Sunday, 28 April 2013

SABAH: Disebalik Tuntutan Kesultanan Sulu


Sabah, Negeri Di Bawah Bayu

Ramai sekarang ini tengah sibuk dengan berita-berita tentang pilihanraya umum yang akan datang 5 Mei ini, Kami di sini hanya ingin bercerita sedikit mengenai isu yang sesetengah menganggap isu lapuk, manakala sesetengah lagi menganggap isu ini sensitif dengan keadaan semasa. kami hanya ingin menjernihkan suasana bukan ingin menambah garam di luka sedia ada. Mengenai perebutan Sabah mari kite susuli serba sedikit mengenai sejarah Sabah yang dulunya di kenali sebagai Seludang di dalam catatan NegaraKratagama tulisan Mpu Prapanca pada tahun 1365.

Semua sedia maklum yang Sabah ini dulunya di bawah Brunei, ya betul tetapi hanya selepas kerajaan Brunei meluaskan kuasanya di bawah pemerintahan Sultan Bolkiah iaitu Sultan Brunei kelima pada tahun 1485 hingga 1524. Sultan Bolkiah ini bukan Sultan Hasanal Bolkiah sekarang ye. Sultan Bolkiah yang legend ini la yang mengalahkan Kesultanan Sulu tapi dia baik tak bunuh Sultan Sulu dan kerabat malah berbesar hati memperisterikan anak Sultan Sulu, Laila Mecanai. Ini menambahkan pengaruh Brunei di kawasan Filipina sekarang kerana ketika itu Sultan Bolkiah sampai Manila (Seludong) kerajaannya. 

Pada 1660 hingga 1673, Brunei melalui satu fasa baru, perang saudara. Berdasarkan catatan sejarah, perang saudara ini bermula dengan hanya ketidakpuashatian dengan keputusan sabung ayam di antara  Pengiran Muda Bongsu dan Pengiran Muda Alam. Pengiran Muda Bongsu merupakan anak Sultan Brunei telah membunuh Pengiran Muda Alam kerana mengejek beliau. Peperangan ini di menangi oleh cucu Sultan Brunei yang anaknya jadi pembunuh bernama Sultan Muhyiddin. Di atas kemenangan beliau dengan kerjasama tentera Sultan Sulu, beliau menghadiahkan Sabah kepada Sultan Sulu (walaupun tiada bukti kukuh di atas perjanjian tersebut). dari sini bermula lembaran baru Sabah di dalam wilayah Sulu. 

Ketika 1848 dan 1851, pihak Sepanyol telah menyerang Jolo dan Balangingi menyebabkan Sultan Sulu terpaksa membuat perjanjian damai pada  30 April 1851. Di dalam perjanjian ini, pihak Sepanyol menganggap Sultan Sulu mengiktiraf kedaulatan dan hak Sepanyol terhadap semua daerah Sulu yang di masukkan dalam pentadbiran negara Filipina yang baru di tubuhkan mereka manakala Sultan Sulu menganggap perjanjian ini mengiktiraf beliau sebagai pemerintah kawasan Kepulauan Sulu dan North Borneo dan persahabatan.






                                                           Bendera North Borneo



Pada 1761, Alexander Dalrymple, pegawai British East India Company, membuat perjanjian pula dengan Sultan Sulu untuk membolehkan beliau membuka pos perdagangan di kawasan North Borneo dimana menemui kegagalan di atas ada sesetengah tempat di Sabah ketika itu tak mengiktiraf Sultan Sulu sebagai pemimpin mereka. Pada 1846, Labuan pula diserahkan kepada British oleh Sultan Brunei dan pada 1848 Labuan menjadi British Crown Colony. 


Beberapa siri pertukaran telah berlaku,  hak terhadap North Borneo telah bertukar tangan kepada Alfred Dent, dimana pada 1881 telah menubuhkan British North Borneo Provisional Association Ltd (permulaan kepada lahirnya British North Borneo Company). Pada tahun berikutnya, the British North Borneo Company telah dibentuk dan Kudat menjadi ibu negeri ketika itu. Pada 1883 ibu negeri telah beralih kepada Sandakan. Dalam tahun 1885,  United Kingdom, Sepanyol dan Jerman telah menandatangani Madrid Protocol of 1885, dimana telah mengiktiraf kedaulatan Sepanyol di  Kepulauan Sulu sebagai balasan bagi pelepasan daripada semua tuntutan Sepanyol ke atas Borneo Utara. Disini menjadi titik tolak milik siapa Sabah sebenarnya selepas ini. Pada 1888 North Borneo menjadi protectorate of the United Kingdom

Okey, mari kite imbas kembali perjanjian Madrid pade 1885:


Kerajaan Sepanyol , setakat yang berkenaan dengan Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah di benua Borneo, yang dipunyai atau yang telah dipunyai pada masa lalu kepada Sultan Sulu (Jolo), dan yang terdiri daripada pulau-pulau jiran Balambangan, Banguey, dan Malawali, serta semua mereka yang terdiri dalam zon tiga liga maritim dari pantai, dan yang menjadi sebahagian daripada wilayah-wilayah yang ditadbir oleh Syarikat digelar "Syarikat Borneo Utara British."
-Perkara III, Madrid Protocol 1885
Satu lagi perkara yang penting mengenai perjanjian yang berkaitan dengan Perkara IV yang menjamin tidak ada sekatan ke atas perdagangan kepada pihak-pihak protokol dalam Kepulauan dan Borneo Utara.

Dari sini kita mendapati dengan jelas bahawa pihak British ketika itu juga menganggap semua kepulauan Sulu dan Borneo Utara adalah milik Sepanyol dan Borneo Utara diberi kepada British untuk digunakan. 



Bendera Sabah ketika ini


Ketika perebutan pulau Lingitan dan Sipadan pada 2002, dengan jelas pihak mahkamah dunia ada membincangkan serba sedikit mengenai isu Sabah dan pihak Sultan Sulu dengan Filipina. Dalam rumusan mereka, mereka bersependapat bahawa pihak Sulu mahupun Filipina tidak mempunyai hak lagi keatas Sabah di atas Perjanjian Bases of Peace and Capitulation ditandatangani Sultan Sulu dan Sepanyol di Jolo pada 22 Julai 1878 dimana menurut mereka berdasarkan perjanjian tersebut dengan jelas menyatakan Sultan Sulu menyerahkan kedaulatan dan segala tanah miliknya kepada kerajaan Sepanyol. Ini bermaknea tiada hak lagi diatas perebutan Sabah. 

Menurut Pesuruhjaya Cobblod, rakyat Sabah telah mampu merancang masa depan mereka sendiri dan ini telah menunjukan mereka iaitu rakyat Sabah memilih untuk bersama-sama dalam pembentukan Malaysia ketika itu. ini membuktikan suara rakyat yang memilih, jadi Sultan Sulu juga kena beringat bahawa rakyat lagi berkuasa dari Sultan Sulu dan rakyat juga yang menentukan seseorang itu sultan atau tak. Itu baru betul. Dalam rumusan Cobblod ada mengatakan sebahagian kecil rakyat Sabah ingin melihat pemerintahan British untuk beberapa tahun lagi baru bertukar kepada Malaysia (tiada pun rakyat Sabah menyatakan ingin melihat Sultan Sulu memerintah mereka berdasarkan laporan Cobbold la)  

Jika kita menyelami lagi pergerakan sejarah, kita tidak pernah mendengar mahupun terbaca akan kesungguhan 'kerajaan Sultan Sulu' ini bangkit mempertahankan Sabah. Jika betul mereka merasa Sabah adalah hak mereka patutnya dari dulu bangkitkan isu ini lebih-lebih lagi ketika era penjajahan Jepun dan pergerakan Komunis. Kenapa mereka yang dikatakan mempunyai hak keatas Sabah tak bersama-sama menentang penjajahan tersebut? mungkin ada mungkin tak. Kita tak mengetahuinya kerana tiada catatan. Mungkin juga kerana penentangan dari pihak Amerika ketika itu untuk menghapuskan puak Moro (orang Islam Filipina) membuatkan mereka tiada masa untuk mempertahankan Sabah?

Sepatutnya ketika era moden ini, mereka sebagai entiti Islam di Filipina menunjukkan contoh yang baik dengan menjalinkan hubungan persahabatan dengan pemimpin Sabah mahupun Malaysia. Malaysia sebuah negara Islam tapi pihak Sulu masih sibuk menentang dan mengatakan Sabah hak mereka. Jika Sabah dibawah negara bukan seagama dengan mereka kita mungkin faham tapi mereka sepatutnya sedar bahawa Sabah dibawah naungan negara Islam yang dalam proses ke arah negara maju. Mereka boleh juga belajar bersama, bertatih bersama Malaysia dan Brunei hatta Filipina sekali pun dalam meningkatkan taraf hidup rakyat mereka. Itu yang utama, bukan membuta tuli menuntut 'hak' mereka dan mengorbankan banyak nyawa. 


Pendapat penulis, selagi Sabah di bawah Malaysia mampu pergi jauh itu yang terbaik, perebutan hanya menyusahkan banyak pihak. Sejarah Malaysia, Brunei, Filipina dan Indonesia banyak mengajar kita perebutan dan tamak akhirnya membinasakan kite sumua, tak kira pemimpin mahupun rakyat marhaen.  



Rujukan:


"East Malaysia and Brunei". Ancient Chinese Trading Links (Periplus Editions): 30. March 2001. ISBN 978-962-593-180-7. Retrieved 16 August 2009
^ Barbara Watson Andaya and Leonard Y. Andaya (1982). A History of Malaysia. MacMillan Press Ltd. p. 58. ISBN 978-0-312-38121-9. Retrieved 9 October 2009
^ Saunders, Graham E. (2002). A History of Brunei. RoutlegdeCurzon. p. 45. ISBN 978-0-7007-1698-2. Retrieved 5 October 2009
^ Palawan Tourism Council: History of Palawan at the Internet Archive. Accessed 27 August 2008.
^ J. M. Gullick (1967), Malaysia and Its Neighbours, The World studies series, Taylor & Francis, p. 148-149, retrieved 2012-11-17
^ Protocol of 1885. Sabah State Attorney-General's Chambers. Retrieved 11 October 2009.
^ United Nations Member States
^ "Sabah's Heritage: A Brief Introduction to Sabah's History", Muzium Sabah, Kota Kinabalu. 1992
^ Ramlah binti Adam, Abdul Hakim bin Samuri, Muslimin bin Fadzil: "Sejarah Tingkatan 3, Buku teks", published by Dewan Bahasa dan Pustaka (2005)
Ruben Sario; Julie S. Alipala; Ed General (17 September 2008). "Sulu sultan's 'heirs' drop Sabah claim". Philippine Daily Inquirer. Retrieved 26 October 2010.
^ Aning, Jerome (23 April 2009). "Sabah legislature refuses to tackle RP claim". Philippine Daily Inquirer. Retrieved 27 February 2013.
^ Max Planck Institute for Comparative Public Law and International Law, ed. (2012), II. Substantive International Law – Second Part,;1.TERRITORY OF STATES, Max Planck Institute for Comparative Public Law and International Law, retrieved 2012-10-15
^ "WHAT WENT BEFORE: Sultan of Sulu’s 9 principal heirs". Philippine Daily Inquirer. 23 February 2013. Retrieved 23 February 2013.

1 comments:

Kerja ni pilak-pilak mau menuntut sabah saja. Tempat sendiri pun kucar-kacir. ekonomi teruk. Apa?? kalau kamu dapat sabah baru ekonomi kamu melonjak?? HAHAHAHA. BODOH. Singapura lagi kecil dari kamu pun maju dari malaysia. Sultan kamu tu yang palui. perang saja kerja. kiayam la kamu pilak

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...