Sunday 28 October 2012

Haiwan Terbaru Yang Pupus




Ini antara haiwan terbaru yang pupus dari muka bumi akibat manusia, makin kurang menarik bumi nanti, kalau ada hutan, laut dan langit tapi tiada apa-apa haiwan kan?








1996

Ini Harimau Bintang Zanzibar yang pupus akibat dikaitkan dibela oleh ahli sihir, jadi penduduk tempatan akan membunuhnya jika terserempak dengan harimau ini.










2000

Pyrenean Ibex terakhir mati akibat ditimpa pokok. Haiwan ini pupus akibat teruk diburu dan kerajaan Sepanyol dikutuk kerana gagal bertindak cepat menyelamatkan haiwan ini. Walaupun ada usaha untuk membiakkan menggunakan teknik klon haiwan yang di klonkan mati selepas dilahirkan.








2004

Burung yang hanya dijumpai di kepulauan Hawai iaitu Po'ouli pupus akibat kedatangan pemangsa bawaan manusia, hilang sumber makanan akibat siput yang dimakannya pupus. Walaupun ada usaha untuk membiakkan 3 burung yang terakhir namun gagal.









2006

West African Black Rhino adalah badak sumbu yang hidup di Cameroon dan disahkan pupus kerana diburu untuk sumbunya yang akan dihantar ke Yaman dan China.











2006

Dolfin Baiji ini hidup di Sungai Yantze, China dan kali terakhir dilihat adalah pada 2002. Pada 2006, para pengkaji menyelusuri sungai tersebut dan menggunakan alatan mengesan bunyi dalam air namun tiada baiji dijumpai. Walaupun ada mengatakan ia masih wujud, bilangannya yang sedikit tidak mampu untuk membiak.








2007

Rama-rama yang diberi nama Madeiran Large White di salah sebuah pulau di Portugal pupus akibat proses pembangunan dan pencemaran dari aktiviti pertanian.










2008

Kodok Holdridge hanya dijumpai di Costa Rica sudah tidak dijumpai sejak 1986. Akibat kepupusannya adalah jangkitan chytridiomycosis yang mungkin disebabkan pemanasan global.









2008

Burung Merpati Liverpool ini pupus sebelum sempat ia dikaji oleh manusia dan hanya 1 spesimen berjaya dikumpul yang boleh dijumpai di muzium Merseyside County.
















Foto yang sempat diambil


2010

Alaotra Grebe telah disahkan pupus yang hanya hidup di tasik Alaotra, Madagascar. Hanya 1 foto sempat diambil dan pupus akibat kemusnahan habitat.










2012

Kura-kura Pinta Galapagos telah pupus dengan yang terakhirnya mati dalam kurungan tanpa berjaya dibiakkan. Boleh lihat entri sebelumnya : http://kautahutak.blogspot.com/2012/01/kura-kura-forever-alone.html








2012

Memerang Sungai Jepun atau Japanese River Otter disahkan pupus yang kali terakhir dijumpai pada 1979. Haiwan ini yang dulunya banyak sehingga boleh dijumpai di Tokyo beransur-ansur hilang selepas tahun 1930-an. Selepas kali teakhir dijumpai, saintis mengandaikan ia masih hidup kerana menjumpai najis haiwan berkenaan di tepi sungai.






P/s: Agak-agaknya badak sumbu di malaysia akan pupus tak??






0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...