Sunday, 28 August 2011

Kau Tahu Tak Asal Usul Bank, Empayar Rom dan bom Perang Dunia Kedua ada berkaitan?

Yup,
seperti kenyataan diatas semua nye mempunyai kaitan dan kaitan nya adalah.......bijirin atau lebih kite kenali adalah bijirin sarapan!!
mesti korang terpinga-pingakan sambil menyumpah seranahkan penulis blog ni?? hehe...rilek..jangan marah sebab ni adalah sebenar-benar fakta dan bukan omongan kosong. mari kami ceritekan dengan bank dulu

                                                                        Kuil Babylon
bank, merupakan tempat kite simpan duit kan? tapi jika kite kembali 1800 S.M (B.C) di tempat yang kite kenali Mesopotamia...di tempat ni ada satu kerajaan bernama Babylon. pade mulenye Babylon hanyalah sebuah tempat persinggahan  orang-orang nomad dahulu kala. mereka mase tu dah pandai ambik gandum dan barli sebagai makanan tapi pada mereka makanan ni sangat sukar tuk makan kerana tak ade kepakaran dalam mengasingkan kulit luar yang keras dari isi nye mase tu. mengikut teorinye mase tu la jugak manusia dapat idea dengan merendam gandum dalam air dapat mengasingkan kulit luar dengan isi nye. semenjak itu, Babylon menjadi Pekan apabila orang dah mule menetap dan seterusnya menjadi Empayar purba hanye bermule dengan bijirin yang ditanam di kawasan itu. bile mereka dah pandai, maka penanaman menjadi bertambah baik dan hasil jualan menjadi banyak. bile dah banyak mula lah mereka menukar barang dengan bijirin, secara tak langsung menjadi mata wang pertama dunia tak rasmi! hasil bijirin yang banyak tu mereka mule berpikir dimane nak simpan dan selamat? jawapan nye adalah di kuil kerana orang tak berani curi kat kuil zaman tu. disini lah peranan bijirin dalam membentuk bank pertama dunia dengan orang bank nye adalah dikalangan pendeta disitu. jangan terkejut, zaman tu juga para pendeta mengenekan cas penyimpanan dan juga menyediakan pinjaman berasaskan bijirin! ni lah kisah bank terawal dunia.

Empayar Rom
                                                    The Legion - Tentera Rom
seterusnye kite pegi ke Empayar Rom. Sume orang tahu Rom sebuah negara hebat satu ketika dulu sehingga bahasa yang kite gune sekarang pun banyak dari mereka. di kisahkan bahawa sebelum rom menjadi rom dan sebelum rom bernama rom (dah macam hikayat merong mahawangsa pulak). mereka ni sebelum jadi empayar mereka di gelar Republican of Rome. makin lame makin ramai penduduk jadi memerlukan makanan yang banyak tapi apakan daya, rom time tu hanye sebesar Itali sekarang jadi tak de tanah yang banyak. tetibe mereka dapat idea, "pe kate kite ambik pulau Sicilia". pulau ni memang sesuai tuk tanam gandum sebab kerataan tanah di sane. tapi masalahnye time tu pulau tu under Carthage, sebuah kerajaan. maka, tercetus lah perang Punic (Punic War,264 B.C to 146 B.C) yang akhirnye dimenangi pihak Rom. selepas dapat je pulau tu, pihak Rom mempunyai bijirin yang cukup dan mempunyai lebihan tuk digunakan tentera. bile makanan dah cukup maka tentera (legion) pun bertambah manakala Carthage hancur terus. bertitik tolakkan perkara ni lah mereka meng-conquer kawasan sekeliling mereka sehingga lah bergelar The Roman Empire semuanye hanye disebabkan ....bijirin...yang menyediakan ape yang dipanggil THE LEGION!

Bom Perang Dunia Ke-2
                                                               Bendera US Didirikan di Iwo Jima
Semua tau kan Quaker Oat?? ala yang ade gambar orang yang berpakaian cam askar tu...hehe...hah, pe kaitan pulak peluru pepandu dengan oat??? al kisah nye adalah begini.....untuk pengetahuan kite sume, tuk membuat bijirin sarapan ni bukan senang seperti yang kite sangka. tahu tak anda, ade sebab kenapa mereka mengelar setiap kilang yang buat cereal ni dipanggil Mill seperti Quaker Mill Company, General Mills Company etc...sebab gandum, oat dan jagung ni boley meletup!bende2 ni sangat sensitif apabile terkene api secara direct dan dalam banyak2 kes kilang bijirin meletup, hanye satu kilang je yang tak ade kes....yey, anda betol...Quaker Mill Company. disebabkan kehebatan kilang ni retain die punya keselamatan maka kerajaan Amerika memberi kepercayaan kepada mereka tuk membuat bom bagi digunakan dalam perang dunia ke-2. Quaker Mill Company berjaya memenuhi pemintaan kerajaan Amerika tanpa ade yang tercedera di kilang mereka. sampai ada yang cakap, " Iwo Jima dimenangi disebabkan bijirin" sebab peperangan Iwo Jima (19 Feb–26 Mac 1945) ni merupakan kekalahan pertama Jepun tak silap dalam tempoh hampir 500 tahun. bom adalah senjata utama tentera Amerika ketika melawan Jepun di Iwo Jima sebab terlalu kukuh pertahanan jepun dan bom tu dibuat oleh....Quaker Mill Company....yang juge buat bijirin!!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...