Tuesday 24 July 2012

Jom Lihat Rupa Pokok Kayu Manis



Sebelum kita lihat rupa pokok kayu manis, sedikit info mengenai asal pokok yang sangat manis ini. Pokok kayu manis berasal dari Sri Lanka. Tetapi sekarang boleh dijumpai di mana-mana negara beriklim khatulistiwa. Di Sri Lanka, kayu manis dipanggil kurundu manakala di India ia dipanggil dalchini.












Gambar-gambar di atas semuanya pokok kayu manis, nampak macam pokok hutan biasa je kan??Kulit pokok ini akan dipotong dan dijemur untuk menghasilkan kulit kayu manis yang selalu digunakan dalam masakan ataupun dalam pai epal.


Bahan ini begitu berharga pada zaman silam sehingga tempat ia dibeli dirahsia oleh para pedagang, sehingga timbul pelbagai mitos cara kulit kayu manis didapati antaranya dengan menjaringnya di sungai Nil (diberitahu kepada tentera salib), burung gergasi mengutip kulit kayu manis untuk dibuat sarang dan manusia akan mengambilnya dengan menipu burung tersebut (cerita bangsa Arab).


Pokok ini boleh mencapai ketinggian 65 kaki, tetapi selalunya dibiarkan rendang supaya senang untuk di jaga di kawasan ladang. Pokok asal di Sri Lanka berasal dari spesis Cinnamomum verum manakala di Indonesia menggunakan Cinnamomum burmannii. Jenin pokok akan menentukan kekuatan aroma kayu manis, tahap kemanisan kayu, serta kandungan minyak.


Perbezaan antara kayu manis Sri Lanka (kiri) dengan Indonesia (kanan)



Pekerja ladang menunjukkan cara memotong kulit pokok kayu manis

Pokok ini selalunya dibiakkan melalui biji benih tetapi boleh boleh juga menggunakan keratan batang. Pokok ini perlu ditanam selama 2 tahun dan ditebang. Pucuk yang tumbuh pada tunggul kayu akan dibiarkan membesar dan barulah boleh dipotong atau ditebang untuk menghasilkan kulit kayu manis. (mungkin kalau tak tunggu 2 tahun kulit pokok ni tak manis??) Daun pokok kayu manis juga digunakan untuk membunuh larva nyamuk kerana ia mempunyai cinnamaldehyde.





Kulit kayu manis mempunyai bahan yang sedikit toksik iaitu coumarin yang akan menyebabkan kerosakkan buah pinggang dan hati jika diambil pada jumlah yang sangat banyak.


Ps: Pernah jumpa pokok ini tepi sekolah,tapi terbiar tanpa ada sesiapa kikis kulitnya untuk memasak

13 comments:

This comment has been removed by the author.

Berapa rm sepokok tuan? Wssp@sms saya: anuar 0179844869

berapa sepokok..0129623691

kat mane saya boleh dapat pokok kulit kayu manis. area batu caves selangor

Wasap sye 01115545971 utk anak pokok

Ada jual lagi tak pokok kayu manis

Salam & slmt pagi Tuan,sy nk anak pokok cinnamon dekat area Sg Siput,Perak.Tlg whatsaap/cll nom ni 01131666454.

Kulit kayu manis dikatakan sebagai Raja Herba. Sangat baik untuk kesihatan jantung.

Saya juga ada tnm pokok kulit kayu manis..pokoknya seperti pokok gaharu..saya masak guna daun nya sj..memang cukup wangi

Hi slm petang, Ada benih kah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...