Friday 26 April 2013

Lawa Tapi Beracun



Kali ini kami mahu kongsikan pokok-pokok bunga yang makin popular di Malaysia tetapi beracun. Gambar di atas ialah pokok bunga Tiga Bulan atau nama Inggerisnya Hydrangea. Sebab namanya bunga tiga bulan? bunganya lambat layu dan kembang dalam tempoh yang lama. pH tanah memainkan peranan dalam menentukan warna bunga antaranya pink, unggu atau biru.




Pokok yang sesuai hidup di iklim sejuk serta memerlukan air yang banyak ini beracun pada semua bahagian pokok, lebih-lebih lagi bunganya. Jika anda memakan bahagian pokok ini, lebih-lebih lagi bunganya, anda akan mendapat kesan seperti keracunan sianida. (racun tentera nazi guna untuk bunuh diri bila ditangkap). Bunga ini mengandungi Hyragin, iaitu racun yang menyebabkan sesak nafas, pening, pengsan, kadar nadi bergerak pantas dan menyebabkan tekanan darah menurun. Yang paling teruk, akan menyebabkan kematian.








Pokok bunga Poinsettia ini selalu dijual di pasar raya kerana warna bunga yang terang serta kelihatan seperti pokok plastik. Ia selalu dijual dalam pasu sebagai hiasan untuk perayaan atau pokok hiasan untuk majlis-majlis. Getah yang terdapat pada pokok ini mempunyai racun apabila dimakan. Jika dimakan, akan menyebabkan muntah dan cirit-birit.













Poko ini sering kelihatan di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highland. Pokok Angel Trumpet atau dipanggil Bunga Loceng ini mengandungi Tropane Alkaloids. Bahan ini boleh menyebabkan halusinasi, meningkatkan kadar degupan jantung, serta mnyebabkan jantung terhenti atau jangkitan paru-paru pada penghidap asma. Ia juga dibuat sebagai teh bagi memberikan kesan halusinasi kepada peminumnya.







1 comments:

This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...