Wednesday 30 November 2011

Pernah Lihat Pokok Bijan?



Bijan atau name glamour sesame seed kite selalu jumpa bila makan burger, cucur badak atau makanan jepun. Tapi time korang makan tu ade fikir tak macam mane la agaknye rupe pokok bijan nih?? Namanya diambil dari bahasa Latin iaitu sesamum yang dipinjam dari bahasa Greek iaitu sesamon.













Haaa.....pokok kat atas itu la pokok bijan. Pokok ini berasal dari benua Afrika serta India merupakan  tumbuhan pertama yang digunakan oleh manusia untuk kegunaan sebagai minyak masak. Bijan ini banyak khasiatnya yang mengandungi mineral yang mampu mencegah rheumatoid arthritis, memberi kekuatan kepada sistem pernafasan dan peredaran darah. Ia mengandungi bahan sesamin dan sesamolin yang membantu menurunkan paras kolestrol dalam badan dan mengelakkan tekanan darah tinggi.


Pokok Bijan ini banyak ditanam di negara afrika serta beberapa negara asia seperti China, Myanmar (Pengeksport terbesar dunia) dan India, kenape Malaysia tak tanam ek? Ia terkenal sebagai Survivor Crop kerana boleh tumbuh di mana-mana tempat, tidak memerlukan penjagaan rapi oleh petani, malah boleh ditanam di pinggir kawasan gurun!










Gambar diatas ialah buah yang mengandungi bijan, bila sudah masak ia akan pecah macam pokok keembung. Maybe sebab tu orang barat selalu guna istilah 'open sesame!'

2 comments:

Terima kasih atas info di atas.

baru tengok buah & pokok bijan..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...