Fakta Ringkas KauTahuTak: Edisi 6

Kembali di laman sesawang Kau Tahu Tak setelah cuti...berapa banyak kali cuti da......

Apa Beza Garam Laut dan Garam Bukit?

Perbezaan garam ini adalah dari segi rasa, tekstur dan proses menghasilkannya.

Bunga Raya-Mengapa ia Dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan

Kementerian Pertanian telah memberikan 7 jenis bunga untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan

Buat Kanak-kanak Malaysia yang lahir pada 1980an: TV time!!! BaNaNaNa

Post kali ni, kami di Kau Tahu Tak ingin dedikasikan kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 1980an

Bagaimana Cincau Dibuat??

korang terfikir tak macam mana rupa cincau atau bagaimana la cincau ini dibuat dan diperolehi??

Tuesday 24 July 2012

Jom Lihat Rupa Pokok Kayu Manis



Sebelum kita lihat rupa pokok kayu manis, sedikit info mengenai asal pokok yang sangat manis ini. Pokok kayu manis berasal dari Sri Lanka. Tetapi sekarang boleh dijumpai di mana-mana negara beriklim khatulistiwa. Di Sri Lanka, kayu manis dipanggil kurundu manakala di India ia dipanggil dalchini.












Gambar-gambar di atas semuanya pokok kayu manis, nampak macam pokok hutan biasa je kan??Kulit pokok ini akan dipotong dan dijemur untuk menghasilkan kulit kayu manis yang selalu digunakan dalam masakan ataupun dalam pai epal.


Bahan ini begitu berharga pada zaman silam sehingga tempat ia dibeli dirahsia oleh para pedagang, sehingga timbul pelbagai mitos cara kulit kayu manis didapati antaranya dengan menjaringnya di sungai Nil (diberitahu kepada tentera salib), burung gergasi mengutip kulit kayu manis untuk dibuat sarang dan manusia akan mengambilnya dengan menipu burung tersebut (cerita bangsa Arab).


Pokok ini boleh mencapai ketinggian 65 kaki, tetapi selalunya dibiarkan rendang supaya senang untuk di jaga di kawasan ladang. Pokok asal di Sri Lanka berasal dari spesis Cinnamomum verum manakala di Indonesia menggunakan Cinnamomum burmannii. Jenin pokok akan menentukan kekuatan aroma kayu manis, tahap kemanisan kayu, serta kandungan minyak.


Perbezaan antara kayu manis Sri Lanka (kiri) dengan Indonesia (kanan)



Pekerja ladang menunjukkan cara memotong kulit pokok kayu manis

Pokok ini selalunya dibiakkan melalui biji benih tetapi boleh boleh juga menggunakan keratan batang. Pokok ini perlu ditanam selama 2 tahun dan ditebang. Pucuk yang tumbuh pada tunggul kayu akan dibiarkan membesar dan barulah boleh dipotong atau ditebang untuk menghasilkan kulit kayu manis. (mungkin kalau tak tunggu 2 tahun kulit pokok ni tak manis??) Daun pokok kayu manis juga digunakan untuk membunuh larva nyamuk kerana ia mempunyai cinnamaldehyde.





Kulit kayu manis mempunyai bahan yang sedikit toksik iaitu coumarin yang akan menyebabkan kerosakkan buah pinggang dan hati jika diambil pada jumlah yang sangat banyak.


Ps: Pernah jumpa pokok ini tepi sekolah,tapi terbiar tanpa ada sesiapa kikis kulitnya untuk memasak

Friday 20 July 2012

Double Standard Dokumentari Barat?



Bukan nak mengutuk, tapi perasan tak bila korang tengok dokumentari dari barat macam ada unsur berat sebelah?? Contohnya rancangan Perang Dunia ke-2, kebanyakkannya pasal askar amerika, padahal pakatan berikat ini ramai lagi kot, kesian negara lain yang turut membantu, nampak macam amerika hero yang bebaskan dunia dari kancah peperangan.




Selalunya negara Asia dan Afrika akan selalu kena kutuk sebab tidak pandai jaga hutan masing-masing, pembalakan haram la, pembalakan tidak terancang, pemburuan haiwan liar, bakar hutan. Tapi, mereka siap buat rancangan khas pasal rakyat amerika seronok tebang pokok dalam hutan mereka sendiri? Dah la tidak mahu mematuhi Kyoto Protocol dari dulu lagi....




Ini pula rancangan  Borders War, rancangan negara amerika untuk mengawal pendatang asing dari Mexico, dengan membina tembok, pengawal, askar, helikopter, zon penampan tanpa pembangunan supaya senang nak detect pendatang asing. Kalau negara lain buat kasar sedikit dengan pendatang asing mungkin Amnesty International sudah siap tegur kerana Human Right


American Gun

Sons of Guns

Kadang-kadang kita akan lihat dokumentari askar amerika ceroboh afghanistan dan terkejut sebab senang untuk dapatkan senjata api, macam jual di kedai runcit. Mereka kata, ini yang sebabkan sukar nak kawal keganasan. Padahal...Penuh dokumentari pasal rakyat mereka bangga guna macam-macam senjata, siap ada gudang simpan senjata di rumah, tak tahu untuk apa, persediaan melawan zombie ke?





Tuesday 10 July 2012

Teori Darwin Makin Ditolak oleh Masyarakat Eropah Sendiri?



Teori Darwin telah lama menjadi pegangan para saintis serta penduduk dunia umumnya. Tetapi terpanggil untuk menulis apabila menonton rancangan Al Hijrah yang memaparkan penolakkan teori Darwin dikalangan penduduk Eropah sendiri, pelik bukan?


Umat islam memang dari dulu lagi tidak percaya teori ini, namun baru sekarang menjadi hangat apabila ditentang secara kuat oleh seorang penulis berbangsa Turki iaitu Harun Yahya. Buku ensikopedia terbitan beliau ( Atlas of Creation) begitu mendapat sambutan di kalangan penduduk Eropah kerana menolak teori Darwin dengan bukti fosil yang kukuh mengenai rupa bentuk haiwan dan tumbuhan yang tidak pernah berubah dari zaman dahulu lagi.


Harun Yahya


Ensikopedia beliau berjaya menghuraikan kewujudan makhluk di dunia dengan Al-Quran serta bukti arkeologi yang menunjukkan haiwan dan tumbuhan tidak pernah mengalami evolusi kerana tiada fosil haiwan yang mengalami evolusi pertengahan dijumpai, sebagai contoh fosil ikan naik hidup didarat tidak pernah dijumpai.


Pokok Gingko yang tidak berubah selama 65 juta tahun




Rangka badak sumbu yang tidak berubah sejak 33 juta tahun



Rangka kelawar yang tidak berubah sejak 54 juta tahun


Mesti ada yang akan kata "kenapa tengkorak manusia zaman dahulu lain dari yang sekarang?" Harun Yahya berkata tengkorak manusia berbeza kerana keturunan dan kaum manusia yang berbeza, seperti ikan yang mempunyai pelbagai spesis namun masih dipanggil ikan.


Bentuk tengkorak manusia zaman sekarang yang berbeza kerana kaum, keturunan serta keadaan geografi tempat tinggal





Beliau juga menolak yang rupa tengkorak manusia yang lebih menyerupai monyet atau homo erectus sebagai tidak maju atau primitif berbanding tengkorak manusia yang lebih moden. Ia seperti membandingkan rangka manusia rakyat Amerika yang setinggi 1.9 meter dengan rangka rakyat Jepun yang setinggi 1.6 meter dan mengharapkan rangka lebih tinggi adalah lebih maju dan hebat.


Kajian ahli sains juga membuktikan rangka-rangka manusia zaman dahulu oleh Darwin serta penyokong teori Darwin menggabungkan rangka manusia dengan beruk untuk membuktikan hujah manusia merasal dari monyet.


Kesimpulannya, buku ini sangat menarik untuk dibaca hingga kalangan penduduk eropah sendiri makin tidak percaya teori Darwin serta menjadi perdebatan di kalangan ahli politik eropah. Buku inin boleh didapati di laman web Harun Yahya: http://harunyahya.com/en/books/4066/Atlas_Of_Creation___Volume_1_/chapter/4422


Sumber: Laman web Harun Yahya serta Tv Al Hijrah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...