Fakta Ringkas KauTahuTak: Edisi 6

Kembali di laman sesawang Kau Tahu Tak setelah cuti...berapa banyak kali cuti da......

Apa Beza Garam Laut dan Garam Bukit?

Perbezaan garam ini adalah dari segi rasa, tekstur dan proses menghasilkannya.

Bunga Raya-Mengapa ia Dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan

Kementerian Pertanian telah memberikan 7 jenis bunga untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan

Buat Kanak-kanak Malaysia yang lahir pada 1980an: TV time!!! BaNaNaNa

Post kali ni, kami di Kau Tahu Tak ingin dedikasikan kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 1980an

Bagaimana Cincau Dibuat??

korang terfikir tak macam mana rupa cincau atau bagaimana la cincau ini dibuat dan diperolehi??

Friday, 10 May 2013

Di bawah Bayu Daulat

  

(Artikel ini merupakan siri sambungan dan pelengkap dari artikel kami sebelumnya iaitu SABAH: Disebalik tuntutan Kesultanan Sulu . Kerumitan mengenai isu ini menyebabkan kita perlu menganalisis dan memerhati dari pelbagai sudut yang berbeza dan mendalam.  Kami di Kau Tahu Tak mengucapkan takziah kepada keluarga pejuang tanah air yang terkorban dalam Peristiwa Pencerobohan Pengganas Sulu di Sabah tempoh hari. Kepada pembaca sekalian marilah kita hulurkan bantuan dan sedekahkan Al-fatihah...)

##########
Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh
hati saya rindu...

Kinabalu dekat di kundasang
banyak sayur bulih pilih pilih
apa guna pergi luar negeri naik kinabalu
hati saya rindu....

sumandak sumandak pun ramai menunggu
menari-nari lenggang sumayau
sekali melihat melepak kulitnya
saya jatuh cinta....

saya sayang sayang kinabalu
kaamatan pesta bulan lima
sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli
hati saya rindu....

sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli
hati saya rindu....
(Sayang Kinabalu - Kimin Mudin)

##########

SEJARAH SABAH

Sejarah Sabah agak panjang, namun kami mulakan pada awal abad ke-6 dimana ketika itu Kesultanan Brunei menguasai keseluruhan kawasan utara pulau Borneo, termasuklah Sarawak dan juga Sabah. Ketika itu kesultanan Brunei mengecapi zaman kegemilangannya sebaris dengan kemajuan yang dicapai oleh Kesultanan Melaka dan Acheh.

Namun ketika era penjajahan, Brunei tidak terlepas dari menjadi sasaran kuasa barat yang ingin menjarah Kepulauan Nusantara ini. British berjaya menguasai Tanah Melayu manakala Belanda Berjaya menguasai kepulauan Jawa, Sumatera dan Maluku. Sepanyol pula berjaya menguasai Luzon, Visaya dan Mindanao lalu menubuhkan Filiphina (sempena King Philip II, Raja Sepanyol). Asakan penjajah makin menjadi-jadi apabila British menyerang Brunei dan mengambil Labuan. Manakala Sepanyol pula berperang dengan Brunei dalam Perang Kastila.

Kepentingan strategik Borneo menyebabkan pelbagai pihak ingin mendapatkan hak pajakan ke atas kawasan tersebut,  maka pelbagai perjanjian pajakan telah ditandatangani antara Sultan Brunei dan Sulu menyaksikan Sabah kerapkali bertukar tangan bermula dari CL Moses dari Amerika Syarikat, WJ Torrey juga dari Amerika Syarikat sebelum menjualnya kepada Baron Gustav vonOverbeck dari AustriaHungary.

Overbeck kemudiannya buat partnership dengan Alfred Dent, seorang British di Hong Kong. Overbeck kemudiannya buat perjanjian pajakan yang baru dengan Sultan Brunei dan Temenggong dengan bayaran pajakan sebanyak $15,000. Overbeck kemudiannya dilantik sebagai Maharaja Sabah, Raja Gaya dan Sandakan. Oleh kerana kawasan itu juga dituntut Sultan Sulu, Overbeck membuat jalan selamat dengan mengadakan perjanjian dengan Sultan Sulu juga. Sultan Sulu melantik Overbeck menjadi Dato Bendahara dan Raja Sandakan, manakala Overbeck bersetuju membayar $5000 kepada Sultan Sulu.

Alfred Dent
Namun Overbeck ada financial problem dan menjual semua sharenya kepada Alfred Dent. Alfred Dent Berjaya mendapat Royal Charted (geran diraja) dari Kerajaan Britain dan menubuhkan SBBU di Sabah. SBBU ni macam kompeni swasta yang menjaga kepentingan British di Sabah, manakala hubungan antarabangsa SBBU pula dibawah kuasa Kolonial British. (promo: dan taktik ni masih digunakan sehingga sekarang oleh Amerika Syarikat, tunggu posting kami seterusnya!)

Persaingan merebut tanah-tanah dan wilayah kekuasaan di Borneo semakin sengit berlaku antara penjajah colonial seperti British, Sepanyol dan Jerman. Maka mereka menyelesaikannya melalui Protokol Madrid. Dimudahkan cerita, protocol ini membahagikan circle of influence diantara penjajah tersebut. British mengakui kedudukan Sepanyol di Filiphina (termasuk kepulauan Sulu) dan Sepanyol melepaskan perebutannya dengan British terhadap Sabah. Sepanyol dapat filiphina, Belanda dapat Kepulauan Indonesia, British dapat Malaya Sabah dan Sarawak, Jerman dapat Papua dan Perancis dapat Indochina.


Wilayah Brunei semakin menyusut apabila Dinasti Brooke di Sarawak dan SBBU di Sabah berlumba-lumba membeli dan mengambil wilayah Brunei. Dan akhirnya Brooke Berjaya mara ke Limbang manakala SBBU mendapat Lawas. Di kemudian hari, inilah yang membentuk sempadan antara Sarawak, Sabah dan Brunei. Selepas penjajahan Jepun Dinasti Brooke dan SBBU menyerahkan kuasa kepada British Military Administration dan kemudiannya kepada Kolonial British.

Presiden Indonesia Soekarno, Presiden Filiphina Macapagal dan En Azahari dari Brunei
Kemudiannya apabila penubuhan Malaysia, penyertaan Sabah dan Sarawak ditentang oleh Indonesia, Filiphina dan Parti Rakyat Brunei (PRB) di bawah pimpinan AM Azahari. Indonesia  dibawah Soekarno bercadang memasukkan Sarawak, Sabah dan Brunei dalam gagasan Indonesia Raya sebagai Provinsi Kalimantan Utara, Azhari yang mendapat sokongan Soekarno pula berhasrat menggabungkan Sabah, Sarawak dan Brunei dalam Persekutuan Kalimantan Utara dimana Sultan Brunei menjadi ketua negaranya. Manakala Filiphina dipimpin Macapagal menuntut Sabah dan mendakwa Sabah hakmilik Filiphina melalui sejarah Kesultanan Sulu. Filiphina mendakwa mereka merupakan penerus legasi Kesultanan Sulu dan berhak ke atas Sabah.

Walaubagaimanapun Suruhanjaya Cobbold mendapati sebahagan besar penduduk Sabah dan Sarawak ingin menyertai Malaysia. Azahari melancarkan pemberontakan namun dapat dipatahkan Brunei. Dia kemudiannya lari ke Jakarta. Indonesia melancarkan konfrantasi bersenjata kepada Malaysia namun gagal. Soekarno akhirnya digulingkan dalam GESTAPO dan digantikan dengan Suharto. Manakala Filiphina memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Malaysia. Macapagal kemudiannya digantikan Marcos.

Sabah sehingga kini berada dibawah Persekutuan Malaysia.

SULU: MASALAH PERWARISAN TAKHTA
Pulau Chermin
Tuntutan Sulu ke atas Sabah bermula ketika Peristiwa Pulau Chermin dimana berlaku perang saudara antara 2 orang Sultan Brunei iaitu Sultan Hakkul Abdul Mubin dan Sultan Muhyiddin, kemuncaknya di Pulau Chermin. Dipendekkan cerita untuk mengelakkan perang berlaku dengan lebih lama, Sultan Muhyiddin meminta bantuan Sultan Sulu dengan menjanjikan kemerdekaan dan pantai timur Sabah. Namun menurut cerita , tentera Sulu hanya membantu di saat akhir dimana ketika itu Sultan Muhyiddin sudah berada diambang kemenangan. Berang dengan tindakan orang Sulu, Sultan Muhyiddin enggan menyerahkan wilayah timur Sabah. Beberapakali delegasi Sulu cuba menuntut kawasan tersebut dengan menghadap Sultan Brunei tetapi dihalau keluar dengan ugutan bunuh. Oleh yang demikian wilayah timur Sabah sebenarnya dituntut dan didakwa oleh Sulu sebagai milik mereka. Tuntutan sebelah pihak ini tidak pernah dipersetujui Sultan brunei.

Masalahnya, siapakah Sultan Sulu yang sebenar? Perlu diingatkan sehingga kini terdapat lebih kurang 97 orang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu dan Sabah, ini termasuklah dari keluarga diraja Sulu, sama ada saudara dekat atau bau-bau bacin, keluarga tiri, keluarga angkat serta penyamar . 

(Ya, semua individu di atas mengaku mereka adalah Sultan Sulu dan Sabah yang sebenar)

Antara yang mendakwa diri mereka sebagai Sultan Sulu dan Sultan Sabah ialah Sultan Ibrahim Barjin Shakirullah, Sultan Esmael Kiram III, Sultan Rodinood Julaspi Kiram, Sultan Aydal Aliuddin, Sultan Ibrahim Pulalon, Sultan Fuad Abdullah Kiram I, Sultan Jamalul Kiram III, Sultan Muidzullail Kiram, Sultan Patico, dan banyak lagi ‘Sultan Sulu’. Ada juga diantara mereka telah menyediakan laman sesawang dan blog. Ada juga yang menganugerahkan darjah kebesaran diraja Sulu dengan ‘menjual’nya kepada individu yang berminat. Diantara mereka ada yang mempunyai pengikut yang ramai dan penyokong yang bersimpati. Malah ada yang melakukan provokasi secara agresif seperti yang dilakukan oleh Abdul Razak Aliuddin dan adik-beradik Kiram III.



(Datuk Abdul Razak Aliuddin yang mendakwa dirinya ‘Sultan Sabah’ beserta 11 orang pengikutnya membakar 6 bendera Sabah pada 4 April 2009 di Lahad Datu)


Di atas merupakan Bendera Kesultanan Sulu, Keris melambangkan Pewaris Pertama iaitu dari keturunan Keluarga Kiram dan Shakiraullah dan Tombak dari keturunan Keluarga Maharajah Adinda sebagai Pewaris Kedua. Sistem dua pewaris ini dibuat untuk melindungi kedaulatan diRaja Sulu. Seandainya belaku sesuatu terhadap Pewaris Pertama (mangkat tanpa waris, murtad atau menggadai kedaulatan Sulu) maka Pewaris Kedua berhak keatas takhta diraja Sulu sebagai “Pewaris dan Penyambung (The heirs and successors)”. Maka orang yang layak perlulah menepati ciri sebagai pewaris/heirs (keturunan asal dan sah) dan penyambung takhta sultan/successors (anak lelaki sulung Sultan dari isteri pertama misalnya).

Terdapat tiga peristiwa penting yang menjadi punca kekalutan dan kekeliruan mengenai siapa sebenarnya yang layak menjadi Sultan Sulu ketika ini.

Pertama, pembaptisan Sultan Azimuddin/ Alimuddin-I @ Don Fernando de Alimuddin pada tahun 1750. Alimuddin yang mendapat sokongan kuat dari Sepanyol dan Missionaries Jesuits menyokong usaha Jesuits menyebarkan agama Kristian ke Sulu. Alimuddin mendapat tentangan saudara sebapanya Bantilan yang kemudian memeranginya dan menggantikannya sebagai Sultan Sulu dengan gelaran Muizuddin. Melalui peristiwa inilah diwujudkan Pewaris kedua yang bertujuan melindungi Kesultanan Sulu dari ancaman luar mahupun sultannya sendiri.

Kedua, penyerahan timur Sabah semasa pihak keluarga Kiram menandatangai Perjanjian Kiram-Bates Treaty pada 1899 dan Perjanjian Carpenter tahun 1915. Mengikut perundangan diraja Sulu, mana-mana sultan yang menyerahkan kedaulatan kawasan Sulu kepada orang luar akan menyebabkan gelaran sultannya terbatal. Oleh itu, keluarga Kiram tidak layak menuntut gelaran Sultan.

Ketiga, kemangkatan Sultan Jamalul-Kiram-II pada 1936. Sultan Jamalul Kiram II mangkat tanpa meninggalkan waris yang sah. Baginda hanya mempunyai 3 orang anak angkat perempuan dimana mereka ini kemudiannya mengangkat suami masing-masing menjadi ‘Sultan Sulu’. Malah selepas kemangkatan baginda, kerajaan Filiphina mengambil keputusan untuk tidak mengiktiraf lagi kewujudan kesultanan Sulu.

(salasilah ‘keluarga diRaja Sulu’. Untuk perhatian Datu Punjungan Kiram hanyalah anak tiri Sultan Mawalil Wasit kerana Sultan Mawalil berkahwin dengan Mora Napsa ketika Mora sedang mengandungkan Datu Punjungan).

PENJAJAHAN KE ATAS SULU: SEPANYOL-USA-FILIPHINA

(Abner Afuang, bekas pegawai polis Filiphina membakar bendera Malaysia sebagai bantahan tindakan anggota keselamatan Malaysia keatas Pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu)

Penjajahan Sepanyol merupakan malapetaka kepada orang Sulu apabila mereka mengembangkan ajaran Kristian kepada peribumi Filiphina melalui Missionaries Jesuits dan memperkenalkan konsep pengasingan Indios-Moro. Indios merupakan penduduk Filiphina beragama Kristian dan dominon di kawasan utara seperti Luzon dan Visaya manakala Moro pula merupakan penduduk Filiphina beragama Islam yang majoritinya di bahagian selatan seperti Mindanao dan kepulauan Sulu. Pengasingan ini adalah penting bagi Sepanyol untuk memastikan cengkamannya ke atas filiphina kukuh kerana berlaku keganasan antara golongan Indios dan Moro. Penjajah Sepanyol memberi gelaran Moro ke atas Muslim Sulu seperti mana gelaran orang Islam di Andalusia iaitu Moor dimana akhirnya orang Islam Moor Berjaya dihalau keluar tentera Raja Ferdinand dan Queen Isabella, pengasas kerajaan Sepanyol semasa Perang Salib Reconquista.



Apabila USA akhirnya Berjaya meng’halau’ Sepanyol dari Filiphina kebanyakan orang Moro meminta agar Mindanao dan Sulu tidak dimasukkan dibawah pentadbiran Amerika di Filiphina. Permintaan ini tidak diendahkan. Keganasan makin kerap terjadi terutama ke atas orang Moro apabila orang Indios di utara dipindahkan ke selatan. Pergaduhan antara Indios dan Moro berpanjangan sehingga selepas kemerdekaan Filiphina menyebabkan orang Moro menubuhkan pasukan militarinya sendiri bagi menghadapi kerajaan Filiphina yang didominasi goloingan Indios.



MALAYSIA MEMPERTAHANKAN SABAH

Tuntutan Filiphina terhadap Sabah tidak pernah digugurkan, malah isu ini masih lagi menjadi duri dalam daging hubungan Kuala Lumpur-Manila. Filiphina menuntut wilayah Sabah atas kapasiti sejarah Kesultanan Sulu. Sehingga kini Malaysia masih lagi membayar wang RM5000.00 setahun kepada keluarga waris Sultan Sulu. Kerajaan Filiphina masih lagi berusaha membawa kes Sabah ke Mahkhamah Antarabangsa ICJ namun ditolak oleh Malaysia. Filiphina ketika itu dibawah Macapagal memutuskan hubungan Manila-Kuala Lumpur.

Macapagal kemudian digantikan dengan Marcos. Disebabkan ICJ dan Malaysia berulangkali menolak permohonan tuntutan Filiphina maka Marcos memulakan sebuah operasi sulit yang bertujuan untuk menimbulkan kekacauan di Sabah. Melalui kekacauan ini Marcos berharap agar tentera filiphina dapat masuk campur dalam urusan pentadbiran Sabah. Namun begitu sebuah unit khas ditubuhkan supaya kelihatan Filiphina tidak mempunyai kaitan dengan pasukan penceroboh tersebut.


Presiden Ferdinand Marcos
Operasi tersebut diberi nama Operasi Merdeka. Unitnya diberi nama Jabidah, sempena nama perempuan Melayu. Anggota unitnya terdiri daripada 200 orang pemuda Moro berusia antara 18 sehingga 30 tahun. Mereka diberi latihan di Simunul dan kemudiannya di Pulau Corregidor. Misinya ialah, menimbulkan kekacauan di Sabah dengan cara menghasut orang Filiphina di Sabah supaya berpisah dari Malaysia dan menyertai Filiphina serta membantu Unit Jabidah apabila pencerobohan berlaku.

Walaubagaimanapun, anggota unit Jabidah berpaling tadah. Terdapat beberapa faktor yang memungkinkan mereka bertindak sedimikian. Antaranya, mereka tidak dibayar gaji yang dijanjikan. Selain dari itu kemudahan fasiliti tempat latihan mereka begitu daif dengan latihan yang sangat teruk. Malah disaat akhir baru mereka diberi tahu bahawa mereka akan menceroboh Sabah, tempat dimana ada saudara seagama dan sebangsa mereka tinggal. Akhirnya mereka menuntut untuk pulang. Bagi perancang operasi ini, hanya ada satu sahaja cara penyelesainnya.

Tengah malamnya, rekrut dikumpulkan dan dibawa ke landasan kapal terbang berhampiran dimana mereka kemudiannya ditembak beramai-ramai. Keesokan paginya tentera filiphina mengumpulkan cebisan mayat dan dimasukkan kedalam ponco hitam. Mayat mereka dibuang kedalam laut. Dikatakan seramai 28 sehingga 64 rekrut telah dibunuh. Peristiwa ini dikenali sebagai Peristiwa Pembunuhan Beramai-ramai Jabidah 1968. Berang dengan peristiwa tersebut orang Moro di selatan Filiphina menubuhkan MNLF.

Filiphina menafikan penubuhan unit Jabidah untuk menceroboh Sabah. Walaupunbegitu, rancangan Filiphina mendatangkan kemarahan Malaysia. Malaysia ketika itu dibawah Tunku Abdul Rahman dan Sabah dibawah Tun Mustapha Harun sebagai balas akan memberi bantuan kepada perjuangan MNLF. Marcos akhirnya menarikbalik tuntutan Filiphina ke atas Sabah, walaupun komitmen ini dibuat secara verbal, bukannya bertulis. Dengan syarat Malaysia menghentikan bantuan ke atas MNLF. 



Untuk memastikan Sabah terus berada dibawah Malaysia, maka beberapa dokumen sokongan perjanjian antara SBBU dan Kesultanan Sulu perlu diperolehi dan dipelihara. Dokumen penting ini tersimpan di Istana Malacanang. Tempat kediaman rasmi presiden Filiphina. Maka pada tahun1980an, sebuah operasi telah dirancang untuk mengambil dokumen tersebut. Operasi tersebut diberi nama Operasi Sabah Selamanya melibatkan 7 orang Komando Malaysia beserta beberapa kontek dari Filiphina. Walaupun operasi itu berjaya dihidu agensi perisikan Filiphina dan berlaku pentempuran, dokumen tersebut berjaya dibawa ke Kuala Lumpur.

Pengganti Marcos seterusnya menjadikan isu ini menjadi dormant apabila hubungan Kuala Lumpur-Manila dipulihkan semula. Namun begitu isu Sabah masih lagi dimainkan oleh sesetengah ahli politik, manakala gerakan pemisah Moro MNLF terus bergiat aktif dalam usahanya meraih perhatian antarabangsa.

Malaysia berusaha membantu mewujudkan perdamaian antara pejuang Moro dengan kerajaan Filiphina. Pertempuran bersenjata antara pejuang Moro (MILF, MNLF, Abu Sayyaf dan Keluarga diRaja Sulu) dengan Filiphina sedikit sebanyak menjejaskan keselamatan Sabah. Pada penghujung tahun 2012 Malaysia sebagai orang tengah Berjaya mendamaikan pertelagahan antara Filiphina dan pejuang Moro (ketika itu diwakili MILF). Kerajaan Filiphina bersetuju menubuhkan Wilayah Autonomi Bangsamoro untuk orang Moro di Sulu dan Mindanao. Namun begitu rundingan MILF-Manila-KL ini tidak disenangi oleh MNLF (diketuai Nur Misuari) dan ‘Keluarga Kiram’ kerana merasa terpinggir dari perjanjian tersebut. Kewujudan wilayah autonomi yang diusahakan MILF akan memadamkan pengaruh MNLF dan menyebabkan system “Sultan Sulu’ tidak lagi bermakna. Apabila hilangnya institusi Kesultanan Sulu maka berkemungkinan Malaysia tidak lagi membayar wang tahunan kepada ‘Keluarga diRaja Sulu’ lagi. Maka berlakulah apa yang dikatakan sebagai insiden Pencerobohan Pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.


Bagi mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan penduduk Sabah, pihak berkuasa Malaysia melancarkan Operasi Daulat. Para pengganas berjumlah 200 orang yang menggelarkan diri mereka ‘tentera diRaja Sulu’ telah diberi masa untuk berundur dari Sabah dan menyerah diri namun pengganas telah melakukan tipu daya dan serangan ke atas pasukan keselamatan menyebabkan beberapa anggota polis dan tentera terkorban. Banyak rumah penduduk kampung dan kemudahan awam turut rosak dan musnah.


Kombinasi antara pasukan keselamatan negara akhirnya Berjaya membendung tindakan pengganas. Sebahagian besar dari mereka Berjaya ditangkap dan ada yang terbunuh dalam pertempuran. Pengganas yang ditangkap akan didakwa di mahkhmah Malaysia dan sabit kesalahan boleh dihukum mati atas kesalahan melancarkan peperangan terhadap Yang DiPertuan Agong Malaysia. Dolak-dalih Manila dan cubaan Kiramuntuk merayu kepada Sultan Brunei gagal membantu pengganas untuk meneruskan serangan mereka ke atas Sabah. Bagi mempertingkatkan lagi tahap keselamatan dikawasan yang terjejas kerajaan Malaysia telah menubuhkan ESSCOM, dalam usaha mempergiatkan pengawasan di Pantai Timur Sabah. Usaha ini melibatkan kerjasama polis , tentera dan orang awam.



 USS GUARDIAN “Forerunner of freedom”

24 hari sebelum peristiwa pencerobohan pengganas di lahad Datu, sebuah kapal perang USA terdampar di Terumbu Karang Tubbuhata, Laut Sulu Filiphina. Kehadiran USS Guardian di kawasan panas beberapa hari sebelum peristiwa itu berlaku mengundang pelbagai spekulasi yang tak boleh dibiarkan begitu sahaja.


Pertamanya, USS Guardian adalah sebuah kapal perang, (milik USA pulak tuh!) dan bukannya sebuah bot pukat tunda nelayan, sudah tentulah kapal tersebut memiliki kelengkapan radar yang canggih. Keduanya, Tubbuhata merupakan kawasan perlindungan marin dan sudah tentu pihak berkuasa taman marin Filiphina bagi amaran kepada USS Guardian supaya jangan lalu kawasan itu. Tapi USS Guardian buat dek je, amaran tersebut tak diendahkan langsung!. Ketiganya, USS Guardian juga dengan sengaja mengubah dan menukar laluan asalnya! Kapal tersebut dalam perjalanan dari Subic Bay ke Indonesia. Sudah tentu di peta dan radar telah memaparkan kedalaman laut yang selamat untuk pelayaran sesebuah kapal !!!


Akhirnya 2.25 pagi waktu tempatan, USS guardian terkandas di terumbu tersebut, tindakan ombak menyebabkan kapal tersebut semakin hanyut kearah terumbu menyebabkan kerosakan kawasan perlindungan marin tersebut. Apabil pihak berkuasa marin filiphina cuba menghampiri kapal yang terkandas itu, mereka diberi amaran dan USS Guardian tidak teragak-agak untuk melepaskan tembakan. Akhirnya kapal USS Guardian dimusnahkan dan segala peralatan dan krew kapal dipindahkan terus ke Jepun dan bukannya ke filiphina ataupun Guam dimana lokasinya lebih dekat. Dikatakan proses pemindahan dan ‘operasi menyalamat’ ini dilakukan dengan secepat dan ‘serahsia’ yang mungkin.


USA, the master of deception and engineering destabilization melihat krisis tiga segi antara Malaysia, Sulu dan Filiphina sebagai satu peluang. Seandainya kita memahami modus operandi USA dan secret agentnya di kawasan berkonflik seperti Amerika Latin, Afrika dan Timur Tengah. Tentang bagaimana mereka memusnahkan ketua sesebuah negara dan menggantikannya dengan bonekanya, kita boleh agak apa yang USA mahukan.
USS Guardian “Forerunner of freedom”
Pertama, Laut Sulu dikatakan mempunyai simpanan minyak yang luas dan masih belum diterokai. USA, sebuah negara kapitalis sudah tentu mahu memastikan penguasaannya ke atas rizab minyak tersebut dengan mengarahkan syarikat minyak dan tenaga yang berpangkalan di USA merebut tender carigali minyak dikawasan tersebut. (Sila baca Confessions of An Economic Hitman oleh John Perkin mengenai bagaimana USA menguasai hasil minyak Amerika Latin dan negara-negara Arab). Kedua, USA mahu membina sebuah pangkalan tenteranya di situ. Seperti yang kita tahu USA dan filiphina mempunyai hubungan ketenteraan yang rapat. Tetapi itu belum cukup untuk menyekat kemaraan China yang rakus untuk menguasai kawasan Laut China Selatan (rujuk kes perebutan Kepulauan Spratly). Ketiga, melalui konflik ini juga USA berpotensi untuk menaikkan puppet clientnya dan menggantikan pemimpin yang sedia ada yang diharapkan kelihatan lemah dan gagal dalam menangani isu ini. Secara ‘kebetulan’ Malaysia dan Filiphina pada tahun 2013 menghadapi Pilihanraya Umum masing-masing.

(Walaupun begitu, kaitan antara USS Guardian dan situasi di Sabah masih lagi kabur dan samar serta terbuka untuk sebarang perbincangan.)

KESIMPULAN

Sama ada Filiphina ataupun Sulu, mereka tidak mempunyai hak untuk memisahkan Sabah dari Malaysia. Pada 1878, Sultan Sulu telah memajakkan pantai timur Sabah kepada SBBU. Manakala Suruhanjaya Cobbold yang ditubuhkan atas desakan Filiphina sendiri melaporkan rakyat Sabah mahu menyertai Malaysia iaitu pada 1963. Tuntutan Filiphina ke atas Sabah telah ditolak oleh PBB ketika itu.

Manakala bagi Sulu pula, sebelum mereka berfikir untuk menuntut Sabah dari Malaysia, lebih baik mereka menuntut dahulu ‘kemerdekaan’ Kepulauan Sulu dari Filiphina. Lebih membingungkan ada antara ‘kerabat diraja Sulu’ menyertai pilihanraya tempatan dan gabenor serta mempunyai hubungan baik dengan Manila. Kesultanan Sulu juga sudah tidak wujud lagi dengan bubarnya kedaulatan wilayah Sulu. Manakala Keluarga Kiram ketika ini pula bukanlah pihak yang berhak mendakwa diri mereka Sultan Sulu yang sah. Mereka juga tidak mendapat pengiktirafan dari Manila.


Disini juga kita melihat betapa pentingnya ilmu sejarah dalam permainan politik antarabangsa. Tuntutan Sulu ke atas Sabah bukanlah berlandaskan faktor pembangunan ekonomi atau social yang dilakukannya dahulu (jika adalah..) tetapi kerana faktor sejarah dan perjanjian. Dan dokumen-dokumen sejarah inilah yang dijadikan sebagai senjata dan hujah tuntutan di Mahkamah Antarabangsa. Oleh yang demikian peranan pihak Arkib dalam memelihara, memulihara dan melindungi dokumen dan monument sejarah amatlah penting. (Ruju kes Pulau Batu Putih: Malaysia vs Singapura dan kes Preah Vihear: Kemboja vs Thailand). Suka diingatkan juga kepada pihak yang mendakwa diri mereka sebagai ‘keluarga diraja Sulu’ yang masih mahu memainkan sentiment dan memutarbelit sejarah, bahawa Kesultanan Sulu diasaskan oleh seorang Ulama berketurunan Melayu-Arab iaitu Shariful Hashem Syed Abu Bakar pada awal 1457 manakala Kesultanan Maguindanao pula diasaskan oleh Ulama Melayu iaitu Shariff Mohammed Kabungsuwan diawal 1200an. Yang menariknya kedua-dua ulama ini datang dari negeri Johor Darul Takzim, sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia.



Buat pejuang negara terutamanya dikalangan PDRM, ATM dan APMM pengorbanan anda sungguh besar kepada kedaulatan dan keselamatan tanah air (Tabikkk!!!). Segala pengalaman pahit getir dan susah payah yang dialami oleh mereka tidak ramai yang tahu. Semoga pengkhianat negara dan pengganas yang tidak berperikemanusiaan ini mendapat balasan di atas apa yang mereka telah lakukan. Kepada penduduk Sabah khususnya dan Malaysia amnya, marilah kita berdoa untuk keselamatan dan perlindungan kedaulatan negara yang kita cintai, Malaysia dari tangan-tangan ghaib dan anasir-anasir jahat yang senantiasa mahu menggugat keamanan dan memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian kita di Malaysia.

Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh
hati saya rindu...


RUJUKAN
Military of Malaysia, Operasi Sabah Selamanya dan Operasi Daulat http://militaryofmalaysia.net/
How Brunei lost its northern province by Rozan Yunoshttp:// www. bt.com.bn /life/ 2008/09/21/ howbruneilostitsnorthernprovince
Artkel-artikel dari blog Ibnu Rusyd
Catatan dari Srikandi
WK Che Man; Masalah penduduk minority dalam pembinaan negara : Kes Moro di Filiphina dan Melayu di Negeri Thai.
The Corregidor Massacre by Paul F Whitman http://www.corregidor.org/heritage_battalion/jabidah.html
Oplan Merdeka and The Jabidah Massacre by Marites Danguilan Vitug and Glenda M. Gloria http://mnlfnet.com/Articles/Merdeka-Jabidah.htm
Malaysia Invaded: Hundreds of Terrorists Land on Beaches, Western Media Mute http://www.globalresearch.ca/malaysia-invaded-100s-of-terrorists-land-on-beaches-western-media-mute/5325621
North Borneo (Sabah): An annotated timeline 1640s-present http://www.quezon.ph/2013/03/01/north-borneo-sabah-an-annotated-timeline-1640s-present/
















Sunday, 28 April 2013

SABAH: Disebalik Tuntutan Kesultanan Sulu


Sabah, Negeri Di Bawah Bayu

Ramai sekarang ini tengah sibuk dengan berita-berita tentang pilihanraya umum yang akan datang 5 Mei ini, Kami di sini hanya ingin bercerita sedikit mengenai isu yang sesetengah menganggap isu lapuk, manakala sesetengah lagi menganggap isu ini sensitif dengan keadaan semasa. kami hanya ingin menjernihkan suasana bukan ingin menambah garam di luka sedia ada. Mengenai perebutan Sabah mari kite susuli serba sedikit mengenai sejarah Sabah yang dulunya di kenali sebagai Seludang di dalam catatan NegaraKratagama tulisan Mpu Prapanca pada tahun 1365.

Semua sedia maklum yang Sabah ini dulunya di bawah Brunei, ya betul tetapi hanya selepas kerajaan Brunei meluaskan kuasanya di bawah pemerintahan Sultan Bolkiah iaitu Sultan Brunei kelima pada tahun 1485 hingga 1524. Sultan Bolkiah ini bukan Sultan Hasanal Bolkiah sekarang ye. Sultan Bolkiah yang legend ini la yang mengalahkan Kesultanan Sulu tapi dia baik tak bunuh Sultan Sulu dan kerabat malah berbesar hati memperisterikan anak Sultan Sulu, Laila Mecanai. Ini menambahkan pengaruh Brunei di kawasan Filipina sekarang kerana ketika itu Sultan Bolkiah sampai Manila (Seludong) kerajaannya. 

Pada 1660 hingga 1673, Brunei melalui satu fasa baru, perang saudara. Berdasarkan catatan sejarah, perang saudara ini bermula dengan hanya ketidakpuashatian dengan keputusan sabung ayam di antara  Pengiran Muda Bongsu dan Pengiran Muda Alam. Pengiran Muda Bongsu merupakan anak Sultan Brunei telah membunuh Pengiran Muda Alam kerana mengejek beliau. Peperangan ini di menangi oleh cucu Sultan Brunei yang anaknya jadi pembunuh bernama Sultan Muhyiddin. Di atas kemenangan beliau dengan kerjasama tentera Sultan Sulu, beliau menghadiahkan Sabah kepada Sultan Sulu (walaupun tiada bukti kukuh di atas perjanjian tersebut). dari sini bermula lembaran baru Sabah di dalam wilayah Sulu. 

Ketika 1848 dan 1851, pihak Sepanyol telah menyerang Jolo dan Balangingi menyebabkan Sultan Sulu terpaksa membuat perjanjian damai pada  30 April 1851. Di dalam perjanjian ini, pihak Sepanyol menganggap Sultan Sulu mengiktiraf kedaulatan dan hak Sepanyol terhadap semua daerah Sulu yang di masukkan dalam pentadbiran negara Filipina yang baru di tubuhkan mereka manakala Sultan Sulu menganggap perjanjian ini mengiktiraf beliau sebagai pemerintah kawasan Kepulauan Sulu dan North Borneo dan persahabatan.






                                                           Bendera North Borneo



Pada 1761, Alexander Dalrymple, pegawai British East India Company, membuat perjanjian pula dengan Sultan Sulu untuk membolehkan beliau membuka pos perdagangan di kawasan North Borneo dimana menemui kegagalan di atas ada sesetengah tempat di Sabah ketika itu tak mengiktiraf Sultan Sulu sebagai pemimpin mereka. Pada 1846, Labuan pula diserahkan kepada British oleh Sultan Brunei dan pada 1848 Labuan menjadi British Crown Colony. 


Beberapa siri pertukaran telah berlaku,  hak terhadap North Borneo telah bertukar tangan kepada Alfred Dent, dimana pada 1881 telah menubuhkan British North Borneo Provisional Association Ltd (permulaan kepada lahirnya British North Borneo Company). Pada tahun berikutnya, the British North Borneo Company telah dibentuk dan Kudat menjadi ibu negeri ketika itu. Pada 1883 ibu negeri telah beralih kepada Sandakan. Dalam tahun 1885,  United Kingdom, Sepanyol dan Jerman telah menandatangani Madrid Protocol of 1885, dimana telah mengiktiraf kedaulatan Sepanyol di  Kepulauan Sulu sebagai balasan bagi pelepasan daripada semua tuntutan Sepanyol ke atas Borneo Utara. Disini menjadi titik tolak milik siapa Sabah sebenarnya selepas ini. Pada 1888 North Borneo menjadi protectorate of the United Kingdom

Okey, mari kite imbas kembali perjanjian Madrid pade 1885:


Kerajaan Sepanyol , setakat yang berkenaan dengan Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah di benua Borneo, yang dipunyai atau yang telah dipunyai pada masa lalu kepada Sultan Sulu (Jolo), dan yang terdiri daripada pulau-pulau jiran Balambangan, Banguey, dan Malawali, serta semua mereka yang terdiri dalam zon tiga liga maritim dari pantai, dan yang menjadi sebahagian daripada wilayah-wilayah yang ditadbir oleh Syarikat digelar "Syarikat Borneo Utara British."
-Perkara III, Madrid Protocol 1885
Satu lagi perkara yang penting mengenai perjanjian yang berkaitan dengan Perkara IV yang menjamin tidak ada sekatan ke atas perdagangan kepada pihak-pihak protokol dalam Kepulauan dan Borneo Utara.

Dari sini kita mendapati dengan jelas bahawa pihak British ketika itu juga menganggap semua kepulauan Sulu dan Borneo Utara adalah milik Sepanyol dan Borneo Utara diberi kepada British untuk digunakan. 



Bendera Sabah ketika ini


Ketika perebutan pulau Lingitan dan Sipadan pada 2002, dengan jelas pihak mahkamah dunia ada membincangkan serba sedikit mengenai isu Sabah dan pihak Sultan Sulu dengan Filipina. Dalam rumusan mereka, mereka bersependapat bahawa pihak Sulu mahupun Filipina tidak mempunyai hak lagi keatas Sabah di atas Perjanjian Bases of Peace and Capitulation ditandatangani Sultan Sulu dan Sepanyol di Jolo pada 22 Julai 1878 dimana menurut mereka berdasarkan perjanjian tersebut dengan jelas menyatakan Sultan Sulu menyerahkan kedaulatan dan segala tanah miliknya kepada kerajaan Sepanyol. Ini bermaknea tiada hak lagi diatas perebutan Sabah. 

Menurut Pesuruhjaya Cobblod, rakyat Sabah telah mampu merancang masa depan mereka sendiri dan ini telah menunjukan mereka iaitu rakyat Sabah memilih untuk bersama-sama dalam pembentukan Malaysia ketika itu. ini membuktikan suara rakyat yang memilih, jadi Sultan Sulu juga kena beringat bahawa rakyat lagi berkuasa dari Sultan Sulu dan rakyat juga yang menentukan seseorang itu sultan atau tak. Itu baru betul. Dalam rumusan Cobblod ada mengatakan sebahagian kecil rakyat Sabah ingin melihat pemerintahan British untuk beberapa tahun lagi baru bertukar kepada Malaysia (tiada pun rakyat Sabah menyatakan ingin melihat Sultan Sulu memerintah mereka berdasarkan laporan Cobbold la)  

Jika kita menyelami lagi pergerakan sejarah, kita tidak pernah mendengar mahupun terbaca akan kesungguhan 'kerajaan Sultan Sulu' ini bangkit mempertahankan Sabah. Jika betul mereka merasa Sabah adalah hak mereka patutnya dari dulu bangkitkan isu ini lebih-lebih lagi ketika era penjajahan Jepun dan pergerakan Komunis. Kenapa mereka yang dikatakan mempunyai hak keatas Sabah tak bersama-sama menentang penjajahan tersebut? mungkin ada mungkin tak. Kita tak mengetahuinya kerana tiada catatan. Mungkin juga kerana penentangan dari pihak Amerika ketika itu untuk menghapuskan puak Moro (orang Islam Filipina) membuatkan mereka tiada masa untuk mempertahankan Sabah?

Sepatutnya ketika era moden ini, mereka sebagai entiti Islam di Filipina menunjukkan contoh yang baik dengan menjalinkan hubungan persahabatan dengan pemimpin Sabah mahupun Malaysia. Malaysia sebuah negara Islam tapi pihak Sulu masih sibuk menentang dan mengatakan Sabah hak mereka. Jika Sabah dibawah negara bukan seagama dengan mereka kita mungkin faham tapi mereka sepatutnya sedar bahawa Sabah dibawah naungan negara Islam yang dalam proses ke arah negara maju. Mereka boleh juga belajar bersama, bertatih bersama Malaysia dan Brunei hatta Filipina sekali pun dalam meningkatkan taraf hidup rakyat mereka. Itu yang utama, bukan membuta tuli menuntut 'hak' mereka dan mengorbankan banyak nyawa. 


Pendapat penulis, selagi Sabah di bawah Malaysia mampu pergi jauh itu yang terbaik, perebutan hanya menyusahkan banyak pihak. Sejarah Malaysia, Brunei, Filipina dan Indonesia banyak mengajar kita perebutan dan tamak akhirnya membinasakan kite sumua, tak kira pemimpin mahupun rakyat marhaen.  



Rujukan:


"East Malaysia and Brunei". Ancient Chinese Trading Links (Periplus Editions): 30. March 2001. ISBN 978-962-593-180-7. Retrieved 16 August 2009
^ Barbara Watson Andaya and Leonard Y. Andaya (1982). A History of Malaysia. MacMillan Press Ltd. p. 58. ISBN 978-0-312-38121-9. Retrieved 9 October 2009
^ Saunders, Graham E. (2002). A History of Brunei. RoutlegdeCurzon. p. 45. ISBN 978-0-7007-1698-2. Retrieved 5 October 2009
^ Palawan Tourism Council: History of Palawan at the Internet Archive. Accessed 27 August 2008.
^ J. M. Gullick (1967), Malaysia and Its Neighbours, The World studies series, Taylor & Francis, p. 148-149, retrieved 2012-11-17
^ Protocol of 1885. Sabah State Attorney-General's Chambers. Retrieved 11 October 2009.
^ United Nations Member States
^ "Sabah's Heritage: A Brief Introduction to Sabah's History", Muzium Sabah, Kota Kinabalu. 1992
^ Ramlah binti Adam, Abdul Hakim bin Samuri, Muslimin bin Fadzil: "Sejarah Tingkatan 3, Buku teks", published by Dewan Bahasa dan Pustaka (2005)
Ruben Sario; Julie S. Alipala; Ed General (17 September 2008). "Sulu sultan's 'heirs' drop Sabah claim". Philippine Daily Inquirer. Retrieved 26 October 2010.
^ Aning, Jerome (23 April 2009). "Sabah legislature refuses to tackle RP claim". Philippine Daily Inquirer. Retrieved 27 February 2013.
^ Max Planck Institute for Comparative Public Law and International Law, ed. (2012), II. Substantive International Law – Second Part,;1.TERRITORY OF STATES, Max Planck Institute for Comparative Public Law and International Law, retrieved 2012-10-15
^ "WHAT WENT BEFORE: Sultan of Sulu’s 9 principal heirs". Philippine Daily Inquirer. 23 February 2013. Retrieved 23 February 2013.

Friday, 26 April 2013

Lawa Tapi Beracun



Kali ini kami mahu kongsikan pokok-pokok bunga yang makin popular di Malaysia tetapi beracun. Gambar di atas ialah pokok bunga Tiga Bulan atau nama Inggerisnya Hydrangea. Sebab namanya bunga tiga bulan? bunganya lambat layu dan kembang dalam tempoh yang lama. pH tanah memainkan peranan dalam menentukan warna bunga antaranya pink, unggu atau biru.




Pokok yang sesuai hidup di iklim sejuk serta memerlukan air yang banyak ini beracun pada semua bahagian pokok, lebih-lebih lagi bunganya. Jika anda memakan bahagian pokok ini, lebih-lebih lagi bunganya, anda akan mendapat kesan seperti keracunan sianida. (racun tentera nazi guna untuk bunuh diri bila ditangkap). Bunga ini mengandungi Hyragin, iaitu racun yang menyebabkan sesak nafas, pening, pengsan, kadar nadi bergerak pantas dan menyebabkan tekanan darah menurun. Yang paling teruk, akan menyebabkan kematian.








Pokok bunga Poinsettia ini selalu dijual di pasar raya kerana warna bunga yang terang serta kelihatan seperti pokok plastik. Ia selalu dijual dalam pasu sebagai hiasan untuk perayaan atau pokok hiasan untuk majlis-majlis. Getah yang terdapat pada pokok ini mempunyai racun apabila dimakan. Jika dimakan, akan menyebabkan muntah dan cirit-birit.













Poko ini sering kelihatan di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highland. Pokok Angel Trumpet atau dipanggil Bunga Loceng ini mengandungi Tropane Alkaloids. Bahan ini boleh menyebabkan halusinasi, meningkatkan kadar degupan jantung, serta mnyebabkan jantung terhenti atau jangkitan paru-paru pada penghidap asma. Ia juga dibuat sebagai teh bagi memberikan kesan halusinasi kepada peminumnya.







Sunday, 7 April 2013

Pencuri Sirap?



Sirap yang dicuri bukanlah air sirap yang kita selalu pesan di kedai makan tetapi Sirap Maple yang selalu digunakan untuk makan penkek atau waffle di kedai. 






Ini contoh cara sirap maple diambil dari pokok, unik kan? Kalau di negara kita, mungkin boleh disamakan dengan cara mengambil gula kabung? Sirap ini akan terhasil apabila cecair dari pokok di panaskan dengan dapur kayu.


Dengan harga mencecah 50 Dollar untuk satu gallon (lebih kurang 3.7 liter), banyak pokok maple di hutan-hutan US dan Kanada menjadi mangsa pencuri sirap maple, sehingga pokok yang tumbuh di kawasan kubur pun dicuri.


Pokok itu dalam hutan, kenapa dikata mencuri pula? Sebabnya mereka akan tebuk lubang dalam-dalam bagi mengeluarkan sirap maple itu dengan cepat dan banyak, pokok tersebut tidak dapat lagi digunakan kayunya untuk membuat bahan-bahan bermutu seperti kayu perabut, kabinet, kayu-kayan tetapi hanya boleh digunakan untuk dijadikan bahan untuk loji biomass. Pokok itu juga lebih terdedah kepada jangkitan penyakit dan mati.



Pokok Maple






P/s: Kalau di negara kita, yang selalu dicuri ialah pokok getah dan kayu gaharu, nampak setiap negara ada masalah masing-masing yek





Wednesday, 3 April 2013

Through the Rapist's eye



(AMARAN: Kandungan artikel ini mungkin menyentuh sensitivity sesetengah pihak, oleh itu seandainya anda merasakan emosi anda terganggu dan tidak mampu berfikir, bertindak secara rasional, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan pembacaan. Kami di kau tahu Tak ingin meminta maaf seandainya artikel ini menyinggung perasaan sesetengah pihak. Bagi kami di Kau Tahu Tak, isu gejala social di Malaysia semakin serius dan meruncing…….. sesuatu perlu dilakukan)

Artikel ini sebenarnya telah diangkat dari artikel di sebuah facebook yang berjudul sama dalam bahasa Inggeris. Kami di kau Tahu Tak merasakan artikel ini bagus untuk dikongsi bersama para pembaca. Kami juga melakukan beberapa pengubahsuaian dan penambahan. Mungkin dikalangan kita juga ada idea yang bernas atau pandangan dan nasihat untuk overcome penjenayah ini, so share lah dengan kita di sini.

Pendahuluan.

Penjenayah memang jahat. Itu tidak dapat dinafikan. Tapi tak semestinya mereka bodoh. Sebilangan dari mereka merupakan golongan cerdik pandai dan mempunyai IQ yang agak tinggi. Oleh yang demikian kemampuan mereka untuk merancang jenayah, memilih mangsa dan menghapuskan bukti  tidak boleh dipandang rendah. Ada juga penjenayah yang pada mulanya melakukan jenayah secara rawak dan messy, namun setiap kali melakukan jenayah dia mempelajari sesuatu untuk ‘menambahbaik’ modus operandi jenayahnya. Dengan kata lain, semakin banyak dia melakukan jenayah, semakin dia berevolusi untuk menjadi penjenayah yang expert dan sukar dijejaki.

(Statistik rogol di US, 54% tak report kat polis)


Rogol merupakan satu kekejaman dan mrupakan barah yang terhasil kerana keruntuhan moral masyarakat tersebut. Rogol juga merupakan gejala berangkai iaitu berkait dengan isu moral yang lain seperti gejala lepak, lari dari rumah, gaya hidup bebas, ketagihan arak dan dadah, pornografi, judi, rompak dan ragut, bunuh, bunuh diri dan pembuangan bayi.

Rogol juga ada beberapa jenis dari serangan rogol, rogol temujanji (date rape), rogol bawah umur (statutory rape), rogol beramai-ramai (gang rape), rogol rumah tangga (marital rape) dsb. Selain itu walaupun secara umumnya rata-rata mangsa rogol adalah dikalangan perempuan namun terdapat juga kaum lelaki menjadi mangsa.

Modus operandi

Berdasarkan artikel tersebut, mereka telah melakukan kajian ke atas perogol dan date rapists (rogol temujanji) di penjara terhadap apakah ciri-ciri mangsa yang mereka cari. Antaranya;

  • Rambut, perogol lebih suka kepada perempuan yang ikat rambu style ponytail dan juga yang berambut panjang (kecuali Pontianak). Perempuan yang berambut pendek bukan sasaran utama mereka. Kenapa ek? Perempuan yang berambut ponytail dan panjang ni senang mereka nak rentap.
  • Pakaian, mereka akan cari mangsa yang pakaian yang senang nak ditanggalkan (removed). Perempuan yang pakai ala kadar je memang senang jadi sasaran. Begitu juga yang pakai seksi-meksi ketat-metat stail x cukup kain atau pakai baju adik-adik. Kebanyakan mereka ini juga bawak gunting pasal senang nak gunting baju mangsa.


  • Konsentrasi, mereka jugak akan cari gegadis yang masa berjalan sibuk nak cek henset, selongkar purse dan aktiviti lain masa tengah berjalan pasal bagi mereka ketika ini perempuan tersebut sedang leka dan tak berjaga-jaga , oleh itu senang di’over powered’/dikuasai.
  • Antara tempat-tempat diorang carik mangsa untuk diculik ni iailah pertama sekali di tempat parking pasaraya, parking pejabat, garaj dan tandas awam. Perlu diingat, selepas dapat mangsa, penjenayah cenderung untuk memindahkan mangsa ke lokasi lain (secondary location) dengan cepat dimana penjenayah berasa selamat dan tidak ditangkap.
  • Selain itu diingatkan kepada perempuan, sekiranya boleh, melawan sedaya dan sekuat yang anda mampu kerana menurut mereka, mereka mengambil masa satu hingga dua minit untuk menyerah dan mengambil keputusan yang anda membuang masanya dan tak berbaloi untuk diculik, so scream loud and fight hard !!!
  • Mereka juga akan mengelak untuk menyerang perempuan yang ada bawak payung atau barang yang berpotensi menjadi senjata di tangan. Kunci walaupun di saat kecemasan mungkin berguna, tetapi tak sesuai untuk dijadikan senjata kerana anda perlu dekat dengan penyerang. So kalau boleh bawak payung pasar malam atau payung pasar tani.
Berhati-hati
  • Jika ada seseorang mengekori belakang anda sama ada di dalam lif, di lorong-lorong sepi, di tangga-tangga. Perhatikan wajah individu tersebut dan mulakan perbualan ringan (small talk), macam tanyalah pukul berapa sekarang. (tapi jangan over plak). Kenapa? So, bila sesuatu terjadi anda boleh cam wajah individu tersebut semasa kawat cam. Dalam sesetengah kes mangsa langsung tak berkesempatan melihat atau mengingati wajah si penyerang.
  • Jika seseorang datang kearah anda, silangkan tangan anda dihadapan dan rapatkan ke badan dan jerit supaya individu itu berhenti atau berundur. Menurut kajian tersebut, mereka akan meninggalkan mangsa seandainya mereka menjerit dan menunjukkan mereka tidak takut untuk melawan balik.
  • Kalau korang bawa penyembur lada. Bagitau yang korang bawak dan tak teragak-agak untuk gunakan. Bila tunjuk spray tu make sure x de ruang (room of opportunity) kepada penyerang untuk rampas spray tu dari korang.
  • Kalau ada orang rentap korang, mungkin korang tak mampu lawan balik dengan kekuatan fizikal, apa yang korang boleh buat ialah lawan dengan kebijaksanaan korang. Misalnya kalau korang kene peluk kat pinggang dari belakang, korang leh cubit penyerang dibahagian antara dari bawah siku hingga ke ketiak dan juga bahagian dalam peha. Cubit dengan kuat, bukan cubit manja ye… pasal ada kes, penyerang yang dicubit bahagian bawah lengan terpaksa melepaskan mangsa kerana kulit dan ototnye terkoyak dan terpaksa menerima jahitan. Tak caye, cuba buat kat diri sendiri dulu. Sakit ke tak?
  • So, bile dah wat serangan pertama, proceed to the next step, buatlah serangan kedua, sepak celah kangkang penyerang kuat-kuat. Sampai penyerang senak. And korang gak leh tampar n tempeleng penyerang tu pasal bila korang dah mula bagi masalah pada penyerang, diorang akan blah.
  • And bile diroang dah hulur tangan nak rentap korang, dengan cepat korang ragut dua jari tangan diorang (jari tangan bukan jari kaki) dan bengkokkan ke belakang sebengkok dan sekuat yang boleh. Penyerang akan melutut.
  • Walaupun begitu, apa yang lebih penting, sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliling dan kalau boleh gi memane bawaklah kengkawan yang korang percayai. Lagi ramai lagi selamat, lagi hingaq lagi baguih. Jangan lalu tempat sunyi sorang-sorang. Dan kalau jumpa atau syak individu yang berperlakuan ganjil, bertindak la dahulu. Mungkin agak malu sikit tapi takpe, ikut instinct. Manala tau yang dok ikut korang tu perogol bersiri.

Tips lagi

Dari artikel itu gak depa share lagi beberapa tips;


  • Guna siku kalau boleh ketika menyerang pasal tu antara strong point kite.
  • Kalau ada pencuri n perompak dok ugut serahkan purse/dompet jangan korang pi dok bagi huluq free je. Mungkin lepas dapat dompet diorang amek ko plak kan, so campak dompet tu jauh dari korang dengan harapan pencuri tu amek la dompet tu. Korang pa lagi, cabut la lelaju kearah yang bertentangan dengan arah mana korang baling dompet tu tadi.
  • Kalau korang dicampak ke dalam bonet kereta, sepak kekuat tombol lampu sampai tercabut dan julurkan keluar korang punya tangan dan hayun macam orang gila. Driver memang x Nampak, tapi orang lain mesti perasan.
  • Antara tabiat perempuan yang jadi kegemaran pemburu mangsa ni ialah korang lepas shopping ke, makan luar ke, kerja ke, lepas masuk kereta dan terus duduk tak buat ape-ape,dok saje-saje, boh make-up la, main henset dulu la, buat checklist barang ape lupa beli la… jangan ye, inilah peluang pemangsa terus masuk ke tempat duduk penumpang dan terus acu pistol kat kepala korang. Lepas masuk kereta, duduk, tutup pintu , jalan.
  • Kalau korang parking kereta kat parking lot atau garaj, sebelum masuk kereta jeling jap sekeliling kereta terutama kat tempat duduk penumpang, tempat duduk belakang dan lantai kereta takut ada orang nyorok kat situ. Naik teksi pun same gak.
  • Kalau sebelah kereta korang tu ada van besaq yang mencurigakan, jangan masuk ikut situ. Masuk arah lain, masuk kat tempat duduk penumpang pasal pembunuh bersiri selalu serang n culik masa mangsa nak masuk ke kereta. Dan kalau masa korang nak gi kat kereta ada seseorang yang mencurigakan berhampiran, masuk balik shopping mall or office korang dan carik pak guard/polis untuk teman korang jap. 




  • Lebihkan naik lif dari tangga. Tapi kalau nak jugak sahut seruan 10000 langkah sehari make sure jangan sesorang naik tangga.
  • Dan kalau pemangsa tu ada pistol dan korang bukan bawah kawalan dia lagi, lari selaju dan sekuat yang boleh pasal ikut statistic kajian artikel tersebut , dalam 100 kali dia tembak, 4 kali je kene dan selalunye miss bahagian penting. So apa tunggu lagi..Run..Forest…Run!!!
  • Lagi satu, perempuan juga bersimpati. Berhati-hati kerana dalam sesetengah situasi angkara lebihan simpati, hilang maruah diri, membawa mati. Sila rujuk kes Ted Bundy.
Mungkin beberapa langkah diatas membuat anda kelihatan agak paranoid namun itu adalah lebih baik dari berlaku perkara yang tidak diingini. Cara yang lebih baik, elak dari tempat, waktu dan gaya yang berisiko membuatkan anda menjadi perhatian si pemangsa.

Famous case

Terdapat juga beberapa kes perogol yang terkenal dalam sejarah manusia. Disini kami membawakan dua contoh perogol yang juga pembunuh yang terkenal dalam kes jenayah Amerika Syarikat.

Theodore Robert Cowell @ Ted Bundy
- “ I’m the most cold-hearted son of a bitch you'll ever meet.”


Siapa yang tak kenal dengan Ted Bundy? Mungkin di Malaysia tak semua kenal dan tahu, tetapi di Amerika Syarikat namanya menjadi lagenda momokan gadis-gadis di sana. Menurut testimony keluarga dan rakan pekerjanya, Bundy merupakan seorang yang hensem, pemalu dan amat baik. Dia merupakan yang pertama dalam keluarganya menamatkan pengajian di kolej dan mengambil jurusan undang-undang. Dia juga merupakan seorang kaunselor yang mudah bersimpati dan juga penulis pamplet bagi mencegah jenayah rogol di Seattle. Bundy juga mendapat surat penghargaan dari Gabenor Washington apabila dia Berjaya memberkas peragut di sebuah pasaraya. Segala-galanya begitu baik dan menarik tentang Bundy dari kaca mata orang ramai, terutamanya wanita. Malah bekas bosnya Ross Davis berkata; 

“If you can’t trust someone like Ted Bundy, you can’t trust anyone- your parents, your wife anyone.”

Tapi apa yang berlaku, selepas direject teman wanita pertamanya, Bundy mula berubah. Dia menjadi semakin liar dan konfiden. 1974, beberapa kes kehilangan gadis dilaporkan dan berterusan sehingga ke tahun 1978. Dalam tempoh itu Bundy 2 kali lari dari penjara dan mengaku telah membunuh seramai 50 orang. Kebanyakan mangsanya di rogol di liwat dan di belasah dengan kejam. Malah dalam satu siri serangannya, dalam masa 15 minit sahaja Bundy telah membunuh 2 orang wanita dan membelasah 3 yang lain. Bundy juga mengaku menyimpan beberapa kepala mangsanya sebagai cenderamata dan melakukan hubungan seks dengan mayat mangsanya. Ramai pihak percaya Bundy sebenarnya telah membunuh hampir 100 orang wanita. Kebanyakan mayat mangsanya ditanam dan dibuang ke dalam sungai.

(Antara wanita yang menjadi mangsa Bundy yang dapat dijumpai dan dikenalpasti)

Semasa menerima hukuman matinya yang ketiga, Bundy sempat berkahwin dengan seorang saksi yang percaya dia tidak bersalah. Penyiasat memadankan karakter mangsa-mangsa Bundy dan diantaranya ialah berkulit putih, kurus, keseorangan dan berambut panjang. Bundy memperdayakan mangsanya dengan cara menyamar sebagai penguatkuasa ataupun sebagai seorang yang lemah dan memerlukan pertolongan. 1989, dia mati di kerusi elektrik.

John Wayne Gacy Jr @ Killer Clown
-"A clown can get away with murder."

Kaum lelaki juga tidak sepatutnya memandang remeh tentang keselamatan diri mereka, kerana lelaki juga berpotensi menjadi mangsa rogol dan bunuh. Seperti kes John Gacy dimana dari tahun1972 sehingga 1978, Gacy didakwa telah membunuh seramai 33 remaja lelaki. Gacy didakwa melakukan keganasan seksual terhadap mangsanya sebelum membunuh mereka dan ditanam dibawah rumahnya manakala 3 lagi mayat mangsanya dibuang ke sungai. Dia memperdayakan mangsanya melalui tawaran duit dan kerja sebelum memberi dadah dan alkohol. Terdapat mangsanya yang dilemaskan dengan pakaian dalam, diseksa dan dijerut. Hanya 2 orang sahaja mangsanya yang hidup. 

(Antara remaja lelaki yang menjadi mangsa Gary yang dapat dikenalpasti)
Polis terpaksa mengambil masa selama hampir 3 bulan untuk menyelongkar dan menggali di kawasan rumah gacy untuk mencari tinggalan rangka masa. Kemudian pada bulan April, rumahnya diruntuhkan. Umur mangsanya rata-rata dari 14 tahun sehingga 21 tahun. Terdapat juga 7 mangsa Gacy yang gagal dikenalpasti. Kebanyakan mangsanya didakwa Gacy merupakan pelacur dan ramaja bermasalah. Ada juga mangsanya yang terlalu mempercayainya dan mengikutinya ke rumah. Gacy akhirnya dihukum mati melalui suntikan maut pada tahun 1994.

Rape drug


Dalam beberapa kes date rape, dadah digunakan terhadap mangsa selalunya melalui minuman ataupun suntikan. Selalunya mangsa date rape mengenali penyerangnya. Dadah yang digunakan bertujuan untuk melemahkan dan mengkhayalkan mangsa. Lebih dasyat lagi antara kesan dadah tersebut, mangsa akan mengalami hilang ingatan terhadap apa yang berlaku pada malam kejadian. Dadah yang digunakan untuk menghapuskan kesan bukti semen juga boleh menyebabkan mangsa mandul selama-lamanya. Cara keji ini ialah menggunakan kombinasi dadah Rohypnol-Progesterex. Rohypnol akan menghilangkan ingatan si mangsa manakala Progesterex pula akan “mencuci” mangsa. (Progeseterex merupakan urban legend, kesahihan mengenai wujudnya dadah ini dipertikaikan namun pernah mendapat perhatian tentang kewujudan dan kesan penggunaannya di Parlimen UK. Sama ada Progesterex wujud atau tidak, baiklah kita berhati-hati, mungkin Progesterex tak wujud tetapi dadah yang seangkatan dan sefungsi dengannya berlegar di pasaran gelap.)

Selain dari kombinasi dadah di atas, terdapat juga penggunaan Alcohol, Gamma-Hydroxybutric acid @ GHB, Ketamine,  dan Benzodiazepine  (seperti Rohypnol). Antara ciri-ciri dadah ini ialah biasanya tidak mempunyai bau, warna dan rasa serta mudah larut dalam air. Oleh itu anda tidak tahu anda telah ‘didadahkan’!!! So berhati-hatilah ketika makan minum di luar dan dengan siapa anda keluar.

Kesimpulan

Namun begitu terdapat juga rapist yang abnormal dan sadistic. Misalnya mereka lebih suka kepada mangsa yang agresif, lebih kuat mangsanya melawan, penjenayah tersebut semakin ghairah. Maka sebaiknya kita mengambil langkah keselamatan lebih awal agar tidak termasuk dalam radar penjenayah ini.

(statistic pemangsa rogol terhadap pelajar kolej perempuan di USA)

Terdapat beberapa langkah telah dan boleh diambil oleh semua pihak. Rondaan oleh pihak berkuasa perlu kerap dilakukan, system keselamatan juga perlu ditingkatkan seperti penggunaan CCTV, hot-spot area, hotline dan sebagainya. Dikampung-kampung pula system rondaan sukarela dan rukun tetangga perlu dihidupkan semula. Dikalangan individu itu sendiri juga perlu lebih berhati-hati dan berwaspada di tempat yang kita tuju dan dengan siapa kita berurusan.Manakala sebagai seorang muslim kita hendaklah patuh pada suruhan agama untuk menutup aurat serta banyakkan berdoa supaya terselamat dari sebarang fitnah dan bahaya.

Dunia semakin kejam. Ajaran-ajaran agama semakin dilupai dan ditinggalkan. Keruntuhan nilai moral manusia membimbangkan. Apakah hayat ketamadunan manusia menghampiri ke penghujungnya. Semoga kami dan anda semua di sana selamat dibawah lindungan tuhan.

RUJUKAN

http://www.facebook.com/photo.phpfbid=3781363495243&set=a.1266602347786.40365.1311602057&type=1&relevant_count=1
Wikipedia
criminalminds.wikia.com
capitalbay.com Could Serial Killer John Wayne Gacy S Blood Help Solve The Coldest Of Cold Cases.html by Staff
http://crime.about.com/od/serial/p/tedbundy.htm
womenshealth.gov
emedicinihealth.com Date rape Drugs
Reporting rates-RAINN-Rape,Abuse and Incest National Network, Washington DC, USA
Stopviolence.com Understanding Rape & The Threat From 'Friends' (It's Not Just About Dating) Desiré J.M. Anastasia and Paul Leighton

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...