversi lagu Negaraku itu. Namun sejarahwan di Malaysia langsung tidak membuat usaha untuk mendedahkan perkara sebenar kepada rakyat Malaysia. Hasilnya hampir kesemua rakyat Malaysia percaya bahawa lagu kebangsaan mereka Negaraku diambil dari lagu Terang Boelan dari Indonesia.

PENUTUP

Rakyatnya sendiri benci di saat melihat bendera negaranya dikibarkan? Ahhh… itu bendera Amerika kita ciplak!
Rakyatnya sendiri benci mendengar dan menyanyi pabila lagu negaranya didendangkan? Ahhh… itu lagu terang Boelan kita ciplak!

Apa kata kita belajar dari jiran tetangga kita. Di Indonesia ada dakwaan lagu "Indonesia Raya" diambil dari lagu Belanda yang bertajuk “Pinda Pinda Lekka Lekka”. Manakala di Singapura pula ada gesaan untuk menukar lagu “Majulah Singapura” yang digubah oleh Zubir Said kepada bahasa Inggeris  kerana sudah tidak ramai rakyat negara itu fasih berbahasa Melayu. Namun kedua-dua isu ini tidak diperbesarkan oleh mana-mana pihak dalam kerajaan masing-masing dan juga tidak dipolitikkan untuk meraih populariti. Malah rakyat dinegara tersebut tanpa mengambil kira aliran politik, masih megah mengibarkan bendera dan menyanyikan lagu kebangsaan mereka.  Politik-politik juga, tetapi dalam isu nasional mereka tetap bersatu.

Pandangan saya, tak wajarlah kalau hina Negara sendiri untuk kepentingan peribadi atau kumpulan yang tertentu, tak salah kalau ingin mencadangkan bendera dan lagu kebangsaan ditukar, tetapi perlukah dibuat dengan cara menghina dan penuh kebencian? Perkara tersebut boleh dibincangkan dengan penuh ilmiah dan hormat. Hairan sungguh, tak pernah wujud di sesebuah negara, rakyatnya membenci tanah airnya sendiri. Andaikatalah satu hari nanti negara ini dilanda peperangan, agak-agaknya berapa ramai yang sanggup memikul senjata mempertahankan ibu pertiwi yang tercinta ???

Kitul..kitul, tak cukup Kota Melaka kau robohkan, negara Malaysia pula ingin kau gadaikan..

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Penubuhan Malaysia !!!

Dirgahayu Tanah Airku










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...