Adolf Hitler |
Black Orchestra atau dalam bahasa Jerman; Schwarze Kapelle merupakan istilah yang telah diberikan oleh Geheime Staatspolizei (GESTAPO =polis rahsia) kepada gerakan anti-Hitler.
Konspirator didalam Black Orchestra terdiri dari beberapa panglima perang yang bimbang terhadap polisi politik Nazi pimpinan Hitler yang sangat radikal. Oleh itu, dengan menggulingkan Hitler dan Parti Nazi, mereka berharap kedaulatan Jerman dapat dikekalkan. Rancangan untuk menggulingkan Hitler telah bermula sejak tahun 1938 lagi dimana ketika itu ahli-ahli Black Orchestra terdiri pegawai-pegawai dari Wehrmacht (Tentera German) dan Abwehr (Agensi Risikan)
Bendera Nazi |
Pada awalnya mereka merancang untuk menggulingkan Hitler menerusi saluran politik. Tetapi cara tersebut semakin mustahiil untuk dilakukan, terutamanya setelah Hitler menjadi Presiden dan Chancellor Jerman selepas kematian Presiden Paul Von Hindenberg (veteran Perang Dunia Pertama). Dalam tempoh dua tahun corak pemerintahan Hitler berubah dari pilihanraya kepada diktator seumur hidup. Hitler menerusi GESTAPO dan Schutzstaffel (SS = organisasi separa tentera yang berkhidmat untuk Parti Nazi) telah bertindak menghapuskan sebarang gerakan politik yang bertentangan dengan ideology Nazi.
Dua tokoh utama dalam gerakan Black Orchestra ialah Wilhem Canaris yang merupakan kEtua Risikan Tentera German (Abwehr) dan Jeneral Kolonel Ludwig Beck yang merupakan Ketua kepada gerakan ini. Canaris bertindak sebagai double-faced ejen. Ketika Hitler mendedahkan plan peperangannya pada tahun 1937 kepada pegawai atasan tentera termasuk Canaris dan Beck, Canaris telah memberitahu maklumat tersebut kepada Perdana Menteri British, Neville Chamberlain dan Winston Churchill. Walaubagaimanapun pihak British mengambil mudah maklumat tersebut, tindakan silap yang menyebabkan Hitler semakin melangkah kehadapan terhadap rancangan peperangannya.
Apabila tentera German menyerang dan menakluki Poland pada tahun 1939 dengan taktik Blitzkrieg (serangan kilat) seluruh benua Eropah terkejut dengan kepantasan kemaraan tentera German apabila mereka berjaya menakluki Perancis, Denmark dan Norway dalam masa yang singkat. Situasi ini menyebabkan kumpulan Black Orchestra semakin tertekan untuk meneruskan misi mereka .
Apabila tentera Berikat menyerang Normandy barulah kumpulan Black Orchestra memulakan rancangan mereka. Objektif utama kumpulan ini ialah untuk membunuh Hitler dan Himmler (orang kanan Hitler) bagi menyelamatkan German dari ditakluki tentera Berikat. Ketika serangan ke atas Normandy, oleh tentera Berikat selain Hitler dan kroninya di kalangan SS, ramai beranggapan German sudahpun tewas. Eugene Rommel seorang hero German yang mendapat gelaran “Desert Fox” kerana kehebatannya dalam pertempuran di gurun utara Afrika, telah berjumpa Hitler untuk memujuknya mengadakan perjanjian damai dengan pihak Berikat. Hitler menolak dan akhirnya Rommel menyertai Black Orchestra.
Sepanjang tahun 1943-44, tidak kurang dari 4 percubaan untuk membunuh Hitler dan Himmler , namun kesemuanya gagal kerana Hitler ketika diambang kekalahannya amat jarang berada dikhalayak ramai dan jarang berada di Berlin. Kebanyakan masanya dihabiskan di Wolfschanze (Sarang Serigala) yang merupakan pusat operasi ketenteraannya. Hitler dikelilingi oleh para pengawal dan hanya berjumpa dengan orang yang dipercayai sahaja, lebih-lebih lagi apabila Himmler dan GESTAPO mendapat maklumat mengenai rancangan menjatuhkan Hitler.
Stauffenberg |
Akhirnya peluang yang ditunggu telah tiba apabila Hitler mengadakan mesyuarat ketenteraan pada 20 Julai, Stauffenberg seorang pegawai muda yang buta sebelah mata dan kehilangan sebelah tangannya secara sukarela membawa bom kedalam bilik mesyuarat Hitler. Himmler tidak hadir, tetapi rancangan tersebut terpaksa diteruskan. Bom tersebut akan berjaya membunuh Hitler seandainya mesyuarat tersebut diadakan di bilik bawah tanah. Tetapi pada hari tersebut cuaca agak panas dan mesyuarat terpaksa diadakan di tingkat atas dimana tingkapnya terbuka. Setelah meletakkan beg bimbitnya yang mengandungi bom jangka, Stauffenberg keluar dari bilik mesyuarat dan terus pulang ke Berlin apabila mendengar bunyi letupan bom yang memusnahkan bilik tersebut.
Pegawai-pegawai tinggi di dalam Black Orchestra mengumumkan kematian Hitler dan melancarkan Operasi Valkyrie yang dirangka untuk membenarkan pengambilalihan kuasa dari pasukan SS kepada pasukan tentera simpanan apabila Hitler mati. Dengan kekuatan tentera simpanan inilah para konspirator mengambilalih beberapa bangunan pejabat dan jabatan penting. Namun begitu Joseph Goebbels, ketua propaganda Parti Nazi mendapat maklumat Hitler hanya cedera ringan, walaupun 4 orang pegawai atasannya mati dalam letupan tersebut. Hitler (yang akhirnya menelefon sendiri Goebbels) mengarahkan semua konspirator Black Orchestra ditangkap.
Stauffenberg bersama beberapa pegawai yang lain ditembak mati pada malam itu juga . manakala beberapa pegawai seperti Tresckow membunuh diri. Rommel pula dipaksa membunuh diri bagi melindungi nyawa ahli keluarganya. Ramai diantara ahli konspirator telah dibicarakan di mahkhamah dan digantung menggunakan tali piano yang disangkut di penyangkuk daging. Seramai hampir 5000 orang telah diburu, diseksa dan dibunuh. Yang terahir ialah Canaris. Dia diseret keluar dari kem tahanan dalam keadaan bogel sebelum digantung pada 9 April 1945.
p/s: Kalau korang nak tau, Filem "Valkyrie" lakonan Tom Cruise juga berdasarkan kisah sebenar mengenai rancangan Black orchestra untuk membunuh Hitler.
0 comments:
Post a Comment