Fakta Ringkas KauTahuTak: Edisi 6

Kembali di laman sesawang Kau Tahu Tak setelah cuti...berapa banyak kali cuti da......

Apa Beza Garam Laut dan Garam Bukit?

Perbezaan garam ini adalah dari segi rasa, tekstur dan proses menghasilkannya.

Bunga Raya-Mengapa ia Dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan

Kementerian Pertanian telah memberikan 7 jenis bunga untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan

Buat Kanak-kanak Malaysia yang lahir pada 1980an: TV time!!! BaNaNaNa

Post kali ni, kami di Kau Tahu Tak ingin dedikasikan kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 1980an

Bagaimana Cincau Dibuat??

korang terfikir tak macam mana rupa cincau atau bagaimana la cincau ini dibuat dan diperolehi??

Saturday 29 September 2012

Bagaimana Memutihkan Gigi?



Gigi kita memang tidak boleh putih dalam sekelip mata, tetapi ada beberapa tips untuk membuatkan gigi korang putih berseri sampai silau dipandang.









  • Yang paling mudah ialah guna pemutih gigi yang dijual di pasaran tanpa memberi kesan negatif kepada gigi, cuma harga mungkin mahal sedikit







  • Kalau rajin berus gigi dan floss konfem gigi putih! Sebab kalau tidak digosok selalu plak akan menyebabkan gigi anda kuning.







  • Kalau korang minum minuman berasid seperti jus buah-buahan, pastikan selepas 30 minit baru korang gosok gigi. Jika terus menggosok gigi selepas minum jus, kesan berusan akan menolak asid lebih jauh ke dalam gigi. Ini menyebabkan enamel yang melindungi gigi terhakis dan gigi menjadi kekuningan.








  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang keras seperti epal juga boleh membantu gigi menjadi putih. Bagaimana? Permukaan buah yang kasar ini akan membuang lapisan plak di gigi dan hasilnya gigi anda sentiasa putih.







  • Sila gunakan straw/penyedut minuman okeh supaya warna dari minuman air gas, jus atau apa saja dari melekat di gigi. Jangan lupa berkumur dengan air paip apabila sudah makan dan minum!















Thursday 27 September 2012

Apa Beza Kutub Utara & Kutub Selatan?


Apa perbezaan kutub utara dan kutub selatan? Pertamanya, ais di kutub utara akan cair pada musim panas dan kembali beku pada musim sejuk tetapi di kutub selatan  ais memang sentiasa ais. Tapi oleh kerana masalah Global Warming, ais di kutub utara tak sempat nak recover balik, so makin lama ais di kutub utara makin kurang. Kalau semua ais di kutub selatan cair,paras air laut boleh meningkat sebanyak 60 meter (Semua bandar jadi Atlantis)






2: Lapisan ozon yang berlubang di kutub selatan lebih besar berbanding kutub utara, sehingga 3 kali ganda besar US!Teruk kena radiasi kalau pergi ke sana.







3: Suhu di kutub selatan lebih sejuk berbanding kutub utara dengan suhu puratanya ialah -49 darjah celcius berbanding kutub utara -34. Rekod suhu paling rendah pernah dicatatkan di kutub selatan ialah -89.6 darjah celcius.








4: Kedua haiwan ini tidak pernah bertemu di tempat semula jadi mereka kerana beruang kutub hidup di kutub utara dan penguin di kutub selatan





Negara yang berebut kawasan Antartik

5: Hanya kutub utara di miliki oleh beberapa negara iaitu Rusia, US dan Norway yang dikatakan kaya dengan sumber minyak. Manakala kutub selatan tidak dimiliki oleh sesiapa kerana mengikut Perjanjian Antartik (1959). Namun, beberapa negara masih cuba menjadikan kutub utara milik mereka.






Ais yang makin menghilang di kutub utara

6: Walaupun sejuk, kutub utara diuduki oleh manusia seramai 4 juta orang seperti di bandar Barrow (Alaska), Tromso (Norway), Murmansk dan Salekhard (Rusia). Di kutub selatan, puak eskimo pun tak pernah jejak kesini melainkan para saintis yang datang untuk membuat kajian sahaja.








7: Kutub selatan mewakili 90% ais di Bumi dan membentuk 3/4 sumber air bersih. Ini mungkin menjadi perebutan bagi pelbagai negara kerana mempunyai simpanan air bersih yang besar pada masa akan datang berbanding kutub utara.







8: Kutub utara hanyalah ais tetapi kutub selatan adalah sebuah benua yang mempunyai tanah, gunung, lembah serta mempunyai gunung berapi yang aktif iaitu Gunug Erebus. Namun, kutub utara lebih menjadi perebutan negara -negara seperti Kanada, Greenland, Rusia, Iceland, Norway, Sweden, Finland dan US. Mungkin ia bakal menjadi lalu kapal dagang yang berharga apabila ais di kutub utara cair sepenuhnya.



Sunday 23 September 2012

Sejarah yang Hilang di Malaysia Part 1



             Ramai yang beranggapan sejarah Malaysia adalah seperti yang tercatat di buku-buku teks sekolah. jika kita teliti kembali perjalanan sejarah Malaysia, seperti terdapat banyak lompong-lompong dalamnya. Kita sedia maklum akan sejarah semenanjung Malaysia banyak berkisarkan era kesultanan Melayu Melaka bermula dari Parameswara (1400 masihi) hingga ke era pasca moden Malaysia. Apa yang menjadi tanda tanya adalah ke mana hilangnya sejarah sebelum itu? kita tahu Langkasuka, Gangga Negara, Lembah Bujang, dan Chi Tu tapi semua ini diketepikan oleh kerana asal kerajaan yang bukan beragama Islam (pendapat penulis). 


Dalam portal dibawah kementerian penerangan, sejarah ringkas malaysia bermula dari era kesultanan Melayu Melaka. Dengan berlandaskan slogan 'tepat dan bermaklumat' adalah tidak wajar untuk tidak memasukkan serba sedikit sejarah lampau Malaysia. Aktiviti pencarian sejarah lampau Malaysia memerlukan ekskavasi secara meluas dan semesti nye melibatkan peruntukan yang banyak.


Lembah bujang merupakan salah satu tinggalan yang menarik untuk dikaji. Sepanjang penyelidikan before ini, ramai ahli kaji sejarah beranggapan Srivijaya begitu dominan  pada 2000 tahun dahulu dan lembah bujang hanya sebuah negara kecil. Tanggapan itu berubah apabila sekumpulan penyelidik dari tempatan dan luar negara menemui perusahaan besi di lembah bujang yang mengejutkan sume pihak! 


Anggaran awal keluasan bandar purba lembah bujang ini adalah 400 km persegi tapi hasil pembentangan dari USM di conference antarabangsa mengenai sejarah awal asia tenggara menunjukkan bahawa saiz sebenar lembah bujang adalah 1000 km persegi (3 kali ganda dari pulau pinang tu!). Apa yang lebih menarik adalah ekonomi rakyat ketika itu telah berkembang pesat dan maju pada era tersebut. Menurut Prof Stephen James Oppenheimer dari Pusat Pengajian Antropologi University of Oxford, sejarah Asia Tenggara perlu di kaji dan di tulis semula kerana penemuan ini adalah antara terawal.




Bentuk Candi awal di Lembah Bujang



Jika apa yang dikatakan itu benar maka kita seharusnya merasa bangga akan sejarah silam dan mengambil ikhtibar di atas apa yang berlaku kepada mereka sehingga musnah ditelan zaman. Lembah bujang pada pendapat kami mungkin mampu menaikkan semangat cintakan negara kerana selama ini kita selalu di canang dengan sejarah 'hebat' barat sehinggakan membuat kita merasa 'kecil' dimata dunia. Diharap pihak bertanggungjawab tidak mengabaikan penemuan ni kerana ia merupakan aset negara. Dari sini kita percaya 'the lost city of black stone' (kota batu hitam yang hilang) di Johor pasti akan dijumpai.



                                          Ukiran patung menari menunjukkan pengaruh hindu



P/s: Jika difikirkan kembali, negara kita lagi maju dari tanggapan sedia kala contohnya seperti ketika perang antara Melaka dan Portugis, punya banyak asimilasi dan perdagangan di Melaka tak kan tak ada pihak yang bawa atau 'terbawa' masuk senjata api (sekurang-kurangnya belerang dari China) ke Melaka betul tak?

Monday 17 September 2012

Apa Sebenarnya Serbuk Kari?



Sekadar fakta ringkas apa yang terkandung dalam serbuk kari yang selalu kita guna ketika memasak atau ketika  seronok memasak megi kari ketika lapar.


Serbuk kari ini juga dikenali sebagai Garam Masala yang menggabungkan pelbagai rempah ratus sebagai bahan tambahan ketika memasak. Bagi pengguna luar dari negara India, serbuk kari kebanyakkannya adalah sama tetapi bagi penduduk India, serbuk kari boleh di campur dengan pelbagai jenis rempah.


Bahan asas serbuk kari semestinya kunyit dan cili yang memberi warna kari serta ketumbar, jintan putih dan halba.  Ia boleh ditambah dengan pelbagai lagi rempah ratus mengikut jenis masakan seperti halia, bawang putih, jintan, kayu manis dan lain-lain.


Bagi penggemar kari boleh mencuba kari terpedas di dunia iaitu Kari Phaal yang dibuat di restoren di New York menggunakan cili terpedas di dunia iaitu Cili Bhut Jolokia sehingga tukang masaknya perlu memakai topeng gas kerana aromanya yang terlalu pedas. Korang boleh lihat sendiri melalui video di bawah:





Sunday 16 September 2012

Sabra dan Shatila



(sempena memperingati peristiwa pembunuhan beramai-ramai penduduk Sabra dan Shatila. Kepada Syuhada Sabra dan Shatila, kami sedekahkan Al-Fatihah.)

Semua orang ingat pasal Peristiwa 11 September, dimana ‘kononnya’ USA telah diserang oleh Pengganas Islamis Al-Qaeda yang menyebabkan ribuan pekerja di Menara WTC mati. Sejak dari hari itu, umat Islam tidak kira dimana sekalipun dilabel sebagai pengganas dan USA mendapat lesen dari PBB untuk melancarkan ‘Perang Salib baru’ ataupun Perang menentang Keganasan (War against Terrorism). Hasilnya Afghanistan dan Iraq ranap berserta ribuan penduduknya yang tidak bersalah.

Namun, berapa pula yang ingat Peristiwa 16 September? (Maaf ye, ni bukan pasal Penubuhan Malaysia atau rancangan DSAI jd PM, isu ni kite borak lain kali). Pada tahun 1982, di sebuah kem pelarian di Beirut Lubnan, di sebuah kawasan bernama Sabra dan Shatila, hampir 3500 nyawa insan yang tidak berdosa, rata-ratanya ialah wanita, kanak-kanak dan orang tua menjadi mangsa sembelihan dan korban kepada segolongan Syaithan yang bertopengkan manusia

Antara korban Sabra dan Shatila

PENDAHULUAN

Selepas  Perang Kemerdekaan Israel 1948 dan Perang 6 Hari 1967, penduduk Palestin telah dihalau keluar oleh tentera Israel. Kebanyakan mereka telah dihalau dan dibuang ke negara Arab yang lain seperti Jordan, Lubnan, Syria, Mesir, Arab Saudi dan Iraq. Harapan Israel ialah orang Palestin akan diserap menjadi penduduk negara Arab yang menerima mereka. Namun hasrat mereka tidak menjadi kenyataan. Penubuhan PLO diketuai Yasser Arafat menunjukkan bahawa walau sejauh mana penduduk Palestin dibuang sekalipun, jiwa dan raga mereka masih lagi tertinggal di tanah air mereka. Palestin. Perjuangan PLO mendapat simpati negara Arab yang ditumpangi seperti Jordan, Syria dan Mesir dan mereka membuka ibupejabat di Amman, Jordan.

Namun, selepas tragedy Black September pejuang PLO telah dihalau keluar dari Amman, Jordan. Pejuang-pejuang PLO ini kemudiannya telah berkumpul semula di Selatan Lubnan dan berpengkalan di Beirut. Lubnan, sejak sekian lama bukanlah sebuah negara yang aman. Berpuluh-puluh tahun Lubnan menjadi medan pertempuran Perang Saudara antara rakyatnya yang berbilang puak dan agama seperti Kristian Maronite, Sunni dan Syiah. Setiap puak ini juga mempunyai parti dan organisasi separa-tentera mereka yang tersendiri yang kadangkala menjadi kawan seperjuangan dan dalam masa yang sama menjadi musuh dalam selimut. Ditambah lagi dengan pencerobohan Israel dan Syria, Lubnan sememangnya jarang merasai keamanan.

 

PLO menggunakan kawasan Selatan Lubnan sebagai tempat melancarkan serangan ke atas Israel. Israel menggunakan ancaman ini sebagai satu peluang untuk meluaskan kuasanya ke atas Lubnan. Maka Israel melancarkan Operasi Litani dan Operasi Peace for Galilea. Israel bersekutu dengan Puak Maronite Kristian yang dipimpin oleh Parti Kataeb yang mempunyai pasukan tenteranya iaitu Lebanese Forces (LF) dibawah Bachir Gemayel dan juga South Lebanon Army (SLA) dibawah Elie Hobeika. Parti Kataeb amat menentang kehadiran pelarian Palestin di Lubnan. Malah Bachir Gemayel pernah mengatakan bahawa dia ingin sekali meratakan kem pelarian palestin untuk membina gelanggang tenis. Puak Kataeb menggunakan kesempatan kehadiran Israel untuk menampan kehadiran tentera Syria yang mengawal Lubnan dan PLO.

Operation Peace for Galilea juga dikenali dengan Perang Israel-Lebanon, yang memakan masa hampir 18 tahun (1981-2000)

Melalui operasi tersebut, PLO terdesak berundur ke Beirut setelah menghadapi tentangan sengit. PLO kemudiannya mengadakan perjanjian dengan Israel melalui Multi national Force (MNF) yang disertai oleh USA, Perancis dan Itali. Menurut perjanjian tersebut pejuang PLO setuju untuk berundur keluar dari Beirut, Lubnan dengan syarat Israel  tidak memasuki Beirut. Manakala pelarian Palestin pula diletakkan dibawah penjagaan MNF sehingga 25 September. Perlucutan senjata orang awam secara besar-besaran dilakukan. Maka sebaik sahaja pejuang PLO berundur, yang tinggal di kem perlarian kebanyakannya hanyalah wanita, kanak-kanak dan orang tua sahaja tanpa senjata untuk perlindungan. Mereka percaya dibawah perlindungan MNF mereka akan selamat. Sebaliknya, tentera MNF meninggalkan Lubnan sebaik sahaja pejuang PLO berundur iaitu pada 13 September.

Bachir Gemayel dilantik menjadi Presiden Lubnan. Merupakan seroang yang pro-Israel, Bachir pernah menghantar 500 orang LF untuk menjalani latihan di Israel pada awal tahu 1982. Bachir memenangi jawatan presiden selepas tiada pencalonan lain. Israel amat mengharapkan Bachir menjadi presiden supaya rancangan Begin (PM Israel ketika itu) untuk menguasai Selatan Lubnan untuk keamanan Israel selama 40 tahun terlaksana. Namun begitu Bachir tidak setuju dengan rancangan tersebut. Bachir merancang menggunakan IDF untuk menghalau Syria dan kemudiannya menggunakan USA untuk menekan Israel keluar dari Selatan Lubnan.

Bachir Gemayel

Bachir Gemayel kemudiannya dibunuh pada 14 September apabila bangunan ibupejabat partinya dibom. Pembunuh, merupakan seorang nasionalis Syria yang menentang polisi Bachir yang pro-Israel. Namun ada khabar angina mengatakan bahawa pembunuhan tersebut dirancang oleh Israel dan orang-orang Hobeika kerana ketika pengeboman tersebut, Elie Hobeika yang bertanggungjawab ke atas keselamatan Bachir, tidak hadir. Walaubagaimanapun Ariel Sharon meletakkan kesalahan tersebut kepada orang Palestin. Adik Bachir, Amine berikrar untuk membalas dendam atas kematian abangnya.

TRAGEDI

IDF mendakwa terdapat 2000 pejuang PLO tidak berundur dan masih berada di kem pelarian Sabra dan Shatila. Dengan situasi kacau-bilau selepas pembunuhan Bachir, IDF kemudiannya mara ke Beirut pada 15 September atas alasan memburu saki-baki pejuang PLO dan mengawal keamanan Lubnan. Lewat petang, tentera Israel telah mengepung kem Sabra dan Shatila dan mengawal jalan keluar masuk kem dengan menggunakan kereta kebal.


Keesokan harinya, 16 September pihak IDF yang diketuai oleh Ariel Sharon dan beberapa pegawai tenteranya mengadakan mesyuarat bersama dengan ketua para-military puak Kataeb yang diketuai oleh Hobeika. Jet pejuang Israel melakukan penerbangan rendah diatas kem bagi melakukan tinjauan. Lewat petang, seramai kira-kira 150 orang pengganas Kataeb bersenjatakan kapak dan parang memasuki kawasan kem. Pada malamnya pula, tentera Israel telah melepaskan ‘flare’ ke udara untuk menerangi kawasan kem bagi memudahkan puak Kataeb dan Haddad menjalankan Operasi Kasach iaitu operasi ‘pembersihan’ kem Sabra dan Shatila dari ‘pejuang PLO’.

Sepanjang malam sehingga keesokan harinya 17 September kedengaran bunyi mesingan yang dilepaskan secara rambang kepada penduduk kem. Mereka juga mengugut untuk meletupkan rumah penduduk yang enggan menyerah diri. Apabila menyerah diri, penduduk kemudiannya diseksa sebelum badan mereka dikelar. Mayat-mayat penduduk kemudiannya dilonggokkan.  Kanak-kanak dan wanita yang berusia 12 sehingga 16 tahun dikumpulkan dan dibawa ke stadium untuk ‘disoal siasat’. Mereka kemudiannya ‘hilang’. Terdapat beberapa wartawan asing yang berjaya mencuri masuk ke kawasan kem.

Walaupun diarahkan IDF supaya keluar pada 5 pagi 18 September, pengganas Kataeb dan Haddad hanya keluar pada 8 pagi. Wartawan asing dibenarkan memasuki kem satu jam kemudian.

Tentera Israel tidak terlibat secara langsung terhadap tindakan ganas puak Kataeb terhadap penduduk kem walaupun kedudukan pos kawalan mereka dapat melihat dengan jelas terhadap apa yang berlaku. IDF memberikan bantuan komunikasi, makanan, gambar udara dan peta kem kepada pengganas Kataeb. Tentera Israel juga bertindak menghalang penduduk kem daripada keluar melepasi kawasan kem. Penduduk yang melarikan diri diarahkan untuk kembali ke kem mereka.

Terdapat keraguan terhadap siapa pengganas yang melakukan pembunuhan tersebut. Ada yang mendakwa kesemua pengganas tersebut merupakan askar Israel kerana terdapat insiden dimana saksi melihat mereka bercakap dan membaca surat khabar bertulisan Hebrew. Selain itu terdapat juga pengganas yang berkulit gelap seperti orang Afrika serta orang asing yang tidak berbahasa Arab ataupun Hebrew yang memungkin penglibatan tentera upahan. Ini memungkinkan niat Israel untuk menimbulkan kecurigaan antara Puak Kristian Maronite dengan orang Palestin. Ada juga saksi yang menyatakan dengan jelas penglibatan Puak Kataeb yang dipimpin oleh Hobeika dan Puak Haddad iaitu tentera upahan IDF dan Kataeb.

Walau siapapun yang melakukan pembunuhan kejam tersebut,  secara langsung ataupun tidak, sudah tiada sifat manusia didalam diri mereka lagi. Kebanyakan mangsa yang terbunuh adalah wanita dan kanak-kanak. Ada yang mati akibat tembak curi. Namun kebanyakannya mati dikelar dan terdapat tanda-tanda mereka diseksa dahulu sebelum dibunuh. Terdapat kesan-kesan ikatan wayar pada mangsa. Manakala bagi wanita kebanyakannya dirogol secara bergilir-gilir sebelum tubuh mereka dikelar. Ada juga yang matanya dikorek dan ada juga mayat yang dicincang serta patah riuk.

Suasana di Sabra dan Shatila selepas pembunuhan

Mayat-mayat dilonggokkan, dibiarkan mereput sebelum ditimbun dan dikambus dalam kubur besar. Kelihatan mayat seorang tua yang dikorek mata sebelum dibunuh

Semua ahli keluarga berbaris diluar rumah sebelum dibunuh. Mayat mereka kemudian dilonggokkan dengan jentolak.

Israel telah menubuhkan Suruhanjaya Kahan untuk menyiasat dakwaan penglibatan IDF dalam peristiwa tersebut. Hasilnya, mereka mendapati Israel tidak terlibat secara langsung terhadap pembunuhan tersebut sebaliknya dilakukan oleh Hobeika dan orang-orangnya. Namun, mereka mengakui IDF tidak mengambil tindakan sebaiknya untuk menghentikan perbuatan jenayah tersebut. Ariel Sharon dan beberapa pegawai tentera turut diminta untuk dipecat dari IDF dan dikutuk.

Ariel Sharon bersama George W Bush

Kerana Tragedi Sabra dan Shatila, Ariel Sharon mendapat gelaran “The butcher of Beirut”. Walaupun berundur dari jawatan Menteri Pertahanan Israel (Sharon tak mahu berundur pada awalnya dan Menachim Begin, PM Israel ketika itu juga tidak mahu memecat Sharon, namun meletak jawatan selepas satu percubaan bunuh), pada tahun 2001, Sharon akhirnya menjawat jawatan sebagai PM Israel yang ke-11. 




Sabra dan Shatila hanyalah satu pengulangan siri keganasan tentera Israel seperti Tragedi Deir Yassin 1948 – Sami Hadawi, pakar sejarah


Manakala Suruhanjaya Antarabangsa pula Berjaya membuktikan pembohongan dakwaan IDF mengenai kewujudan 2000 pejuang PLO di Sabra dan Shatila. Tanpa pejuang PLO dan senjata, penduduk kem tidak mampu mempertahankan diri mereka. Malah, saksi wartawan yang memasuki kem selepas peristiwa tersebut turut menjumpai senapang mainan yang diperbuat daripada plastisin ditemui di sisi mayat seorang budak lelaki, menunjukkan betapa penduduk kem tidak mampu melindungi diri mereka sendiri.

KESIMPULAN

Sekiranya USA dibenarkan dunia untuk menuntut bela diatas kematian rakyatnya, bukankah Sabra dan Shatila boleh melakukan perkara yang sama? Tidak. Mereka hanya mahu tanah airnya kembali. Itu sahaja. Mereka hanya mahu hidup aman, sambil menjaga ladang oren dan zaitun mereka , melihat anak-anak mereka membesar dan bersolat di Masjidil Aqsa tanpa ada halangan. Namun semuanya dirobek dan dirampas oleh Israel setelah mereka dibuang dan dihalau pada 1948 dan 1967.

Situasi di palestin dan Lubnan tidak mustahil untuk berlaku di Malaysia. Sekiranya para pemuda Palestin menghadapi tentangan dan peperangan secara fizikal oleh musuh mereka iaitu Zionis, para belia di Malaysia pula sedang berhadapan dengan serangan secara pemikiran dan ideology iaitu Hedonis (sifat cintakan dunia dan hiburan melampau). Di Palestin pemudanya terkorban dibaham peluru dan mortar memburu syahid, di Malaysia pula belianya maut di jalanan, sama ada sebagai mat gian ataupun mat rempit.

Kini, mayat mereka yang terkorban masih lagi disitu. Tertimbus jauh didalam runtuhan Sabra dan Shatila tanpa ada batu-batu nesan untuk memperingati mereka dan juga pengebumian yang sempurna. Kerajaan Lubnan juga bercadang untuk meratakan apa yang masih ada untuk memberi laluan kepada pembangunan.



RUJUKAN
Dari Beirut ke Jerusalem, Sebuah kisah benar oleh Dr Ang Swee Chai
Sabra Shatila terus merintih oleh Dr ZainurRashid penulis blog Peduli Ummah
Rakyat Palestin bersuara oleh Alijah Gordon
Maszlee Malik, kolumnis PalestinKini
Wikipedia

P/S: “Jauh di sudut hati, saya berdoa bersama-sama mereka. Dari Beirut ke Jerusalem, tahun hadapan kita jumpa di Palestin”- Dr Ang Swee Chai. Doktor sukarelawan dan saksi Tragedi Sabra dan Shatila.













Thursday 6 September 2012

Buah-Buahan Malaysia Yang Makin Sukar Dijumpai










Kali ini kami nak tunjukkan kepada pembaca serta kebanyakkan budak generasi baru yang tidak kenal buah-buahan malaysia kerana ia makin sukar dijumpai atau terkenal di beberapa negeri sahaja. Buah diatas ialah Binjai yang sekeluarga dengan pokok bacang, kuini dan mangga iaitu famili Anacardiaceae. Nama saintifik Binjai adalah Mangifera caesia. Pokok ini adalah pokok asal dari negara Malaysia dan banyak didapati di pantai barat semenanjung Malaysia terutamanya Melaka.


Isi buahnya hampir-hampir putih, bersabut dan mengandungi air yang banyak. Buah ini ada yang menghasilkan buah yang masam dan ada yang menghasilkan buah yang manis. Selalunya buah yang manis dimakan mentah manakala buah masam dibuat jeruk atau asam sambal.









Nona Serikaya



Nona Kapri



Ini pula buah Nona yang berasal dari Amerika Tengah dengan nama asalnya Annona yang termasuk dalam famili Annonaceae. Di negara ini, ada 2 jenis nona iaitu nona serikaya yang terdapat di semua negeri tetapi nona kapri terdapat di pantai timur. Buah nona serikaya agak kecil dan rasa isinya manis, wangi baunya dan lebih sedap daripada nona kapri.














Buah Pala boleh didapati di kepulauan Maluku, Sulawesi, Malaysia serta beberapa tempat di Asia Tenggara. Ia termasuk dalam famili Myristicaceae dengan nama saintifiknya Myristica fragrans. Pokok ini mempunyai pokok jantan dan betina. Isinya selalu kita makan sebagai jeruk atau halwa dan mudah didapati jika berkunjung ke utara tanah air manakala bijinya akan dibiar kering untuk dijadikan sebagai rempah.











Buah Cermai atau Cica acida selalunya kita akan lihat dijual penjaja jeruk kerana rasanya masam jika dimakan mentah. Ia boleh di dapati di Malaysia dan Sumatera.












Buah Gelugur biasa tumbuh di hutan semenanjung Malaysia. Ia berasal dari famili Guttiferae dengan nama saintifiknya Garania atroviridis. Buahnya bewarna kuning apabila masak dan dibuat asam setelah dihiris dan dijemur.











Buah Jering juga ada disebut dalam peribahasa "Tangkai Jering". Pokok ini tumbuh di Myanmar, Thailand dan semenanjung Malaysia dan berasal dari famili Leguminosae. Bahagian luarnya bewarna hitam atau coklat dengan biji bewarna putih. Ia mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan dan biasanya biji buah ini direbus sebelum dimakan.











Buah Kedondong tergolong dalam famili Bursaraceae dan terdapat 11 jenis di Malaysia. Rasa buah ini masam-masam manis dan kulit pokoknya berbau wangi. Buah ini boleh dimakan mentah atau dibuat halwa dan jeruk. Di sesetengah tempat pucuk daun kedondong dicelur untuk dimakan.












Buah ini rasanya ada dalam pantun, "buah keranji dalam perahu....". Ada 4 jenis Keranji dan nama saintifiknya Dialium. Kami sendiri tidak pasti buah ini dimakan atau tidak.











Ini pula buah Kundang atau Bouea macrophylla. Ia boleh didapati di Asia Tenggrara. Buahnya mempunyai banyak air dan rasanya berbeza-beza, masam dan manis.













Buah Melinjau atau Belinjau (Gnetum gnemon) berasal dari famili Gnetaceae. Di Malaysia pokok ini terdapat di utara dan negeri-negeri pantai timur. Pokok ini mempunyai pokok jantan dan betina. Buah ini dimakan mentah atau dibuat kuih atau keropok.












Buah Nam-Nam atau Katak Puru ialah sejenis tumbuhan asal di Malaysia dengan nama saintifiknya Cynometra cauliflora. Pohonnya rendang dan menghasilkan buah dengan kulit menggerutu dan tumbuh di batang pokok serta dahan. Rasanya sama seperti buah mangga dengan rasa masam-masam manis. Ia boleh dibiakkan dengan kaedah tut serta biji benih.












Buah Pulasan senang dijumpai di Johor dan ia termasuk dalam keluarga rambutan dengan nama saintifiknya Nephelium mutabile. Ia adalah tumbuhan asal di Malaysia dan cara membuka buah ini hanya dengan 'pulas' buahnya.












Buah Rambai adalah sekeluarga dengan buah Tampoi. Nama saintifiknya ialah Bacaurea motleyana dan banyak di tanam di pantai barat Malaysia. Buahnya ada yang berasa masam dan ada yang manis. Kulit buah ini boleh digulai dengan ikan.











Buah Sentul berasal dari famili Meliaceae dengan nama saintifiknya Sandoricum koetjape. Pokok ini tinggi dan bunganya berbau wangi. Buahnya bewarna kuning dengan isinya putih serta berair. Buahnya boleh dimakan mentah tetapi selalunya dibuat jeruk. Ada 2 jenis pokok sentul iaitu sentul kuning yang isinya manis dan sentul merah (kecapi) yang isinya masam.












Buah Sukun atau nama saintifiknya Artocarpus communis adalah sekeluarga dengan buah nangka dan cempedak. Pokok ini ditanam dari akar yang dikerat. Buah ini selalunya dibuat kerepek. 













Buah Tampoi termasuk dalam famili Euphorbiaceae dengan nama saintifiknya Baccaurea griffithi. Pokok tampoi menyerupai pokok rambai tetapi buahnya lebih besar. Isi buah tampaoi seperti isi buah duku, putih kuning tetapi besar sedilit dan rasanya masam-masam manis.









Mungkin buah-buahan ini makin jarang dijumpai sebab leceh untuk dimakan serta tiada usaha untuk meningkatkan kualiti rasa buah selain benihnya payah untuk diperolehi.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...