Fakta Ringkas KauTahuTak: Edisi 6

Kembali di laman sesawang Kau Tahu Tak setelah cuti...berapa banyak kali cuti da......

Apa Beza Garam Laut dan Garam Bukit?

Perbezaan garam ini adalah dari segi rasa, tekstur dan proses menghasilkannya.

Bunga Raya-Mengapa ia Dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan

Kementerian Pertanian telah memberikan 7 jenis bunga untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan

Buat Kanak-kanak Malaysia yang lahir pada 1980an: TV time!!! BaNaNaNa

Post kali ni, kami di Kau Tahu Tak ingin dedikasikan kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 1980an

Bagaimana Cincau Dibuat??

korang terfikir tak macam mana rupa cincau atau bagaimana la cincau ini dibuat dan diperolehi??

Friday, 30 November 2012

Bagaimana Cincau Dibuat??




Cincau adalah bahan yang selalu kita jumpa dalam abc, cendol atau dalam minuman cincau sendiri. Seumur hidup ini, korang terfikir tak macam mana rupa cincau atau bagaimana la cincau ini dibuat dan diperolehi??



















Semua gambar yang korang lihat di atas adalah pokok yang akan diproses menjadi cincau. Nama pokok ini ialah Mesona Chinensis yang tergolong dalam pokok pudina. Pokok ini banyak ditanam di Asia Tenggara terutamanya di China dan Taiwan. Pokok ini senang tumbuh di kawasan yang berpasir dan kering dan selalunya di tanam di bawah pokok sebagai tanaman sampingan di ladang.











Pokok ini akan dikeringkan dahulu sebelum di rebus dengan kalium karbonat selama beberapa jam sebelum disejukkan dan dicampur sedikit tepung untuk menjadikannya jeli yang korang panggil cincau atau grass jelly.



Air cincau yg paling sedap pernah aku rasa


Cincau dikatakan boleh menyejukkan badan, menurunkan tekanan darah tinggi, menghilankan selsema dan di Vietnam, minuman ini di minum untuk meningkatkan kesuburan wanita. Manakala di Taiwan ia diminum panas dan dikatakan memberi kesan diuretic iaitu membantu mengeluarkan air kencing yang lebih banyak. Namun, tiada kajian mendalam dilakukan untuk mengenal pasti khasiat cincau.




Sunday, 25 November 2012

Aktiviti Internet Kita Diperhatikan?





Adakah korang semua pasti akaun Facebook, email, Linked, Blogger  atau apa-apa aplikasi sosial yang yang korang gunakan tidak mengintip data history, apa yang korang click dan like?




Menurut laporan siasatan di Amerika Syarikat, kebanyakkan syarikat laman sosial akan menggunakan biodata korang, apa yang korang like, click dan search, apa yang korang beli, gambar korang dan biodata apa yang korang like akan dijual bagi pihak ketiga jika anda menggunakan laman sosial tanpa disedari. 



Bagi yang tidak kisah tiada apa yang perlu dirisaukan, namun bagi yang risau maklumat diri digunakan sesuka hati atau yang rasa diri sudah tiada privasi boleh cuba download application ini yang akan membantu korang melindungi maklumat korang : https://www.privacyfix.com/start


Apabila korang semua menggunakan ini, dia akan tunjukkan berapa banyak Facebook mendapat keuntungan dari aktiviti korang di Facebook dan peratus Facebook menjejaki ativiti melayari internet korang. (Terasa macam paranoid pulak!haha)




Tetapi hati-hati guna, jangan semua benda nak di block guna software ini, nanti ada laman internet yang korang guna tak boleh buka. Kalau yang suka main game di Facebook, jangan block apps yang korang masih main, cuma delete game yang korang dah berhenti agar maklumat diri tidak digunakan bagi pembuat apps itu untuk dijual syarikat barangan, kad kredit, telekomunikasi dan lain-lain.


Korang boleh lihat sendiri contoh dibawah:













Monday, 12 November 2012

Misteri Lingsir Wengi dan Cik Ponti



(AMARAN: kepada yang ada lemah jantung, sedang mengandung, mudah hilang semangat, takut gelap, gi toilet time malam berteman atau kanak-kanak yang belum mumayyiz, anda tidak digalakkan untuk meneruskan pembacaan. Kalau nak bace gak, jangan baca sesorang, bace reramai ye….)

Sesungguhnya Syrik dan Khurafat itu dosa, nerakalah jawabnya. Seandainya kejahatan dan kepalsuan itu ada, maka yakin jualah bahawa kebaikan dan kebenaran itu tetap juga ada. Tuhan maha berkuasa, tiada yang setara baginya.

Teringat masa kecil dahulu, masa baharu kenal dunia dan televisyen, di satu sore ade tengok satu filem Indonesia. Filem seram. Kalau tak silap tajuk filem itu Sundel Bolong. Tengok kat rumah kawan. Tengok ramai-ramai seronok. Takla takut sangat. Nak jerit pun ramai-ramai. Ada yang tak berani duduk depan TV, mungkin dekat sangat dengan hantu agaknya. Bila part suspen tutup mata dengan tangan, tapi ada berani sikit-sikit, curik tengok celah jari. Akibatnya, tak berani nak pegi mengaji malam sorang-sorang. Kena pegi ramai-ramai. Jenuh jugakla ayah nak bayar bil lektrik pasal malam tidur tak boleh tutup lampu. Harapnye supaya cepat siang. Esok pegi sekolah, kononnya berani , buat rumusan filem semalam sambil berkongsi kisah hantu dengan kawan-kawan lain. Gelakla, aku sebagai lelaki wajar rasa takut ye,…. Sundel Bolong dan Cik Ponti ni kacau lelaki je.


Cik Ponti, Cik Kunti, Sundel Bolong dan Langsuir

Keempat-empatnya perempuan. Pontianak berasal dari gabungan perkataan perempuan mati anak. Di Indonesia ia lebih dikenali sebagai Kuntilanak. Dia dikatakan berasal dari perempuan yang mati mase mengandung. Selalunya mati dibunuh ataupun mengandung akibat diperkosa kemudian membunuh diri. Pontianak seringkali menjelma sebagai perempuan cantik yang berjalan seorang diri di waktu malam untuk menggoda lelaki. Dia juga sering kelihatan berambut panjang dengan berkain putih. Dikatakan antara tanda-tanda kehadiran Pontianak ni ialah terdengar suara bayi. Jika suara bayi itu terdengar berdekatan maknanya Pontianak itu jauh lagi, tapi bila suara baby tu makin perlahan, maknenye dah dekat la Pontianak tu. Selain itu, bau wangi juga mengiringi kehadiran si Cik Ponti ni dimana bau wangi ini bertukar menjadi busuk apabila mendekati mangsanya.



Mangsa utama Ck Ponti ini semestinya lelaki terutamanya yang memperkosa dan membunuhnya dulu lantaran kewujudannya akibat dendam. Lelaki yang digodanya ini akhirnya akan dihisap darahnya dan dikorek organ dalamannya. Namun modus operandi Cik Ponti ni berbeza sedikit dengan Cik Kunti. Kuntilanak pula mensasarkan mangsanya dikalangan perempuan muda dan dara.  Manakala dikalangan orang Sunda, Kuntilanak ni tak usik orang. Cuma menakut-nakutkan orang sahaja dengan kemunculan mereka. Pontianak ini juga mengesan mangsanya dengan bau pakaian mereka. (Pasal tu la kot mase senja orang tua dulu-dulu dah angkat jemuran. Tak biar sampai ke  malam.)


Selain itu perbezaan Pontianak dan Kuntilanak adalah paku. Mengikut cerita jika Cik Ponti dan Kunti ini dipakukan, diorang akan jadi perempuan yang cantik dan bini yang baik. Kalau Pontianak kene paku kat lubang belakang leher. Manakala Kuntilanak pula dekat ubun-ubun atas kepala. Tapi rasenye, takde sape kot nak cube.

Langsuir pula lain dari cik berdua tersebut. Langsuir dikatakan dari perempuan yang mati lepas bersalin atau mati meroyan. Langsuir juga tak berapa cantik (alololo….). matanya merah, bajunya pula sama ada bewarna hijau atau putih. Kukunya panjang digunakan untuk mengorek perut mangsa. Langsuir juga dikatakan menghisap darah dan mangsanya ialah perempuan mengandung. Langsuir dkatakan akan menyebabkan mangsanya keguguran ataupun mati. Langsuir takde lubang untuk dipaku, so dia tak boleh nak jadi cantik.

Sundel Bolong lagi sedih kisahnya. Sundel bolong bermaksud pelacur yang berlubang. Dia asalnya seorang pelacur. Ada yang mengatakan dia ni mati ketika mengandung dan melahirkan anak di dalam kubur. Ada juga yang cerita dia ni mati masa bersalin dan anaknya keluar kat belakang. Pasal tu ada lubang kat belakang. Lubangnya besar (teringat part dalam Filem Sundal Bolong mase hantu tu makan sate..) dan tak berbaloi korang paku. Dia tak akan jadi cantik. Dia Cuma ingin membalas dendam. Jika lelaki yang diperdaya enggan menuruti kehendaknya, organ genital lelaki tersebut akan dirobek.

Bunga Harum Sundal Malam


Haa… ni la bunga fevert cik Pontianak kita, bunga Harum Sundal Malam. Di Indonesia bunga ini dikenali sebagai bunga Sedap Malam dan dijandikan bunga rasmi provinsi Jawa timur. Manakala di Iran pula dikenali sebagai Gole Maryam (Bunga Maryam) di India pula dikenali sebagai RajniGandha (wangian malam). Dari segi saintifik, ia dipanggil Polianthes tuberosa, omputih panggil Tube Roses. Bunga ini berasal dari Amerika tengah dan Mexico. Keistimewaan bunga ini ialah walaupun kecil ia akan mengeluarkan bau wangi yang kuat pada waktu malam sahaja. Seperti bunga melur, bunga ini juga berbeza dari bunga wangi yang lain iaitu bau wanginya tak hilang dengan cepat walaupun telah dipetik dari tangkainya.


Bunga harum Sundal Malam digunakan secara meluas sebagai pati minyak wangi. Patinya dijual agak mahal iaitu kira-kira USD100 untuk 5mL kerana dakwaan wangian bunga ini mampu memberikan kuasa psikik dan diguna secara meluas dalam terapi emosi dan perasaan untuk menenangkan hati. (kene terbau mase tengah malam…) bunga ini juga femes digunakan untuk tujuan mistik dan ilmu hitam. Selain dari bunga ni, ada jugak yang kaitkan Pontianak dengan Bunga Melur, Seroja, Kenanga, Kemboja dan lain-lain. Jangan risau, nak tanam, tanam je bunga ni. Bunga ni tak bersalah pun.

Lingser Wangi dan Si Cindai


Lingsir wengi
Sepi durong bisa nendro
Kagodo mring wewayang kan ngreridu ati
Kawitane mung sembrono njur kulino
Ra ngiro yen bakal nuwuhke tresno
Nanging duh tibane
Aku dhewe kang nemahi
Nandang bronto kadung loro
Sambat sambat sapa
Rino wengi sing tak puji ojo lali
Janjine muga bisa tak ugemi

Lingsir wengi sliramu tumeking sirno (Menjelang malam, dirimu(bayangmu) mulai sirna...)
Ojo Tangi nggonmu guling (Jangan terbangun dari tidurmu...)
awas jo ngetoro (Awas, jangan terlihat (memperlihatkan diri)..).
aku lagi bang wingo wingo(Aku sedang gelisah,)
jin setan kang tak utusi (Jin setan ku perintahkan)
dadyo sebarang (Jadilah apapun juga,)
Wojo lelayu sebet... (Namun jangan membawa maut...)

video

Lagu Lingsir Wengi ni sebenarnya lagu Jawa. Lagu yang menjadi soundtrack filem Kuntilanak ini menjadi popular kononnya bila dengar dan nyanyi lagu ni Cik Kunti datang. Betul ke?

Ada yang mendakwa sebenarnya lagu Lingsir Wengi ni berasal dari Kidung (Syair Jawa) Rumekso Ing Wengi yang dicipta oleh Sunan Kalijaga. Kidung ini dialunkan seperti wirid dan zikir selepas solat pada waktu malam di kalangan masyarakat Jawa waktu dulu.  Kidung ini dikenali kerana berisi mantera tolak bala,  seperti malapetaka waktu malam, penyakit, menang dalam perang dan jodoh cepat.

Selain itu lagu Lingsir Wengi ini juga dikatkan berasal dari Syair Durma (lagu) yang terdapat dalam Macapat (kumpulan syair tradisional Jawa). Macapat ni terdiri dari pelbagai jenis bersesuaian dengan tema syair seperti Puchung (tekateki), Asmaradana (cinta) dan Mas Kumambang (rindu kampong halaman). Lingsir Wengi dalam kategori Durma yang bertemakan pertembungan / semangat kejam.

Manakala Cindai pula sebenarnya sejenis kain sutera bercorak bunga. Namun bagi masyarakat Minangkabau, apabila dibubuh Si dihadapan Cindai ia membawa maksud Pontianak.

Kesan


Cerita pasal Pontianak ni memang popular dikalangan masayarakat nusantara. Cerita pasal Pontianak ni diperturunkan dari mulut ke mulut, buat peringatan si tua kepada anak-anak muda. Jangan keluar waktu senja,,, malah betapa popularnya Cik Ponti sorang ni sampai diabadikan di dalam beberapa buah filem terkenal di Malaysia dan Indonesia. Antaranya ialah Anak Pontianak (1958), Sumpah Pontianak, Pontianak Harum Sundal Malam I&II (2004,2005), Trilogi Kuntilanak (2006,2007,2008) dan Sundel Bolong (1981). Malah kisah Pontianak juga ada terakam didalam Hikayat Abdullah. Antara pelakon Pontianak yang terkenal ialah Maria Menado dan Maya Karin.


Selain itu di Indonesia juga terdapat nama tempat dipanggil Kota Pontianak. Dikawasan ini dahulunya pernah berdiri Kesultanan Pontianak. Menurut sejarah, Syarif Abdurrahman al-Kadrie diganggu Pontianak ketika membuka kawasan Pontianak. Kini, Pontianak merupakan salah satu kota utama di Kalimantan Barat.

Pemandangan Kota Pontianak. Kelihatan Masjid Jame’ Sultan Abdurrahman Pontianak di tebing Sungai Kapuas

Pengajaran

Bila cerita pasal Cik Ponti ni rata-rata kita mesti terbayangkan kisah-kisah seram. Buat meremang si bulu roma di kala senja. Habis kuat pun pengarah filem jadikan filem komedi. Tak ramai yang mahu berfikir jauh tentang pengajaran yang boleh kita ambil dari si Cik Ponti ni

Segelintarnya, menolak terus dari mempercayai Pontianak, katanya ini kepercayaan syirik dan khurafat. Pontianak, hanyalah jin yang mahu takut-takutkan manusia. Yang menjadikan kepercayaan kepada Pontianak terpesong dari aqidah adalah meyakini Pontianak boleh membawa mudharat, boleh mencabut nyawa, manakala dengan melakukan ritual tertentu boleh berlindung daripadanya seperti membawa benda tajam macam kaca dan paku. Inilah salah. Hanya Allah sahaja yang boleh datangkan mudharat dan manfaat.



Ada yang kata lagenda si Pontianak ni sebenarnya kisah dihikayat untuk menakutkan teruna-teruna dari kacau anak dara orang. Lebih-lebih lagi waktu malam. Tak elok. Kang terkacau cik Ponti nanti lari tak cukup tanah. Si dara pula, dah tau malam jangan la jalan sorang-sorang takut bahaya. Gadis-gadis juga tak elok pakai wangian berlebihan, takut menarik perhatian si lelaki bukan muhrim. Ada juga kata (Paul therox, 1977), cerita Pontianak ni direka para isteri nak elak laki diorang pegi menggatal dengan gadis lain yang jumpa kat jalan waktu malam.


Pontianak juga mengingatkan si lelaki jangan menganiaya golongan wanita. Si perempuan pula kena pandai jaga maruah diri. Mungkin sebab tu dulu-dulu kes perkosa anak dara orang, perlacuran, bunuh diri, sumbang mahram dan buang bayi ni kurang. Tak macam zaman sekarang. Kononnya orang sekarang moden duduk bandar besar, Pontianak tak wujud. yang percaya hantu ni orang kampung je. Ramai yang lupa, syaithan bertopeng manusia ada dimana-mana pada bila-bila masa.

Maya Karin memang lawa jadi Pontianak, dan bagi aku filem Pontianak Harum Sundal Malam ni antara filem melayu yang bagus kualitinya. Tertarik juga dengan dendangan Gurindam Dua Belas karangan Raja Haji.

video


Apabila banyak berlebih-lebihan suka
itulah tanda hampir duka
Ingatkan dirinya mati
itulah asal berbuat bakti
Akhirat itu terlalu nyata
kepada hati yang tidak buta
Gurindam 12 kini mohon berhenti

Kehadiran Pontianak mungkin sebagai ujian kepada keimanan manusia. Atau mungkin juga sebagai lambang keruntuhan moral manusia. Walau apa sekalipun kewujudannya merupakan satu misteri.










Sunday, 11 November 2012

Honey Locust Pokok Yang Tidak Semanis Namanya



Pokok Honey Locust atau nama saintifiknya Gleditsia triacanthos ini berasal dari Amerika Utara yang mempunyai duri yang tajam serata batang dan dahannya.














Pokok ini boleh mencapai ketinggian 20-30 meter dan mempunyai umur yang singkat iaitu 120 tahun? (kalau manusia tentu dah masuk world record kalau hidup 120 tahun). Pokok ini sering menjadi pilihan untuk ditanam di kwasan projek perumahan kerana ia cepat tumbuh bagi memberi teduhan serta tahan dengan tanah yang tidak subur, cuaca yang panas serta tanah beralkali.







Pokok ini dikatakan mempunyai banyak duri bagi melindungi diri dari pemakan daun di zaman Pleistocene megafauna iaitu haiwan besar yang hidup pada zaman dahulu seperti mammoth, mastodon dan lain-lain. Bagus juga kalau ditanam di Malaysia, payah sikit orang nak tampal iklan, tapi kalau nak bersandar untuk berteduh memang bocor badan!





Kalau kita lihat pokok dan buahnya seperti pokok di negara kita kan? Buah pokok ini yang memberikan nama 'honey locust' kerana memberikan rasa manis yang dimakan oleh orang asli amerika serta boleh dibuat arak. Kayunya juga boleh dibuat perabot yang berkualiti.


Pokok ini diminati oleh penternak lembu kerana buahnya menjadi makanan tambahan yang memberikan sumber protein dan sebagai kawasan berteduh bagi lembu ketika meragut rumput. Ia juga dikatakan boleh menyuburkan tanah kerana boleh mengikat nitrogen dalam tanah seperti pokok kekacang, namun akar pokok ini tidak mempunyai nodul simbiosis dengan bakteria seperti kacang, jadi kesahihannya tidak dapat dipastikan.








Minimalist Wallpaper



Bagi anda yang sukakan wallpaper yang ringkas sebab tak nak serabut mata, ini antara wallpaper ringkas yang kami cadangkan.






















































































































Saturday, 3 November 2012

Kisah Sejarah Malaysia Yang Hilang Part 2






Berlatar belakangkan dari sejarah Malaysia yang hilang part 1, kite akan berkisar lagi dengan Lembah Bujang dan sekeliling nye. Ramai beranggapan (tak kire la pakar arkaelogi maupun rakyat Malaysia sendiri) bahwa Angkor Wat di Kemboja dan Borobodur di Indonesia merupakan terawal di Asia Tenggara..ye betol memang terawal tapi sudah pasti bukan paling awal…hah, mesti terpikir mane tetibe kami di sini nak claim cam tu kan? Menurut penemuan baru-baru ini oleh kumpulan kajian USM di Sungai Batu dalam Lembah Bujang dijumpai tempat aka kilang pemproses besi yang di anggar berusia 50 tahun hingga 100 tahun before Masihi berdasarkan Carbon Dating yang di antar sampel ke Jepun, USA dan Korea bagi kepastian. Untuk Angkor Wat dan Borobodur akan ade kisah laen di siri akan datang kerana terdapat rahsia sejarah yang menarik mengenai kedua-dua bangunan epik ini.. catatan seorang pengembara Arab,Abu Dulaf al-Muhalhil yang berasal dari Bukhara,telah singgah di Kalaha (Kedah) pada tahun 940 Masehi:
"Apabila saya sampai di Kalah, saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata-mata air dari bumi. Saya lihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya dalam dunia ini. Di dalam kota ada tukang-tukang membuat pedang "qala'i" iaitu pedang Hindi yang tulen…seperti di negeri China, terdapat orang-orang yang tidak menyembelih ternakan yang mereka makan. Penduduknya mempunyai sistem keadilan dan mempunyai penjara serta hukuman denda.."

Focus kite tetap Lembah bujang.. Lembah bujang boley dikategorikan sebagai pusat Metropolitan pada zaman nye. Walaupun kite tau yang Chi Tu wujud 100 before Masihi tetapi tarikh itu merupakan teori penubuhan kerajaan Chi Tu di Kelantan. Di Lembah Bujang ni dh wujud Metropolis antara 50 – 100 BC bermakne kerajaan yang mendiami Lembah Bujang telah lame bertapak dan maju!. Sezaman dengan Rome Empire, Chinese Empire ketika era Tang dan Sui telah mencatatkan akan wujudnye kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara di mane mereka merujuk kepada satu bangsa bernama Kunlun atau Louyu atau moden nye Melayu. Dalam catatan mereka ada menyatakan kerajaan-kerajaan Melayu purba sejauh Myammar sekarang hingga ke Indonesia sekarang. Kite dalam buku teks sejarah hanye berkisarkan di semenanjung Malaysia. Pade pendapat kami, mungkin untuk mengelakkan persengketaan diantara Negara ASEAN maka tidak diceritakan secara terperinci oleh sejarahwan barangkali? Menurut catatan orang Khmer, ade dengan jelas mengatakan terdapat kerajaan dari Malayang di tempat mereka dan memberi layanan baik kepada mereka. Hubungan Khmer dan Melayu dah lame wujud dan menjadi perkara biase orang Melayu berkawen dengan orang Khmer ketika itu. Manuskrip lame Khmer pun banyak menceritakan raja dari Malayang (kerajaan Melayu) ketika itu. Manuskrip tersebut lebih lame dari dijangkakan. Ini membuatkan pengkaji sejarah Khmer menyatakan kerajaan-kerajaan ini adalah kerajaan pra-Srivijaya (kerajaan Agung Melayu dari Sumatra). Lembah Bujang boleh dikatekan sebagai pusat pertemuan kerajaan-kerajaan Melayu purba seperti Langkasuka dan Kedah Tua (Kedah), Gangga Negara dan Beruas (Perak), Battambang (Kemboja), Ttambinga (Thailand) barangkali kerana menurut catatan yang ditemui di kemboja dan Myammar, kerajaan-kerajaan ini more like City-state seperti yang kite pelajari dalam sejarah Greek dan Rome. Banyak lagi kerajaan-kerajaan yang berada dalam lingkungan era tersebut dan seperti catatan  Chén Shòu 陳壽 (233–297) terdapat sebuah kerajaan yang ditubuhkan oleh Huntian (chinese given name) berasal dari kerajaan selatan (semenanjung Malaysia atau Indonesia) diberi name Funan. Sekarang ni terdapat teori baru mengenai Funan bahawa Funan bukan sebuah kerajaan tapi merangkumi gabungan kerajaan-kerajaan menjadi satu identiti dan mungkin Huntian ni menyatukan mereka dalam persekutuan dan boleh jadi antara kerajaan persekutuan terawal di dunia dan yang menariknye Langkasuka seperti terlepas dari gabungan tersebut! it mean Langkasuka bukan kecil2 kerajaan kerana Funan pade era tersebut empire yang kuat. pade pendapat kami Langkasuka tu sendiri merangkumi Gangga Negara, Beruas, Patani, Kedah Tua dan Langkasuka tu sendiri sebagai satu entiti persekutuan jugak. terdapat juge teori dimane kerajaan Melayu di segenting kra juga mungkin bersame Langkasuka berdasarkan catatan dari kerajaan China ketika itu. sejarah Melayu lama atau purba jika disingkap agak menarik dan dari sini kite boley tau akan kewujudkan kite di bumi bertuah ini dah lame dan ini memang tanah tumpah kite. jika diteliti dari map moden, dari vietnam ke Myammar hingga lah ke indonesia sume ade kesan dari nenek moyang kite..ape yang dapat kite konklusikan adalah kite serumpun, lahir dari tanah same dan keturunan juge mungkin same tapi mungkin kerana perbezaan agama maupun pengangan membuatkan kite terpisah seperti negara yang wujud sekarang.  



p/s : ni hanye la pendapat kami yang tak berapa arif dan sejarah tapi mengemarinye berdasarkan fakta-fakta yang ade.

p/s 2: thailand ade sejarah yang menarik untuk dikongsi tapi akan datang la ye...by da way they came from Tai people in Guangxi. bahase mereka mix of austronesian with Zhuang Dong dari Guangxi. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...