Sunday 14 October 2012

Nak Tidur Lena?



Bagi korang yang selalu susah nak tidur ataupun sudah sampai ke tahap imsomnia boleh amalkan makanan-makanan ini bagi membantu korang tidur lena:







Sila makan buah ceri untuk senang tidur malam-malam kerana buah ini mengandungi melatonin, iaitu bahan kimia yang membantu jam biologi badan kita untuk tidur. Melalui kajian penyelidik, buah ceri boleh menambahkan durasi tidur serta memberikan tidur yang berkualiti.






Walaupun ramai tidak suka minum susu kerana nanti akan ke tandas, susu memang membantu anda tidur kerana ia mempunyai asid amino tryptophan iaitu bahan awal untuk menghasilkan serotonin di otak. Mungkin boleh mempengaruhi otak untuk tidur awal??






Beras Jasmine berada di kedudukan teratas bagi indeks glycemic, iaitu perut akan menghadamnya secara perlahan dan membebaskan glucose secara perlahan-lahan. Kajian pada 2007 mengatakan jika kita makan nasi ini 4 jam sebelum tidur, masa yang diambil untuk tidur dapat dikurangkan separuh berbanding makanan lain.







Makan bijiran sebaiknya dari gandum untuk memudahkan anda tidur. Selain itu anda boleh memakan barli, buckwheat dan quinoa.









Pisang boleh membantu anda tidur kerana ia penuh dengan magnesium dan potassium yang berfungsi untuk merehatkan otot badan.









Makan ayam belanda kerana ia mengandungi tryptophan sama seperti susu. Rakyat Malaysia jarang atau tak pernah langsung makan ayam ni








Boleh cuba makan keledek( keledek bakar di Jusco!) kerana ia mempunyai banyak potassium. Selain itu, ubi kentang, kacang lima serta betik juga boleh diambil.







Dalam beberapa kajian, teh valerian mampu mempercepatkan rasa tidur serta membaiki kualiti tidur.







0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...