Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan
dan Penubuhan Malaysia
Tangkas menjulang si pedang Jenawi
Buat bermain di kala ribut
Apalah
malang nasibmu pertiwi
Bendera
jatuh tiada bersambut
Tangkas menjulang si pedang Jenawi
Jadi pencantas di laman pagar
Apalah
malang nasibmu pertiwi
Lagu
didendang tiada mendengar
(AMARAN: Tulisan
seterusnya mungkin terlalu ekstrem bagi sesetengah orang. Tulisan ini hanyalah lahir dari pendapat si penulis yang tak seberapa ini. Tidak ada unsur propaganda dan kepentingan politikal jauh sekali
untuk menimbulkan sikap benci dan curiga. Sebarang kesulitan amat
dikesali.Sekiranya berasa kurang selesa anda dinasihatkan untuk tidak
meneruskan pembacaan .Niat penulis hanyalah untuk mengajak para pembaca
sama-sama berfikir)
PENDAHULUAN
Amat melucukan bila sesetengah orang yang buta sejarah tetiba
muncul dengan penuh keperwiraan seolah-olah mengetahui segala-galanya, tahu
siapa yang betul siapa yang salah, siapa wira kecundang tidak didendang dan
siapa pengkhianat bedebah dihanyut serakah. Kitul…kitul walaupun sudah 500 tahun,
kau masih tak berubah. Sedare, jangan cubat membuat telahan, Kitul itu adalah
kamu sendiri.
Isu pertama: Bendera ‘National flag copied from America’?
Merah warna
darah
Putih darah
mahsuri
Merah makna
gagah
Putih tanda suci
Biru warna
padu
Kuning untuk raja
Biru rakyat
bersatu
Raja di atas takhta
Bulan bintang ciptaan tuhan
juga dengan
bumi
Islam agama
persekutuan
Malaysia ibu pertiwi
Haaa, ni ada 3 rangkap pantun yang aku hadiahkan khas untuk
kome bagi sesiapa yang tak tahu sangat nak bezakan bendera Malaysia, mungkin
fizikal nampak sama, tetapi pengertian yang dibawa disebaliknya itu yang perlu
dihayati. Bak kata pepatah melayu, rambut sama hitam hati lain-lain.
Bendera Malaysia tak dinafikan secara fizikalnya ada sedikit
penyerupaan dengan bendera Amerika,
tetapi bukan bendera Amerika sahaja, tetapi juga bendera Liberia! Kenapa tak kata Malaysia ciplak bendera Liberia? Owh,
pasal Liberia pada asalnya adalah sebuah negara yang ditubuhkan oleh kaum rasis
putih Amerika untuk keturunan hamba abdi Afrika.
Hak mereka yang berusaha dengan keringat dan darah untuk membangunkan Dunia
baru oleh orang kulit putih Eropah
untuk menjadi rakyat Amerika dinafikan.
Tapi bendera Amerika datang dari mana? Dari bendera Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI), syarikat
milik Inggeris yang bertanggungjawab dalam memperluaskan koloni dan empayar
inggeris di luar Eropah. Mereka juga bertanggungjawab merompak hasil bumi tanah
yang dijajah dan dinaungi serta menangguk di air keroh pada isu penduduk
pribumi demi kepentingan mereka. 13 jalur di bendera Amerika melambangkan 13
buah koloni Inggeris pertama yang membentuk Amerika Syarikat.
Bendera Malaysia telah direka oleh seorang arkitek melayu
dari negeri Johor yang bernama Mohamed
Hamzah yang menyertai pertandingan mereka bendera Persekutuan Tanah Melayu
yang merdeka. Bilangan jalur dan bucu bintang kemudiannya ditambah apabila
Sabah, Sarawak dan Singapura menyertai Tanah Melayu membentuk Malaysia.
Kedudukan Singapura kemudiannya digantikan oleh Wilayah Persekutuan.
Bendera-bendera diatas merupakan antara rekaan yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949. Pada 15 November 1949, sebanyak 373 rekabentuk bendera telah diajukan kepada Majlis Perundangan Persekutuan dan hanya 3 sahaja yang melepasi pemilihan ke peringkat akhir. Rekaan pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima manakala rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga pula menampilkan 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna putih di bahagian tepi kirinya.
Majlis
Perundangan Persekutuan seterusnya menjemput orang ramai memberikan pendapat
kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut yang telah dikelolakan
oleh akhbar The Malay Mail ketika itu. Keputusan akhir yang disiarkan pada 29
November 1949 menunjukkan majoriti orang telah memilih rekabentuk ketiga yang
telah dicipta oleh seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya Johor iaitu En.
Mohamed bin Hamzah.
Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan telah dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah ketika itu yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kepada warna kuning bagi mewakili warna Diraja.
Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan telah dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah ketika itu yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kepada warna kuning bagi mewakili warna Diraja.
Manakala dua bendera diatas terhasil dari adaptasi Sang Saka
merah putih, iaitu Sang Saka Malaya dan Bendera Rakyat 1947 yang digunapakai
oleh Pusat tenaga Rakyat (PUTERA), AMCJA, MPAJA dan beberapa lagi pertubuhan
politik yang dikibarkan pada 10 Disember 1947. 12 bintang merujuk kepada 9
negeri melayu dan 3 negeri selat, manakala warna kuning melambangkan kedaulatan
rakyat. PUTERA, seperti juga PERIKATAN merupakan gabungan pertubuhan yang menentang penjajahan British di Tanah melayu serta turut sama memperjuangkan kemerdekaan.
Cuba kita tengok negara jiran kita sekejap. Warna merah dan
putih tidak asing lagi bagi pribumi Nusantara. Di atas adalah bendera Sang saka Merah putih Indonesia dan juga bendera Singapura. Seakan-akan sama Cuma
bendera singapura ada bulan dan 5 bintang yang disusun membentuk bintang yang
besar. But hey…. Walaupun sama bendera mereka mempunyai sejarah masing-masing.
Bendera Indonesia di ambil dari panji Kerajaan Majapahit. Ada juga yang mengaitkan bendera Indonesia terhasil dari
bendera Belanda yang dibuang birunya dalam insiden
Hotel Yamato 1945.
Manakala bendera Singapura pula direka oleh sekumpulan orang
yang diketuai oleh Toh Chin Chye. Pada
asalnya bendera tersebut berwarna merah, tetapi diubah kerana merah
melambangkan Komunisme ketika itu.
Penduduk Cina di Singapura mahukan 5 butir bintang seperti bendera negara China, manakala penduduk Melayu Islam
Singapura mahukan bulan sabit. Kedua-dua lambang itu digabungkan ke dalam
bendera. Kesimpulannya, walaupun ada persamaan, namun disebalik bendera
tersebut tersembunyi kisah sejarah perjuangan dan pembentukan negara
masing-masing.
Di Malaysia, ada 3 bendera
dibakar,iaitu bendera Zionis Israel, bendera Amerika Syarikat dan bendera
negaranya sendiri iaitu Jalur gemilang.
Oleh yang demikian, dakwaan bendera Malaysia meniru bendera Amerika Syarikat adalah tuduhan dangkal. So, Malaysia tiru bendera SHTI pula ka? Ini pun salah, SHTI tiada apa yang Malaysia ada, iaitu kedaulatan raja-raja Melayu berlambangkan warna kuning dan bulan sebagai lambang Islam agama persekutuan. Sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya berbangga dengan perbezaan itu. Yang menyebabkan kita ‘bakal’ sama dengan Amerika Syarikat ialah pemusnahan institusi beraja di Malaysia dan kejatuhan martabat Islam sebagai agama rasmi, kerana ketiadaan kedua-dua perkara tersebut menyebabkan lambang bulan dan warna kuning tersebut sudah tidak signifikan lagi. Namun, apa yang lebih penting lagi, pi la dok tukaq bendera tang mana pun, kalau permikiran masih lagi terjajah dan macam penjajah pun tidak berguna juga.
Isu kedua:
Lagu kebangsaan ‘National anthem copied from Indonesia’?
Kalau tak hormat dan tak berdiri tegak mase nyanyi lagu kebangsaan Jepun, mesti kene pelangkung dengan senapang bermuncung bayonet,tak pun kene pancung dengan pedang samurai. Malah Tun Mahathir sendiri pernah melihat kepala seorang pakcik ni kene sepak pasal tak hormat lagu kebangsaan dan bendera Siam ketika zaman mudanya di Kedah, yang ketika itu dibawah kawalan Siam hasil perundingan dengan Jepun(Doktor Umum m/s; 86-87). Dan bila kita dah ada lagu kebangsaan sendiri, dah la tak hormat dan bersemangat, jauh lagi nak menghayati, malah mempermainkan pula liriknya. Jauh daripada itu, tanpa usul periksa (dah tau usulkan kenyataan periksa la balik kesahihannya, ni tau usul je, periksanya tak…) tuduh Negaraku di ciplak dari lagu Indonesia. Presiden Indonesia pertama, Sukarno telah mempermainkan lagu Negaraku dalam majlis meraikan wartawan pada Persidangan Wartawan Afro-Asia di Jakarta 24 April 1963 apabila menyanyikan lagu Negaraku sebagai lagu Terang Bulan Indonesia (Hari itu sudah berlalu, m/s; 31). Walaupun hati Tunku pedih dengan sikap Sukarno, namun beliau tidak sanggup untuk memijak jata negara Indonesia iaitu Pancasila. Air mata Tunku bergenang apabila didukung pemuda dari pelbagai kaum untuk memaksa beliau memijak Pancasila (Hari itu sudah berlalu, m/s; 37). Peristiwa ini berlaku pada 17 September 1963 di Kuala Lumpur. Ketika itu Malaysia sedang menghadapi Konfrantasi dari Indonesia. Walhal sebenarnya Budayawan Indonesia sendiri iaitu Encik Remy Sylado yang mengatakan bahawa Malaysia tak mencuri pun lagu Negaraku dari Indonesia kerana lagu itu berasal dari Perancis.
Ceritenye begini, ketika Sultan Abdullah, sultan Perak dibuang oleh British ke Pulau Sychelles, baginda telah mendengar lagu yang dikenali sebagai “la Rosalie” iaitu lagu hasil karya composer Perancis, Pierre Jean de Beranger . Selesai dari pembuangan, baginda mengambil lagu tersebut dan mengubah liriknya menjadi lagu negeri Perak iaitu “Allah lanjutkan usia sultan”. Kemudian, disaat menjelang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, maka beberapa lagu telah digubah untuk menjadi lagu kebangsaan. Antaranya “Putera-puteri” dan “Benderaku” karya J Boyles dan A Soliano, tetapi Tunku tak berapa setuju. Maka Jemaah menteri bermesyuarat dengan meneliti beberapa lagu-lagu negeri dan yang mendapat perhatian Tunku ialah lagu negeri Perak. Maka lagu negeri perak diambil sebagai lagu kebangsaan. Pada tahun 2003, ada usul untuk menukarkan lirik “Negaraku” kepada “Malaysiaku”, tetapi usul tersebut dibatalkan kerana mendapat bantahan.
Maka masa pun berlalu, Konfrantasi
dengan Indonesia pun tamat, walaupun diperingkat atasan wujud sikap
hormat-menghormati, namun dikalangan rakyat biasa. masih ramai di Indonesia
menuduh rakyat Malaysia sebagai maling kerana menuduh Malaysia mencuri lagu
keroncong Jawanya , Terang Boelan.
Di Malaysia pula lagi dasyat, ada stesyen radio kene saman kerana mengatakan
negaraku berasal dari kepulauan Hawaii.
Ada juga kes si penghibur terpaksa tengok lirik ketika nyanyi lagu negaraku
pasal lupa lirik. Lagi hebat, penggubahan lagu rap Negarakuku dan penciptanya kini bergiat aktif dalam lapangan seni.
Dan seperti biasa, tohmahan, cacian dan tuduhan terhadap Negaraku ini dipandang
bukan perkara utama kerana yang lebih penting bagaimana nak menang kerusi
pilihanraya. Sejarahwannya pula duduk diam membatu macam tugu. Nasib baiklah
Encik Remy Sylado sekurang-kurangnya menjawab kontroversi lagu Negaraku itu.
Namun sejarahwan di Malaysia langsung tidak membuat usaha untuk mendedahkan
perkara sebenar kepada rakyat Malaysia. Hasilnya hampir kesemua rakyat Malaysia
percaya bahawa lagu kebangsaan mereka Negaraku diambil dari lagu Terang Boelan
dari Indonesia.
PENUTUP
Rakyatnya
sendiri benci di saat melihat bendera negaranya dikibarkan? Ahhh… itu bendera
Amerika kita ciplak!
Rakyatnya
sendiri benci mendengar dan menyanyi pabila lagu negaranya didendangkan? Ahhh…
itu lagu terang Boelan kita ciplak!
Apa kata kita belajar dari jiran tetangga kita. Di Indonesia
ada dakwaan lagu "Indonesia Raya" diambil dari lagu Belanda yang bertajuk “Pinda Pinda Lekka Lekka”. Manakala di
Singapura pula ada gesaan untuk menukar lagu “Majulah Singapura” yang digubah oleh Zubir Said kepada bahasa Inggeris
kerana sudah tidak ramai rakyat negara itu fasih berbahasa Melayu. Namun
kedua-dua isu ini tidak diperbesarkan oleh mana-mana pihak dalam kerajaan
masing-masing dan juga tidak dipolitikkan untuk meraih populariti. Malah rakyat
dinegara tersebut tanpa mengambil kira aliran politik, masih megah mengibarkan
bendera dan menyanyikan lagu kebangsaan mereka.
Politik-politik juga, tetapi dalam isu nasional mereka tetap bersatu.
Pandangan saya, tak wajarlah kalau hina Negara sendiri untuk
kepentingan peribadi atau kumpulan yang tertentu, tak salah kalau ingin
mencadangkan bendera dan lagu kebangsaan ditukar, tetapi perlukah dibuat dengan
cara menghina dan penuh kebencian? Perkara tersebut boleh dibincangkan dengan
penuh ilmiah dan hormat. Hairan sungguh, tak pernah wujud di sesebuah negara,
rakyatnya membenci tanah airnya sendiri. Andaikatalah satu hari nanti negara
ini dilanda peperangan, agak-agaknya berapa ramai yang sanggup memikul senjata
mempertahankan ibu pertiwi yang tercinta ???
Kitul..kitul,
tak cukup Kota Melaka kau robohkan, negara Malaysia pula ingin kau gadaikan..
Selamat
menyambut Hari Kemerdekaan dan Penubuhan Malaysia !!!
Dirgahayu Tanah Airku
3 comments:
Padat saudara ^_^
take your time to read,hehe
walaupun sudah tujuh tahun, isu ini masih lagi releven
https://www.malaysia-today.net/2019/10/02/negaraku-bukan-lagu-kebangsaan-kita-kata-peter-john-jaban-dari-s4s/
Post a Comment