Saturday 15 February 2014

Mengapa Super Glue Lebih Kuat Berbanding Gam Biasa??



Bila ada pasu pecah akibat kita bermain bola dalam rumah ketika kecil, kita akan tampal senyap-senyap guna super glue, atau tapak kasut tertanggal kita tampal guna gam sebab tak sempat nak hantar ke tukang kasut. Memang banyak kegunaan gam kuat ini, tapi apa yang menyebabkan ia berbeza dengan gam yang biasa kita gunakan untuk pelajaran seni?



Secara senangnya gam kuat atau super glue menggunakan ikatan kimia antara molekul berbanding gam biasa yang menggunakan ikatan yang lebih lemah. Setiap gam mempunyai 2 ciri tahap kelekatan iaitu ia perlu melekat pada benda asing dan ia perlu melekat pada sesama sendiri.


Gam biasa menggunakan ikatan van der Waals, iaitu hanya ikatan yang lemah. Dalam kes ini, air berfungsi untuk mengekalkan kelekatan antara molekul ketika didalam bekas gam, apabila gam digunakan, permukaan yang bersentuhan dengan udara akan menyebabkan air menyejat, molekul yang tinggal akan melekat sesama sendiri dan juga sebarang permukaan.


Super glue pula menggunakan ikatan kimia dengan bahannya ialah cyanoacrylate, bahan kimia yang akan menjadi polimer apabila terdedah kepada air. Atom hidrogen dan oksigen dalam air menyebabkan tindak balas kimia dalam gam yang menjadikannya plastik yang keras.


Sedikit kelembapan dalam udara akan menyebabkan gam mengeras pada kadar yang sangat cepat akibat tindakan kimia, inilah yang sebab mengapa super glue lebih cepat mengeras dan lebih kuat daya lekatan berbanding gam biasa.



Sekian saja fakta ringkas edisi sains :-)



3 comments:

where to buy this super glue? what brand/kind is the best quality

This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...