Fakta Ringkas KauTahuTak: Edisi 6

Kembali di laman sesawang Kau Tahu Tak setelah cuti...berapa banyak kali cuti da......

Apa Beza Garam Laut dan Garam Bukit?

Perbezaan garam ini adalah dari segi rasa, tekstur dan proses menghasilkannya.

Bunga Raya-Mengapa ia Dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan

Kementerian Pertanian telah memberikan 7 jenis bunga untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan

Buat Kanak-kanak Malaysia yang lahir pada 1980an: TV time!!! BaNaNaNa

Post kali ni, kami di Kau Tahu Tak ingin dedikasikan kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 1980an

Bagaimana Cincau Dibuat??

korang terfikir tak macam mana rupa cincau atau bagaimana la cincau ini dibuat dan diperolehi??

Saturday 26 May 2012

Misteri Valley of Death



Pertama sekali, di mana lembah kematian ini? Tempat ini berada di Siberia atau lebih tepat lagi di Yakutia. Walaupun nampak macam biasa je, tempat ini mengalami pelbagai objek-objek aneh yang dijumpai oleh pengembara, pengembala serta penyelidik.

Valley of Death ini tidak berpenghuni dan tiada haiwan berani masuk ke situ. Menurut penduduk peribumi di situ, kawasan tersebut telah disumpah serta sangat tidak sesuai untuk diduduki kerana tanahnya yang berpaya. Setiap kumpulan pengkaji yang datang ketempat ini akan jatuh sakit tanpa diketahui sebabnya dan hanya pulih apabila keluar dari tempat ini. Uji kaji yang dijalankan tidak menunjukkan sebarang kesan radiasi nuklear yang mungkin menjadi penyebab penyakit misteri itu.

Ada teori mengatakan ia akibat meteor yang sering terhempas di kawasan Valley of Death serta yang paling popular kesan meteor yang jatuh di Tunguska (1908) iaitu kawasan berhampiran Valley of Death yang memusnahkan seluruh kawasan hutan.








Kesan hentaman meteor yang sehingga kini tiada tumbuhan


Antaranya keanehan tempat ini ialah dakwaan seorang Geologist pada 1936 yang menjumpai struktur besi besar separuh bulat berwarna merah yang ditemui di situ. Beliau melaporkan penemuan pelik ini ke bandar Yakutsk, tetapi tiada siapa yang memberi perhatian.


Struktur pelik yang dijumpai ahli geologist



Mikhail Korecky mendakwa pernah pergi ketempat itu sebanyak 3 kali, iaitu pada 1933, 1937 dan 1947. Dia menjumpai 7 struktur besi separuh bulat dengan tumbuhan pelik disekitar struktur besi ini.

Pemburu bernama Evenki juga menemui struktur besi ini  pada 1971 dan menjumpai bangkai makhluk berwarna hitam kurus dengan 1 mata, dia sedia menunjukkan tempat makhluk itu ditemui namun penduduk sekitar tidak mempercayainya.

Ivan Mackerle juga baru-baru ini menjalankan kajian  di Valley of Death dengan bantuan penunjuk jalan sebelum ditinggalkan kerana takut melihat keadaan muka bumi yang berbeza. Semasa mencari, mereka tiba di satu kawasan yang menyebabkan kompas mereka hilang arah. Ivan menjumpai struktur besi seperti yang dikatakan tetapi mendapati ia makin tenggelam ke dalam tanah. Ketika pasukannya cuba menggali, hanya Ivan yang mula berasa pening, pengsan, sesak nafas serta hilang keseimbangan badan. Kerana keadaan Ivan tetap sama setiap hari, mereka akhirnya pulang. 


Taksiran Ivan mengenai besi separuh bulat mungkin bagunan yang tertanam



P.S: Kalau nak tahu lebih lanjut boleh cari di Youtube untuk video penjelajahan ke Death Valley

Monday 21 May 2012

Kemerdekaan Si Penjajah


Pada 14 Mei yang lalu, tahun 1948, Israel telah lahir. Sebagaimana orang Islam yang lain, kelahirannya tidak direstui, malah di negara ini apabila Israel disebut, beserta dengannya ialah kalimah “Negara haram”. Jika kita umpamakan Israel ini seperti bayi, ianya sama dengan anak haram / anak tak sah taraf dan pelbagai konotasi negative lainnya. Tapi tahukah kalian, seperti bayi yang terpaksa dikandung 9 bulan sebelum dilahirkan begitu juga Israel. Penubuhan Israel bukanlah perancangan sehari, malah mengambil masa jangkauan bertahun-tahun dengan menggunakan pelbagai helah dan rancangan sulit.

 Kongres pertama Yahudi Antarabangsa di Basel dan Theodor Herzl
Semuanya bermula pada Kongres Yahudi Antarabangsa pertama yang diadakan di Basel,Switzerland pada tahun 1897. Usaha gigih bapa Zionis Moden, Theodor Herzl dalam mengumpulkan pameuka-pemuka Yahudi. Kongres ini dengan jayanya telah mengisytiharkan penubuhan Pertubuhan Zionis SeDunia yang bertanggungjawab memastikan rancangan mereka seperti yang terkandung di dalam Progrm basel iaitu penubuhan penempatan orang Yahudi di Palestin Berjaya. Namun, halangan terbesar Herzl ialah Khalifah Turki Uthmaniyyah, ketua umat Islam ketika itu yang menguasai Palestin.

Ketika itu Khalifah Sultan Abdul Hamid II sedang mengalami pelbagai ancaman terhadap kedaulatan institusi khalifah, sama ada ancaman dari kuasa Eropah yang sedang melalui zaman Imperialisme dan juga kebangkitan semangat Nasionalisme dan Modenisasi dari golongan Pemuda Turki dan juga penduduk Arab. Theodor herzl memujuk sultan dengan menawarkan pemberian emas, pembinaan university dan landasan kereta api serta bantuan media untuk menepis propaganda barat dengan syarat sultan bersetuju  menyerahkan Palestin kepada orang Yahudi. Namun tawaran itu ditolak dengan tegas oleh sultan kerana Palestin yang didalamnya terletak Masjid al-Quds adalah milik umat Islam seluruhnya.

Perang Dunia Pertama berlaku. Turki Uthmaniyyah yang diancam oleh British dan Rusia menyertai Empayar Jerman dan Austria-Hungary. Sementara itu di dalam negeri telah timbul kekacauan yang ditimbulkan oleh Pemuda Turki untuk menuntut pemodenan Turki dengan penghapusan system khalifah telah menyokong British. 

Khalifah Sultan Abdul Hamid II

Manakala Syarif Mekah, Hussein Ali telah mengepalai Revolusi Arab 1918 bagi memerdekakan Jazirah Arab dari pentadbiran Turki Uthmaniyyah. Pada tahun 1915-1916, Syarif Hussein Ali, telah mengadakan perjanjian dengan Sir Henry McMahon Pesuruhjaya Tinggi British di Mesir. Menurut perjanjian itu , orang Arab bersetuju melancarkan penentangan ke atas Uthmaniyyah seandainya British menjamin kemerdekaan Jazirah Arab. Syarif Hussein Ali bercita-cita untuk memerdekakan dan menyatukan Jazirah Arab. Namun begitu secara sulit, British dan Perancis menandatangani Perjanjian Sykes-Picot dimana seandainya mereka memenangi Perang Dunia I, mereka akan membahagikan Timur Tengah antara British dan Perancis. Perjanjian ini ditandatangani pada 16 Mei 1916.


Chaim Azriel Weizmann Presiden Israel Pertama 
Cham Weizmann, presiden Pertubuhan Zionis SeDunia ketika itu telah berjumpa dengan Setiausaha Hubungan Luar Negeri British ketika itu Arthur Balfour untuk meminta sokongan British terhadap rancangan penempatan Yahudi di Palestin. Balfour mencadangkan Uganda tetapi Weizmann berkeras mahukan Palestin. Akhirnya pada 1916, melalui Deklarasi Balfour, British bersetuju menyokong usaha penempatan Yahudi di Palestin.

Deklarasi Balfour
Turki Uthmaniyyah kalah dalam Perang Dunia Pertama. Jazirah Arab Berjaya membebaskan diri dari pengaruh Turki dan akhirnya system khalifah dihapuskan oleh Pendukung Revolusi Turki yang dipimpin Mustafa Kamal Attarturk. Arab yang berasa tertipu melalui Deklarasi Balfour dan Perjanjian Sykes-Picot akhirnya menandatangani Perjanjian Faisal-Weizmann 1919 dimana kemasukan imigran Yahudi ke palestin dibenarkan. Manakala tempat suci orang Islam dibawah kekuasaan orang Islam. Kerjasama ekonomi antara kedua belah pihak juga ditandatangani. Berdasarkan Perjanjian Sykes-Picot British diberi mandat menguasai Jordan, Iraq dan Palestin manakala Perancis diberi kawasan Syria dan Lubnan. Perjanjian Faisal-Weizmann tidak betahan lama apabila akhirnya Kerajaan Arab (Hijaz) ditawan oleh Bani Saud.

Ketika pentadbiran Mandat British di Palestin, Perang Dunia Kedua akhirnya berlaku. Pihak Nazi Jerman telah melakukan Holocaust terhadap orang yahudi menyebabkan imigran Yahudi ke Palestin meningkat berkaliganda. Pertambahan pendatang yahudi ini mendatangkan rasa tidak senang penduduk Arab Palestin sehingga menimbulkan pertelingkahan.  Lebih memburukkan keadaan, Mandat British telah mengamalkan dasar "Divide and Rule" dengan mengadakan pelbagai sekatan ke atas Arab Palestin seperti pemilikan senjata, tetapi memberi keistimewaan kepada pendatang Yahudi seperti penggalakan penubuhan pasukan keselamatan separa tentera. Atas dasar bersalah Eropah terhadap kekejaman Nazi akhirnya PBB meluluskan Pelan Pembahagian 1947 untuk penubuhan Negara bagi orang Yahudi dan Arab Palestin, disamping Jerusalem diletak dibawah pentadbiran antarabangsa bagi menggantikan Mandat British .Pelan pembahagian ini mencetuskan peperangan antara penduduk Palestin dan pendatang Yahudi.

Wajah-wajah imigran Yahudi ketika “Aliyah” 

Sebaik sahaja Mandat British berakhir, David ben Gurion telah mengisytiharkan kemerdekaan dan penubuhan sebuah Negara Yahudi iaitu Israel tanpa mengumumkan garis sempadannya dan berkuatkuasa pada 14 Mei 1948 sehari sebelum tamatnya Mandat British di Palestin. Sebelas minit selepas itu penubuhan Israel telah diiktiraf oleh Amerika Syarikat dan diikuti oleh beberapa Negara lain seperti Iran dan Rusia. Keesokan harinya tentera Negara-negara Arab dari Mesir, Jordan, Iraq, Syria dan Lubnan serta dibantu oleh pasukan dari Arab Saudi, Yaman, Ikhwanul Muslimin, Tentera Pembebasan Arab serta Tentera Jihad telah melancarkan serangan ke atas Israel tanda bantahan pengisytiharan sepihak kemerdekaan Israel menandakan bermulanya Perang Arab-Israel 1948 atau dikenali juga Perang Kemerdekaan Israel.

Peta menunjukkan negara-negara Arab yang terlibat ketika berperang dengan Israel pada Perang Kemerdekaan 1948
Tentera Israel dari Batalion Negev

Pada fasa permulaan perang ini, tentera negara-negara Arab melancarkan serangan dari pelbagai arah. Tentera Jordan dan Iraq dari arah timur melalui Baitul Maqdis, tentera Mesir mensasarkan Tel Aviv manakala Tentera Syria dan Lubnan dari arah utara. Walaubagaimanapun serangan ini tidaklah mengejutkan Israel yang sudah bersiap sedia menyediakan angkatan perangnya sejak 1947.  Tentera Israel yang baru ditubuhkan dengan menaiktaraf pasukan Haganah, Irgun dan Palmach ini telah mendapat bantuan kewangan dari Zionis Antarabangsa di Amerika Syarikat serta menyeludup senjata dari Czechoslovakia. Tentera Israel berjuang habis-habisan kerana mereka percaya inilah peperangan yang menentukan kelangsungan kewujudan mereka. Selain itu dalam peperangan ini juga memperlihatkan kebijaksanaan taktikal Israel apabila menggunakan sela masa gencatan senjata untuk memperbesarkan angkatan perang mereka.

Pejuang  Arab ketika perang


Manakala di pihak tentera Arab pula, ketiadaan pusat kawalan perintah menyebabkan kegagalan strategi perang tentera Arab. Kegagalan tentera Arab untuk bersatu kerana setiap pemimpin Negara-negara Arab tersebut mempunyai cita-cita politik mereka yang tersendiri. Jordan, yang memiliki tentera yang terkuat dibawah latihan British ingin menakluki Tebing Barat untuk dimasukkan kedalam kawasannya. Manakala Mesir mahukan kawasan selatan Palestin. Syria dan lubnan mahukan kawasan utara. Pejuang-pejuang Palestin pula ingin menubuhkan sebuah Negara Palestin yang merdeka. Kekurangan anggota tentera yang terlatih serta persediaan yang kurang juga merupakan factor kegagalan tentera Negara Arab gagal menewaskan Israel. Ini kerana ketika itu kebanyakan Negara Arab baru sahaja merdeka. Pada tahun 1949, Israel mengadakan perjanjian damai dengan Negara-negara Arab. Israel Berjaya menguasai ¾ keluasan Palestin. Manakala Semenanjung Gaza diserahkan kepada Mesir dan Tebing Barat kepada Jordan.

Avram Adan menaikkan “Ink Flag” – bendera Israel buatan tangan dari kain putih dan 2 botol dakwat biru di Umm Rasrash (Elliat) menandakan berakhirnya Perang Arab-Israel 1948

Maka, dari siri perjanjian damai tersebut, negara-negara Arab yabg terlibat secara tidak rasmi telah mengiktiraf kewujudan Israel. Sesungguhnya kemerdekaan Israel merupakan Nakba bagi Arab Palestin, selepas terdirinya Negara haram Israel Arab Palestin terus dianiaya, dibunuh, dipenjara tanpa bicara, dihalau dari tanah air serta dinafikan hak mereka untuk bernegara. Dan situasi ini masih lagi beterusan sehingga ke hari ini oleh masayrakat antarabangsa seluruhnya.

Tidak akan wujud Palestin selagi Israel masih berdiri
Palestin kehilangan hampir segala-galanya. Tanahnya dirampas pendatang haram Yahudi, Bandar sucinya, Jerusalam dibahagi dua. Dan rakan-rakan dari Negara Arab yang diresapi semangat nasionalisme pula berpuashati setelah masing-masing mendapat apa yang mereka mahukan melalui perjanjian sempadan antara mereka dan Israel. Yang tinggal hanyalah para pejuang mereka yang memburu dua perkara; sama ada hak untuk hidup bumi sendiri ataupun kemanisan syahid.

David Ben Gurion, Perdana Menteri Israel pertama

"If I were an Arab leader, I would never sign an agreement with Israel. It is normal; we have taken their country. It is true God promised it to us, but how could that interest them? Our God is not theirs. There has been Anti - Semitism, the Nazis, Hitler, Auschwitz, but was that their fault? They see but one thing: we have come and we have stolen their country. Why would they accept that?"
- David Ben Gurion quoted by Nahum Goldmann in Le Paraddoxe Juif (The Jewish Paradox), pp121

p/s: : "Tiada kebangkitan untuk umat tanpa ilmu dan tiada yang memimpin orang kafir melainkan ilmu" - Imam Asy-Syahid Hassan Al Banna















Wednesday 16 May 2012

Perisa Chewing Gum Aneh & Pelik



Kalau bagi korang yang chewing di atas pun dah cukup pelik, banyak lagi chewing pelik yang ada didunia, pelik betul selera dorang ni.


Chewing Gum Perisa Meatball






Perisa Hairball???





Perisa arak






Selepas makan akan keluarkan aroma melalui kulit kita







Chewing Gum Perisa Pencuci Mulut





Siapa yang malas gosok gigi boleh cuba yang ini







Sesuai utk ketagih kopi atau nak stay up






Hot dogs Anyone?




Perisa yg akan memberi bau kelakian pada anda!







Monday 14 May 2012

Tragedi 13 Mei 1969


“A society which does not look back with pride upon its past can never look forward towards its future”.

(AMARAN: Tulisan seterusnya mungkin terlalu ekstrem bagi sesetengah orang. Tulisan ini  hanyalah bertujuan untuk menceritakan kembali peristiwa yang berlaku ketika Rusuhan Kaum 13 Mei 1969. Tidak ada unsur racist ataupun propaganda jauh sekali untuk menimbulkan sikap curiga. Sebarang kesulitan amat dikesali.Sekiranya berasa kurang selesa anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan pembacaan.)

PENDAHULUAN
Tidak ramai yang mahu memperkatakannya secara terbuka. Kalau ada hanya bisik-bisik sahaja. Masih lagi dianggap taboo di Negara yang sebegitu majmuk ini. Yang masih terasa perit bisanya hanya orang-orang tua sahaja. Golongan muda , yang membaca tahulah tapi yang terkinja-kinja berotak tiada ramai belaka. Apa-apapun post kali ni panjang sedikit. Harap baca dengan sabar sebagaimana sabarnya aku ngumpul artikel2x ni. Lagipun ni post pasal sejarah Negara kita. Baca dengan tenang dan ambil pengajaran. Tak guna terpekik terlolong kisah-kisah dahulu jika pengajarannya tak diambil.

SOROTAN PERISTIWA
Sebelum Mei 1969
Semuanya bermula sejak dari penjajahan British lagi. Bagi menjamin cengkaman British ke atas tanah Melayu , penjajah telah menjalankan dasar “Divide and Rule” (pecah dan perintah) dengan membawa orang-orang Cina dari Tanah Besar China dan orang-orang India dari British Raj bekerja di Tanah Melayu dibawah sector ekonomi berbeza. System pendidikan bercorak perkauman juga menyumbang kepada kewujudan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum di Malaysia. Kemudiannya penjajahan Jepun menyebabkan hubungan kaum semakin meruncing. Orang Melayu mendapat layanan tidak seteruk Orang Cina. Kemudiannya kebanyakan orang Cina menganggotai PKM dalam cubaan menggulingkan Jepun dan menubuhkan republic Komunis di Malaya.

Pertelingkahan antara kaum terutama Melayu dengan Cina telah berlaku di Georgetown(1957), Pangkor(1959), Bukit Mertajam (1964) dan beberapa tempat lagi yang menyebabkan kematian dan kerugian di kedua-dua belah pihak. Situasi menjadi semakin buruk apabila berlaku Rusuhan Kaum di Singapura pada 21 Julai 1964 yang membawa kepada pemisahan Singapura dari Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965 apabila Lee Kuan Yew melalui PAP yang mempertikaikan keistimewaan orang Melayu dalam kempen pilihanraya pada tahun 1964. Perjuangan PAP dengan slogan “Malaysian Malaysia” diteruskan DAP.


Pada bulan April 1969, seorang petugas pilihanraya UMNO, Encik Kassim Bin Omar telah dibunuh dengan kejam oleh pemuda-pemuda Parti Buruh. Mayatnya diconteng dengan cat merah dan ditulis ‘Jangan Mengundi Dalam Pihanraya’. Hal ini menunjukkan pengaruh komunis dan sikap mengagung-agungkan Mao Tze Tung. Namun disebabkan takutkan tindak balas orang Melayu, gangguan PRU dan rusuhan kaum berlaku, berita pembunuhan yang kejam ini telah ditutup selepas kerajaan telah meminta pihak keluarga dan pemimpin Melayu bersabar.

9 Mei 1969 “Perarakan Mayat/Keranda”
Pengaruh PKM dan Parti Buruh dalam melaungkan sokongan terhadap fahaman Komunis dan Mao telah memboikot pilihanraya umum 1969. Pada 4 Mei 1969 3 peronda Polis terpaksa melepaskan tembakan terhadap sekumpulan pemuda Parti Buruh yang bertindak menyerang anggota polis dengan batang besi. Seorang daripadanya mati. Mayatnya disimpan oleh pihak parti buruh dalam peti sejuk untuk diarak semasa hari pengundian untuk mengganggu pilhanraya. Pemohonan utk mengadakan perarakan pada 10hb ditolak dan digantikan pada 9hb. Perarakan yg dibenarkan polis itu bersyarat iaitu tidak melebihi beberapa ratus orang dan jalannya tidak menghala ke kuala lumpur. Arahan tersebut diingkari, 10,000 org terlibat dalam perarakan yg diadakan di tengah Bandar KL sambil mengibarkan bendera komunis  dan gambar Mao serta menghina org Melayu dengan kata-kata “Malai- Si (Matilah Melayu). Disebabkan esoknya merupakan pilihanraya , polis diarahkan untuk berhati-hati.


Perarakan mayat Lim Soon Seng oleh Parti Buruh. Kelihatan sepanduk yang melaungkan ajaran komunis Mao

10 Mei 1969 “Keputusan Pilihan Raya Umum Semenanjung 1969”
Keputusan pilhanraya menyaksikan PERIKATAN dinafikan majority mudah di parlimen oleh Pembangkang. GERAKAN menguasai Pulau Pinang, PAS di Kelantan dan DAP-PPP-GERAKAN hampir menumbangkan PERIKATAN di Selangor dan Perak. (Di Selangor PERIKATAN=14 DAP=9 GERAKAN=4 manakala di Perak PERIKATAN=19 PPP=12 DAP=6 GERAKAN=2 PAS=1). Walaubagaimanapun GERAKAN tidak berhasrat untuk bergabung dengan mana-mana pembangkang membolehkan PERIKATAN dapat membentuk kerajaan negeri di Selangor dan Perak. 


Keputusan pilihanraya umum 1969. Perikatan hilang majority mudah 2/3 di Parlimen apabila hanya memperoleh 66 kerusi dari 104 yang dipertandingkan di semenanjung.

11 Mei 1969 “Perarakan Kemenangan DAP”
DAP membuat perarakan kemenangan yg tidak mendapat kebenaran polis. 5 petang, 5 kereta dan 15 motosikal dari jalan Brickfields ke Jalan Lornie. Sampai di Balai Polis Brickfield, peserta yg kebanyakannya org cina melaungkan “apa polis boleh buat- kita raja” dan “buang semua polis melayu”. Goh Hock Guan ada dalam perarakan tersebut. 8.30 mlm, satu lagi perarakan DAP di jalan Bukit Bintang. 10 mlm, perarakan kemenangan menghala ke kuala Lumpur. Di hadapan Balai Polis Jalan Travers mereka melaungkan “Mati Melayu- Sakai pergi masuk hutan”. Manakala 40 ahli GERAKAN berarak di Jalan Changkat Dollah berhampiran Penjara Pudu dengan kereta dan skuter sambil berteriak “Kuala Lumpur sekarang Cina punya”. Tengah malam, perarakan bersama DAP-GERAKAN juga melalui dihadapan Balai Polis Brickfields dan melakukan perkara sama.

12 Mei 1969 “Perarakan Kemenangan GERAKAN
GERAKAN telah diberi kebenaran untuk berarak dari jalan Ipoh ke Jalan TAR, jalan Gombak, Jalan Raja Laut dan kembali ke Jalan Ipoh. Mereka yang diketuai Dr Tan Chee Khoon melolong kepada tiap-tiap orang Melayu dengan kata-kata menghina seperti “Melayu balik kampong” dan “melayu sekarang tak ada kuasa lagi”. Perarakan mengandungi 500 skuter. Apabila sampai di Kampung Baru kata-kata seperti “Melayu keluar-apa lagi duduk sini” dan “kita hentam  lu, sekarang kita besar” telah dihemburkan. 4.00 petang Balai Polis Pudu dihujani teriakan “Kasi halau semua polis”. 7.30 mlm, 5 pemuda cina sambil berteriak ‘semua melayu kasi habis” cuba memukul seorang anggota polis sebelum lari apabila polis mengeluarkan pistolnya. 8.30 mlm di Balai Polis Bukit Bintang perarakan bersama DAP-GERAKAN telah memekik “Apa ini melayu kita negeri dia sudah perintah. Ini negeri bukan melayu punya” dan “Mata-mata(polis) lanchau”. 9.30 malam perarakan oleh GERAKAN di hadapan Kolej MARA Petaling Jaya memukul tin besi dan memekik ‘MARA butoh, MARA tundun, kapal layar (symbol PERIKATAN) bocor” “MARA 5 tahun lagi akan jahanam, sekarang kita perintah apa boleh buat, Melayu boleh balik kampong.” Saksi terlihat V David berdiri dalam kereta terbuka dengan sekalung bunga di lehernya.


Perarakan kemanangan pihak pembangkang iaitu Gerakan & DAP di Kuala Lumpur. Jelas kelihatan penyapu besar yang turut diarak bersama mengundang maksud tertentu

13 Mei 1969 “Tragedi”
Subuh, 60 penyokong GERAKAN melalui Jalan Hale dan mencela penduduk Kampung Baru supaya “keluar dari kampong dan balik ke hutan”.  7.30 mlm perarakan kemenangan Perikatan Selangor diketuai UMNO pula diadakan setelah mendapat kebenaran polis. Perarakan ini juga dihadiri penuntut Kolej MARA. Semua orang melayu berkumpul di rumah MB Selangor di Kampung Baru. Sbelum itu pada 6.15 ptg berlaku rusuhan di Setapak dimana orang melayu dari Gombak telah diserang ketika perjalanan ke Kampung Baru. Rusuhan ini dan kemudiannya merebak ke Cheras, Kerinchi, Kampung Pandan dan Kampung Datuk Keramat. 6.30 petang lebih kurang 500 orang berhimpun di rumah Dato Harun Idris. Sesetengahnya bertombak dan berkeris. Dato Harun berdiri diatas bas merayu supaya bertenang tetapi mereka menjerit “tidak boleh tahan lagi tok.” Hampir 300 org melayu keluar menuju ke Jalan TAR manakala yang lain sempat ditahan Pasukan Pencegah Rusuhan. Pertempuran bersenjata antara orang melayu dan bukan melayu berlaku. Perusuh Cina telah mengepung dan menyerang orang melayu di Panggung Rex, Federal dan Capitol. Pasukan Regimen Renjer yang kemudiannya digantikan polis dan tentera mengawal keadaan dan mengisytiharkan perintah berkurung. Keluarga-keluarga yang ketakutan mendapatkan perlindungan di kawasan yang dipatrol oleh pihak tentera. Operasi mengawal ketenteraman oleh pihak tentera semasa 13 Mei 1969 diberi gelaran Ops Gerhana manakala pihak polis menggunakan gelaran Ops Tenteram.


Banyak kenderaan ditepi jalan diterbalikkan dan dibakar tanpa mengetahui apakah nasib pemandu dan penunggangnya. Mayat-mayat bergelimpang serta banyak kedai dan rumah dibakar. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai menganggar ramai lagi dibunuh. 

14 Mei 1969 “Darurat”
Yang Dipertuan Agong Malaysia telah mengisytiharkan darurat. Perlembagaan dan parlimen digantung. Pilihanraya Malaysia Timur ditangguhkan.

16 Mei 1969 “MAGERAN”
Tunku telah menubuhkan MAGERAN yang diketuai Tun Abdul Razak mentadbir Negara dalam pengisytiharan darurat. Tun Abdul Razak telah dibantu oleh anggota-anggota majlis yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi Polis dan Tentera.



Di atas merupakan antara terbitan yang menceritakan peristiwa tragedy 13 Mei. Dari kiri “May 13: Declassified documents on the Malaysian Riots of 1969” karangan Kua Kia Soong bekas ahli DAP, “Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu-Cina” karangan seorang pegawai British Leon Comber., Laporan Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN dan juga “13 Mei Sebelum dan selepas” oleh Tunku Abdul Rahman. Aku galakkan korang baca kisah 13 Mei dari pelbagai sumber. Kua Kia Soong didalam bukunya mengatakan bahawa Tragedi 13 Mei sebenarnya ialah rancangan Tun Razak, Dato Harun dan Tun Mahathir dalam menjatuhkan Tunku. Tunku pula didalam bukunya menyatakan bahawa punca tragedy ini ialah peranan yang dimainkan pihak Komunis dalam mengapi-apikan semangat perkauman. Laporan MAGERAN pula menulis bahawa ucapan oleh pemidato semasa kempen pilihanraya yang meniup semangat perkauman dan mempersoalkan keistimewaan bumiputera mendorong berlakunya peristiwa ini. Tunku dan Laporan MAGERAN juga turut menyatakan penglibatan kongsi gelap memburukkan lagi keadaan.


KESIMPULAN
Selepas peristiwa ini kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar seperti Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara bagi memulihkan system sosio-ekonomi Negara dan perpaduan penduduk. Diharapkan peristiwa seperti ini tidak lagi berulang di Malaysia. Dalam peristiwa ini apa yang penting bukanlah siapa yang terlibat dan bersalah dalam rusuhan ini, tetapi apakah puncanya peristiwa ini berlaku dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya. Sikap ultra-racist, chauvinist serta kegagalan dalam memahami Kontrak Sosial dan Pakatan Murni semasa penubuhan Malaysia merupakan punca utama masalah ini berlaku.


RUJUKAN
Laporan Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN
Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu-Cina oleh Leon Comber
13 Mei Sebelum dan Selepas oleh Tunku Abdul rahman
May 13 Declassified documents on the Malaysian Riots of 1969 by Kua Kia Soong
The 13th May 1969 Racial riots, The True and fair view analysis by Jebat Must Die
Dan 44 artikel-artikel berkaitan dengan peristiwa 13 Mei 1969

p/s: "Saya fikir kalau kita lupa sejarah kita, kita akan ulangi sejarah itu. Ada pepatah terkenal menyebut mereka yang lupa pengajaran daripada sejarah akan dihukum dengan mengulangi kesalahan mereka berulang kali.” –Tun Dr Mahathir Mohammad



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...