Pernah terfikir setiap kali kita menyalakan ubat nyamuk apa yang terkandung didalamnya?Betul ke ia mampu menghalau nyamuk?
Untuk pengetahuan anda, ubat nyamuk dibuat menggunakan serbuk pyrethrum. Serbuk ini diekstrak dari tumbuhan yang mungkin ramai tahu, iaitu sejenis bunga dari keluarga Chrysanthemum (seperti gambar dibawah). Sebab banyak air kotak dijual mempunyai perisa chrysanthemum. Phyrethrum telah digunakan sejak tamadun Parsi serta di negara-negara Eropah sebagai racun serangga.
C. cinerariifolium |
C. coccineum |
Ubat nyamuk yang kita lihat hari ini dicipta oleh usahawan Jepun pada 1890-an, Eiichiro Euyama yang mengandungi tepung kanji, serbuk kulit buah oren dan serbuk phyrethrum. Pada ketika itu,penduduk Jepun hanya menghalau nyamuk dengan serbuk phyrethrum dicampur dengan serbuk kayu dan dibakar. Eiichiro mendapat idea untuk mencipta ubat nyamuk dalam bentuk blok, tetapi kaedah ini hanya dapat menghalau nyamuk selama 40 minit. Isteri beliau, Yuki, memberi idea untuk membuat ubat nyamuk dalam bentuk lingkaran serta lebih tebal yang menyebabkan ubat nyamuk mampu bertahan selama 8 jam.
Selepas Perang Dunia Ke-2, syarikat Eiichiro iaitu Dainihon Jochugiku Co. Ltd bekerjasama dengan syarikat lain untuk pasaran yang lebih luas. Kini ubat nyamuk kebanyakkannya digunakan di negara Asia, Amerika Selatan serta Afrika. Antara kandungan bahan ubat nyamuk moden ialah Pryrethrum, Phyrethrins, Allethrin, Esbiothrin, BHT, PBO serta MGK 264.
Namun, ada kajian mengatakan penggunaan ubat nyamuk yang berlebihan boleh menjadi penyebab kanser kerana mengandungi octachlorodipropyl ether serta bischloromethyl ether yang menjadi agen kanser paru-paru. Kajian juga menyatakan pembakaran 1 ubat nyamuk bersamaan dengan membakar 51 batang rokok. Terpulang kepada kita untuk menggunakannya atau bertukar kepada cara lain untuk menghalau nyamuk...
6 comments:
nyamuk sekarang ni educated..dah tak mati dah ngn ubat2 nyamuk mcne..
kalau mcm tu kena la guna ubat nyamuk eletrik
Admin .... Jika x bahaya utk manusia ? Kenapa tukang fogging tu pakai mask ?
Mestila pakai mask.. kepol2 asap xkan diorang nak sedut... sbb tu masa foging smua kna dok jauh2.. kalu x lemas la. Haishhhh
Hahahahahaha..... Adoiiiiyaiiii ada yang lebam bijik mata ni kang... Kikikiki
Post a Comment