Fakta Ringkas KauTahuTak: Edisi 6

Kembali di laman sesawang Kau Tahu Tak setelah cuti...berapa banyak kali cuti da......

Apa Beza Garam Laut dan Garam Bukit?

Perbezaan garam ini adalah dari segi rasa, tekstur dan proses menghasilkannya.

Bunga Raya-Mengapa ia Dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan

Kementerian Pertanian telah memberikan 7 jenis bunga untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan

Buat Kanak-kanak Malaysia yang lahir pada 1980an: TV time!!! BaNaNaNa

Post kali ni, kami di Kau Tahu Tak ingin dedikasikan kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 1980an

Bagaimana Cincau Dibuat??

korang terfikir tak macam mana rupa cincau atau bagaimana la cincau ini dibuat dan diperolehi??

Thursday 23 February 2012

Zirafah Terkecil?



Ini bukanlah zirafah yang sebenar, tapi nama diberi Giraffe Weevil, sempena bentuknye yang seakan-akan zirafah. Haiwan ini adalah spesis endemik di Madagascar, maksudnye hanya ditemui di negara ini sahaje. Bentuk lehernya yang panjang hanye pada serangga jantan sahaja yang kemungkinan membantu mereka membina sarang serta berlawan untuk musim mengawan.




Giraffe weevil betina




Sarang Giraffe Weevil


Serangga ini akan membuat sarang di pokok Dichaetanthera cordifolia dan Dichaetanthera arborea dengan hanye sebiji telur (mcm senang pupus je). Serangga ini mempunyai banyak warna tetapi kebanyakkannye lebih kepade hitam merah.


Saiz serangga berbanding jari orang






Wednesday 15 February 2012

Seni Bonsai Yang Awesome!



Aku rase ini pokok bonsai yang paling hebat dan payah nak buat. Kalau dapat buat mesti puas hati dan bangga bile tetamu datang rumah :D


Bonsai ini di reka oleh Takanori Aiba dari Jepun. Dia dapat idea nak buat bonsai yang kreatif ini lepas gabungkan pengalaman dia dalam bidang pokok bonsai serta ilustrator. Takanori ni dulu lepasan pelajar dari Universiti Tokyo Zokei. Lepas jadi kerja sambilan sebagai ilustrator, die tubuhkan syarikat Graphic and Design Inc.

Antara masa yang diambil untuk bentuk pokok bonsai ni serta tambah detail seperti rumah, tangga dan lain-lain antara 6 bulan sampai la 1 setengah tahun!Kalau berminat nak lihat lebih dekat korang terpakse ke Jepun tengok galeri dia. Jom tengok antara masterpiece seni bonsai dia:



























Saturday 11 February 2012

Bahaya Air Soda



Semua orang tahu air soda bahaya untuk badan, tapi masih ramai yang minum. Korang tahu tak, baru-baru ni ada kajian mengatakan air soda menyebabkan organ dalaman kite diliputi lemak merbahaya. Lebih-lebih lagi kalau bukan diet-soda seperti diet-coke.

Saintis Denmark yang membuat kajian mengatakan, peminum air soda mempunyai peningkatan lemak merbahaya tersembunyi di bahagian ginjal serta tulang.




Sesetengah minuman soda menggunakan minyak sayuran yang mengandungi bromin yang berfungsi untuk pastikan perasa tiruan bercampur dengan baik dalam minuman. Bahan ini selalunya dijumpai dalam minuman tenaga seperti Mountain Dew yang boleh menyebabkan keracunan bromide seperti kulit melepuh serta hilang ingatan serta kerosakkan sistem saraf.




Kebayakkan gula yang digunakan dalam pembuatan air soda di USA datang dari jagung yang telah dibaiki genetiknya. Di Malaysia, tak dapat dipastikan. Walaupun setakat ni, makanan genetik tak ade masalah, tapi untuk jangke mase yang lame sape yang tahu?Namun, ada yang mengatakan makanan genetik merosakkan sistem pencernaan, mempercepatkan proses penuaan serta mandul!



P.S: Nak minum boleh aje, cume baik kurangkan


Apakah Ini!



Bulu apekah ini?Tak pernah lak nampak sebelum ini kan??Ini la baru dipanggil ulat bulu yang memang betul-betul berbulu,haha


Dalam nada seriusnye, ulat ni adalah Megalopyge opercularis, iaitu ulat kupu-kupu.Rasenye tak hidup di Malaysia, hanya dijumpai di USA, Mexico dan kawasan tengah Benua Amerika. Kupu-kupu ni ada macam-macam nama antaranye  southern flannel mothpussy moth!puss caterpillar,tree asp dan asp caterpillar.











Walaupun korang teringin nak belai macam kucing, ulat ni sangat gatal kerana bulunya sebenarnye adalah duri serta mempunyai sengat yang boleh menyebabkan kegatalan. Kalau time melancong oversea, tersentuh ulat ni,dinasihatkan untuk cabut duri dari tangan dan rendam dalam ais atau sapu losyen calamine. Effect racun dari duri ulat ini boleh membawa kepada muntah, sakit dada, kebas dan susah bernafas. 



Akibat sentuh Ulat bulu






Saturday 4 February 2012

Kubis Aneh?



Pelik sekali sayur ni, macam direka oleh artisan pulak. Romanesco broccoli ni berasal dari Itali dan dijumpai sekitar abad ke-16. Bentuknya yang mengikut logaritma matematik serta patern yang same menyebabkan banyak ahli matematik tertarik untuk kaji corak pusaran kubis ini kerana bilangan pusaran kubis ini mengikut Nombor Fibonacci.








Oleh kerana, bentuknya yang pelik, memang ramai yang tak reti nak masak macam mana kecuali di Itali yang mempunyai pelbagai resepi sebab kalau silap masak, rupanya akan buat korang tak selera nak makan.

Biji benih sayur ni pun hanya dijual di laman web serta apabila ditanam ia tumbuh lebih besar berbanding kubis biasa yang ditanam. Tak dapat bayangkan? pergi Cameron Highland tengok kebun sayur ye

Friday 3 February 2012

Black Orchestra: Satu konspirasi Gagal


Adolf Hitler

Black Orchestra atau dalam bahasa Jerman; Schwarze Kapelle merupakan istilah yang telah diberikan oleh Geheime Staatspolizei (GESTAPO =polis rahsia) kepada gerakan anti-Hitler.
 
Konspirator didalam Black Orchestra terdiri dari beberapa panglima perang yang bimbang terhadap polisi politik Nazi pimpinan Hitler yang sangat radikal. Oleh itu, dengan menggulingkan Hitler dan Parti Nazi, mereka berharap kedaulatan Jerman dapat dikekalkan. Rancangan untuk menggulingkan Hitler telah bermula sejak tahun 1938 lagi dimana ketika itu ahli-ahli Black Orchestra terdiri pegawai-pegawai dari Wehrmacht (Tentera German) dan Abwehr (Agensi Risikan)
Bendera Nazi

Pada awalnya mereka merancang untuk menggulingkan Hitler menerusi saluran politik. Tetapi cara tersebut semakin mustahiil untuk dilakukan, terutamanya setelah Hitler menjadi Presiden dan Chancellor Jerman selepas kematian Presiden Paul Von Hindenberg (veteran Perang Dunia Pertama). Dalam tempoh dua tahun corak pemerintahan Hitler berubah dari pilihanraya kepada diktator seumur hidup. Hitler menerusi GESTAPO dan Schutzstaffel (SS = organisasi separa tentera yang berkhidmat untuk Parti Nazi) telah bertindak menghapuskan sebarang gerakan politik yang bertentangan dengan ideology Nazi.

Dua tokoh utama dalam gerakan Black Orchestra ialah Wilhem Canaris yang merupakan kEtua Risikan Tentera German (Abwehr) dan Jeneral Kolonel Ludwig Beck yang merupakan Ketua kepada gerakan ini. Canaris bertindak sebagai double-faced ejen. Ketika Hitler mendedahkan plan peperangannya pada tahun 1937 kepada pegawai atasan tentera termasuk Canaris dan Beck, Canaris telah memberitahu maklumat tersebut kepada Perdana Menteri British, Neville Chamberlain dan Winston Churchill. Walaubagaimanapun pihak British mengambil mudah maklumat tersebut, tindakan silap yang menyebabkan Hitler semakin melangkah kehadapan terhadap rancangan peperangannya.


Apabila tentera German menyerang dan menakluki Poland pada tahun 1939 dengan taktik Blitzkrieg (serangan kilat) seluruh benua Eropah terkejut dengan kepantasan kemaraan tentera German apabila mereka berjaya menakluki Perancis, Denmark dan Norway dalam masa yang singkat. Situasi ini menyebabkan kumpulan Black Orchestra semakin tertekan untuk meneruskan misi mereka .

Apabila tentera Berikat menyerang Normandy barulah kumpulan Black Orchestra memulakan rancangan mereka. Objektif utama kumpulan ini ialah untuk membunuh Hitler dan Himmler (orang kanan Hitler) bagi menyelamatkan German dari ditakluki tentera Berikat. Ketika serangan ke atas Normandy, oleh tentera Berikat selain Hitler dan kroninya di kalangan SS, ramai beranggapan German sudahpun tewas. Eugene Rommel seorang hero German yang mendapat gelaran “Desert Fox” kerana kehebatannya dalam pertempuran di gurun utara Afrika, telah berjumpa Hitler untuk memujuknya mengadakan perjanjian damai dengan pihak Berikat. Hitler menolak dan akhirnya Rommel menyertai Black Orchestra.

Sepanjang tahun 1943-44, tidak kurang dari 4 percubaan untuk membunuh Hitler  dan Himmler , namun kesemuanya gagal kerana Hitler ketika diambang kekalahannya amat jarang berada dikhalayak ramai dan jarang berada di Berlin. Kebanyakan masanya dihabiskan di Wolfschanze (Sarang Serigala) yang merupakan pusat operasi ketenteraannya. Hitler dikelilingi oleh para pengawal dan hanya berjumpa dengan orang yang dipercayai sahaja, lebih-lebih lagi apabila Himmler dan GESTAPO mendapat maklumat mengenai rancangan menjatuhkan Hitler.
Stauffenberg

Akhirnya peluang yang ditunggu telah tiba apabila Hitler mengadakan mesyuarat ketenteraan pada 20 Julai, Stauffenberg seorang pegawai muda yang buta sebelah mata dan kehilangan sebelah tangannya secara sukarela membawa bom kedalam bilik mesyuarat Hitler. Himmler tidak hadir, tetapi rancangan tersebut terpaksa diteruskan. Bom tersebut akan berjaya membunuh Hitler seandainya mesyuarat tersebut diadakan di bilik bawah tanah. Tetapi pada hari tersebut cuaca agak panas dan mesyuarat terpaksa diadakan di tingkat  atas dimana tingkapnya terbuka. Setelah meletakkan beg bimbitnya yang mengandungi bom jangka, Stauffenberg keluar dari bilik mesyuarat dan terus pulang ke Berlin apabila mendengar bunyi letupan bom yang memusnahkan bilik tersebut.






 
Pegawai-pegawai tinggi di dalam Black Orchestra mengumumkan kematian Hitler dan melancarkan Operasi Valkyrie yang dirangka untuk membenarkan pengambilalihan kuasa dari pasukan SS kepada pasukan tentera simpanan apabila Hitler mati. Dengan kekuatan tentera simpanan inilah para konspirator mengambilalih beberapa bangunan pejabat dan jabatan penting. Namun begitu Joseph Goebbels, ketua propaganda Parti Nazi mendapat maklumat Hitler hanya cedera ringan, walaupun 4 orang pegawai atasannya mati dalam letupan tersebut. Hitler (yang akhirnya menelefon sendiri Goebbels) mengarahkan semua konspirator Black Orchestra ditangkap.

Stauffenberg bersama beberapa pegawai yang lain ditembak mati pada malam itu juga . manakala beberapa pegawai seperti Tresckow membunuh diri. Rommel pula dipaksa membunuh diri bagi melindungi nyawa ahli keluarganya. Ramai diantara ahli konspirator telah dibicarakan di mahkhamah dan digantung menggunakan tali piano yang disangkut di penyangkuk daging. Seramai hampir 5000 orang telah diburu, diseksa dan dibunuh. Yang terahir ialah Canaris. Dia diseret keluar dari kem tahanan dalam keadaan bogel sebelum digantung pada 9 April 1945.


p/s: Kalau korang nak tau, Filem "Valkyrie" lakonan Tom Cruise juga berdasarkan kisah sebenar mengenai rancangan Black orchestra untuk membunuh Hitler.

Gila Betul!


Kenal tak siape dia ni? Kalau yang bace Gila-Gila mesti kenal dengan Professor Serba Tahu. Kali ni post pasal komik-komik terulung zaman 80-an hingga awl 90-an. (Komik ni, tiap-tiap page mesti ade kartun-kartun kecik kn? )

Komik ini diterbitkan pada 1978 oleh Creative Enterprise Sdn. Bhd. dengan kartunis antaranye Imuda, Kerengge, Rejabhad, Don, Long dan ramai lagi.




Majalah dengan motto majalah satira nasional ni ade banyak komik yang popular, antaranye From Taiping With Love, Pendekar Mato Tiga, Perwira Mat Gila dan banyak lagi (aku lupe tajuk die,kartun yg kje die asyik melancong je). Tak dilupa ruangan Minah Leter dengan Mat Romeo yang memang terbaik untuk dibace.




Paling ditunggu-tunggu kalau isu tu ade bagi poster, pelekat, kad raye, atau sampul duit raye yang memang unik dan klakar, seronok bagi kat kawan-kawan. Lagi best, page belakang majalah ni kite kne lipat untuk tengok gambar tersembunyi antara titik A & B, haha!

Antara ruangan soal-jawab yang aku suke


P.S: Bagus jugak kalau dapat bace koleksi gila-gila yang lame



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...