Friday, 5 October 2012

Apa Kandungan Asap Fogging?



Apa kandungan asap fogging yang kita selalu lihat di sembur di kawasan rumah apabila kes demam denggi meningkat di kawasan perumahan anda??


Kandungan utama dalam fogging ini ialah Pyrethroid iaitu komponen kimia yang hampir sama dengan pyrethrums yang wujud dalam bunga Chrysanthemum. Untuk penerangan lanjut boleh pergi ke entry lama : http://kautahutak.blogspot.com/2012/03/apa-kandungan-ubat-nyamuk.html


Bahan kimia ini banyak digunakan dalam kandungan racun serangga yang kita gunakan dirumah dan ia adalah tidak merbahaya kepada manusia dalam dos yang rendah. Mengapa guna bahan kimia ini? Kerana racun ini boleh terserap ke dalam badan exoskeletons serangga yang halus dan akan menyebabkan serangga lumpuh dan akhirnya mati.





Pyrethroid akan terlerai apabila terdedah kepada cahaya atau akan hilang secara semulajadi dalam masa 2 hari, sebab itu jika kita perhatikan aktiviti fogging di rumah kita dimulakan pada waktu petang atau senja untuk mengelakkan racun tidak terlerai dengan cepat serta ia waktu nyamuk paling aktif.


Adakah ia selamat untuk manusia? Proses fogging akan menggunakan proses ULV (Ultra Low Volume) iaitu menggunakan jumlah racun yang amat sedikit bagi setiap ekar keluasan kawasan dan dicampur dengan minyak mineral jadi ia tidak merbahaya kepada manusia atau haiwan vertebrata kecuali kucing yang tidak mempunyai glucuronidase untuk meleraikan racun ini apabila masuk ke dalam badan.



Racun yang selalu digunakan: Sumithrin, Prallethrin

1 comments:

This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...