Fakta Ringkas KauTahuTak: Edisi 6

Kembali di laman sesawang Kau Tahu Tak setelah cuti...berapa banyak kali cuti da......

Apa Beza Garam Laut dan Garam Bukit?

Perbezaan garam ini adalah dari segi rasa, tekstur dan proses menghasilkannya.

Bunga Raya-Mengapa ia Dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan

Kementerian Pertanian telah memberikan 7 jenis bunga untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan

Buat Kanak-kanak Malaysia yang lahir pada 1980an: TV time!!! BaNaNaNa

Post kali ni, kami di Kau Tahu Tak ingin dedikasikan kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 1980an

Bagaimana Cincau Dibuat??

korang terfikir tak macam mana rupa cincau atau bagaimana la cincau ini dibuat dan diperolehi??

Saturday, 21 April 2012

Buku Teks Zaman Dulu



Unik dan mungkin tak pernah dilihat oleh generasi sekarang, ini antara buku-buke teks yang digunakan di Malaysia suatu ketika dulu. Ringkas, Nipis dan Seronok dibaca, macam buku cerita.































Mungkin sesiapa yang ada koleksi buku macam ini di rumah boleh la kongsi gambar??







Wednesday, 18 April 2012

Terciptanya Popcorn



Snek wajib ketika menonton wayang ini dicipta secara tidak sengaja oleh orang asli Amerika ketika memcampakkan tongkol jagung kedalam api. Semenjak itu, ia dimasak untuk makanan, hiasan serta rantai leher dan gelang. Popcorn juga ditemui di tempat-tempat yang mempunyai pertanian berasaskan jagung, sepeti di Mexico oleh kaum Aztec yang dijumpai oleh Cortes ketika misi menawan Mexico pada 1519 demi Raja Sepanyol. Orang asli Peru juga dikatakan mencipta popcorn ketika kurun ke-16. Popcorn tertua pernah dijumpai berusia 4000 ribu tahun di gua New Mexico.



Kaum Aztec menggunakan popcorn sebagai makanan,serta hiasan



Charles Cretors



Popcorn mula popular ketika akhir kurun 19,apabila Charles Cretors membuat mesin memasak popcorn yang boleh memasak popcorn dengan banyak dan cepat pada 1885 di Chicago, Illinois. Akibat Perang Dunia Kedua, sumber gula telah dikawal, oleh itu pengeluaran gula-gula berkurangan yang menyebabkan popcorn menjadi pengganti snek untuk orang ramai kerana ia murah serta senang dibeli.


Mesin popcorn mudah alih direka oleh Cretors

:Tanpa popcorn mungkin tak lengkap kita menonton wayang hari ni


Tuesday, 17 April 2012

Kitchen Cutting Board Alaf Baru?

kali kami nak kongsi dengan korang mengenai gadget khas tuk makcik2 dan mak2 korang.hah, jangan korang ingat hanya korang je ade gadget canggih manggih ni..golongan mak kite pun tak terkecuali dalam arus kemodenan ni. perkenalkan Almighty Board Digital Kitchen Assistant oleh Jaewan Jeong. ape yang canggihnye adalah board ni dibuat cam korang punye tablet tapi ofcuz la kuat dan tahan lasak bagi menahan mata pisau ketika memotong.ketika memotong, golongan ibu boley la tau berapa berat bende yang dipotong sambil refer pada resepi di sebelahnye.pe lagi pade anak2, beli la satu tuk mak korang. membalas jasa katenye.














source: http://www.yankodesign.com/2012/04/17/digital-cutting-board/



Monday, 16 April 2012

Kad Pokemon Termahal



Zaman main kad pokemon popular sekitar 1999, masa tu, semua budak bawa kad masing-masing lawan di sekolah. Kalau korang ada lagi simpan kad pokemon, mungkin kena cari balik sebab ia menjadi rebutan peminat kad pokemon lebih-lebih lagi kalau kad pokemon edisi pertama.


Ada banyak sebab kad pokemon menjadi mahal,antaranya sebab jarang jumpa, tersilap cetak, keluaran edisi pertama atau legendary pokemon.


Pikachu Illustrator


Ini kad pokemon paling mahal, sebab hanya diberi kepada pemenang  pertandingan melukis sendiri kad pokemon di Jepun serta tidak di cetak untuk versi bahasa Inggeris. Hanya 4 kad ini ada di dunia, jadi ia boleh mencecah 20K USD!


Charizard, First Edition


Yang ini mungkin korang ada, kad charizard versi holografik yang dicetak pada 1999. Kad ini boleh mencapai harga sehingga 2500 USD. Pastikan kad tak ada koyak  atau rosak sebab nilai jatuh nanti. (pesal la aku tak ade kad yang nih)


Kalau korang nak cari lagi kad-kad pokemon yang berharga, mana la tahu ada dalam laci rumah ke, boleh ke laman web http://www.pojo.com


Bila Jigsaw Puzzles Dibuat?



Jigsaw puzzles tidak wujud ketika zaman Mesir diperintah Firaun mahupun ketika zaman-zaman dahulu kala, tetapi dicipta ketika pemerintahan King George III, iaitu 1767 oleh seorang pelukis peta bernama John Spilsbury. Beliau melekatkan peta diatas sekeping papan dan memotong papan berkenaan mengikut bentuk negara. Ketika itu, ia digunakan sebagai pembelajaran dalam bidang geografi.




Jigsaw Puzzle pertama yang direka oleh John Spilsbury


Setelah peredaran zaman, jigsaw puzzle tidak lagi dibuat dengan menggergaji blok kayu tetapi dibuat menggunakan kadboard. Bagi jigsaw berkualiti tinggi, ia akan dibentuk menggunakan pemotong laser. Jigsaw puzzle mula popular ketika era Great Depression iaitu pada tahun 1920-an hingga 30-an akibat kejatuhan ekonomi dunia. Ia dijual dengan murah, oleh itu mampu dibeli oleh orang ramai yang tidak mempunyai duit serta sesuai untuk mengisi masa lapang bagi golongan dewasa yang menganggur. 



Knight at Stavely Castle


Jigsaw puzzle boleh mencecah ribuan ringgit jika ia dibuat ketika era Spilbury ataupun seperti puzzle 'Knight at Stavely Castle' yang berharga 9 ribu dolar! Ia direka oleh syarikat Stave Puzzles dan boleh dibeli secara online. Sebab apa mahal sangat? Sebab ia adalah puzzle 5 lapisan, pahlawan itu hanya dapat mengeluarkan pedang dari batu hanya dengan kombinasi puzzle yang betul (sangat kompleks!boleh pening main puzzle nih)





Tuesday, 10 April 2012

64 tahun tragedi Deir Yassin

Kedudukan Deir Yassin dan Jerusalem



“Kealpaan adalah jalan menuju pengusiran, sementara kewaspadaan adalah kunci pembebasan”- Yad Vashem, memorial Israel terhadap kekejaman Holocaust Nazi ke atas orang Yahudi semasa perang dunia kedua di kem-kem Auswitch, Bergen-Belsen dan Dachau.

1400 meter ke utara dari memorial perang tersebut dulu terletaknya sebuah perkampungan rakyat Palestin yang dikenali sebagai Deir Yassin. Setelah 64 tahun berlalu, perkampungan tersebut telah lenyap bersama ingatan kita pada para syuhada. Kini kawasan tersebut merupakan sebahagian daripada Hospital Sakit Mental milik Israel.

Semuanya bermula apabila PBB telah meluluskan Resolusi 181 yang telah membelah Palestin kepada 3 bahagian , 2/3 milik pendatang haram Yahudi dan 1/3 milik penduduk asal Palestin pada 29 November 1947. Pembahagian ini ditentang oleh Arab Palestin, dah la tak dapat persetujuan penduduk tempatan, pembahagian yang dibuat tak adil plak. So berlakulah peperangan diantara Arab Palestin dan pendatang Yahudi yang ketika itu dibantu oleh Mandat British di Jerusalem.

Bagi melindungi kepentingan dan keselamatan mereka, pendatang yahudi neh menubuhkan beberapa pasukan para-military. Yang utama ialah Haganah, dan pasukan bawah tanah yang brutal iaitu Irgun dan Stern. Ketiga-tiga pasukan inilah kemudian hari selepas kemerdekaan Israel membentuk IDF iaitu angkatan tentera Israel sekarang ini.

Pasukan Haganah


Untuk memastikan penguasaan mutlak Yahudi ke atas Palestin, Haganah, Irgun dan Stern telah melancarkan beberapa operasi serangan yang mengancam keselamatan orang awam Palestin. Dan salah satunya ialah Tragedi Pembunuhan beramai-ramai Deir Yassin.

Deir Yassin merupakan perkampungan penduduk awam palestin yang dikelilingi oleh 6 koloni penempatan haram yahudi, menyebabkan Deir yassin terdedah dengan serangan dan ancaman pengganas yahudi. Bagi melindungi orang kampung penduduk Deir Yassin tubuhkan pasukan peronda yang hanya berbekalkan senapang lama dan bekalan peluru yang sikit. So untuk selamat, penduduk Deir Yassin dan koloni Yahudi mengadakan perjanjian untuk tidak saling menyerang (non-aggression pact).

Namun sebulan selepas itu ketiga-tiga kumpulan pengganas Yahudi telah melancarkan ‘Operation Unity’ yang bertujuan untuk membunuh seramai mungkin penduduk Palestin dan menghalau selebihnya dari kampong halaman mereka.

4.30 pagi hari Jumaat 9 April 1948, penduduk deir yassin yang sedang tidur dikejutkan dengan arahan untuk mengosongkan rumah dan keluar dari kampong melalui corong-corong pembesar suara. Penduduk yang kebingungan keluar menyiasat perkara tersebut, dan bermulalah operasi pembunuhan beramai-ramai penduduk Deir Yassin.

Mangsa pembunuhan


Kumpulan pengganas zionis Haganah membariskan 33 orang yang menghadiri majlis perkahwinan di sepanjang tembok bangunan. Kesemua mereka termasuk pasangan pengantin kemudiannya ditembak tanpa belas kasihan.

Sebanyak 144 rumah diperkampungan Deir Yassin dibakar manakala 15 buah rumah telah diletupkan, mereka yang keluar menyelamatkan diri pula ditembak bertalu-talu oleh dibunuh oleh kumpulan pengganas Yahudi Zionis dari kumpulan Stern, Irgun dan Haganah. 

Mengikut testimony mangsa yang terselamat (hanya kira-kira 40 orang sahaja yang terselamat) antara kekejaman yang dilakukan oleh pengganas yahudi tersebut ialah mereka datang dari rumah ke rumah untuk merogol wanita, menyembelih kanak-kanak dan membunuh sesiapa di dalam rumah dengan menggunakan machine gun dan pisau. Seluruh ahli keluarga disuruh berbaris didinding sebelum ditembak bertubi-tubi. 25 orang wanita yang hamil telah dibelah perut mereka hidup-hidup. 52 kanak-kanak diseksa, dibunuh dan dipenggal kepala mereka di hadapan ibu mereka. 60 0rang wanita dibunuh, anggota badan mereka dikerat-kerat. Wanita dan remaja perempuan yang masih hidup kemudian dikumpulkan, dibogel dan diarak diatas kenderaan mengelilingi perkampungan Yahudi sebelum dibunuh. 

Duit dan harta benda seperti gelang dan cincin dirampas. Ada yang terpaksa dikerat telinga semata-mata mahukan anting-anting. Malah ada juga wanita tua yang dicabul. Setelah puas, rumah mereka dimusnahkan. Jumlah yang terkorban dianggarkan seramai 254 orang.

Mayat mangsa tragedi Deir Yassin

Kemusnahan dan kekejaman yang berlaku di Deir Yassin merupakan operasi yang terancang dan tersusun. Kumpulan pengganas Haganah telah mengebom desa Deir Yassin menggunakan mortar manakala kumpulan Irgun dan kumpulan Stern menyerang dari jarak dekat. David Ben-Gurion (PM Israel pertama) telah menentukan polisi kumpulan Haganah; manakala Menachem Begin (PM Israel ke-6), telah mengetuai Irgun dan Titzhak Shamir (PM Israel ke-7), adalah bekas ketua pengganas kumpulan Stern.

Kumpulan-kumpulan pengganas ini juga menikmati bantuan kewangan dan senjata. Menjelang November 1947 apabila pelan pemisahan (partition plan) dilaksanakan oleh PBB melalui resolusi 181, pengganas-pengganas yahudi sudah memiliki 16,000 senjata api ringan, 1000 mesin gun dan 750 mortar.

Peristiwa di Deir yassin memberikan kemenangan moral dikalangan pengganas yahudi. Peristiwa ini merupakan permulaan kepada penghapusan penduduk 400 perkampungan, bandar Arab dan pengusiran 700,000 penduduk Palestin sebagai ruang pendatang Yahudi di seluruh dunia. Pengganas yahudi pergi dari satu kampong ke satu kampong sambil berteriak mengarahkan orang palestin mengosongkan rumah atau “menghadapi nasib seperti di Deir Yassin”. Pada 14 Mei 1948 Ben-Gurion mengisytiharkan kemerdekaan Israel.

Manakala selepas peristiwa itu di Deir Yassin, menjelang September, pendatang Yahudi dari Poland, Romania, dan Slovakia ditempatkan di situ, walaupun menerima bantahan daripada Martin Buber, Cecil Roth dan ketua Yahudi lain yang mahu kawasan pembunuhan beramai-ramai itu dikekalkan tandus.

Anwar Sadat dan Menachem Begin


Ironinya, Menachem Begin yang didalam memoirnya ‘the Revolt’ mengatakan “Tragedi ini tidak hanya dibenarkan, malahan tidak akan wujud Negara Israel ini tanpa ‘kemenangan’ di Deir Yassin”., telah dianugerahkan  hadiah nobel untuk keamanan bersama Anwar Sadat (Presiden Mesir ketika itu) hasil rundingan damai antara Mesir dan Israel di Perjanjian Camp David 1978…..


Balian: What is Jerusalem worth?
Salehuddin: Nothing
……….
Salehuddin: Everything
(Kingdom of Heaven)

Friday, 30 March 2012

Apa Kandungan Ubat Nyamuk?



Pernah terfikir setiap kali kita menyalakan ubat nyamuk apa yang terkandung didalamnya?Betul ke ia mampu menghalau nyamuk?


Untuk pengetahuan anda, ubat nyamuk dibuat menggunakan serbuk pyrethrum. Serbuk ini diekstrak dari tumbuhan yang mungkin ramai tahu, iaitu sejenis bunga dari keluarga Chrysanthemum (seperti gambar dibawah). Sebab banyak air kotak dijual mempunyai perisa chrysanthemum. Phyrethrum telah digunakan sejak tamadun Parsi serta di negara-negara Eropah sebagai racun serangga.


C. cinerariifolium

C. coccineum


Ubat nyamuk yang kita lihat hari ini dicipta oleh usahawan Jepun pada 1890-an, Eiichiro Euyama yang mengandungi tepung kanji, serbuk kulit buah oren dan serbuk phyrethrum. Pada ketika itu,penduduk Jepun hanya menghalau nyamuk dengan serbuk phyrethrum dicampur dengan serbuk kayu dan dibakar. Eiichiro mendapat idea untuk mencipta ubat nyamuk dalam bentuk blok, tetapi kaedah ini hanya dapat menghalau nyamuk selama 40 minit. Isteri beliau, Yuki, memberi idea untuk membuat  ubat nyamuk dalam bentuk lingkaran serta lebih tebal yang menyebabkan ubat nyamuk mampu bertahan selama 8 jam.




Selepas Perang Dunia Ke-2, syarikat Eiichiro iaitu Dainihon Jochugiku Co. Ltd bekerjasama dengan syarikat lain untuk pasaran yang lebih luas. Kini ubat nyamuk kebanyakkannya digunakan di negara Asia, Amerika Selatan serta Afrika. Antara kandungan bahan ubat nyamuk moden ialah Pryrethrum, Phyrethrins, Allethrin, Esbiothrin, BHT, PBO serta MGK 264.


Namun, ada kajian mengatakan penggunaan ubat nyamuk yang berlebihan boleh menjadi penyebab kanser kerana mengandungi octachlorodipropyl ether serta bischloromethyl ether yang menjadi agen kanser paru-paru. Kajian juga menyatakan pembakaran 1 ubat nyamuk bersamaan dengan membakar 51 batang rokok. Terpulang kepada kita untuk menggunakannya atau bertukar kepada cara lain untuk menghalau nyamuk...

Tuesday, 20 March 2012

Bagi Yang Selalu Selsema!


Bagi yang mempunyai hidung sensitif seperti aku akan selalu bersin yang mengakibatkan selsema atau yang badannya tak dapat nak sesuaikan diri dengan cuaca yang kejap hujan kejap panas. Antara makanan yang sesuai untuk anda bagi membuatkan selsema cepat sembuh atau reda ialah:





Ubi Keledek

Mungkin agak pelik kenapa perlu makan ubi keledek, tapi ia memang elok untuk menghilangkan selsema. Ia membekalkan vitamin C dan A selain potassium serta kalsium.









Kacang Brazil
Kekacang! ia boleh meningkatkan sistem imun badan, tapi paling sesuai ialah kacang brazil yang mempunyai kandungan antioxidant yang tinggi atau almonds yang mempunyai vitamin E yang tinggi






Bawang Putih
Bagi yang mampu nak makan bawang putih mentah-mentah, boleh beli garlic kapsul yang dijual di farmasi, murah je sekarang ni.






Cili Benggala?
Cili benggala ini mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi daripada oren, selain itu ia membekalkan anda dengan air untuk menggantikan badan yang terhidrat tuh







Cendawan
Jangan makan cendawan yang boleh buat korang high pulak! cendawan mempunyai beta-glucan yang penting untuk sistem imun badan anda.







Dark Chocolate

Paling best, dark chocolate. Makanan yang mengandungi koko ini dapat membantu sel T anda untuk melawan  virus yang menyebabkan selsema dalam badan anda.







Madu
Jangan dilupakan madu lebah memang baik untuk kesihatan. Madu lebah yang mampu menyekat pertumbuhan bakteria boleh dibancuh dalam air panas. Jangan lupa guna sudu plastik, Dr. Fadzilah Kamsah kate sudu besi menyebabkan khasiat madu hilang.






Jangan dilupa minum banyak air untuk ganti air yang hilang dari badan






Bukan Sekadar Untuk Penyamaran



Kali ini nak cakap pasal penyamaran, korang mesti tahu kuda belang mempunyai corak hitam putih kerana untuk menyamar di padang rumput Afrika tuh, tapi tahu tak bukan sekadar tu je fungsi corak ni???







Melalui kajian terbaru oleh Susanne Akesson, corak kuda belang ini bertujuan untuk mengelak dari digigit oleh lalat kuda, atau name englishnye horsefly yang memhisap darah sebagai makanan. Mereka mendapati lalat yang hinggap pada warna corak kuda belang adalah kurang berbanding warna hitam sahaje atau putih sahaje. Kalau corak itu lebih nipis maka lebih bagus.



Saiz lalat kuda yang agak besar berbanding lalat biasa








So, kalau corak hitam putih ni bagus, kenape kuda tempat lain tak same warna macam kuda belang?



Sebabnya di Afrika mempunyai lebih banyak lalat kuda akibat cuaca yang panas yang sesuai untuk pembiakkan lalat kuda serta faktor yang paling penting, kuda di tempat lain dijaga oleh manusia yang akan menjaga serta memelihara kuda sebaik mungkin. Selain itu manusia juga membiakkan kuda untuk warnanya yang cantik, walaupun mungkin tidak sesuai untuk diadaptasi jika hidup liar.


Tuesday, 6 March 2012

Sejarah Minuman Kegemaran Ramai-MILO



Minuman milo tercipta pada 1930-an ketika kemelesetan ekonomi bagi membantu kanak-kanak mendapat nutrisi yang secukupnye. Minuman ini dicipta oleh Thomas Mayne seorang pekerja kimia industri di NESTLE dengan menggunakan kemahirannya dalam kegunaan susu serta koko. Beliau bekerja di Sydney, Australia & tarikh tepat mengatakan beliau mencipta Milo pada 1934.




Nama Milo diambil sempena nama Atlit Greek iaitu Milon atau Milo yang kuat. Milo of Croton ini terkenal kerana hebat dalam perlawanan gusti di Sukan Olimpik Greek dan telah memenangi sebanyak 6 kali! Memang sesuai sangat bagi nama Milo, baru la peminumnya kuat bersukan. Milo juga dikaitkan dengan seorang lagi orang hebat iaitu Pythagoras, seorang ahli matematik yang rumusnya masih kita belajar sampai sekarang, kerana menyelamatkan pythagoras ketika bumbung rumahnya hampir runtuh dan berkemungkinan berkahwin dengan anak pythagoras, Myia.




Milo mengandungi sedikit theobromine yang mempunyai sifat seperti kafein yang menyebabkan ketagihan jika diambil lebih dari 15 sudu sehari. Milo kebanyakkanya popular di Malaysia, Singapura, USA, serta negara Asean dan Afrika. Jika ke luar negara, minuman ini mudah diperoleh dari kedai milik orang asean, mungkin sebab dah dipupuk minum zaman berzaman oleh penjajah masing-masing??




p/s: Minum milo anda jadi sehat dan kuat!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...