Monday, 3 October 2011

Akibat Kesilapan Liquid Paper Dicipta



Ini salah satu barang wajib kalau kite mule masuk form 1. Time itu la banyak salah tulis, maklum la sebelum itu pakai pensel je. Liquid Paper ni dicipta pun sebab penciptanya selalu salah bile menaip.


Liquid paper ni dicipta oleh Bette Nesmith Graham iaitu seorang ibu tunggal selepas  Perang Dunia Kedua. Oleh kerana Bette tak mahir sangat menaip die buat cecair yang dicampur dengan Cat Tempera untuk sembunyikan kesalahan menaip, bos die pun tak perasan! Dia menjadikan dapur dirumah sebagai tempat untuk mencipta liquid paper.

Cat Tempera

Kawan-kawan Bette yang juge bekerje sebagai kerani mula meminta produk Bette, jadi Bette mule jual secare kecil-kecilan di pejabat sebelum dipecat akibat tidak dapat membetulkan kesilapan menaip. Pada mase tu, liquid paper dikenali sebagai Mistake Out sebelum ditukar kepada Liquid Paper.


Dia cuba menjual produk ni ke IBM tapi ditolak (rugi btol IBM nih). Tahun 1956 Bette tubuhkan syarikat membuat liquid paper di Dallas, US. Syarikat Bette terus maju sehingga dibeli syarikat Gillette pada harge $ 47.5 juta beserta royalti !Kemudian dibeli oleh Newell Rubbermaid dengan jename Papermate.


Bette menubuhkan dua pertubuhan untuk membantu wanita yang mengalami kesusahan untuk meneruskan kehidupan agar tidak mengalami kesusahan seperti dia sebelum dia meniggal.

Ciptaan mudah yang membawa untung yang banyak!





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...