Saturday, 17 December 2011

Ketam Kelapa?

Sgt sedap minum air kelape tepi pantai...



Korang tahu tak ketam kelapa ini berasal dari keluarga umang-umang?ketika masih kecil ketam ini akan hidup seperti umang-umang yang lain sebelum naik kedarat.Bila badan ketam ni dah keras (dah ade exoskeleton), mereka akan hidup di darat serta mempunyai organ pernafasan seakan insang + paru-paru atau name betulnye branchiostegal lung.



Besar tong sampai tuh!






Kalau korang tengok gambar kat atas,nampak besarkan? Sebab ketam ini boleh hidup selama 60 tahun dan seberat 4.1 kg! Oleh kerana ketam ni sangat la besar, nampak macam lobster pulak tuh, so ramai manusia makan sebagai hidangan esotik. Tapi akibatnye, ketam ni makin payah nak jumpa, kecuali di pulau terpencil atau ade larangan menangkap ketam kelape nih. Nak membiak pun kene tunggu tempoh matang 5 tahun...


Ketam kelapa ni hidup di  Lautan Pasifik serta India di pulau-pulau terpencil seperti Pulau Chrismast, Seychelles,Nicobar.Paling dekat dengan Malaysia pun mungkin pulau-pulau di Sabah. Kalau kene sepit die memamng tak kan lepas,mungkin boleh putus jari,so klau nak selamat cocok bawah badan ketam,supaya die lepaskan sepit (petua penduduk tempatan)


Hitam

Biru

Oren


Erm??


Ketam ni ada macam-macam warne, mungkin boleh buat haiwan peliharaan,haha! Makanan die selalunya buah kelapa yang dorang pandai kopek sendiri, kekacang,biji benih,atau telur kura-kura dan haiwan kecik yg dah mati (Omnivor ketam ni)


So,lepas ni kalau korang pergi pantai,jangan main-main dengan umang-umang, mane tau mungkin anak ketam kelape ;D

3 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...