Saturday 23 March 2013

Bagaimana Span Dibuat??



Bagaimana span yang selalunya kita guna dirumah untuk gosok badan, basuh pinggan, cuci kereta dan sebagainya? Mari kami kongsikan sedikit info.


Sebelum zaman Rom lagi span telah digunakan oleh manusia untuk membersihkan diri ketika membuang air serta mandi yang lokasinya bermula di Greece. Setiap askar Rom juga akan mempunyai span masing-masing untuk kegunaan membersihkan diri. Ketika itu span dibuat dengan menangkap span laut yang mudah ditemui di sekitar laut Mediterranean. 


Span laut mempunyai rangka yang dibuat dari spongin dan hidup dengan menyedut tumbuhan mikroskopik dari laut. Span laut mengambil masa yang lama untuk membesar serta boleh hidup untuk jangka masa yang sangat lama sehingga ratusan tahun. Jom lihat beberapa span laut :



Spongebob juga sejenis span laut!














Pada 1942, span sintetik berjaya dihasilkan oleh 3 jurutera di syarikat Dupont yang juga terkenal kerana berjaya mencipta nylon. Setelah menyimpan rahsia paten membuat span sintetik selama 10 tahun, paten ini dijual kepada syarikat General Mills pada 1952. Bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan span sintetik ini ialah cellulose yang diambil dari kulit pokok. Sodium sulphate akan dicampur bagi memberi tekstur span yang berlubang-lubang dan serat akan ditambah untuk menguatkan struktur span. Bahan kimia akan digunakan untuk melembutkan span serta peluntur digunakan untuk memberikan warna cerah dan membersihkan span.






Span laut yang telah siap diproses





Seperti yang anda lihat di atas, span laut sedikit lain teksturnya. Bagi mendapatkan span laut, penyelam akan mengutip span laut di sekitar batu serta terumbu karang. Span yang dikutip akan ditutup dengan kain basah ketika di atas bot. Haiwan tersebut akan mati dan kulit luarnya akan tertanggal, penyelam akan membasuh span dan menjemur ia sehingga kering. Span tersebut akan dibasuh beberapa kali lagi sebelum dijual oleh pembeli.









0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...