Sunday 11 November 2012

Honey Locust Pokok Yang Tidak Semanis Namanya



Pokok Honey Locust atau nama saintifiknya Gleditsia triacanthos ini berasal dari Amerika Utara yang mempunyai duri yang tajam serata batang dan dahannya.














Pokok ini boleh mencapai ketinggian 20-30 meter dan mempunyai umur yang singkat iaitu 120 tahun? (kalau manusia tentu dah masuk world record kalau hidup 120 tahun). Pokok ini sering menjadi pilihan untuk ditanam di kwasan projek perumahan kerana ia cepat tumbuh bagi memberi teduhan serta tahan dengan tanah yang tidak subur, cuaca yang panas serta tanah beralkali.







Pokok ini dikatakan mempunyai banyak duri bagi melindungi diri dari pemakan daun di zaman Pleistocene megafauna iaitu haiwan besar yang hidup pada zaman dahulu seperti mammoth, mastodon dan lain-lain. Bagus juga kalau ditanam di Malaysia, payah sikit orang nak tampal iklan, tapi kalau nak bersandar untuk berteduh memang bocor badan!





Kalau kita lihat pokok dan buahnya seperti pokok di negara kita kan? Buah pokok ini yang memberikan nama 'honey locust' kerana memberikan rasa manis yang dimakan oleh orang asli amerika serta boleh dibuat arak. Kayunya juga boleh dibuat perabot yang berkualiti.


Pokok ini diminati oleh penternak lembu kerana buahnya menjadi makanan tambahan yang memberikan sumber protein dan sebagai kawasan berteduh bagi lembu ketika meragut rumput. Ia juga dikatakan boleh menyuburkan tanah kerana boleh mengikat nitrogen dalam tanah seperti pokok kekacang, namun akar pokok ini tidak mempunyai nodul simbiosis dengan bakteria seperti kacang, jadi kesahihannya tidak dapat dipastikan.








0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...