Fakta Ringkas KauTahuTak: Edisi 6

Kembali di laman sesawang Kau Tahu Tak setelah cuti...berapa banyak kali cuti da......

Apa Beza Garam Laut dan Garam Bukit?

Perbezaan garam ini adalah dari segi rasa, tekstur dan proses menghasilkannya.

Bunga Raya-Mengapa ia Dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan

Kementerian Pertanian telah memberikan 7 jenis bunga untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan

Buat Kanak-kanak Malaysia yang lahir pada 1980an: TV time!!! BaNaNaNa

Post kali ni, kami di Kau Tahu Tak ingin dedikasikan kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 1980an

Bagaimana Cincau Dibuat??

korang terfikir tak macam mana rupa cincau atau bagaimana la cincau ini dibuat dan diperolehi??

Friday 30 March 2012

Apa Kandungan Ubat Nyamuk?



Pernah terfikir setiap kali kita menyalakan ubat nyamuk apa yang terkandung didalamnya?Betul ke ia mampu menghalau nyamuk?


Untuk pengetahuan anda, ubat nyamuk dibuat menggunakan serbuk pyrethrum. Serbuk ini diekstrak dari tumbuhan yang mungkin ramai tahu, iaitu sejenis bunga dari keluarga Chrysanthemum (seperti gambar dibawah). Sebab banyak air kotak dijual mempunyai perisa chrysanthemum. Phyrethrum telah digunakan sejak tamadun Parsi serta di negara-negara Eropah sebagai racun serangga.


C. cinerariifolium

C. coccineum


Ubat nyamuk yang kita lihat hari ini dicipta oleh usahawan Jepun pada 1890-an, Eiichiro Euyama yang mengandungi tepung kanji, serbuk kulit buah oren dan serbuk phyrethrum. Pada ketika itu,penduduk Jepun hanya menghalau nyamuk dengan serbuk phyrethrum dicampur dengan serbuk kayu dan dibakar. Eiichiro mendapat idea untuk mencipta ubat nyamuk dalam bentuk blok, tetapi kaedah ini hanya dapat menghalau nyamuk selama 40 minit. Isteri beliau, Yuki, memberi idea untuk membuat  ubat nyamuk dalam bentuk lingkaran serta lebih tebal yang menyebabkan ubat nyamuk mampu bertahan selama 8 jam.




Selepas Perang Dunia Ke-2, syarikat Eiichiro iaitu Dainihon Jochugiku Co. Ltd bekerjasama dengan syarikat lain untuk pasaran yang lebih luas. Kini ubat nyamuk kebanyakkannya digunakan di negara Asia, Amerika Selatan serta Afrika. Antara kandungan bahan ubat nyamuk moden ialah Pryrethrum, Phyrethrins, Allethrin, Esbiothrin, BHT, PBO serta MGK 264.


Namun, ada kajian mengatakan penggunaan ubat nyamuk yang berlebihan boleh menjadi penyebab kanser kerana mengandungi octachlorodipropyl ether serta bischloromethyl ether yang menjadi agen kanser paru-paru. Kajian juga menyatakan pembakaran 1 ubat nyamuk bersamaan dengan membakar 51 batang rokok. Terpulang kepada kita untuk menggunakannya atau bertukar kepada cara lain untuk menghalau nyamuk...

Tuesday 20 March 2012

Bagi Yang Selalu Selsema!


Bagi yang mempunyai hidung sensitif seperti aku akan selalu bersin yang mengakibatkan selsema atau yang badannya tak dapat nak sesuaikan diri dengan cuaca yang kejap hujan kejap panas. Antara makanan yang sesuai untuk anda bagi membuatkan selsema cepat sembuh atau reda ialah:





Ubi Keledek

Mungkin agak pelik kenapa perlu makan ubi keledek, tapi ia memang elok untuk menghilangkan selsema. Ia membekalkan vitamin C dan A selain potassium serta kalsium.









Kacang Brazil
Kekacang! ia boleh meningkatkan sistem imun badan, tapi paling sesuai ialah kacang brazil yang mempunyai kandungan antioxidant yang tinggi atau almonds yang mempunyai vitamin E yang tinggi






Bawang Putih
Bagi yang mampu nak makan bawang putih mentah-mentah, boleh beli garlic kapsul yang dijual di farmasi, murah je sekarang ni.






Cili Benggala?
Cili benggala ini mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi daripada oren, selain itu ia membekalkan anda dengan air untuk menggantikan badan yang terhidrat tuh







Cendawan
Jangan makan cendawan yang boleh buat korang high pulak! cendawan mempunyai beta-glucan yang penting untuk sistem imun badan anda.







Dark Chocolate

Paling best, dark chocolate. Makanan yang mengandungi koko ini dapat membantu sel T anda untuk melawan  virus yang menyebabkan selsema dalam badan anda.







Madu
Jangan dilupakan madu lebah memang baik untuk kesihatan. Madu lebah yang mampu menyekat pertumbuhan bakteria boleh dibancuh dalam air panas. Jangan lupa guna sudu plastik, Dr. Fadzilah Kamsah kate sudu besi menyebabkan khasiat madu hilang.






Jangan dilupa minum banyak air untuk ganti air yang hilang dari badan






Bukan Sekadar Untuk Penyamaran



Kali ini nak cakap pasal penyamaran, korang mesti tahu kuda belang mempunyai corak hitam putih kerana untuk menyamar di padang rumput Afrika tuh, tapi tahu tak bukan sekadar tu je fungsi corak ni???







Melalui kajian terbaru oleh Susanne Akesson, corak kuda belang ini bertujuan untuk mengelak dari digigit oleh lalat kuda, atau name englishnye horsefly yang memhisap darah sebagai makanan. Mereka mendapati lalat yang hinggap pada warna corak kuda belang adalah kurang berbanding warna hitam sahaje atau putih sahaje. Kalau corak itu lebih nipis maka lebih bagus.



Saiz lalat kuda yang agak besar berbanding lalat biasa








So, kalau corak hitam putih ni bagus, kenape kuda tempat lain tak same warna macam kuda belang?



Sebabnya di Afrika mempunyai lebih banyak lalat kuda akibat cuaca yang panas yang sesuai untuk pembiakkan lalat kuda serta faktor yang paling penting, kuda di tempat lain dijaga oleh manusia yang akan menjaga serta memelihara kuda sebaik mungkin. Selain itu manusia juga membiakkan kuda untuk warnanya yang cantik, walaupun mungkin tidak sesuai untuk diadaptasi jika hidup liar.


Tuesday 6 March 2012

Sejarah Minuman Kegemaran Ramai-MILO



Minuman milo tercipta pada 1930-an ketika kemelesetan ekonomi bagi membantu kanak-kanak mendapat nutrisi yang secukupnye. Minuman ini dicipta oleh Thomas Mayne seorang pekerja kimia industri di NESTLE dengan menggunakan kemahirannya dalam kegunaan susu serta koko. Beliau bekerja di Sydney, Australia & tarikh tepat mengatakan beliau mencipta Milo pada 1934.




Nama Milo diambil sempena nama Atlit Greek iaitu Milon atau Milo yang kuat. Milo of Croton ini terkenal kerana hebat dalam perlawanan gusti di Sukan Olimpik Greek dan telah memenangi sebanyak 6 kali! Memang sesuai sangat bagi nama Milo, baru la peminumnya kuat bersukan. Milo juga dikaitkan dengan seorang lagi orang hebat iaitu Pythagoras, seorang ahli matematik yang rumusnya masih kita belajar sampai sekarang, kerana menyelamatkan pythagoras ketika bumbung rumahnya hampir runtuh dan berkemungkinan berkahwin dengan anak pythagoras, Myia.




Milo mengandungi sedikit theobromine yang mempunyai sifat seperti kafein yang menyebabkan ketagihan jika diambil lebih dari 15 sudu sehari. Milo kebanyakkanya popular di Malaysia, Singapura, USA, serta negara Asean dan Afrika. Jika ke luar negara, minuman ini mudah diperoleh dari kedai milik orang asean, mungkin sebab dah dipupuk minum zaman berzaman oleh penjajah masing-masing??




p/s: Minum milo anda jadi sehat dan kuat!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...