Kali ini kami nak tunjukkan kepada pembaca serta kebanyakkan budak generasi baru yang tidak kenal buah-buahan malaysia kerana ia makin sukar dijumpai atau terkenal di beberapa negeri sahaja. Buah diatas ialah Binjai yang sekeluarga dengan pokok bacang, kuini dan mangga iaitu famili Anacardiaceae. Nama saintifik Binjai adalah Mangifera caesia. Pokok ini adalah pokok asal dari negara Malaysia dan banyak didapati di pantai barat semenanjung Malaysia terutamanya Melaka.
Isi buahnya hampir-hampir putih, bersabut dan mengandungi air yang banyak. Buah ini ada yang menghasilkan buah yang masam dan ada yang menghasilkan buah yang manis. Selalunya buah yang manis dimakan mentah manakala buah masam dibuat jeruk atau asam sambal.
Nona Serikaya
Nona Kapri
Ini pula buah Nona yang berasal dari Amerika Tengah dengan nama asalnya Annona yang termasuk dalam famili Annonaceae. Di negara ini, ada 2 jenis nona iaitu nona serikaya yang terdapat di semua negeri tetapi nona kapri terdapat di pantai timur. Buah nona serikaya agak kecil dan rasa isinya manis, wangi baunya dan lebih sedap daripada nona kapri.
Buah Pala boleh didapati di kepulauan Maluku, Sulawesi, Malaysia serta beberapa tempat di Asia Tenggara. Ia termasuk dalam famili Myristicaceae dengan nama saintifiknya Myristica fragrans. Pokok ini mempunyai pokok jantan dan betina. Isinya selalu kita makan sebagai jeruk atau halwa dan mudah didapati jika berkunjung ke utara tanah air manakala bijinya akan dibiar kering untuk dijadikan sebagai rempah.
Buah Cermai atau Cica acida selalunya kita akan lihat dijual penjaja jeruk kerana rasanya masam jika dimakan mentah. Ia boleh di dapati di Malaysia dan Sumatera.
Buah Gelugur biasa tumbuh di hutan semenanjung Malaysia. Ia berasal dari famili Guttiferae dengan nama saintifiknya Garania atroviridis. Buahnya bewarna kuning apabila masak dan dibuat asam setelah dihiris dan dijemur.
Buah Jering juga ada disebut dalam peribahasa "Tangkai Jering". Pokok ini tumbuh di Myanmar, Thailand dan semenanjung Malaysia dan berasal dari famili Leguminosae. Bahagian luarnya bewarna hitam atau coklat dengan biji bewarna putih. Ia mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan dan biasanya biji buah ini direbus sebelum dimakan.
Buah Kedondong tergolong dalam famili Bursaraceae dan terdapat 11 jenis di Malaysia. Rasa buah ini masam-masam manis dan kulit pokoknya berbau wangi. Buah ini boleh dimakan mentah atau dibuat halwa dan jeruk. Di sesetengah tempat pucuk daun kedondong dicelur untuk dimakan.
Buah ini rasanya ada dalam pantun, "buah keranji dalam perahu....". Ada 4 jenis Keranji dan nama saintifiknya Dialium. Kami sendiri tidak pasti buah ini dimakan atau tidak.
Ini pula buah Kundang atau Bouea macrophylla. Ia boleh didapati di Asia Tenggrara. Buahnya mempunyai banyak air dan rasanya berbeza-beza, masam dan manis.
Buah Melinjau atau Belinjau (Gnetum gnemon) berasal dari famili Gnetaceae. Di Malaysia pokok ini terdapat di utara dan negeri-negeri pantai timur. Pokok ini mempunyai pokok jantan dan betina. Buah ini dimakan mentah atau dibuat kuih atau keropok.
Buah Nam-Nam atau Katak Puru ialah sejenis tumbuhan asal di Malaysia dengan nama saintifiknya Cynometra cauliflora. Pohonnya rendang dan menghasilkan buah dengan kulit menggerutu dan tumbuh di batang pokok serta dahan. Rasanya sama seperti buah mangga dengan rasa masam-masam manis. Ia boleh dibiakkan dengan kaedah tut serta biji benih.
Buah Pulasan senang dijumpai di Johor dan ia termasuk dalam keluarga rambutan dengan nama saintifiknya Nephelium mutabile. Ia adalah tumbuhan asal di Malaysia dan cara membuka buah ini hanya dengan 'pulas' buahnya.
Buah Rambai adalah sekeluarga dengan buah Tampoi. Nama saintifiknya ialah Bacaurea motleyana dan banyak di tanam di pantai barat Malaysia. Buahnya ada yang berasa masam dan ada yang manis. Kulit buah ini boleh digulai dengan ikan.
Buah Sentul berasal dari famili Meliaceae dengan nama saintifiknya Sandoricum koetjape. Pokok ini tinggi dan bunganya berbau wangi. Buahnya bewarna kuning dengan isinya putih serta berair. Buahnya boleh dimakan mentah tetapi selalunya dibuat jeruk. Ada 2 jenis pokok sentul iaitu sentul kuning yang isinya manis dan sentul merah (kecapi) yang isinya masam.
Buah Sukun atau nama saintifiknya Artocarpus communis adalah sekeluarga dengan buah nangka dan cempedak. Pokok ini ditanam dari akar yang dikerat. Buah ini selalunya dibuat kerepek.
Buah Tampoi termasuk dalam famili Euphorbiaceae dengan nama saintifiknya Baccaurea griffithi. Pokok tampoi menyerupai pokok rambai tetapi buahnya lebih besar. Isi buah tampaoi seperti isi buah duku, putih kuning tetapi besar sedilit dan rasanya masam-masam manis.
Mungkin buah-buahan ini makin jarang dijumpai sebab leceh untuk dimakan serta tiada usaha untuk meningkatkan kualiti rasa buah selain benihnya payah untuk diperolehi.
Di Malaysia lazimnya limau yang kita kenal ialah limau nipis, limau purut, limau bali, limau kasturi. Tapi, kali ini nak tunjukkan limau-limau luar negara yang mungkin kita jarang atau tak pernah tahu sebelum ini.
Untuk pengetahuan korang, limau berasal dari Asia Tenggara atau lebih tepat lagi China. Antara limau yang ada ialah :
Blood Oranges
Ini mesti ramai tak pernah lihat, inilah limau darah atau nama inggerisnya Blood Oranges yang banyak ditanam di Sepanyol dan mudah dikenali kerana isinya yang berwarna merah. Warna merah oren ini disebabkan oleh kandungan Anthocyanins iaitu sejenis Antioxidant. Ia dikatakan menghasilkan jus oren paling sedap di dunia. Buah ini dijumpai di kepulauan Sicily pada kurun ke-15.
Navel Oranges
Isi buah yag lebih kecil berada di bawah seperti 2 biji buah digabungkan
Ini pula Navel Oranges yang mudah dikenali dengan bonjolan di hujung buah seakan-akan oren mini apabila dikupas. Ia mungkin berasal dari Portugis dan terjadi akibat mutasi genetik yang menyebabkan ia tidak mempunyai biji. Oleh itu, sejak dijumpai pada 1818, pokok ini dibiakkan melalui keratan batang atau tut.
Valencia Oranges
Valencia Oranges antara jenis oren yang mudah didapati di pasar raya negara kita. Ia dihasilkan oleh William Wolfskill dari Amerika Syarikat. Buah ini diambil sempena nama bandar Valencia, Sepanyol dan dikatakan berasal dari India yang terkenal dengan buah oren yang manis. Buah oren ini selalu digunakan untuk menghasilkan jus oren kerana rasanya yang manis, mempunyai banyak jus dan warna orennya yang pekat.
Grapefruit
Grapefruit dikenali kerana rasanya yang pahit. Saiznya seperti limau bali. Ketika dijumpai ia dinamakan Forbidden Fruit dan dikatakan berasal dari Barbados. Ia mempunyai pelbagai warna isi antaranya oren, merah, merah jambu dan kuning.
Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan
dan Penubuhan Malaysia
Tangkas menjulang si pedang Jenawi
Buat bermain di kala ribut
Apalah
malang nasibmu pertiwi
Bendera
jatuh tiada bersambut
Tangkas menjulang si pedang Jenawi
Jadi pencantas di laman pagar
Apalah
malang nasibmu pertiwi
Lagu
didendang tiada mendengar
(AMARAN: Tulisan
seterusnya mungkin terlalu ekstrem bagi sesetengah orang. Tulisan ini hanyalah lahir dari pendapat si penulis yang tak seberapa ini. Tidak ada unsur propaganda dan kepentingan politikal jauh sekali
untuk menimbulkan sikap benci dan curiga. Sebarang kesulitan amat
dikesali.Sekiranya berasa kurang selesa anda dinasihatkan untuk tidak
meneruskan pembacaan .Niat penulis hanyalah untuk mengajak para pembaca
sama-sama berfikir)
PENDAHULUAN
Amat melucukan bila sesetengah orang yang buta sejarah tetiba
muncul dengan penuh keperwiraan seolah-olah mengetahui segala-galanya, tahu
siapa yang betul siapa yang salah, siapa wira kecundang tidak didendang dan
siapa pengkhianat bedebah dihanyut serakah. Kitul…kitul walaupun sudah 500 tahun,
kau masih tak berubah. Sedare, jangan cubat membuat telahan, Kitul itu adalah
kamu sendiri.
Isu pertama: Bendera ‘National flag copied from America’?
Merah warna
darah
Putih darah
mahsuri
Merah makna
gagah
Putih tanda suci
Biru warna
padu
Kuning untuk raja
Biru rakyat
bersatu
Raja di atas takhta
Bulan bintang ciptaan tuhan
juga dengan
bumi
Islam agama
persekutuan
Malaysia ibu pertiwi
Haaa, ni ada 3 rangkap pantun yang aku hadiahkan khas untuk
kome bagi sesiapa yang tak tahu sangat nak bezakan bendera Malaysia, mungkin
fizikal nampak sama, tetapi pengertian yang dibawa disebaliknya itu yang perlu
dihayati. Bak kata pepatah melayu, rambut sama hitam hati lain-lain.
Bendera Malaysia tak dinafikan secara fizikalnya ada sedikit
penyerupaan dengan bendera Amerika,
tetapi bukan bendera Amerika sahaja, tetapi juga bendera Liberia! Kenapa tak kata Malaysia ciplak bendera Liberia? Owh,
pasal Liberia pada asalnya adalah sebuah negara yang ditubuhkan oleh kaum rasis
putih Amerika untuk keturunan hamba abdi Afrika.
Hak mereka yang berusaha dengan keringat dan darah untuk membangunkan Dunia
baru oleh orang kulit putih Eropah
untuk menjadi rakyat Amerika dinafikan.
Tapi bendera Amerika datang dari mana? Dari bendera Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI), syarikat
milik Inggeris yang bertanggungjawab dalam memperluaskan koloni dan empayar
inggeris di luar Eropah. Mereka juga bertanggungjawab merompak hasil bumi tanah
yang dijajah dan dinaungi serta menangguk di air keroh pada isu penduduk
pribumi demi kepentingan mereka. 13 jalur di bendera Amerika melambangkan 13
buah koloni Inggeris pertama yang membentuk Amerika Syarikat.
Bendera Malaysia telah direka oleh seorang arkitek melayu
dari negeri Johor yang bernama Mohamed
Hamzah yang menyertai pertandingan mereka bendera Persekutuan Tanah Melayu
yang merdeka. Bilangan jalur dan bucu bintang kemudiannya ditambah apabila
Sabah, Sarawak dan Singapura menyertai Tanah Melayu membentuk Malaysia.
Kedudukan Singapura kemudiannya digantikan oleh Wilayah Persekutuan.
Bendera-bendera diatas merupakan antara rekaan yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949. Pada 15 November 1949, sebanyak 373 rekabentuk bendera telah diajukan kepada Majlis Perundangan Persekutuan dan hanya 3 sahaja yang melepasi pemilihan ke peringkat akhir. Rekaan pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima manakala rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga pula menampilkan 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna putih di bahagian tepi kirinya.
Majlis
Perundangan Persekutuan seterusnya menjemput orang ramai memberikan pendapat
kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut yang telah dikelolakan
oleh akhbar The Malay Mail ketika itu. Keputusan akhir yang disiarkan pada 29
November 1949 menunjukkan majoriti orang telah memilih rekabentuk ketiga yang
telah dicipta oleh seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya Johor iaitu En.
Mohamed bin Hamzah.
Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan telah dibuat termasuk
mengikut cadangan Sultan Kedah ketika itu yang meminta warna putih bulan sabit
ditukar kepada warna kuning bagi mewakili warna Diraja.
Manakala dua bendera diatas terhasil dari adaptasi Sang Saka
merah putih, iaitu Sang Saka Malaya dan Bendera Rakyat 1947 yang digunapakai
oleh Pusat tenaga Rakyat (PUTERA), AMCJA, MPAJA dan beberapa lagi pertubuhan
politik yang dikibarkan pada 10 Disember 1947. 12 bintang merujuk kepada 9
negeri melayu dan 3 negeri selat, manakala warna kuning melambangkan kedaulatan
rakyat. PUTERA, seperti juga PERIKATAN merupakan gabungan pertubuhan yang menentang penjajahan British di Tanah melayu serta turut sama memperjuangkan kemerdekaan.
Cuba kita tengok negara jiran kita sekejap. Warna merah dan
putih tidak asing lagi bagi pribumi Nusantara. Di atas adalah bendera Sang saka Merah putihIndonesia dan juga bendera Singapura. Seakan-akan sama Cuma
bendera singapura ada bulan dan 5 bintang yang disusun membentuk bintang yang
besar. But hey…. Walaupun sama bendera mereka mempunyai sejarah masing-masing.
Bendera Indonesia di ambil dari panji Kerajaan Majapahit. Ada juga yang mengaitkan bendera Indonesia terhasil dari
bendera Belanda yang dibuang birunya dalam insiden
Hotel Yamato 1945.
Manakala bendera Singapura pula direka oleh sekumpulan orang
yang diketuai oleh Toh Chin Chye. Pada
asalnya bendera tersebut berwarna merah, tetapi diubah kerana merah
melambangkan Komunisme ketika itu.
Penduduk Cina di Singapura mahukan 5 butir bintang seperti bendera negara China, manakala penduduk Melayu Islam
Singapura mahukan bulan sabit. Kedua-dua lambang itu digabungkan ke dalam
bendera. Kesimpulannya, walaupun ada persamaan, namun disebalik bendera
tersebut tersembunyi kisah sejarah perjuangan dan pembentukan negara
masing-masing.
Di Malaysia, ada 3 bendera
dibakar,iaitu bendera Zionis Israel, bendera Amerika Syarikat dan bendera
negaranya sendiri iaitu Jalur gemilang.
Oleh yang demikian, dakwaan bendera Malaysia meniru bendera Amerika Syarikat adalah tuduhan dangkal. So, Malaysia tiru bendera SHTI pula ka? Ini pun salah, SHTI tiada apa yang Malaysia ada, iaitu kedaulatan raja-raja Melayu berlambangkan warna kuning dan bulan sebagai lambang Islam agama persekutuan. Sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya berbangga dengan perbezaan itu. Yang menyebabkan kita ‘bakal’ sama dengan Amerika Syarikat ialah pemusnahan institusi beraja di Malaysia dan kejatuhan martabat Islam sebagai agama rasmi, kerana ketiadaan kedua-dua perkara tersebut menyebabkan lambang bulan dan warna kuning tersebut sudah tidak signifikan lagi. Namun, apa yang lebih penting lagi, pi la dok tukaq bendera tang mana pun, kalau permikiran masih lagi terjajah dan macam penjajah pun tidak berguna juga.
Isu kedua:
Lagu kebangsaan ‘National anthem copied from Indonesia’?
Kalau tak hormat dan tak berdiri tegak mase nyanyi lagu kebangsaan Jepun, mesti kene pelangkung dengan senapang bermuncung bayonet,tak pun kene pancung dengan pedang samurai. Malah Tun Mahathir sendiri pernah melihat kepala seorang pakcik ni kene sepak pasal tak hormat lagu kebangsaan dan bendera Siam ketika zaman mudanya di Kedah, yang ketika itu dibawah kawalan Siam hasil perundingan dengan Jepun(Doktor Umum m/s; 86-87). Dan bila kita dah ada lagu kebangsaan sendiri, dah la tak hormat dan bersemangat, jauh lagi nak menghayati, malah mempermainkan pula liriknya. Jauh daripada itu, tanpa usul periksa (dah tau usulkan kenyataan periksa la balik kesahihannya, ni tau usul je, periksanya tak…) tuduh Negaraku di ciplak dari lagu Indonesia. Presiden Indonesia pertama, Sukarno telah mempermainkan lagu Negaraku dalam majlis meraikan wartawan pada Persidangan Wartawan Afro-Asia di Jakarta 24 April 1963 apabila menyanyikan lagu Negaraku sebagai lagu Terang Bulan Indonesia (Hari itu sudah berlalu, m/s; 31). Walaupun hati Tunku pedih dengan sikap Sukarno, namun beliau tidak sanggup untuk memijak jata negara Indonesia iaitu Pancasila. Air mata Tunku bergenang apabila didukung pemuda dari pelbagai kaum untuk memaksa beliau memijak Pancasila (Hari itu sudah berlalu, m/s; 37). Peristiwa ini berlaku pada 17 September 1963 di Kuala Lumpur. Ketika itu Malaysia sedang menghadapi Konfrantasi dari Indonesia. Walhal sebenarnya Budayawan Indonesia sendiri iaitu Encik Remy Sylado yang mengatakan bahawa Malaysia tak mencuri pun lagu Negaraku dari Indonesia kerana lagu itu berasal dari Perancis.
Ceritenye
begini, ketika Sultan Abdullah,
sultan Perak dibuang oleh British ke Pulau Sychelles, baginda telah mendengar lagu yang dikenali sebagai
“la Rosalie” iaitu lagu hasil karya
composer Perancis, Pierre Jean de
Beranger . Selesai dari pembuangan, baginda mengambil lagu tersebut dan
mengubah liriknya menjadi lagu negeri Perak iaitu “Allah lanjutkan usia sultan”.
Kemudian, disaat menjelang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, maka beberapa lagu telah digubah untuk
menjadi lagu kebangsaan. Antaranya “Putera-puteri” dan “Benderaku” karya J
Boyles dan A Soliano, tetapi Tunku tak berapa setuju. Maka Jemaah menteri
bermesyuarat dengan meneliti beberapa lagu-lagu negeri dan yang mendapat
perhatian Tunku ialah lagu negeri Perak. Maka lagu negeri perak diambil sebagai
lagu kebangsaan. Pada tahun 2003, ada usul untuk menukarkan lirik “Negaraku”
kepada “Malaysiaku”, tetapi usul
tersebut dibatalkan kerana mendapat bantahan.
Maka masa pun berlalu, Konfrantasi
dengan Indonesia pun tamat, walaupun diperingkat atasan wujud sikap
hormat-menghormati, namun dikalangan rakyat biasa. masih ramai di Indonesia
menuduh rakyat Malaysia sebagai maling kerana menuduh Malaysia mencuri lagu
keroncong Jawanya , Terang Boelan.
Di Malaysia pula lagi dasyat, ada stesyen radio kene saman kerana mengatakan
negaraku berasal dari kepulauan Hawaii.
Ada juga kes si penghibur terpaksa tengok lirik ketika nyanyi lagu negaraku
pasal lupa lirik. Lagi hebat, penggubahan lagu rap Negarakuku dan penciptanya kini bergiat aktif dalam lapangan seni.
Dan seperti biasa, tohmahan, cacian dan tuduhan terhadap Negaraku ini dipandang
bukan perkara utama kerana yang lebih penting bagaimana nak menang kerusi
pilihanraya. Sejarahwannya pula duduk diam membatu macam tugu. Nasib baiklah
Encik Remy Sylado sekurang-kurangnya menjawab kontroversi lagu Negaraku itu.
Namun sejarahwan di Malaysia langsung tidak membuat usaha untuk mendedahkan
perkara sebenar kepada rakyat Malaysia. Hasilnya hampir kesemua rakyat Malaysia
percaya bahawa lagu kebangsaan mereka Negaraku diambil dari lagu Terang Boelan
dari Indonesia.
PENUTUP
Rakyatnya
sendiri benci di saat melihat bendera negaranya dikibarkan? Ahhh… itu bendera
Amerika kita ciplak!
Rakyatnya
sendiri benci mendengar dan menyanyi pabila lagu negaranya didendangkan? Ahhh…
itu lagu terang Boelan kita ciplak!
Apa kata kita belajar dari jiran tetangga kita. Di Indonesia
ada dakwaan lagu "Indonesia Raya" diambil dari lagu Belanda yang bertajuk “Pinda Pinda Lekka Lekka”. Manakala di
Singapura pula ada gesaan untuk menukar lagu “Majulah Singapura” yang digubah oleh Zubir Said kepada bahasa Inggeris
kerana sudah tidak ramai rakyat negara itu fasih berbahasa Melayu. Namun
kedua-dua isu ini tidak diperbesarkan oleh mana-mana pihak dalam kerajaan
masing-masing dan juga tidak dipolitikkan untuk meraih populariti. Malah rakyat
dinegara tersebut tanpa mengambil kira aliran politik, masih megah mengibarkan
bendera dan menyanyikan lagu kebangsaan mereka.
Politik-politik juga, tetapi dalam isu nasional mereka tetap bersatu.
Pandangan saya, tak wajarlah kalau hina Negara sendiri untuk
kepentingan peribadi atau kumpulan yang tertentu, tak salah kalau ingin
mencadangkan bendera dan lagu kebangsaan ditukar, tetapi perlukah dibuat dengan
cara menghina dan penuh kebencian? Perkara tersebut boleh dibincangkan dengan
penuh ilmiah dan hormat. Hairan sungguh, tak pernah wujud di sesebuah negara,
rakyatnya membenci tanah airnya sendiri. Andaikatalah satu hari nanti negara
ini dilanda peperangan, agak-agaknya berapa ramai yang sanggup memikul senjata
mempertahankan ibu pertiwi yang tercinta ???
Kitul..kitul,
tak cukup Kota Melaka kau robohkan, negara Malaysia pula ingin kau gadaikan..
Selamat
menyambut Hari Kemerdekaan dan Penubuhan Malaysia !!!
Sebelum kita lihat rupa pokok kayu manis, sedikit info mengenai asal pokok yang sangat manis ini. Pokok kayu manis berasal dari Sri Lanka. Tetapi sekarang boleh dijumpai di mana-mana negara beriklim khatulistiwa. Di Sri Lanka, kayu manis dipanggil kurundu manakala di India ia dipanggil dalchini.
Gambar-gambar di atas semuanya pokok kayu manis, nampak macam pokok hutan biasa je kan??Kulit pokok ini akan dipotong dan dijemur untuk menghasilkan kulit kayu manis yang selalu digunakan dalam masakan ataupun dalam pai epal.
Bahan ini begitu berharga pada zaman silam sehingga tempat ia dibeli dirahsia oleh para pedagang, sehingga timbul pelbagai mitos cara kulit kayu manis didapati antaranya dengan menjaringnya di sungai Nil (diberitahu kepada tentera salib), burung gergasi mengutip kulit kayu manis untuk dibuat sarang dan manusia akan mengambilnya dengan menipu burung tersebut (cerita bangsa Arab).
Pokok ini boleh mencapai ketinggian 65 kaki, tetapi selalunya dibiarkan rendang supaya senang untuk di jaga di kawasan ladang. Pokok asal di Sri Lanka berasal dari spesis Cinnamomum verum manakala di Indonesia menggunakan Cinnamomum burmannii. Jenin pokok akan menentukan kekuatan aroma kayu manis, tahap kemanisan kayu, serta kandungan minyak.
Perbezaan antara kayu manis Sri Lanka (kiri) dengan Indonesia (kanan)
Pekerja ladang menunjukkan cara memotong kulit pokok kayu manis
Pokok ini selalunya dibiakkan melalui biji benih tetapi boleh boleh juga menggunakan keratan batang. Pokok ini perlu ditanam selama 2 tahun dan ditebang. Pucuk yang tumbuh pada tunggul kayu akan dibiarkan membesar dan barulah boleh dipotong atau ditebang untuk menghasilkan kulit kayu manis. (mungkin kalau tak tunggu 2 tahun kulit pokok ni tak manis??) Daun pokok kayu manis juga digunakan untuk membunuh larva nyamuk kerana ia mempunyai cinnamaldehyde.
Kulit kayu manis mempunyai bahan yang sedikit toksik iaitu coumarin yang akan menyebabkan kerosakkan buah pinggang dan hati jika diambil pada jumlah yang sangat banyak.
Ps: Pernah jumpa pokok ini tepi sekolah,tapi terbiar tanpa ada sesiapa kikis kulitnya untuk memasak
Bukan nak mengutuk, tapi perasan tak bila korang tengok dokumentari dari barat macam ada unsur berat sebelah?? Contohnya rancangan Perang Dunia ke-2, kebanyakkannya pasal askar amerika, padahal pakatan berikat ini ramai lagi kot, kesian negara lain yang turut membantu, nampak macam amerika hero yang bebaskan dunia dari kancah peperangan.
Selalunya negara Asia dan Afrika akan selalu kena kutuk sebab tidak pandai jaga hutan masing-masing, pembalakan haram la, pembalakan tidak terancang, pemburuan haiwan liar, bakar hutan. Tapi, mereka siap buat rancangan khas pasal rakyat amerika seronok tebang pokok dalam hutan mereka sendiri? Dah la tidak mahu mematuhi Kyoto Protocol dari dulu lagi....
Ini pula rancangan Borders War, rancangan negara amerika untuk mengawal pendatang asing dari Mexico, dengan membina tembok, pengawal, askar, helikopter, zon penampan tanpa pembangunan supaya senang nak detect pendatang asing. Kalau negara lain buat kasar sedikit dengan pendatang asing mungkin Amnesty International sudah siap tegur kerana Human Right
American Gun
Sons of Guns
Kadang-kadang kita akan lihat dokumentari askar amerika ceroboh afghanistan dan terkejut sebab senang untuk dapatkan senjata api, macam jual di kedai runcit. Mereka kata, ini yang sebabkan sukar nak kawal keganasan. Padahal...Penuh dokumentari pasal rakyat mereka bangga guna macam-macam senjata, siap ada gudang simpan senjata di rumah, tak tahu untuk apa, persediaan melawan zombie ke?
Teori Darwin telah lama menjadi pegangan para saintis serta penduduk dunia umumnya. Tetapi terpanggil untuk menulis apabila menonton rancangan Al Hijrah yang memaparkan penolakkan teori Darwin dikalangan penduduk Eropah sendiri, pelik bukan?
Umat islam memang dari dulu lagi tidak percaya teori ini, namun baru sekarang menjadi hangat apabila ditentang secara kuat oleh seorang penulis berbangsa Turki iaitu Harun Yahya. Buku ensikopedia terbitan beliau ( Atlas of Creation) begitu mendapat sambutan di kalangan penduduk Eropah kerana menolak teori Darwin dengan bukti fosil yang kukuh mengenai rupa bentuk haiwan dan tumbuhan yang tidak pernah berubah dari zaman dahulu lagi.
Harun Yahya
Ensikopedia beliau berjaya menghuraikan kewujudan makhluk di dunia dengan Al-Quran serta bukti arkeologi yang menunjukkan haiwan dan tumbuhan tidak pernah mengalami evolusi kerana tiada fosil haiwan yang mengalami evolusi pertengahan dijumpai, sebagai contoh fosil ikan naik hidup didarat tidak pernah dijumpai.
Pokok Gingko yang tidak berubah selama 65 juta tahun
Rangka badak sumbu yang tidak berubah sejak 33 juta tahun
Rangka kelawar yang tidak berubah sejak 54 juta tahun
Mesti ada yang akan kata "kenapa tengkorak manusia zaman dahulu lain dari yang sekarang?" Harun Yahya berkata tengkorak manusia berbeza kerana keturunan dan kaum manusia yang berbeza, seperti ikan yang mempunyai pelbagai spesis namun masih dipanggil ikan.
Bentuk tengkorak manusia zaman sekarang yang berbeza kerana kaum, keturunan serta keadaan geografi tempat tinggal
Beliau juga menolak yang rupa tengkorak manusia yang lebih menyerupai monyet atau homo erectus sebagai tidak maju atau primitif berbanding tengkorak manusia yang lebih moden. Ia seperti membandingkan rangka manusia rakyat Amerika yang setinggi 1.9 meter dengan rangka rakyat Jepun yang setinggi 1.6 meter dan mengharapkan rangka lebih tinggi adalah lebih maju dan hebat.
Kajian ahli sains juga membuktikan rangka-rangka manusia zaman dahulu oleh Darwin serta penyokong teori Darwin menggabungkan rangka manusia dengan beruk untuk membuktikan hujah manusia merasal dari monyet.
Kesimpulannya, buku ini sangat menarik untuk dibaca hingga kalangan penduduk eropah sendiri makin tidak percaya teori Darwin serta menjadi perdebatan di kalangan ahli politik eropah. Buku inin boleh didapati di laman web Harun Yahya: http://harunyahya.com/en/books/4066/Atlas_Of_Creation___Volume_1_/chapter/4422