Fakta Ringkas KauTahuTak: Edisi 6

Kembali di laman sesawang Kau Tahu Tak setelah cuti...berapa banyak kali cuti da......

Apa Beza Garam Laut dan Garam Bukit?

Perbezaan garam ini adalah dari segi rasa, tekstur dan proses menghasilkannya.

Bunga Raya-Mengapa ia Dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan

Kementerian Pertanian telah memberikan 7 jenis bunga untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan

Buat Kanak-kanak Malaysia yang lahir pada 1980an: TV time!!! BaNaNaNa

Post kali ni, kami di Kau Tahu Tak ingin dedikasikan kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 1980an

Bagaimana Cincau Dibuat??

korang terfikir tak macam mana rupa cincau atau bagaimana la cincau ini dibuat dan diperolehi??

Sunday, 28 August 2011

Tahu Tak kaitan Bijirin dan Radio?

                                                                  
Kite dah tau akan cerite dari post sebelum ni...dah 2 post bercerita hanye mengenai bijirin je kan?? hehe..ni tambah satu lagi dan terakhir. (tuk post pertama klik sini, post kedua klik sini). kisah die begini, zaman mule2 radio diperkenalkan ramai orang Amerika tau radio tu ape tapi tak pernah gune mahupun melihat sebab sangat sukar nak dapat radio dan time 2 pun channel tak banyak. disini la muncul nye peranan bijirin....Quaker Oat Mill Company time tu (1920 an) telah melakukan satu cara menarik perhatian pelanggan dimane sampai sekarang dilakukan oleh syarikat bijirin laen, iaitu memberi hadiah bile membeli Oat....dan semesti nye dalam cite ni hadiah die adalah...radio!..radio pertama atau crystal radio telah dijadikan hadiah oleh syarikat Quaker dan bekas Quaker Oat tu sendiri adalah radio! 
                                                                       Crystal Radio
disini lah bermulenye era telekomunikasi tanpa wayar dan penyiaran. secara drastik nye orang ramai mule mempunyai radio, dan stesen radio bertambah dengan pesat sekali. bermulalah eksperimen dengan radio dengan memperkenalkan drama radio tanpa iklan pertama dilakukan oleh Orson Welles pade 30 Oktober 1938. disebabkan tanpa iklan, maka kerealitian nye bertambah realiti...ni menimbulkan keadaan huru hara dimane rakyat Amerika pade mase tu percaya berlakunye penaklukan Alien dari Marikh!! sebenarnye cerite pasal Alien ni adalah adaptasi dari War of the Worlds oleh novel popular H.G. Well.

Tahu Tak Kisah Bijirin Sarapan Komersial Pertama Dunia?


Disebabkan post before ni cerite pasal bijirin (klik sini untuk ke post tersebut), maka tak syiok la if tak cerite pasal Corn Flake.ok lah, kite tau kan Corn Flake yang popular tu dicipta oleh Will Keith Kellogg sebab ade name die kat kotak die. disini mari kami cite cikit pasal Kellogg ni. Kellogg ni merupakan seorang bisnesman dan tak ade kene mengene ngan makanan pun. semuanye bermula apabila die join abang die, John Harvey Kellogg merupakan seorang doktor yang percaya mengamalkan pemakanan sihat mampu memanjangkan umur. pada abad ke 19 average umur rakyat Amerika hanyelah dalam lingkungan 40 hingga 45 tahun dan sangat sukar tuk jejak 60 tahun!.menurut John, sarapan sangatlah penting dan bijirin merupakan pilihan yang tepat. tahun 1866, die tubuhkan Battle Creek Sanitarium yang fokuskan rawatan dengan cara pemakanan betul, enema dan senaman dimane time tu bende2 cam ni adalah baru! disini juga lahirnye ape yang kite panggil diet seimbang dan piramid makanan berdasarkan John punye practise. Will pulak menjage bahagian makanan mereka. menurut kisah, Will ni nak buat roti gune gandum tapi die terlupe sebab ade perkara berlaku di sanitarium tu lalu membiarkan gandum nye di masak terlalu lame. die kembali dan ambik gandum tu dan teka pe yang berlaku? yup, gandum tu boley dileperkan! hal ni berlaku pada 8 Ogos 1894. terkejut si Will ni dan apebile diperkenalkan kepada pesakit abang die, sambutan sangat mengalakkan. maka mereka berdua menjalankan eksperimen dan akhirnye decide nak gune jagung. Will ni pun tubuh kan Battle Creek Toasted Corn Flake Company pade tahun 1906 tuk komersialkan Corn Flake. die telah menambahkan gula pade Corn Flake dan ni mencetuskan kemarahan abangnye sebab bagi abang die, gula bukan satu gaya hidup sihat. jadi, bergaduh la mereka. untuk pengetahuan anda, yang gula tu adalah ape yang kite panggil Frosted Flake (sedap!). maka, terciptalah bijirin sarapan paling popular di dunia sehingga sekarang....Kellog's Corn Flake!!

Kau Tahu Tak Asal Usul Bank, Empayar Rom dan bom Perang Dunia Kedua ada berkaitan?

Yup,
seperti kenyataan diatas semua nye mempunyai kaitan dan kaitan nya adalah.......bijirin atau lebih kite kenali adalah bijirin sarapan!!
mesti korang terpinga-pingakan sambil menyumpah seranahkan penulis blog ni?? hehe...rilek..jangan marah sebab ni adalah sebenar-benar fakta dan bukan omongan kosong. mari kami ceritekan dengan bank dulu
                                                                        Kuil Babylon
bank, merupakan tempat kite simpan duit kan? tapi jika kite kembali 1800 S.M (B.C) di tempat yang kite kenali Mesopotamia...di tempat ni ada satu kerajaan bernama Babylon. pade mulenye Babylon hanyalah sebuah tempat persinggahan  orang-orang nomad dahulu kala. mereka mase tu dah pandai ambik gandum dan barli sebagai makanan tapi pada mereka makanan ni sangat sukar tuk makan kerana tak ade kepakaran dalam mengasingkan kulit luar yang keras dari isi nye mase tu. mengikut teorinye mase tu la jugak manusia dapat idea dengan merendam gandum dalam air dapat mengasingkan kulit luar dengan isi nye. semenjak itu, Babylon menjadi Pekan apabila orang dah mule menetap dan seterusnya menjadi Empayar purba hanye bermule dengan bijirin yang ditanam di kawasan itu. bile mereka dah pandai, maka penanaman menjadi bertambah baik dan hasil jualan menjadi banyak. bile dah banyak mula lah mereka menukar barang dengan bijirin, secara tak langsung menjadi mata wang pertama dunia tak rasmi! hasil bijirin yang banyak tu mereka mule berpikir dimane nak simpan dan selamat? jawapan nye adalah di kuil kerana orang tak berani curi kat kuil zaman tu. disini lah peranan bijirin dalam membentuk bank pertama dunia dengan orang bank nye adalah dikalangan pendeta disitu. jangan terkejut, zaman tu juga para pendeta mengenekan cas penyimpanan dan juga menyediakan pinjaman berasaskan bijirin! ni lah kisah bank terawal dunia.

Empayar Rom
                                                    The Legion - Tentera Rom
seterusnye kite pegi ke Empayar Rom. Sume orang tahu Rom sebuah negara hebat satu ketika dulu sehingga bahasa yang kite gune sekarang pun banyak dari mereka. di kisahkan bahawa sebelum rom menjadi rom dan sebelum rom bernama rom (dah macam hikayat merong mahawangsa pulak). mereka ni sebelum jadi empayar mereka di gelar Republican of Rome. makin lame makin ramai penduduk jadi memerlukan makanan yang banyak tapi apakan daya, rom time tu hanye sebesar Itali sekarang jadi tak de tanah yang banyak. tetibe mereka dapat idea, "pe kate kite ambik pulau Sicilia". pulau ni memang sesuai tuk tanam gandum sebab kerataan tanah di sane. tapi masalahnye time tu pulau tu under Carthage, sebuah kerajaan. maka, tercetus lah perang Punic (Punic War,264 B.C to 146 B.C) yang akhirnye dimenangi pihak Rom. selepas dapat je pulau tu, pihak Rom mempunyai bijirin yang cukup dan mempunyai lebihan tuk digunakan tentera. bile makanan dah cukup maka tentera (legion) pun bertambah manakala Carthage hancur terus. bertitik tolakkan perkara ni lah mereka meng-conquer kawasan sekeliling mereka sehingga lah bergelar The Roman Empire semuanye hanye disebabkan ....bijirin...yang menyediakan ape yang dipanggil THE LEGION!

Bom Perang Dunia Ke-2
                                                               Bendera US Didirikan di Iwo Jima
Semua tau kan Quaker Oat?? ala yang ade gambar orang yang berpakaian cam askar tu...hehe...hah, pe kaitan pulak peluru pepandu dengan oat??? al kisah nye adalah begini.....untuk pengetahuan kite sume, tuk membuat bijirin sarapan ni bukan senang seperti yang kite sangka. tahu tak anda, ade sebab kenapa mereka mengelar setiap kilang yang buat cereal ni dipanggil Mill seperti Quaker Mill Company, General Mills Company etc...sebab gandum, oat dan jagung ni boley meletup!bende2 ni sangat sensitif apabile terkene api secara direct dan dalam banyak2 kes kilang bijirin meletup, hanye satu kilang je yang tak ade kes....yey, anda betol...Quaker Mill Company. disebabkan kehebatan kilang ni retain die punya keselamatan maka kerajaan Amerika memberi kepercayaan kepada mereka tuk membuat bom bagi digunakan dalam perang dunia ke-2. Quaker Mill Company berjaya memenuhi pemintaan kerajaan Amerika tanpa ade yang tercedera di kilang mereka. sampai ada yang cakap, " Iwo Jima dimenangi disebabkan bijirin" sebab peperangan Iwo Jima (19 Feb–26 Mac 1945) ni merupakan kekalahan pertama Jepun tak silap dalam tempoh hampir 500 tahun. bom adalah senjata utama tentera Amerika ketika melawan Jepun di Iwo Jima sebab terlalu kukuh pertahanan jepun dan bom tu dibuat oleh....Quaker Mill Company....yang juge buat bijirin!!!

Wednesday, 24 August 2011

Jerung Paling Jarang Dijumpai



Haa, pernah tengok sebelum ni?? Jerung ni namenye Megamouth yang extreme rare kalau korang nak tahu, dari tahun 1976 sampai sekarang beberape ekor je dijumpai sampai rakaman video pun tak sebanyak national geographic punye, spesimen pun hanye dalam 56 ekor manusia dapat kumpul itupun sebab nelayan tertangkap atau jumpe terdampai di tepi pantai yang indah



Besar betul mulut die



Macam tersengih pun ade jugak aku tengok


Macam ade 2 lapisan mulut!



Jerung ini payah dijumpai mungkin sebab mereke hidup di laut dalam, naik atas bile nak cari makan je, lagipun dari cakap-cakap nelayan ikan ini susah nak tangkap sebab di kuat meronta bile termasuk dalam pukat, so nelayan sanggup potong pukat dari karam macam titanic. Jerung ni jenis yang tak makan orang, setakat makan planton dengan obor-obor je, hehe




Mungkin jerung ni boleh jadi watak dalam kartun ni??

Pernah Tak Terfikir Nape Orang Panggil New York The Big Apple?


 Bandaraya New York



Kita selalu dengar orang cakap Big Apple...ape yang kita pikir? yup, Big Apple Doughnut yang sedap..yeah! ops..bukan Big Apple tu yang kita maksudkan tapi New York.ape yang pelik nye kat New York ni memang la ade sepohon dua pokok Apple tapi untuk pengetahuan anda, saiz die same je dengan pokok Apple yang laen. jadi, persoalannye kenape orang panggil New York tu Big Apple??? Hah, ni jawapan nye...John J. Fitz Gerald merupakan orang yang mempopularkan gelaran Big Apple ni ke atas bandar New York pada tahun 1920-an dalam kolumnye di New York Morning Telegraph tapi ianye merujuk pade perlumbaan kuda! dalam lumba kuda, apple adalah istilah hadiah yang bakal dimenangi dan New York merupakan hadiah terbesar dalam perlumbaan kuda di Amerika. jadi bile hadiah yang ditawarkan adalah paling lumayan maka muncul lah istilah Big Apple dan dijadikan identiti New York pade tahun 1970-an. tahu kah anda bahawa Big Apple juge merujuk pade bandar Los Angeles tapi ianye tak sepopular New York. disini disertakan senarai name gelaran merujuk pade bandar:

The Little Apple - Manhattan, Kansas
The Mini Apple - Minneapolis, Minnesota
 B.A., Buenos Aires, Big Apple - Buenos Aires
Big Plum -  Cleveland, Ohio
The Big Peach - Atlanta
The Big Orange - Tel Aviv
The Big Easy - New Orleans
The Little Apple - Nairobi
The Big Guava - Tampa, Florida
The Big Durian - Jakarta
The Big Lime - Key Largo
The Big Scrapple - Philadelphia
The Big Chip - Lewisburg, Pennsylvania
The Big Riot - Madison, WI
The Big Burrito - Overland Park, Kansas
The Big Onion - Chicago
The Big Tomato - Sacramento
The Big Mango - Bangkok. turut digunekan untuk Cairo.
The Big Chilli - Bangkok
The Big Lychee - Hong Kong
The Big Schnitzel - Vienna
The Big Dragonfruit - Tokyo
The Big Dump - Staten Island

Monday, 22 August 2011

Gambar yang Menceriakan Hidup Anda


Bosan-bosan ni jom kite tengok gambar-gambar kelakar ;D


Coklat Tahi Hidung Gorilla





Kek Pacman



Tak Dapat Lari dari meje stady la lepas ni



Ade ranking lagi tu!




Sape la yang letak ni




Selamat datang ke daerah Boring

Saturday, 20 August 2011

Kisah Benar


Macam Mane Sunblock Berfungsi??



Sekarang ni kalau pergi pantai ramai yang dah pakai sunblock, tapi ade beza antare sunblock dan sunscreen tau!

Okey, sunscreen berfungsi kurangkan cahaye matahari masuk lebih dalam di lapisan kulit kite. Sunblock pula memang 'blok' habis cahaye matahari dari sampai ke kulit dengan pantul cahaye ke tempat lain.

Zinc oxide dan titanium oxide adalah bahan yang menyebabkan kulit kite putih bile sapu sunblock. Cahaye yang dihalang ialah ultraviolet iaitu UV-B yang sebabkan kulit korang gelap dan UV-A yang bagi korang peluang dapat kanser kulit dan kulit cepat tue.



Ape maksud no. di sunblock ni? Ia bermaksud Sun Protection Factor yang membantu kite berape lame kulit kite boleh tahan sebelum terbakar. Agak-agak kulit korang terbakar dalam 10 minit dan korang pakai SPF 10, maknenye boleh tahan 10 kali ganda, 100 minit

Beli je SPF paling tinggi,boleh mandi laut lame-lame :D


Wednesday, 17 August 2011

Alat Doraemon Yang Menjadi Kenyataan



Antara alat-alat Doraemon yang menjadi kenyataan,


Takecopters!



Takecopters versi realiti


Jubah Halimunan!Best tu

Alat-alat ini dipamerkan di Muzium Tokyo sempena pameran sains Doraemon atau name betulnya Science Exhibition Mirai Doraemon


Walaupun tak Nampak macam takecopter, ia dah hampir menjadi kenyataan dengan terciptanya helicopter terkecil didunia yang dinamakan GEN H4 yang dibina oleh Gen Corporation di Jepun.

Jubah halimunan ini direka oleh Professor Susumu Tachi  dan kumpulannya dari Universiti Tokyo yang juga terlibat dalam mereka Gen H4

Kalau nak tengok lagi kena la pergi Jepun sendiri, dari kartun pun mereka boleh dapat inspirasi nak hasilkan bende-bende baru, kagum!





Gambar-gambar pameran Doraemon




Bawak ni pergi kelas best jugak







3 Fasa Kehidupan

Daddy I love Justin Bieber

LOL!!



Saturday, 13 August 2011

Kau Tahu Tak Stadium Terbesar di Dunia Kat Mane?

Silbersee, Nuremberg German

penah tak korang tengok gambar ni? sebuah tasik yang cantik barangkali pada pemikiran korang kan?? cuba korang pikir lagi sekali......tengok betol-betol......hah, tak dapat teka kan? ni lah stadium paling besar manusia penah bina dengan kapasiti penonton 400,000 orang!! tapi semua itu telah berlalu apabila stadium yang dibina oleh Nazi German ni tak sempat disiap kan dan foundation die pun telah bertukar jadi tasik. ape yang menarik nye stadium ini bukan sahaja dibuat sekali dengan tempat lumbe  kuda malahan di korek bukan didirikan! ye, asas stadium ni adalah mengunakan bentuk muke bumi disekeliling sebagai dinding stadium dan ia berbentuk ladam. bentuk nye diambil sempena Circus Maximus di Rom. Pembinaannye berhenti sebaik sahaja perang dunia ke-2 pade tahun 1939 and still Hilter masih berangan bahawasanye stadium ni akan siap pada 1945. bile tempat ni ditinggal kan air mule memenuhi ruang di sebelah utara stadium ni dan di sebelah selatan dipenuhi dengan sisa-sisa perang di bandar Nuremberg. sekarang jadi lah tasik yang diberi name Silbersee.

 Bentuk Asal Before and After


Secara rasminye sekarang stadium paling besar di dunia adalah ditempat kite tak akan terpikir pun, Korea Utara! satdium ni diberi name Rungnado May Day Stadium berkapasiti 150,000 orang!! ia dibina pade tahun 1989 di Pyongyang dan berbentuk bunga mekar.
 
Rungnado May Day Stadium


dan untuk pengetahuan anda, Stadium Nasional Bukit Jalil berade di tempat ke-9 dalam World Largest Stadium dengan kapasiti 100,200 orang. dibina pada tahun 1998 untuk sukan Komanwel 1998. 
Stadium Bukit Jalil waktu malam

Stadium Bukit Jalil

Thursday, 11 August 2011

Siapa Yang Buat Yeo's?



Nampak sedap je air-air nih,lagi-lagi bulan pause ni. Kite selalu minum air ni,dah macam sebati dengan diri kite, tapi korang tahu tak asal usul minuman ini?


Meh cerite sikit, name syarikat ni berasal dari name pemilik dia iaitu Yeo Kheng Lian. Dia berasal dari wilayah Amoy,China yang pada waktu itu ade kilang di sane. Pada tahun 1937 family die pindah ke Singapore untuk buka kilang.



Pengasas Yeo's


Mula-mula jual air soya masak gune dapur arang sahaje, bile dah ramai orang suka, mereke mula buat gune cara konvensional. Bile Malaya merdeka, syarikat mereke pun berpindah sekali.


Antara produk-produk air yang lain syarikat ni keluarkan ialah Fizzi, Junior juice, dan produk mee segera serta produk makanan dalam tin







Sape pernah minum air ni?


Pilihan ibu-ibu bila tak tahu nak masak ape di rumah :D





Saturday, 6 August 2011

Wallpaper 3D



Bagi mereka yang suke wallpaper 3D yang saiz die boleh sampai 900 KB sebab sumenye HD. Gambar-gambar ni tak pecah walaupun dah buat extra large,biar korang boleh tengak puas-puas



































Cume tak banyak pilihan la,tapi memang lawa klau buat destop wallpaper, detail habes: http://www.hdwallpapers.net/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...