Sunday 14 October 2012

Jumlah Institusi Beraja DiDunia??



Agak-agaknya berapa raja yang masih ada dalam dunia yang semakin moden ini? Kalau korang nak tahu, jumlah institusi diraja yang masih wujud di dunia ialah 44 atau 45 negara. Ia boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:





Negara-negara Komanwel

Bendera Komanwel



Negara Komanwel Yang Diketuai oleh Queen Elizabeth II


Ada 16 negara Komanwel yang ketua negaranya ialah Queen Elizabeth II iaitu Antigua dan Barbuda, Australia, Bahamas, Barbados, Belize, Kanada, Grenada, Jamaica, New Zealand, Papau New Guinea, Saint Kitts dan Nevis, Saint Lucia, Saint Vincent dan Grenadines, Kepulauan Solomon, Tuvalu, United Kingdom dan Utara Ireland. Raja ini mempunyai kuasa yang terhad dan hanya terlibat sebagai adat istiadat sahaja.










Monarki Berpelembagaan Eropah

Raja Albert II (Belgium)

Terdiri daripada 8 negara iaitu Andorra, Belgium, Denmark, Luxembourg, Belanda, Norway, Sepanyol dan Sweeden. Mereka juga raja yang berkuasa terhad dengan hanya terlibat sebagai upacara adat istiadat dan sebagai ketua agama. Cuma yang uniknya, Andorra bukan raja keturunan sebaliknya dilantik dari president Perancis dan Bishop of Urgell. Bagaimana boleh jadi macam itu?ia melibatkan perkara yang berlaku pada zaman dahulu, kira macam raja Perancis sebagai penaung negara Andorra la.








Monarki Mutlak Eropah

Raja Monaco (Albert II)
Raja Liechtenstein (Hans-Adam II)

Kedua-dua raja ini mempunyai kuasa politik yang kuat serta mempunyai pegangan yang besar dalam hartanah serta syarikat. Liechtenseins berada berhampiran Austria dan diberi nama berdasarkan istana keluarga Liechenstein dari tahun 1140 lagi. Hans mempunyai kuasa veto dalam kerajaan dan boleh melantik dan memecat pegawai kerajaan tetapi rakyat boleh menggunakan referendum untuk menghentikan institusi beraja.Manakala Raja Monaco pula hanya boleh melantik pegawai kerajaan.






Institusi Beraja Islam

Agong Pertama Malaysia (Tuanku Abdul Rahman-Negeri Sembilan)

Melibatkan 10 negara iaitu Malaysia, Brunei, Bahrain, Jordan, Arab Saudi, Kuwait, Morocco, Oman, Qatar dan UAE. Mereka mempunyai lebih kuasa berbanding raja di bawah payung Komanwel atau raja Eropah. Malah ada raja yang berkuasa mutlak. Malaysia rasanya yang paling unik dengan 9 raja dan di antara mereka akan dilantik seorang Agong setiap 5 tahun. Indonesia dulu banyak raja tapi habis kena bunuh dan turun tahta ketika proses kemerdekaan negara mereka.







Institusi Beraja Asia Timur

Raja Jepun (Akihito)


Raja Bhutan Ke-5


Ada 4 negara iaitu Jepun, Thailand, Kemboja, Bhutan. Mempunyai kuasa yang terhad dan hanya terlibat dengan adat istiadat. Tiga negara ini tidak pernah dijajah kuasa barat kecuali Kemboja yang dijajah oleh Perancis dan digulingkan oleh Khmer Rouge sebelum dikembalikan kepada raja pada tahun 1993. Raja Thailand dan Bhutan mengurangkan sendiri kuasa mereka bagi memodenkan negara ataupun akibat tentangan rakyat atau tekanan kuasa asing masing-masing pada 1932 dan 1953. Jepun pula mengurangkan kuasa rajanya apabila kalah dalam perang dunia ke-2.





Lain-lain Institusi Beraja

Lima lagi institusi beraja ialah Tonga dan Samoa (Raja Berpelembagaan), Swaziland dan Vatican City (Raja mutlak), dan Lesotho ( Raja seperti sistem Raja Negeri Sembilan).




P/s: Rasanya negara Malaysia mempunyai raja yang paling banyak bagi 1 negara

9 comments:

malaysia mempunyai banyak raja kerana malaysia merupakan sebuah persekutuan yang menggabungkan beberapa kesultanan melayu

Bagus, tapi tak cukup sebab saya nak 43 nama negara yang ada raja🥲🥲🥲

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...