Sunday, 23 September 2012

Sejarah yang Hilang di Malaysia Part 1



             Ramai yang beranggapan sejarah Malaysia adalah seperti yang tercatat di buku-buku teks sekolah. jika kita teliti kembali perjalanan sejarah Malaysia, seperti terdapat banyak lompong-lompong dalamnya. Kita sedia maklum akan sejarah semenanjung Malaysia banyak berkisarkan era kesultanan Melayu Melaka bermula dari Parameswara (1400 masihi) hingga ke era pasca moden Malaysia. Apa yang menjadi tanda tanya adalah ke mana hilangnya sejarah sebelum itu? kita tahu Langkasuka, Gangga Negara, Lembah Bujang, dan Chi Tu tapi semua ini diketepikan oleh kerana asal kerajaan yang bukan beragama Islam (pendapat penulis). 


Dalam portal dibawah kementerian penerangan, sejarah ringkas malaysia bermula dari era kesultanan Melayu Melaka. Dengan berlandaskan slogan 'tepat dan bermaklumat' adalah tidak wajar untuk tidak memasukkan serba sedikit sejarah lampau Malaysia. Aktiviti pencarian sejarah lampau Malaysia memerlukan ekskavasi secara meluas dan semesti nye melibatkan peruntukan yang banyak.


Lembah bujang merupakan salah satu tinggalan yang menarik untuk dikaji. Sepanjang penyelidikan before ini, ramai ahli kaji sejarah beranggapan Srivijaya begitu dominan  pada 2000 tahun dahulu dan lembah bujang hanya sebuah negara kecil. Tanggapan itu berubah apabila sekumpulan penyelidik dari tempatan dan luar negara menemui perusahaan besi di lembah bujang yang mengejutkan sume pihak! 


Anggaran awal keluasan bandar purba lembah bujang ini adalah 400 km persegi tapi hasil pembentangan dari USM di conference antarabangsa mengenai sejarah awal asia tenggara menunjukkan bahawa saiz sebenar lembah bujang adalah 1000 km persegi (3 kali ganda dari pulau pinang tu!). Apa yang lebih menarik adalah ekonomi rakyat ketika itu telah berkembang pesat dan maju pada era tersebut. Menurut Prof Stephen James Oppenheimer dari Pusat Pengajian Antropologi University of Oxford, sejarah Asia Tenggara perlu di kaji dan di tulis semula kerana penemuan ini adalah antara terawal.




Bentuk Candi awal di Lembah Bujang



Jika apa yang dikatakan itu benar maka kita seharusnya merasa bangga akan sejarah silam dan mengambil ikhtibar di atas apa yang berlaku kepada mereka sehingga musnah ditelan zaman. Lembah bujang pada pendapat kami mungkin mampu menaikkan semangat cintakan negara kerana selama ini kita selalu di canang dengan sejarah 'hebat' barat sehinggakan membuat kita merasa 'kecil' dimata dunia. Diharap pihak bertanggungjawab tidak mengabaikan penemuan ni kerana ia merupakan aset negara. Dari sini kita percaya 'the lost city of black stone' (kota batu hitam yang hilang) di Johor pasti akan dijumpai.



                                          Ukiran patung menari menunjukkan pengaruh hindu



P/s: Jika difikirkan kembali, negara kita lagi maju dari tanggapan sedia kala contohnya seperti ketika perang antara Melaka dan Portugis, punya banyak asimilasi dan perdagangan di Melaka tak kan tak ada pihak yang bawa atau 'terbawa' masuk senjata api (sekurang-kurangnya belerang dari China) ke Melaka betul tak?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...