Monday, 21 May 2012

Kemerdekaan Si Penjajah


Pada 14 Mei yang lalu, tahun 1948, Israel telah lahir. Sebagaimana orang Islam yang lain, kelahirannya tidak direstui, malah di negara ini apabila Israel disebut, beserta dengannya ialah kalimah “Negara haram”. Jika kita umpamakan Israel ini seperti bayi, ianya sama dengan anak haram / anak tak sah taraf dan pelbagai konotasi negative lainnya. Tapi tahukah kalian, seperti bayi yang terpaksa dikandung 9 bulan sebelum dilahirkan begitu juga Israel. Penubuhan Israel bukanlah perancangan sehari, malah mengambil masa jangkauan bertahun-tahun dengan menggunakan pelbagai helah dan rancangan sulit.

 Kongres pertama Yahudi Antarabangsa di Basel dan Theodor Herzl
Semuanya bermula pada Kongres Yahudi Antarabangsa pertama yang diadakan di Basel,Switzerland pada tahun 1897. Usaha gigih bapa Zionis Moden, Theodor Herzl dalam mengumpulkan pameuka-pemuka Yahudi. Kongres ini dengan jayanya telah mengisytiharkan penubuhan Pertubuhan Zionis SeDunia yang bertanggungjawab memastikan rancangan mereka seperti yang terkandung di dalam Progrm basel iaitu penubuhan penempatan orang Yahudi di Palestin Berjaya. Namun, halangan terbesar Herzl ialah Khalifah Turki Uthmaniyyah, ketua umat Islam ketika itu yang menguasai Palestin.

Ketika itu Khalifah Sultan Abdul Hamid II sedang mengalami pelbagai ancaman terhadap kedaulatan institusi khalifah, sama ada ancaman dari kuasa Eropah yang sedang melalui zaman Imperialisme dan juga kebangkitan semangat Nasionalisme dan Modenisasi dari golongan Pemuda Turki dan juga penduduk Arab. Theodor herzl memujuk sultan dengan menawarkan pemberian emas, pembinaan university dan landasan kereta api serta bantuan media untuk menepis propaganda barat dengan syarat sultan bersetuju  menyerahkan Palestin kepada orang Yahudi. Namun tawaran itu ditolak dengan tegas oleh sultan kerana Palestin yang didalamnya terletak Masjid al-Quds adalah milik umat Islam seluruhnya.

Perang Dunia Pertama berlaku. Turki Uthmaniyyah yang diancam oleh British dan Rusia menyertai Empayar Jerman dan Austria-Hungary. Sementara itu di dalam negeri telah timbul kekacauan yang ditimbulkan oleh Pemuda Turki untuk menuntut pemodenan Turki dengan penghapusan system khalifah telah menyokong British. 

Khalifah Sultan Abdul Hamid II

Manakala Syarif Mekah, Hussein Ali telah mengepalai Revolusi Arab 1918 bagi memerdekakan Jazirah Arab dari pentadbiran Turki Uthmaniyyah. Pada tahun 1915-1916, Syarif Hussein Ali, telah mengadakan perjanjian dengan Sir Henry McMahon Pesuruhjaya Tinggi British di Mesir. Menurut perjanjian itu , orang Arab bersetuju melancarkan penentangan ke atas Uthmaniyyah seandainya British menjamin kemerdekaan Jazirah Arab. Syarif Hussein Ali bercita-cita untuk memerdekakan dan menyatukan Jazirah Arab. Namun begitu secara sulit, British dan Perancis menandatangani Perjanjian Sykes-Picot dimana seandainya mereka memenangi Perang Dunia I, mereka akan membahagikan Timur Tengah antara British dan Perancis. Perjanjian ini ditandatangani pada 16 Mei 1916.


Chaim Azriel Weizmann Presiden Israel Pertama 
Cham Weizmann, presiden Pertubuhan Zionis SeDunia ketika itu telah berjumpa dengan Setiausaha Hubungan Luar Negeri British ketika itu Arthur Balfour untuk meminta sokongan British terhadap rancangan penempatan Yahudi di Palestin. Balfour mencadangkan Uganda tetapi Weizmann berkeras mahukan Palestin. Akhirnya pada 1916, melalui Deklarasi Balfour, British bersetuju menyokong usaha penempatan Yahudi di Palestin.

Deklarasi Balfour
Turki Uthmaniyyah kalah dalam Perang Dunia Pertama. Jazirah Arab Berjaya membebaskan diri dari pengaruh Turki dan akhirnya system khalifah dihapuskan oleh Pendukung Revolusi Turki yang dipimpin Mustafa Kamal Attarturk. Arab yang berasa tertipu melalui Deklarasi Balfour dan Perjanjian Sykes-Picot akhirnya menandatangani Perjanjian Faisal-Weizmann 1919 dimana kemasukan imigran Yahudi ke palestin dibenarkan. Manakala tempat suci orang Islam dibawah kekuasaan orang Islam. Kerjasama ekonomi antara kedua belah pihak juga ditandatangani. Berdasarkan Perjanjian Sykes-Picot British diberi mandat menguasai Jordan, Iraq dan Palestin manakala Perancis diberi kawasan Syria dan Lubnan. Perjanjian Faisal-Weizmann tidak betahan lama apabila akhirnya Kerajaan Arab (Hijaz) ditawan oleh Bani Saud.

Ketika pentadbiran Mandat British di Palestin, Perang Dunia Kedua akhirnya berlaku. Pihak Nazi Jerman telah melakukan Holocaust terhadap orang yahudi menyebabkan imigran Yahudi ke Palestin meningkat berkaliganda. Pertambahan pendatang yahudi ini mendatangkan rasa tidak senang penduduk Arab Palestin sehingga menimbulkan pertelingkahan.  Lebih memburukkan keadaan, Mandat British telah mengamalkan dasar "Divide and Rule" dengan mengadakan pelbagai sekatan ke atas Arab Palestin seperti pemilikan senjata, tetapi memberi keistimewaan kepada pendatang Yahudi seperti penggalakan penubuhan pasukan keselamatan separa tentera. Atas dasar bersalah Eropah terhadap kekejaman Nazi akhirnya PBB meluluskan Pelan Pembahagian 1947 untuk penubuhan Negara bagi orang Yahudi dan Arab Palestin, disamping Jerusalem diletak dibawah pentadbiran antarabangsa bagi menggantikan Mandat British .Pelan pembahagian ini mencetuskan peperangan antara penduduk Palestin dan pendatang Yahudi.

Wajah-wajah imigran Yahudi ketika “Aliyah” 

Sebaik sahaja Mandat British berakhir, David ben Gurion telah mengisytiharkan kemerdekaan dan penubuhan sebuah Negara Yahudi iaitu Israel tanpa mengumumkan garis sempadannya dan berkuatkuasa pada 14 Mei 1948 sehari sebelum tamatnya Mandat British di Palestin. Sebelas minit selepas itu penubuhan Israel telah diiktiraf oleh Amerika Syarikat dan diikuti oleh beberapa Negara lain seperti Iran dan Rusia. Keesokan harinya tentera Negara-negara Arab dari Mesir, Jordan, Iraq, Syria dan Lubnan serta dibantu oleh pasukan dari Arab Saudi, Yaman, Ikhwanul Muslimin, Tentera Pembebasan Arab serta Tentera Jihad telah melancarkan serangan ke atas Israel tanda bantahan pengisytiharan sepihak kemerdekaan Israel menandakan bermulanya Perang Arab-Israel 1948 atau dikenali juga Perang Kemerdekaan Israel.

Peta menunjukkan negara-negara Arab yang terlibat ketika berperang dengan Israel pada Perang Kemerdekaan 1948
Tentera Israel dari Batalion Negev

Pada fasa permulaan perang ini, tentera negara-negara Arab melancarkan serangan dari pelbagai arah. Tentera Jordan dan Iraq dari arah timur melalui Baitul Maqdis, tentera Mesir mensasarkan Tel Aviv manakala Tentera Syria dan Lubnan dari arah utara. Walaubagaimanapun serangan ini tidaklah mengejutkan Israel yang sudah bersiap sedia menyediakan angkatan perangnya sejak 1947.  Tentera Israel yang baru ditubuhkan dengan menaiktaraf pasukan Haganah, Irgun dan Palmach ini telah mendapat bantuan kewangan dari Zionis Antarabangsa di Amerika Syarikat serta menyeludup senjata dari Czechoslovakia. Tentera Israel berjuang habis-habisan kerana mereka percaya inilah peperangan yang menentukan kelangsungan kewujudan mereka. Selain itu dalam peperangan ini juga memperlihatkan kebijaksanaan taktikal Israel apabila menggunakan sela masa gencatan senjata untuk memperbesarkan angkatan perang mereka.

Pejuang  Arab ketika perang


Manakala di pihak tentera Arab pula, ketiadaan pusat kawalan perintah menyebabkan kegagalan strategi perang tentera Arab. Kegagalan tentera Arab untuk bersatu kerana setiap pemimpin Negara-negara Arab tersebut mempunyai cita-cita politik mereka yang tersendiri. Jordan, yang memiliki tentera yang terkuat dibawah latihan British ingin menakluki Tebing Barat untuk dimasukkan kedalam kawasannya. Manakala Mesir mahukan kawasan selatan Palestin. Syria dan lubnan mahukan kawasan utara. Pejuang-pejuang Palestin pula ingin menubuhkan sebuah Negara Palestin yang merdeka. Kekurangan anggota tentera yang terlatih serta persediaan yang kurang juga merupakan factor kegagalan tentera Negara Arab gagal menewaskan Israel. Ini kerana ketika itu kebanyakan Negara Arab baru sahaja merdeka. Pada tahun 1949, Israel mengadakan perjanjian damai dengan Negara-negara Arab. Israel Berjaya menguasai ¾ keluasan Palestin. Manakala Semenanjung Gaza diserahkan kepada Mesir dan Tebing Barat kepada Jordan.

Avram Adan menaikkan “Ink Flag” – bendera Israel buatan tangan dari kain putih dan 2 botol dakwat biru di Umm Rasrash (Elliat) menandakan berakhirnya Perang Arab-Israel 1948

Maka, dari siri perjanjian damai tersebut, negara-negara Arab yabg terlibat secara tidak rasmi telah mengiktiraf kewujudan Israel. Sesungguhnya kemerdekaan Israel merupakan Nakba bagi Arab Palestin, selepas terdirinya Negara haram Israel Arab Palestin terus dianiaya, dibunuh, dipenjara tanpa bicara, dihalau dari tanah air serta dinafikan hak mereka untuk bernegara. Dan situasi ini masih lagi beterusan sehingga ke hari ini oleh masayrakat antarabangsa seluruhnya.

Tidak akan wujud Palestin selagi Israel masih berdiri
Palestin kehilangan hampir segala-galanya. Tanahnya dirampas pendatang haram Yahudi, Bandar sucinya, Jerusalam dibahagi dua. Dan rakan-rakan dari Negara Arab yang diresapi semangat nasionalisme pula berpuashati setelah masing-masing mendapat apa yang mereka mahukan melalui perjanjian sempadan antara mereka dan Israel. Yang tinggal hanyalah para pejuang mereka yang memburu dua perkara; sama ada hak untuk hidup bumi sendiri ataupun kemanisan syahid.

David Ben Gurion, Perdana Menteri Israel pertama

"If I were an Arab leader, I would never sign an agreement with Israel. It is normal; we have taken their country. It is true God promised it to us, but how could that interest them? Our God is not theirs. There has been Anti - Semitism, the Nazis, Hitler, Auschwitz, but was that their fault? They see but one thing: we have come and we have stolen their country. Why would they accept that?"
- David Ben Gurion quoted by Nahum Goldmann in Le Paraddoxe Juif (The Jewish Paradox), pp121

p/s: : "Tiada kebangkitan untuk umat tanpa ilmu dan tiada yang memimpin orang kafir melainkan ilmu" - Imam Asy-Syahid Hassan Al Banna















2 comments:

kebatilan yang bersistem akan dapat mengalahkan kebenaran yang tidak bersistem...

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama diipikirkan adalah kata SULIT. Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...