Monday 12 November 2012

Misteri Lingsir Wengi dan Cik Ponti



(AMARAN: kepada yang ada lemah jantung, sedang mengandung, mudah hilang semangat, takut gelap, gi toilet time malam berteman atau kanak-kanak yang belum mumayyiz, anda tidak digalakkan untuk meneruskan pembacaan. Kalau nak bace gak, jangan baca sesorang, bace reramai ye….)

Sesungguhnya Syrik dan Khurafat itu dosa, nerakalah jawabnya. Seandainya kejahatan dan kepalsuan itu ada, maka yakin jualah bahawa kebaikan dan kebenaran itu tetap juga ada. Tuhan maha berkuasa, tiada yang setara baginya.

Teringat masa kecil dahulu, masa baharu kenal dunia dan televisyen, di satu sore ade tengok satu filem Indonesia. Filem seram. Kalau tak silap tajuk filem itu Sundel Bolong. Tengok kat rumah kawan. Tengok ramai-ramai seronok. Takla takut sangat. Nak jerit pun ramai-ramai. Ada yang tak berani duduk depan TV, mungkin dekat sangat dengan hantu agaknya. Bila part suspen tutup mata dengan tangan, tapi ada berani sikit-sikit, curik tengok celah jari. Akibatnya, tak berani nak pegi mengaji malam sorang-sorang. Kena pegi ramai-ramai. Jenuh jugakla ayah nak bayar bil lektrik pasal malam tidur tak boleh tutup lampu. Harapnye supaya cepat siang. Esok pegi sekolah, kononnya berani , buat rumusan filem semalam sambil berkongsi kisah hantu dengan kawan-kawan lain. Gelakla, aku sebagai lelaki wajar rasa takut ye,…. Sundel Bolong dan Cik Ponti ni kacau lelaki je.


Cik Ponti, Cik Kunti, Sundel Bolong dan Langsuir

Keempat-empatnya perempuan. Pontianak berasal dari gabungan perkataan perempuan mati anak. Di Indonesia ia lebih dikenali sebagai Kuntilanak. Dia dikatakan berasal dari perempuan yang mati mase mengandung. Selalunya mati dibunuh ataupun mengandung akibat diperkosa kemudian membunuh diri. Pontianak seringkali menjelma sebagai perempuan cantik yang berjalan seorang diri di waktu malam untuk menggoda lelaki. Dia juga sering kelihatan berambut panjang dengan berkain putih. Dikatakan antara tanda-tanda kehadiran Pontianak ni ialah terdengar suara bayi. Jika suara bayi itu terdengar berdekatan maknanya Pontianak itu jauh lagi, tapi bila suara baby tu makin perlahan, maknenye dah dekat la Pontianak tu. Selain itu, bau wangi juga mengiringi kehadiran si Cik Ponti ni dimana bau wangi ini bertukar menjadi busuk apabila mendekati mangsanya.



Mangsa utama Ck Ponti ini semestinya lelaki terutamanya yang memperkosa dan membunuhnya dulu lantaran kewujudannya akibat dendam. Lelaki yang digodanya ini akhirnya akan dihisap darahnya dan dikorek organ dalamannya. Namun modus operandi Cik Ponti ni berbeza sedikit dengan Cik Kunti. Kuntilanak pula mensasarkan mangsanya dikalangan perempuan muda dan dara.  Manakala dikalangan orang Sunda, Kuntilanak ni tak usik orang. Cuma menakut-nakutkan orang sahaja dengan kemunculan mereka. Pontianak ini juga mengesan mangsanya dengan bau pakaian mereka. (Pasal tu la kot mase senja orang tua dulu-dulu dah angkat jemuran. Tak biar sampai ke  malam.)


Selain itu perbezaan Pontianak dan Kuntilanak adalah paku. Mengikut cerita jika Cik Ponti dan Kunti ini dipakukan, diorang akan jadi perempuan yang cantik dan bini yang baik. Kalau Pontianak kene paku kat lubang belakang leher. Manakala Kuntilanak pula dekat ubun-ubun atas kepala. Tapi rasenye, takde sape kot nak cube.

Langsuir pula lain dari cik berdua tersebut. Langsuir dikatakan dari perempuan yang mati lepas bersalin atau mati meroyan. Langsuir juga tak berapa cantik (alololo….). matanya merah, bajunya pula sama ada bewarna hijau atau putih. Kukunya panjang digunakan untuk mengorek perut mangsa. Langsuir juga dikatakan menghisap darah dan mangsanya ialah perempuan mengandung. Langsuir dkatakan akan menyebabkan mangsanya keguguran ataupun mati. Langsuir takde lubang untuk dipaku, so dia tak boleh nak jadi cantik.

Sundel Bolong lagi sedih kisahnya. Sundel bolong bermaksud pelacur yang berlubang. Dia asalnya seorang pelacur. Ada yang mengatakan dia ni mati ketika mengandung dan melahirkan anak di dalam kubur. Ada juga yang cerita dia ni mati masa bersalin dan anaknya keluar kat belakang. Pasal tu ada lubang kat belakang. Lubangnya besar (teringat part dalam Filem Sundal Bolong mase hantu tu makan sate..) dan tak berbaloi korang paku. Dia tak akan jadi cantik. Dia Cuma ingin membalas dendam. Jika lelaki yang diperdaya enggan menuruti kehendaknya, organ genital lelaki tersebut akan dirobek.

Bunga Harum Sundal Malam


Haa… ni la bunga fevert cik Pontianak kita, bunga Harum Sundal Malam. Di Indonesia bunga ini dikenali sebagai bunga Sedap Malam dan dijandikan bunga rasmi provinsi Jawa timur. Manakala di Iran pula dikenali sebagai Gole Maryam (Bunga Maryam) di India pula dikenali sebagai RajniGandha (wangian malam). Dari segi saintifik, ia dipanggil Polianthes tuberosa, omputih panggil Tube Roses. Bunga ini berasal dari Amerika tengah dan Mexico. Keistimewaan bunga ini ialah walaupun kecil ia akan mengeluarkan bau wangi yang kuat pada waktu malam sahaja. Seperti bunga melur, bunga ini juga berbeza dari bunga wangi yang lain iaitu bau wanginya tak hilang dengan cepat walaupun telah dipetik dari tangkainya.


Bunga harum Sundal Malam digunakan secara meluas sebagai pati minyak wangi. Patinya dijual agak mahal iaitu kira-kira USD100 untuk 5mL kerana dakwaan wangian bunga ini mampu memberikan kuasa psikik dan diguna secara meluas dalam terapi emosi dan perasaan untuk menenangkan hati. (kene terbau mase tengah malam…) bunga ini juga femes digunakan untuk tujuan mistik dan ilmu hitam. Selain dari bunga ni, ada jugak yang kaitkan Pontianak dengan Bunga Melur, Seroja, Kenanga, Kemboja dan lain-lain. Jangan risau, nak tanam, tanam je bunga ni. Bunga ni tak bersalah pun.

Lingser Wangi dan Si Cindai


Lingsir wengi
Sepi durong bisa nendro
Kagodo mring wewayang kan ngreridu ati
Kawitane mung sembrono njur kulino
Ra ngiro yen bakal nuwuhke tresno
Nanging duh tibane
Aku dhewe kang nemahi
Nandang bronto kadung loro
Sambat sambat sapa
Rino wengi sing tak puji ojo lali
Janjine muga bisa tak ugemi

Lingsir wengi sliramu tumeking sirno (Menjelang malam, dirimu(bayangmu) mulai sirna...)
Ojo Tangi nggonmu guling (Jangan terbangun dari tidurmu...)
awas jo ngetoro (Awas, jangan terlihat (memperlihatkan diri)..).
aku lagi bang wingo wingo(Aku sedang gelisah,)
jin setan kang tak utusi (Jin setan ku perintahkan)
dadyo sebarang (Jadilah apapun juga,)
Wojo lelayu sebet... (Namun jangan membawa maut...)


Lagu Lingsir Wengi ni sebenarnya lagu Jawa. Lagu yang menjadi soundtrack filem Kuntilanak ini menjadi popular kononnya bila dengar dan nyanyi lagu ni Cik Kunti datang. Betul ke?

Ada yang mendakwa sebenarnya lagu Lingsir Wengi ni berasal dari Kidung (Syair Jawa) Rumekso Ing Wengi yang dicipta oleh Sunan Kalijaga. Kidung ini dialunkan seperti wirid dan zikir selepas solat pada waktu malam di kalangan masyarakat Jawa waktu dulu.  Kidung ini dikenali kerana berisi mantera tolak bala,  seperti malapetaka waktu malam, penyakit, menang dalam perang dan jodoh cepat.

Selain itu lagu Lingsir Wengi ini juga dikatkan berasal dari Syair Durma (lagu) yang terdapat dalam Macapat (kumpulan syair tradisional Jawa). Macapat ni terdiri dari pelbagai jenis bersesuaian dengan tema syair seperti Puchung (tekateki), Asmaradana (cinta) dan Mas Kumambang (rindu kampong halaman). Lingsir Wengi dalam kategori Durma yang bertemakan pertembungan / semangat kejam.

Manakala Cindai pula sebenarnya sejenis kain sutera bercorak bunga. Namun bagi masyarakat Minangkabau, apabila dibubuh Si dihadapan Cindai ia membawa maksud Pontianak.

Kesan


Cerita pasal Pontianak ni memang popular dikalangan masayarakat nusantara. Cerita pasal Pontianak ni diperturunkan dari mulut ke mulut, buat peringatan si tua kepada anak-anak muda. Jangan keluar waktu senja,,, malah betapa popularnya Cik Ponti sorang ni sampai diabadikan di dalam beberapa buah filem terkenal di Malaysia dan Indonesia. Antaranya ialah Anak Pontianak (1958), Sumpah Pontianak, Pontianak Harum Sundal Malam I&II (2004,2005), Trilogi Kuntilanak (2006,2007,2008) dan Sundel Bolong (1981). Malah kisah Pontianak juga ada terakam didalam Hikayat Abdullah. Antara pelakon Pontianak yang terkenal ialah Maria Menado dan Maya Karin.


Selain itu di Indonesia juga terdapat nama tempat dipanggil Kota Pontianak. Dikawasan ini dahulunya pernah berdiri Kesultanan Pontianak. Menurut sejarah, Syarif Abdurrahman al-Kadrie diganggu Pontianak ketika membuka kawasan Pontianak. Kini, Pontianak merupakan salah satu kota utama di Kalimantan Barat.

Pemandangan Kota Pontianak. Kelihatan Masjid Jame’ Sultan Abdurrahman Pontianak di tebing Sungai Kapuas

Pengajaran

Bila cerita pasal Cik Ponti ni rata-rata kita mesti terbayangkan kisah-kisah seram. Buat meremang si bulu roma di kala senja. Habis kuat pun pengarah filem jadikan filem komedi. Tak ramai yang mahu berfikir jauh tentang pengajaran yang boleh kita ambil dari si Cik Ponti ni

Segelintarnya, menolak terus dari mempercayai Pontianak, katanya ini kepercayaan syirik dan khurafat. Pontianak, hanyalah jin yang mahu takut-takutkan manusia. Yang menjadikan kepercayaan kepada Pontianak terpesong dari aqidah adalah meyakini Pontianak boleh membawa mudharat, boleh mencabut nyawa, manakala dengan melakukan ritual tertentu boleh berlindung daripadanya seperti membawa benda tajam macam kaca dan paku. Inilah salah. Hanya Allah sahaja yang boleh datangkan mudharat dan manfaat.



Ada yang kata lagenda si Pontianak ni sebenarnya kisah dihikayat untuk menakutkan teruna-teruna dari kacau anak dara orang. Lebih-lebih lagi waktu malam. Tak elok. Kang terkacau cik Ponti nanti lari tak cukup tanah. Si dara pula, dah tau malam jangan la jalan sorang-sorang takut bahaya. Gadis-gadis juga tak elok pakai wangian berlebihan, takut menarik perhatian si lelaki bukan muhrim. Ada juga kata (Paul therox, 1977), cerita Pontianak ni direka para isteri nak elak laki diorang pegi menggatal dengan gadis lain yang jumpa kat jalan waktu malam.


Pontianak juga mengingatkan si lelaki jangan menganiaya golongan wanita. Si perempuan pula kena pandai jaga maruah diri. Mungkin sebab tu dulu-dulu kes perkosa anak dara orang, perlacuran, bunuh diri, sumbang mahram dan buang bayi ni kurang. Tak macam zaman sekarang. Kononnya orang sekarang moden duduk bandar besar, Pontianak tak wujud. yang percaya hantu ni orang kampung je. Ramai yang lupa, syaithan bertopeng manusia ada dimana-mana pada bila-bila masa.

Maya Karin memang lawa jadi Pontianak, dan bagi aku filem Pontianak Harum Sundal Malam ni antara filem melayu yang bagus kualitinya. Tertarik juga dengan dendangan Gurindam Dua Belas karangan Raja Haji.



Apabila banyak berlebih-lebihan suka
itulah tanda hampir duka
Ingatkan dirinya mati
itulah asal berbuat bakti
Akhirat itu terlalu nyata
kepada hati yang tidak buta
Gurindam 12 kini mohon berhenti

Kehadiran Pontianak mungkin sebagai ujian kepada keimanan manusia. Atau mungkin juga sebagai lambang keruntuhan moral manusia. Walau apa sekalipun kewujudannya merupakan satu misteri.










4 comments:

nice story about this so called ghost

This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...