Thursday, 6 September 2012

Buah-Buahan Malaysia Yang Makin Sukar Dijumpai










Kali ini kami nak tunjukkan kepada pembaca serta kebanyakkan budak generasi baru yang tidak kenal buah-buahan malaysia kerana ia makin sukar dijumpai atau terkenal di beberapa negeri sahaja. Buah diatas ialah Binjai yang sekeluarga dengan pokok bacang, kuini dan mangga iaitu famili Anacardiaceae. Nama saintifik Binjai adalah Mangifera caesia. Pokok ini adalah pokok asal dari negara Malaysia dan banyak didapati di pantai barat semenanjung Malaysia terutamanya Melaka.


Isi buahnya hampir-hampir putih, bersabut dan mengandungi air yang banyak. Buah ini ada yang menghasilkan buah yang masam dan ada yang menghasilkan buah yang manis. Selalunya buah yang manis dimakan mentah manakala buah masam dibuat jeruk atau asam sambal.









Nona Serikaya



Nona Kapri



Ini pula buah Nona yang berasal dari Amerika Tengah dengan nama asalnya Annona yang termasuk dalam famili Annonaceae. Di negara ini, ada 2 jenis nona iaitu nona serikaya yang terdapat di semua negeri tetapi nona kapri terdapat di pantai timur. Buah nona serikaya agak kecil dan rasa isinya manis, wangi baunya dan lebih sedap daripada nona kapri.














Buah Pala boleh didapati di kepulauan Maluku, Sulawesi, Malaysia serta beberapa tempat di Asia Tenggara. Ia termasuk dalam famili Myristicaceae dengan nama saintifiknya Myristica fragrans. Pokok ini mempunyai pokok jantan dan betina. Isinya selalu kita makan sebagai jeruk atau halwa dan mudah didapati jika berkunjung ke utara tanah air manakala bijinya akan dibiar kering untuk dijadikan sebagai rempah.











Buah Cermai atau Cica acida selalunya kita akan lihat dijual penjaja jeruk kerana rasanya masam jika dimakan mentah. Ia boleh di dapati di Malaysia dan Sumatera.












Buah Gelugur biasa tumbuh di hutan semenanjung Malaysia. Ia berasal dari famili Guttiferae dengan nama saintifiknya Garania atroviridis. Buahnya bewarna kuning apabila masak dan dibuat asam setelah dihiris dan dijemur.











Buah Jering juga ada disebut dalam peribahasa "Tangkai Jering". Pokok ini tumbuh di Myanmar, Thailand dan semenanjung Malaysia dan berasal dari famili Leguminosae. Bahagian luarnya bewarna hitam atau coklat dengan biji bewarna putih. Ia mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan dan biasanya biji buah ini direbus sebelum dimakan.











Buah Kedondong tergolong dalam famili Bursaraceae dan terdapat 11 jenis di Malaysia. Rasa buah ini masam-masam manis dan kulit pokoknya berbau wangi. Buah ini boleh dimakan mentah atau dibuat halwa dan jeruk. Di sesetengah tempat pucuk daun kedondong dicelur untuk dimakan.












Buah ini rasanya ada dalam pantun, "buah keranji dalam perahu....". Ada 4 jenis Keranji dan nama saintifiknya Dialium. Kami sendiri tidak pasti buah ini dimakan atau tidak.











Ini pula buah Kundang atau Bouea macrophylla. Ia boleh didapati di Asia Tenggrara. Buahnya mempunyai banyak air dan rasanya berbeza-beza, masam dan manis.













Buah Melinjau atau Belinjau (Gnetum gnemon) berasal dari famili Gnetaceae. Di Malaysia pokok ini terdapat di utara dan negeri-negeri pantai timur. Pokok ini mempunyai pokok jantan dan betina. Buah ini dimakan mentah atau dibuat kuih atau keropok.












Buah Nam-Nam atau Katak Puru ialah sejenis tumbuhan asal di Malaysia dengan nama saintifiknya Cynometra cauliflora. Pohonnya rendang dan menghasilkan buah dengan kulit menggerutu dan tumbuh di batang pokok serta dahan. Rasanya sama seperti buah mangga dengan rasa masam-masam manis. Ia boleh dibiakkan dengan kaedah tut serta biji benih.












Buah Pulasan senang dijumpai di Johor dan ia termasuk dalam keluarga rambutan dengan nama saintifiknya Nephelium mutabile. Ia adalah tumbuhan asal di Malaysia dan cara membuka buah ini hanya dengan 'pulas' buahnya.












Buah Rambai adalah sekeluarga dengan buah Tampoi. Nama saintifiknya ialah Bacaurea motleyana dan banyak di tanam di pantai barat Malaysia. Buahnya ada yang berasa masam dan ada yang manis. Kulit buah ini boleh digulai dengan ikan.











Buah Sentul berasal dari famili Meliaceae dengan nama saintifiknya Sandoricum koetjape. Pokok ini tinggi dan bunganya berbau wangi. Buahnya bewarna kuning dengan isinya putih serta berair. Buahnya boleh dimakan mentah tetapi selalunya dibuat jeruk. Ada 2 jenis pokok sentul iaitu sentul kuning yang isinya manis dan sentul merah (kecapi) yang isinya masam.












Buah Sukun atau nama saintifiknya Artocarpus communis adalah sekeluarga dengan buah nangka dan cempedak. Pokok ini ditanam dari akar yang dikerat. Buah ini selalunya dibuat kerepek. 













Buah Tampoi termasuk dalam famili Euphorbiaceae dengan nama saintifiknya Baccaurea griffithi. Pokok tampoi menyerupai pokok rambai tetapi buahnya lebih besar. Isi buah tampaoi seperti isi buah duku, putih kuning tetapi besar sedilit dan rasanya masam-masam manis.









Mungkin buah-buahan ini makin jarang dijumpai sebab leceh untuk dimakan serta tiada usaha untuk meningkatkan kualiti rasa buah selain benihnya payah untuk diperolehi.









12 comments:

Buah keranji tu untuk dimakan.kalau tak buat apa letak dalam perahu.

makan macam tu je ke?apa rasa dia?

buah keranji tu makan macam tu je..rasanya masam2...

Semua buah2an diatas pernah di makan.buah keranji sedap di makan.biasanya di kwsn muazam syah di kwsn perkampungan org asli ada jual.ape2 pun thanks for the imformation.at least rmi juga tahu ttng buah2an yg jarang terdapat di bandar.

Minggu lepas balik Kemaman sempat makan buah perah. Beli di pasar Chukai. Memang lama tak makan. Rata2 pembeli rasa terkejut sbb dah lama tak jumpa buah tu.
Admin sendiri pernah makan buah perah?

Kami sendiri tak pernah rasa buah-buah eksotik ini,mungkin kalau nampak gerai tepi jln,kteorg nk cuba. Buah perah?byk lg buah yg kami tak tahu,mungkin boleh buat edisi kedua buaha-buahan yg makin sukar dijumpai

buah keranji dh pernah makan...buah cermai dah...nona dah..sukun ada blkg rumah...setoi dah...rambai dah...pulasan dah...amra dah...

mmmmm rindu buah buahan semua, sejak pindah K.L. Setahun sekali sj dpt mkn masa blk kg ku Kelantan.buah keranji, buah sentul,buah tampoi,buah rambai...

This comment has been removed by a blog administrator.

1-buah perah dalam hutang Teganu banyak. pokok ada mehmeh pokok getah, tapi pucuk warna kemerahan sket. Tak pasti pulak orang buat sambal rong ke dak. Buah getah memang ada dibuat sambal rong. Nak makan sambal rong?? Gi kampong Gol dekat Padang Gereda Sungai Tiang, kalau jumpa Tok Imam rambut panjang, nasib baik boleh makan sambal rong. sedap memang sedap.
2-buah kranji, sedap tuh. kalau kecik sket orang panggil kradeh (bukan kerdas/genuak)
3-buah tampoi, sini Teganu orang panggei buah ngeke, sedap tuh, ulu Loh, ulu Dungun, ulu Klemin banyak, dulu dalam Kenyir pun banyak. leni tenggelam abih kot.
4-buah pulasan tuh sini teganu ada lagi due tige base, sekali tu buah phait, rupe macam moktang gok, makan banyak ada rase masank, buah balong ayang sebijik macam pulasan, sedap tuh
5-Semua buah dalam gambo datas tuh kawan dah makan, terakhir bulan April baru ni makan buah redang, kawan masok kawasan ulu sungai cerol, betolan orang asal Muazam ada main kawasan tuh, betolan diaorang tengan amek buah redang kawan mitak turut sket, sedap jugak. Buah redang besar ujong jari keliking gitu, manih, tangkai,daun macam moktang tapi tadak bbulu, buah licing dogo gitu, sedap gok
6-kawan berangan nak makan buah pauh kumbang.. Mana buleh dapat?????

Buah Nam-Nam (dekat kampung sy panggil Nyam-Nyam) memang sedap. Masam2 manis.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...